journey without destination

journey without destination

Saturday, November 26, 2011

Falsafah Penyelidikan Sosial




Renungan dan Refleksi






1.       Dunia Luar

            Dalam menjalankan sesuatu kajian, penglibatan kami terhadap dunia luar tidak terkecuali. Dalam hal ini, tugasan ini membolehkan kami untuk bertemu dengan pengamal organisasi yang terlibat secara langsung dengan kajian yang kami lakukan dan bagaimana kami berkomunikasi dengan mereka untuk membolehkan maklumat yang  kami mahukan itu tepat dan berkesan. Selain itu, kami juga menemui masyarakat sekitar terutamanya para pekerja untuk mendapat maklumbalas berkenaan dengan permasalahan serta sumbangan majikan mereka terhadap masyarakat mahupun alam sekitar. Ini menunjukan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh organisasi ini terhadap masyarakat dan alam sekitar untuk mengukuhkan lagi kedudukan organisasi mahupun kesejahteraan masyarakat yang merupakan asset utama kejayaan organisasi mereka. Justeru, subjek SKW 320 Falsafah Penyelidikan Sosial ini dilihat mampu untuk menerapkan nilai-nilai CSR dalam kehidupan para pelajar mahupun organisasi dan dari semasa ke semasa ia sepatutnya di amalkan oleh kami apabila memasuki alam pekerjaan pada masa hadapan termasuklah saya sendiri.




2.       Penyelidikan

               Melalui subjek SKW 320 Falsafah Penyelidikan Sosial ini, bagi saya sendiri walaupun terdapat batahan dan masalah yang ditimbulkan oleh sesetengah pelajar pada mulanya berkenaan dengan tugasan yang dilihat tidak releven dan agak membebankan pelajar tetapi bagi pada pendapat saya tugasan CSR ini amatlah penting dan saya memang menyokong dan akan melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Walaupun keputusan bagi kumpulan kami tidaklah sebaik kumpulan lain tetapi kami berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi. Melalui tugasan ini apa yang saya pelajari adalah cara-cara bagaimana untuk berurusan secara rasmi dengan sesebuah syarikat ataupun organisasi, cara berkominikasi dengan mereka secara berkesan sama ada pada peringkat atasan atau bawahan, hasil yang diperolehi daripada penyelidikan tersebut dan dan pencarian pelbagai maklumat melalui internet, risalah, surat khabar dan sebagainya. Itulah antara cabaran dan bagaimana kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut.




3.       Teknologi

            Menurusi Refleksi & Ransangan  dalam kursus ini, walaupun pada mulanya kelihatan agak janggal dan melecehkan bagi sesetengah pelajar dan hal ini tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan pelajar sudah tahu menggunakan teknologi internet. Pada pendapat saya, apa yang dialakukan pensyarah adalah yang terbaik untuk pelajar kerana saya sendiri telah mengambil 3 subjek dibawah kendalian DR. Reevany yang melibatkan maklumbalas ke dalam Yahoo Group termasuklah subjek ini serta subjek SAU216 Globalisasi dan Budaya Siber dan SAU316E Organisasi Kerja, Tanggungjawab Sosial Korporat dan kedermaan. Melalui Yahoo Group ini ia boleh dijadikan sebagai medium komunikasi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pensyarah, begitu juga dengan perkongsian ilmu iaitu melalui Renungan dan Refleksi yang diberikan oleh pelajar kami dapat mengumpul segala nota yang telah dipelajari dalam kuliah dan kelas tutorial. Selain itu, maklumat dan nota serta imput yang di ulang juga membolehkan saya mengingati sedikit sebanyak apa yang telah dipelajari dalam kelas. Apa yang harus di perbaiki di sini adalah nota-nota yang telah diajar oleh pensyarah dari kuliah pertama sehinggalah kuliah yang terakhir haruslah di “upload” kedalam “fail” dalam yahoo group secara konsistan supaya pelajar dapat memahami secara berkesan dan tidak hanya bergantung kepada bacaan wajib sahaja.




4.       Apa yang saya pelajari tentang diri 
     sendiri dan rakan-rakan

                 Kursus ini telah menjadikan diri saya lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kerana group saya hanya 2 orang sahaja. Kami bekerjasama dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab yang saya pikul dilaksanakan dengan jayanya walaupaun terdapat masalah yang tidak dapat kami elak. Selain itu, kursus ini juga menjadikan saya lebih matang dan berdikari menajamkan fikiran dan tindakan saya terutamanya berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh masyarkat dan bagaimana saya melihat isu itu sebagai penyelesaian untuk kesejahteraan mereka. Pada masa yang sama juga kursus ini membolehkan saya mendapat keyakinan yang lebih tinggi, lebih bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. Begitu juga dengan rakan saya yang dilihat mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi kerana masing-masing mempunyai tugasan lain yang harus diselesaikan serta tanggungjawab yang diberikan dan member kerjasama yang terbaik.

Thanks to Fairul Anuar

No comments:

Post a Comment