Pembangunan yang pesat berkembang telah membawa perubahan dalam bidang perindustrian makanan. Industri ini memainkan peranan yang sangat penting kerana makanan adalah sumber keperluan hidup. Peningkatan penduduk di serata dunia menyebabkan pengeluaran makanan semakin mendapat permintaan yang tinggi. Selain itu, perkembangan teknologi juga turut memberi sumbangan kepada industri makanan yang dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak pada masa yang singkat.
Di negara maju,mereka mengamalkan pertanian secara moden sebagai kaedah pengeluaran makanan. Melalui pertanian moden, jentera dan kaedah saintifik digunakan secara meluas. Penggunaan racun perosak dan pengaplikasian penggunaan jentera berteknologi dalam kerja penanaman membolehkan peningkatan dalam pengeluaran pertanian seperti dalam tanaman gandum, jagung dan soya. Kapasiti makanan yang mencukupi membolehkan penduduk di negara maju mendapat sumber makanan yang mencukupi. Hal ini dapat menghalang penduduk di Negara berkenaan dilanda masalah kebuluran. Jumlah makanan yang dihasilkan sangat banyak sehingga berlebihan. Oleh itu, makanan yang berlebihan dapat dieksport ke negara-negara luar.
Di samping kebaikan, pengeluaran makanan secara besar-besaran di negara membangun sebenarnya turut mendatangkan kesan negatif. Pengeluaran makanan yang berasaskan pertanian secara besar-besaran ini telah menyebabkan berlakunya pembukaan kawasan baru untuk ladang pertanian. Permukaan tanah yang digondol secara besar-besaran ini menyebabkan berlakunya proses hakisan di kawasan tersebut. Proses hakisan yang berlaku turut mendatangkan kesan negatif terhadap sistem-sistem lain seperti sungai dan tasik serta turut mengancam nyawa penduduk.
Manakala di negara sedang membangun, proses pengeluaran makanan lebih bertumpu kepada pertanian secara tradisional. Pertanian tradisional lebih banyak menggunakan tenaga kerja manusia berbanding penggunaan mesin dan jentera. Hal ini adalah disebabkan negara sedang membangun menghadapi masalah dari segi aplikasi penggunaan teknologi dalam penanaman pertanian. Kekurangan modal merupakan masalah utama yang dihadapi oleh negara-negara sedang membangun.

Ini menyebabkan penggunaan mesin-mesin pemprosesan hasil pertanian dan jentera berteknologi terkini tidak dapat digunakan sepenuhnya. Perkara ini juga menyebabkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sukar dijalankan kerana negara yang sedang membangun turut berdepan dengan masalah kekurangan penyelidik. Untuk mendapat tenaga penyelidik dari negara maju memerlukan kos yang tinggi. Tanpa R&D perkembangan pertanian dan pengeluaran makanan menjadi perlahan. Dalam mendalami segala aspek permasalahan pengeluaran makanan yang berlaku di negara sedang membangun, dapat dilihat kelompok negara ini terpaksa membeli teknologi dari negara
maju.
Kesimpulannya, modal dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kemajuan pengeluaran makanan. Perbezaan yang ketara antara negara maju dan negara sedang membangun memperlihatkan jurang yang begitu jauh dalam aspek pembangunan. Oleh itu, penduduk di negara sedang membangun perlu bekerja lebih keras lagi bagi memastikan industri makanan terus berkembang. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung jumlah bekalan makanan kepada penduduk yang semakin tinggi peningkatannya di negara sedang membangun. Perkara ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan sdapat bertindak sebagai negara pengeluar makanan.

Thanks to Ain dan Zamira
No comments:
Post a Comment