journey without destination

journey without destination

Friday, July 13, 2012

Kaedah Perlindungan Alam Sekitar





PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut terjejas. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar.

Terdapat tiga cara utama yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah :




PERUNDANGAN

Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang raamai. Undang-undang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang perindustrian.

Kerajaan Malaysia telah menggubalkan pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar.

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan)
mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.

Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan, kumbahan, efluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.

Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar.

Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Pelepasan Asap, 1977 )
dikuatkuasa pada 15 Mac 1978.

Asap ekzos tidak boleh melebihi 50 HSU (Hartridge Smoke Unit)
semua kenderaan bermotor perlu dipasang dengan alat-alat kawalan yang boleh memerangkap gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Minyak Kelapa Sawit, 1977 )
dikuatkuasa pada 1 Julai 1978.

berkaitan dengan beberapa parameter kualiti air seperti BOD, pepejal termendak, pH dan suhu.
perlaksanaan dibuat berperingkat-peringkat.

 Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Getah Asli Mentah, 1978 )
dikuatkuasa pada 1 April 1979.

berkaitan parameter-parameter seperti peraturan Kualiti Alam Sekitar, Minyak Kelapa Sawit, 1977.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Udara Bersih, 1978 )
dikuatkuasa pada 1 Oktober 1978.

Menghadkan jarak di antara industri yang mencemarkan dengan kawasan perumahan mestilah melebihi 1000 meter.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Efluen Perindustrian, 1979)
dikuatkuasa pada 1 Jun 1979.

Mewajibkan semua kilang, kawasan perumahan dan perniagaan menyediakan satu sistem kumbahan berpusat.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Bahan Buangan Berjadual, 1985 )
dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.

mewajibkan semua kilang yang mengeluarkan bahan buangan kimia, biologi dan minyak berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.

sisa-sisa mesti dibuang di tempat yang khas dan mesti dilengkapi dengan sistem kumbahan, loji rawatan, tempat pembakaran insinarator dan makmal.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor, 1985 )
dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.

Mewajibkan semua pengilang dan pengimport petrol menurunkan kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan selanjutnya ke paras 0.15 g/l mulai 1 Januari 1990.
Akta Racun Perosak, 1974.

Dilaksana di bawah Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.
Akta Kilang dan Jentera 1967, 1963 ( disemak semula )
seseorang pekerja tidak boleh didedahkan kepada bunyi melebihi 95 dB selama empat jam secara berterusan.

Akta Perhutanan Negara, 1984.

Bertujuan melindungi dan memelihara hutan serta hidupan di dalamnya.
Deklarasi Langkawi telah ditandatangani oleh negara-negara Komenwel pada Oktober 1989. Deklarasi ini bertujuan mewujudkan satu set undang-undang dan akta-akta antarabangsa untuk mengatasi masalah pencemaran.




PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencernaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.
Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.




PENDIDIKAN

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

 Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Antara persatuan-persatuan yang aktif ialah :



  
CADANGAN DAN AKTIVITI UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.

Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Tindakan yang tegas patut diambil ke atas mereka yang melanggar undang-undang ini.

Sebagai pengusaha terutama sekali pengusaha kilang, dia patutlah memikirkan kesan jangka masa panjang aktiviti yang dijalankan olehnya. Jangka masa panjang di sini bukan bererti 30 atau 50 tahun tetapi jangka masa 100 tahun, ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha cuma mengambil kira kesan dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun. Ini sebenarnya adalah tidak mencukupi kerana banyangkan jika beratus-ratus kilang sebegitu didirikan. Tentu kadar pencemarannya adalah jauh lebih tinggi. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan.

Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah :
Pameran
Kempen-kempen
Pertandingan
Projek Riadah Alam Sekitar.




PAMERAN

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.

Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.
Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.




KEMPEN

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.

Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar trntang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.
Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.




PERTANDINGAN

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.

Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah abik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.
Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.



PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini tetapi adalah berkurang.




PROJEK RIADAH ALAM SEKITAR

Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran ialah melalui Projek Riadah Alam Sekitar ( PRIAS ). Projek ini telah memberi kesan yang hebat kepada diri saya. Melalui projek ini, saya telah membuat kajian yang mendalam tentang pencemaran udara, pencemaran air, penipisan ozon, kesan rumah hijau, sisa toksik, sisa pepejal dan kitar semula.
Saya juga menjadi lebih peka kepada isu-isu semasa dunia terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran. Oleh itu, saya rasa projek ini memang satu projek yang baik dan patut diteruskan.





CARA MENGATASI PENCEMARAN UDARA.




KITAR SEMULA.

Pencemaran jika tidak diambil tindakan secepat mungkin akan membawa kesan buruk kepada kita contohnya seperti ozon kita yang semakin nipis akibat penggunaan CFC dan pembebasan gas-gas merbahaya daripada kenderaan dan kilang. Ozon penting bagi kita kerana ia menghalang sinar ultra ungu dari matahri masuk ke atmosfera Bumi. Sinaran ultra ungu ini boleh menyebabakan kanser kulit kepada orang yang selalu berada di bawah matahari.

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti kertas bekas kaca atau plastik, tin aluminium, kertas dan cebisan kayu. Kitar semula juga bermaksud proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana ia dapat mengurangkan tahap pencemaran. Selain itu, kitar semula juga dapat mengurangkan pembakaran sampah sarap.

Dengan itu, contoh-contoh yang telah atau boleh diambil untuk mengatasi pencemaran udara adalah 1) mengitar semula 2) undang-undang ( kerajaan ) 3) pendidikan 4) teknologi dan sebagainya.Peranan Kerajaan Dan Badan Swasta.

Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah pencemaran ini.
Langkah yang diambil:

i) Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Perlepasan Asap, 1977) -asap ekzos kenderaan mestilah tidak melebihi 50HSU (Haltridge Smoke Unit) -semua kenderaan bermotor harus dipasang dengan alat-alat kawalan yang boleh memerangkap gas-gas yang berbahaya.

ii) Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978)-Peraturan ini menghadkan jarak antara industri yang mencemarkan dengan kawasan kediaman mestilah melebihi 1000 meter.

iii) Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kawalan Kepekatan Plumbum Dalam Gasolin Motor, 1985)-peraturan ini mewajibkan para pengilang dan pengimport/ pengeksport petrol menurunkan kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan selanjutnya ke paras 0.15 g/l.

iv) Negara kita dan beberapa negara lain telah menandatangani perjanjian Protokol Montreal. Melalui perjanjian ini, negara-negara yang terlibat berjanji akan mengurangkan pengeluaran CFC menjelang akhir kurun.

v) Adakan program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan terutamanya hutan yang telah ditebang dengan menanam semula pokok-pokok.

vi)Adakan kempen untuk menggalakkan penggunaan barang yang tidak mempunyai bahan CFC.

vii)Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti kumpulan percinta dan "GREENPEACE" dan "FRIENDS OF THE EARTH (FOE)"
-boleh beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya pencemaran dan menggalakkan orang lain agar melindungi lapisan ozon.

viii)NGO di Malaysia ialah SAM (Sahabat Alam Malaysia), MNS (Malayan Nature Society), dan EPSM (Environmental Protection Society Malaysia).

ix) Adakan forum mengenai masalah alam sekitar.

x) Mengawal keluaran asap dari kenderaan dengan mengharamkan penggunaan petrol berplumbum dan adakan penilaian asap kenderaan ("smog check station") untuk memastikan asap yang dikeluarkan tidak berlebihan dan berbahaya.

xi) Haramkan CFC.

Daripada industri mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram perliter kepada 0.15 gram perliter serentak dengan pengenalan petrol tanpa plumbum pada 1990.





2. MEMPERKENALKAN PERATURAN-PERATURAN.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar telah menggubal beberapa peraturan untuk meningkatkan kualiti udara seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Peraturan-peraturan itu ialah Peraturan Kualiti Alam Sekitar 1978 (Udara Bersih), Peraturan Pelepasan Gas dan Bunyi, Kenderaan Bermotor serta Peraturan Pencemaran Bunyi 1987.

Dengan penggubalan undang-undang ini adalah diharapkan semua pihak memberi kerjasama supaya kualiti udara dapat ditingkatkan. Pihak terbabit tidak perlu menunggu tindakan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk bertindak.




3. PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM.

Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang peratusan pencemaran udara yang tinggi. Petrol berplumbum berupaya menghasilkan karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar plumbum yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini penggunaan petrol tanpa plumbum diperkenalkan.

Pengurangan kepekatan plumbum ekoran daripada industri mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada 0.15 gram per liter serentak dengan pengenalan petrol tanpa plumbum pada 1990.




4. KAEDAH PELUPUSAN SAMPAH.

Kaedah pelupusan sampah oleh pihak-pihak tertentu hendaklah dikaji semula supaya tidak berlaku pembakaran secara terbuka.

Sesetengah pihak berkuasa telah menggunakan sistem menimbus sisa bandaran seperti menimbus kawasan bekas lombong. Cara ini mengelakkan pembakaran.4. Alat telekesan Bumi.

Pencemaran udara yang dialami negara telah memaksa pihak terbabit mendapatkan peralatan yang dikenali sebagai "Telekesan Bumi". Alat ini berupaya mengesan bencana alam seperti kebakaran, pencemaran alam sekitar dan gegasan udara dengan lebih awal.

Dari segi kos, alat ini jauh lebih murah daripada penggunaan deria foto laser yang digunakan negara masa kini. Dengan adanya alat Telekesan Bumi diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani masalah ini.





5. TOPENG KHAS.

Pencemaran udara yang berlaku pada akhir tahun 1994 akibat jerebu terutamanya di sekitar Lembah Klang menunjukkan tahap kualiti udara negara bertambah serius. Pencemaran bukan sahaja akibat pelepasan asap tetapi juga akibat daripada pembakaran hutan yang berleluasa. Akibatnya, pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal kerap terdedah kepada pencemaran.

Topeng khas amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Topeng yang diperbuat daripada kertas berupaya menangkis habuk dan asap yang terampai di udara. Dengan cara ini, setiap pengguna jalan raya atau masyarakat umum dapat mengatasi pencemaran udara dengan kos yang murah dan berkesan.




LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL DI SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN.

1. Gunakan kedua-dua belah kertas. Kurangkan nota yang tidak perlu.
2. Gunakan sapu tangan dan bukan kertas tisu.
3. Kurangkan penggunaan stem. Cuba hantarkan dengan tangan.
4. Tulis satu memo sahaja dan letakkan di bilik guru bukan kepada setiap guru. Letakan di papan kenyataan dalam bilik guru.
5. Kecilkan saiz surat supaya kertas dapat dijimatkan.
6. Biarkan matahari masuk ke dalam kelas dan jimatkan elektrik. Pasang kipas jika hanya perlu.
7. Bersaing dengan kelas lain dalam mengumpulkan wang melalui projek kitar semula.
8. Gunakan alat pengira yang menggunakan tenaga suria dan bukan bateri.
9. Letak pasu bunga dalam kelas untuk menambahkan oksigen dan jadikan tempat itu lebih menarik.
10. Sediakan sudut alam sekitar dalam kelas.
11. Laporan kebocoran paip dengan segera.
12. Jaga tumbuhan dalam kawasan sekolah.
13. Jangan buang sampah merata-rata.





PENDIDIKAN.

Melalui pendidikan, pelajar-pelajar dapat dididik mengenai pencemaran sejak awal lagi supaya memperoleh masyarakat yang berguna dan yang sayang kepada alam sekitar. Pendidikan mengenai alam sekitar biasanya dididik melalui:

1. media massa contohnya radio, televisyen, majalah dan suratkhabar.
mata pelajaran Sains, Biologi dan sebagainya - pencemaran dan masalah alam sekitar dimasukkan ke dalam buku-buku teks dan dijadikan salah satu daripada sudatan pelajaran pelajar-pelajar.

3. ceramah yang diberi oleh Kementerian Alam Sekitar atau sesiapa sahaja kepada orang ramai.
Kewajipan Teknologi.

Dengan perjumpaan teknologi-teknologi yang terbaru, ini juga boleh membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan:

1) menggunakan semula CFC dari peti sejuk lama dan gunakan untuk peti sejuk baru.

2) gantikan penggunaan CFC dengan bahan lain yang tidak merbahaya kepada alam sekitar.

3) mereka alat yang dapat menapis gas dan asap yang dibebaskan oleh kilang-kilang dan kenderaan dan mencegah pembebasan plumbum dan sebatian-sebatian lain yang merbahaya.

4) "Scrubber" - penapis asap kilang dengan menyembur air dan "limestone"(batu kapur) pada asap. Ini bertindak balas dangan sulfur dioksida dengan mengeluarkannya sebelum asap dibebaskan. Proses ini dapat kurangan sulfur dioksida sampai 90%.

5) mencipta enjin baru yang kurang membebaskan bahan pencemar. Pembakaran dalam "lean-burn" adalah lebih baik dan berkesan. Pengubah mangkin dipasang pada ekzos kenderaan untuk menapis asap dari kenderaan.

Sekian. 

Thanks to Khairul Eruan

Sunday, May 13, 2012

CSR - ADVANCE MICRO DEVICE (AMD)




        PENGENALAN

           Secara umumnya, Tanggungjawab Sosial Korporat membawa maksud sebarang komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan peniagaan dan sumbangan dari sumber korporat dalam komuniti atau masyarakat yang bertujuan kearah meningkatkan kesejahteraan masyarakat disekitar perniagaan atau perusahaan.

                  Dalam pendedahan kearah mengetahui mengenai tanggungjawab sosial badan- badan korporat, pengkajian turut dibuat untuk mendedahkan tentang sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab sosial ini memberikan kesan sama ada kepada badan korporat, staf AMD mahupun kepada masyarakat.

Bagi memenuhi keperluan kursus dan menjawab persoalan- persoalan yang ditimbulkan dalam objektif kajian, kumpulan kami telah menjadikan beberapa buah syarikat atau badan korporat sebagai renponden antaranya ialah Advanced micro Device(AMD).

            LATAR BELAKANG (AMD)

          Syarikat Advance Micro Devices Export pada awalnya diasaskan di Sunnyvale, California. Kemudian syarikat ini membuka cawangannya di Bayan Lepas, Penang, Malaysia pada bulan Januari tahun 1972. Penubuhannya di Penang merupakan usaha pertama syarikat itu untuk mengembangkan lagi empayarnya di luar negara. 


                 Hal ini berikutan dengan perkembangan Penang sebagai sebuah kawasan perindustrian bebas yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada lapan buah syarikat yang membekalkan barangan berasaskan elektrik dan elektronik di Penang. Kebanyakan syarikat-syarikat tertumpu di kawasan perindustrian bebas yang terletak di Bayan Lepas, Penang.

           
Pada awalnya bilangan pekerja yang bekerja di syarikat ini hanya seramai 78 orang sahaja. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak  syarikat, dan hal ini membolehkan syarikat ini menambah bilangan pekerjanya. Ia kemudiannya menambah bilangan pekerja seramai 1500 orang untuk menampung pengeluaran dan permintaan yang semakin meningkat di pasaran. 


Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut pengkhususan tertentu untuk mengeluarkan produk-produk yang berlainan. Hal ini penting untuk menjamin dan meningkatkan produktivitinya. Akibat perkembangan yang pesat ini juga, syarikat ini semakin berkembang menjadi salah satu daripada industri  pembuatan elektronik yang terbesar dan bertaraf dunia. Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah barangan elektronik komputer, kad memori, dan sebagainya.


SKOP KAJIAN

Melalui kajian ini, kami memfokuskan pekerja OKU AMD iaitu:

  • Bekerja dibahagian Produk Skrap
  • Mengasingkan skrap cip daripada plastik
  • Bagi membolehkan syarikat menghantar ke tempat pelupusan untuk nilai  tambah
  • kepada syarikat.
  • Pekerja perlu mencapai penetapan output yang ditetapkan sebanyak 200 keping 
  • "plate cip" sehari. 

KEMUDAHAN YANG DESEDIAKAN


  • Laluan Pekerja OUK (RAMP)
  • Tandas OKU
  • Tempat meletak kenderaan 
  • Ketinggian perakan masa kerja yang sesuai dengan keadaan pekerja OKU yang                     
  • menggunakan kerusi roda
  • Penggunaan pintu automatik 
  • Tempat mengambil makanan yang lebih rendah
  • Lokasi klinik yang berada di aras bawah memudahkan pekeerja OKU menggunakan 
  • kemudahan tersebut

BERIKUT ADALAH BEBERAPA GAMBAR KEMUDAHAN DAN PERALATAN       
YANG DESEDIAKAN OLEH AMD KEPADA PEKERJA OKU





  



     











































Sekian.


Thanks to my group-mate


Thursday, March 29, 2012

Kesan Pembangunan ke atas Pengeluaran Makanan di Negara Maju dan Negara Sedang Membangun






                    Pembangunan yang pesat berkembang telah membawa perubahan dalam bidang perindustrian makanan. Industri ini memainkan peranan yang sangat penting kerana makanan adalah sumber keperluan hidup. Peningkatan penduduk di serata dunia menyebabkan pengeluaran makanan semakin mendapat permintaan yang tinggi. Selain itu, perkembangan teknologi juga turut memberi sumbangan kepada industri makanan yang dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak pada masa yang singkat.

                    Di negara maju,mereka mengamalkan pertanian secara moden sebagai kaedah pengeluaran makanan. Melalui pertanian moden, jentera dan kaedah saintifik digunakan secara meluas. Penggunaan racun perosak dan pengaplikasian penggunaan jentera berteknologi dalam kerja penanaman membolehkan peningkatan dalam pengeluaran pertanian seperti dalam tanaman gandum, jagung dan soya. Kapasiti makanan yang mencukupi membolehkan penduduk di negara maju mendapat sumber makanan yang mencukupi. Hal ini dapat menghalang penduduk di Negara berkenaan dilanda masalah kebuluran. Jumlah makanan yang dihasilkan sangat banyak sehingga berlebihan. Oleh itu, makanan yang berlebihan dapat dieksport ke negara-negara luar.

                         Di samping kebaikan, pengeluaran makanan secara besar-besaran di negara membangun sebenarnya turut mendatangkan kesan negatif. Pengeluaran makanan yang berasaskan pertanian secara besar-besaran ini telah menyebabkan berlakunya pembukaan kawasan baru untuk ladang pertanian. Permukaan tanah yang digondol secara besar-besaran ini menyebabkan berlakunya proses hakisan di kawasan tersebut. Proses hakisan yang berlaku turut mendatangkan kesan negatif terhadap sistem-sistem lain seperti sungai dan tasik serta turut mengancam nyawa penduduk.

                         Manakala di negara sedang membangun, proses pengeluaran makanan lebih bertumpu kepada pertanian secara tradisional. Pertanian tradisional lebih banyak menggunakan tenaga kerja manusia berbanding penggunaan mesin dan jentera. Hal ini adalah disebabkan negara sedang membangun menghadapi masalah dari segi aplikasi penggunaan teknologi dalam penanaman pertanian. Kekurangan modal merupakan masalah utama yang dihadapi oleh negara-negara sedang membangun. 

                      Ini menyebabkan penggunaan mesin-mesin pemprosesan hasil pertanian dan jentera berteknologi terkini tidak dapat digunakan sepenuhnya. Perkara ini juga menyebabkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sukar dijalankan kerana negara yang sedang membangun turut berdepan dengan masalah kekurangan penyelidik. Untuk mendapat tenaga penyelidik dari negara maju memerlukan kos yang tinggi. Tanpa R&D perkembangan pertanian dan pengeluaran makanan menjadi perlahan. Dalam mendalami segala aspek permasalahan pengeluaran makanan yang berlaku di negara sedang membangun, dapat dilihat kelompok negara ini terpaksa membeli teknologi dari negara
maju.

                            Kesimpulannya, modal dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kemajuan pengeluaran makanan. Perbezaan yang ketara antara negara maju dan negara sedang membangun memperlihatkan jurang yang begitu jauh dalam aspek pembangunan. Oleh itu, penduduk di negara sedang membangun perlu bekerja lebih keras lagi bagi memastikan industri makanan terus berkembang. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung jumlah bekalan makanan kepada penduduk yang semakin tinggi peningkatannya di negara sedang membangun. Perkara ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan sdapat bertindak sebagai negara pengeluar makanan.


Thanks to Ain dan Zamira



Sunday, March 25, 2012

Penang Bridge Monorail




1.0 PENGENALAN
Pulau pinang merupakan sebuah negeri yang sememangnya sedang menuju kearah pembangunan. Hal ini dikuatkan lagi dengan sejarah lampaunya dimana Negeri Pulau Pinang yang pada asalnya adalah sebahagian daripada negeri Kedah. Petempatan manusia yang awal telah wujud sebelum kedatangan Inggeris menubuhkan pengkalannya di Georgetown. Perdagangan serantau yang maju dengan pulau pinang sebagai pangkalannya yang paling sesuai telah menarik orang luar untuk datang ke Pulau Pinang. Pada masa itu pulau pinang telah mendapat tumpuan dari pedagang luar terutamaya dari negara China Selatan yang kemudiaanya menetap di sini dan mengamalkan budaya hidup melayu tempatan lalu berkembang biak menjadi kaum baba dan nyoya. Selain itu, pulau pinang turut menjadi destinasi pendatang Tamil dari Selatan India yang menjalankan aktiviti perniagaan dan ceti. Sementara yang lainnya adalah buruh ladang atau kerani.

Kini masyarakat majmuk Pulau Pinang didominasikan oleh tiga kumpulan bangsa yang besar iaitu Melayu, Cina dan India yang telah hidup harmoni dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Hal ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat yang selalu dikaitkan dengan kepesatan pembangunan yang merangkumi perumahan, pertumbuhan  kawasan perindustrian, peningkatan bilangan penduduk, kepesatan ekonomi penduduk, keperluan kemudahan asas dan sebagainya. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia

            Monorail pula merupakan sistem pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang tunggal. Istilah ini juga digunakan bagi menerangkan landasan bagi sistem tersebut, serta kenderaan yang melaluinya. Istilah tersebut berasal daripada gabungan perkataan mono (tunggal) dan rel, seawal tahun 1897, memandangkan sistem terawal menggunakan landasan logam. Sistem pengangkutan tersebut sering dirujuk sebagai satu sistem landasan kereta api  
Kertas projek ini akan menunjukkan  bagaimana Projek Penang Bridge ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memastikan sama ada projek ini dapat mencapai objektif dan faedah mahupun impak yang akan diperolehi oleh kesan perlaksanaan projek ini. 

Kertas projek ini menunjukkan proses untuk melaksanakan dan menjayakan perlaksanaan projek Penang Bridge Monorail. Pelbagai aspek ditekankan melalui kertas projek ini, antaranya aspek penglibatan semua pihak,struktur pembahagian kerja (WBS), anggaran bajet dan kos projek  dan sebagainya.Boleh dikatakan kertas projek ini adalah merupakan kertas cadangan  yang menunjukkan secara luaran bagi perlaksanaan projek tersebut.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Tumpuan pertumbuhan penduduk di bandar- bandar utama dan perkembangan kawasan- kawasan pembangunan yang sedia ada telah menjadi fenomena global di abad lalu. Perkembangan bandar yang pesat. Hal ini juga turut berlaku di Malaysia dan salah sebuah negeri yang turut menerima tempias daripada pembangunan ini ialah Pulau Pinang.

 Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dari aspek ekonomi, sosial dan politik, pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang menjadi tumpuan sama ada dalam bidang pelancongan mahupun perindustrian. Pembangunan sektor hartanah menyumbang kepada faktor- faktor pengeluaran kebanyakan sektor ekonomi bandar, sektor perkhidmatan dan perdagangan sekaligus dengan dengan pertambahan penduduk dan mobiliti masyarakat.  semakin meningkat. Seiring dengan itu, berlakulah pertambahan bilangan penduduk, kenderaan bermotor dan kawasan perindustrian yang secara tidak langsung memberi tekanan kepada kapasiti sistem lalulintas.

Memandangkan Pulau Pinang telah menjadi tumpuan sama ada pelancong, pelabur, pekerja dan sebagainya, maka telah sampai masanya satu jalan penyelesaian perlu diambil bagi mengatasi masalah keperluan kapasiti sistem lalulintas.

Sehubungan dengan itu satu keputusan telah diambil dan projek  “Penang Bridge Monorail” dilihat sebagai satu penyelesaian yang bijak dalam mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kerungsingan terhadap kebanjiran kenderaan tersebut.

3.0 CARTA ORGANISASI



4.0 OBJEKTIF PROJEK

Projek yang membawa kepada pembinaan “Penang Bridge Monorail” ini mendukung beberapa objektif yang antaranya ialah :

i       Mengurangkan kesesakan lalulintas yang sering berlaku di jambatan

                        Pada masa sekarang, jambatan mencatat 100, 000 kenderaan persehari menjelang musim- musim perayaan awam dan hari- hari cuti umum. Sedangkan had maksima jambatan yang direka  boleh menerima 60,000 kenderaan persehari. Hal ini menyebabkan pengguna Jambatan Pulau Pinang dari tanah besar menghala Pulau ini terpaksa menempuh perjalanan yang panjang berikutan kesesakan yang berlaku.

ii      Menyediakan  kenderaan awam altenatif bagi pengguna  yang ingin ke Pulau Pinang.
                        Pembinaan monorail ini juga  menambahkan lagi bilangan jenis pengangkutan awam yang bisanya terdapat  di Pulau Pinang yang iaitu seperti teksi, dan bas. Hal ini sekaligus membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang menyebabkan kesesakan di kawasan pulau.

 iii    Menambahkan kepelbagaian pengangkutan awam.

         Terdapat pelbagai cara yang menghubungkan pengguna yang berada di tanah besar atau di seberang untuk ke kawasan pulau. Pengguna mempunyai opsyen sama ada menggunakan kenderaan persendirian atau pengangkutan awam, pada masa yang sama pengguna dari seberang tanah besar juga boleh meggunakan feri untuk ke bahagian pulau.

                           Kini, apabila  dengan terbinanya landasan  monorail tersebut, maka bertambahlah lagi pilihan pengguna. Dengan kemampuan monorail bergerak dengan laju. Dijangka sambutan pengguna akan menggalakkan.
                  Hal ini bukan sekadar dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian daripada membanjiri dan menyesakkan Bandar Pulau Pinang malah dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh gas- gas beracun yang dilepaskan oleh kenderaan- kenderaan tersebut.

iv    Memperbaiki mutu pengangkutan awam di Pulau Pinang.

                        Dengan terwujudnya monorail, maka, sistem pengangkutan pulau pinang melangkah setapak kehadapan. Kemajuan sistem pengangkutan akan lebih menyerlah di mana pengusaha- pengusaha kenderaan awam yang lain seperti bas, teksi dan termasuklah feri akan menambahbaikkan perkhidmatan mereka. Hal ini penting ke arah memastikan perusahaan kenderaan awam yang diusahakan mereka mampu bersaing dengan monorail tadi.


5.0 JENIS PROJEK.

            Projek  ” Penang Bridge Monorail” adalah merupakan projek awam. Memandangkan projek ini lebih komplek jadi ini memakan masa selama satu tahun lima bulan berdasarkan alat perancangan iaitu Carta Gantt. Projek ini dikelaskan sebagai projek awam adalah kerana ianya bermatlamat untuk memenuhi kepentingan atau kehendak rakyat sebagai pengguna. Dengan terlaksananya projek tersebut, rakyat yang terdiri daripada pengguna akan menikmati faedah yang bukan sedikit baik dari segi sosial mahupun persekitaran yang lebih bersih kelak daripada pengurangan penggunaan kenderaan persendirian kelak.

6.0 PIHAK TERLIBAT.

1. Kerajaan Persekutuan
2. Kerajaan Negeri
3. Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP)
4. Klient
5. Arkitek
6. Jurutera Perunding
7. Kontraktor
8. Penduduk
9. Pelancong
  
7.0 FAEDAH YANG DIPEROLEHI

Antara faedah yang diperolehi daripada projek yang akan kami jalankan ini ialah;

a)  Projek yang telah kami jalankan memberi banyak faedah kepada pengguna
     jambatan Pulau Pinang antaranya mengurangkan kesesakkan lalulintas.
b) Memudahkan penduduk sampai ke tempat kerja dengan lebih awal dan
     pulang ke rumah dengan lebih awal.
c) Dapat mengurangkan kemalangan yang semakin meningkat di atas Jambatan
    Pulau Pinang
 d) Dapat  menarik minat pelancong asing datang ke Pulau Pinang dan justeru ia
     dapat meningkatkan pendapatan negara
  

8.0 PENETAPAN LOKASI

Pada tahun ini syarikat kami telah diberi mandat dan kepercayaan oleh kerajaan negeri bagi membina satu projek mega di Jambatan Pulau Pinang iaitu projek Penang Bridge Monorail. Seperti yang sedia maklum Jambatan Pulau Pinang merupakan salah satu jalan utama  yang menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Oleh itu Jambatan Pulau Pinang merupakan laluan utama kepada pelancong-pelancong tempatan dan juga pelancong dalam negara serta rakyat tempatan yang akan datang ke sebelah pulau. Berdasarkan statistik dari Penang Bridge Sdn. Bhd. Menunjukkan kemalangan yang berlaku diatas jambatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan berlakunya peningkatan kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

            Oleh yang demikian syarikat kami telah dipilih untuk menjalankan projek ini yang akan dijalankan di bahagian bawah Jambatan Pulau Pinang tersebut iaitu sepanjang 13.5km mengikut kepanjangan jambatan tersebut. Sebanyak 2 buah monorail akan dipasang iaitu bagi laluan pergi dan balik. Projek ini dijangkakan akan memakan masa selama 17 bulan yang akan bermula pada awal Januari 2010 dan akan dijangka tamat pada akhir bulan Mei 2011.

            Dengan terbinanya Penang Bridge Monorail ini ianya sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah lalulintas yang sering berlaku di atas jambatan. Selain itu juga projek Penang Bridge Monorail ini bakal menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang bercuti ke Pulau Pinang.



                                                 LOKASI PROJEK ( SEBELUM )


                                                      LOKASI PROJEK ( SELEPAS)

 9.0 JANGKA HAYAT PROJEK

            Jangka hayat projek “Penang Bridge Monorial” ini  akan berlangsung dalam tempoh selama 17 bulan iaitu 1 tahun 5 bulan, projek ini akan mula akan dimulakan pembinaanya pada awal bulan januari 2010 dan di jangka akan berakhir pada bulan mei, tahun 2011. Sepanjang pelaksanaan dan perancangan projek ini  kami telah mengenapasti segala bentuk masalah daripada fasa yang pertama iaitu permulaan pembinaan projek, fasa yang ke dua perancangan projek, fasa yang ke tiga pelaksanaan projek dan seterusnya fasa yang ke empat iaitu penamatan projek. Dalam megenalpasti risiko-risiko yang mungkin menyebabkan kelewatan kepada pembinaan projek ini pihak kami sentiasa memastikan segala bentuk risiko yang berlaku dapat kami selesaikan dengan berkesan antaranya adalah kelewatan penghantaran bahan binaan, perubahan jadual di sebabkan masalah cuaca dan sebagainya akan pihak kami uruskan dengan sebaik mungkin bagi menentukan projek mega dan projek awam ini siap pada tempoh masa yang telah ditetapkan dalam kontrak. 

                          Dalam pada itu, syarikat kami telah melantik pengurus-pengurus yang berkelayakan, berkemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan perancangan projek pembinaan. Walaupun projek-projek yang telah kami jalankan sebelum ini menampakkan kejayaan, namun pihak kami masih mengharapkan kejayaan yang terbaik melalui pembinaan projek “Penang Bridge Monorial” ini.  Berdasarkan anggaran  bajet yang terdapat dalam kontrak dan tempoh jangka hayat projek kami ini yang dijalankan selama 17 bulan ini, ia mampu membawa faedah dan kebaikan kepada  masyarakat terutamanya penduduk setempat, kerajaan, pelancong dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan projek ini.

10.0 STRUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA (WBS)
           
Struktur pembahagian kerja merupakan proses menegnalpasti kerja-kerja yang akan dilaksanakan kepada beberapa bahagian secara sistematik dengan membeahgikan kepada beberapa kumpulan kecil kerja daripada skop kerja yang besar kepada beberapa unsur komponen tertentu. Ini akan mewujudkan struktur status laporan projek untuk pengurusan dan juga pelanggan. Dengan adanya WBS ini ianya dapat menjelaskan tempat-tempat yang penting untuk dikawal selia dan menjelaskan tanggungjawab kerja. Struktur pembahagian kerja ini boleh dibuat sehingga beberapa tahap. Ini bergantung kepada sejauhmana tanggungjawab individu atau organisasi boleh diberi tanggungjawab dan menentukan tahap kawalan bajet atau kos.
            Berdasarkan Projek Penang Bridge Monorail ini, kami telah membuat WBS berbentuk organisasi. Setiap tugas perlu dibahagiakan kepada beberapa bahagian yang kecil supaya mudah untuk dikendalikan.
  

Gambarajah diatas menunjukkan WBS pelaksanaan Penang Bridge Monorail.


 11.0 KITARAN HAYAT PROJEK ( PROJECT LIFE CYCLE )

            Penang Bridge Monorail telah melalui proses atau fasa yang dikenali sebagai kitaran hayat projek ( project Life cycle ). Kitaran hayat projek perlu ada dalam setiap perjalanan sesuatu projek. Projek ini telah melalui empat fasa iaitu :

Fasa pertama iaitu mengenalpasti keperluan.

Apabila terdapat permintaan daripada pelanggan, pelanggan mempelawa cadangan atau Request For Proposal (RFP). Kertas pelawaan ini akan meminta kontraktor mencadangkan bagaimana projek yang hendak dilaksanakan oleh kontraktor, kos atau bajet serta jadual kerja. Dalam tahap ini kemungkinan memerlukan banyak perbincangan di antara kontraktor dengan pelanggan secara tidak formal.

Dalam fasa pertama ini, kami akan mengenal pasti keperluan penduduk untuk menjalankan projek ini. Iaitu dengan menyiasat serta menyoal selidik apa yang dikehendaki oleh penduduk, contohnya penduduk yang terpaksa menggunakan jambatan Pulau Pinang untuk pergi ke tempat kerja. Apabila masalah telah dikenalpasti ia akan melibatkan pelbagai proses termasuk mencari pihak penaja, menyediakan bajet atau kos untuk persiapan projek, dan menyediakan jadual kerja.

Fasa kedua iaitu cadangan penyelesaian

            Dalam fasa kedua, proses-proses persediaan cadangan oleh kontraktor akan berlaku. Dalam fasa ini request for proposal ( RFP ) akan disediakan dan ini akan memakan masa mungkin sehingga berminggu- minggu untuk menyiapkan projek bergantung pada tahap kerumitan sesebuah projek. Sebelum keputusan diambil, pelanggan akan mengkaji setiap cadangan yang dikemukakan. Akhirnya selepas cadangan tersebut diterima barulah kontraktor yang berjaya akan menandatangani kontrak dengan pelanggan.

Fasa ketiga iaitu melaksanakan projek

Dalam fasa ini, proses yang terlibat ialah pelaksanaan projek mengikut pelan projek. Pada tahap ini projek Penang Bridge Monorail sedang melalui fasa pembinaan dan pelaksanaan projek yang memerlukan perhatian yang serius berikutan fasa ini melibatkan komitmen yang merangkumi kos dan tenaga yang perlu dirancang dengan bijak. Hal ini kerana, tanpa perancangan bijak dan rapi lagi efektif, pembaziran dari segi sumber kewangan, bahan atau material, masa dan sebagainya akan berlaku.

Dalam fasa ini juga, proses yang terlibat dalam proses menyiapkan projek oleh kontraktor. Fasa ini memerlukan perancangan rapi dengan pelbagai sumber diperlukan dengan banyak. Pada masa yang sama sumber- sumber tersebut perlu dipastikan mencukupi dari awal projek bermula sehinggalah projek tersebut tamat. Fasa ini juga memerlukan kontraktor yang terlibat dalam projek memastikan sumber- sumber dan material yang digunakan dalam pembinaan Penang Bridge Monorail menepati spesifikasi yang telah ditentukan dan dipersetujui seperti didalam kontrak.

Pelaksanaan projek pada tahap ini adalah merangkumi pelaksanaan pelan projek mengikut perancangan yang telah di jadualkan dan di susun. Dalam fasa ini setelah tugas- tugas yang dipertanggungjawabkan kepada setiap organisasi, projek akan mula dijalankan dan segala keperluan dan sumber yang diperlukan akan disediakan.

Seterusnya, keperluan terhadap sumber tenaga manusia akan ditetapkan. Kemudian fasa ini akan diteruskan dengan pelaksanaan pembinaan oleh sumber tenaga kerja yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan menyediakan peralatan dan persiapan di tapak pembinaan akan mula melaksanakan tugas masing– masing Fasa ini menyaksikan berlakunya pembentukan kumpulan kerja. Setiap ahli dalam kumpulan kerja tersebut perlu ditetapkan bidang tugas masing- masing. Hal ini penting bagi memastikan agar ianya tidak  bertindih antara satu sama lain ataupun memungkinkan berlakunya kekurangan tenaga mahir dalam bidang atau proses tertentu.

Dalam fasa pelaksanaan projek ”Penang Bridge Monorail” peranan serta tanggungjawab turut ditetapkan. Setiap ahli dalam kumpulan kerja akan dimaklumkan dengan jelas mengenai peranan serta tanggungjawab dan matlamat serta masa yang diambil dalam memastikan projek yang dilaksanakan menemui kejayaan.

Fasa ketiga dalam pelaksanaan projek turut merangkumi aspek pengawalan dan pemantauan perjalanan projek. Pengawalan dalam pengurusan projek merujuk kepada satu sistem yang memberi maklum balas tentang kemajuan sesebuah projek. Antara aktiviti penting dalam proses pengawalan ialah menetapkan piawaian pencapaian supaya seseorang pengurus boleh membuat perbandingan diantara pencapaian sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan. Sistem pemantauan dan laporan juga perlu dilaksanakan untuk mengawal pembangunan sesebuah projek. Hal ini perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya sentiasa mengikut penetapan yang telah dirancagkan dan ditetapkan sama ada dari segi kualiti tempoh masa, konsep, dan sebagainya. Selain itu penetapan tempoh masa dan pelaksanaan turut dilakukan. Penetapan masa ini termasuklah menetapkan jadual kerja dengan menumpukan kepada  tempoh masa yang diperuntukkan bagi setiap tugasan.

Projek yang dijalankan akan dipastikan berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Proses pembinaan ini akan menyaksikan keperluan terhadap sumber- sumber pembinaan akan semakin berkurangan kerana skop kerja yang semakin hari menjadi semakin kecil hasil dari pelaksanaan tersebut.

Proses pelaksanaan ini lebih berpandukan kepada alat- alat kawalan yang biasa digunakan berdasarkan ”work breakdown structure” (WBS) iaitu merangkumi pembahagian tugas. Secara terperincinya, WBS ialah satu lakaran yang membahagikan projek kepada bahagian yang lebih mudah dikendalikan. WBS boleh dibuat sehingga beberapa tahap, walau bagaimanapun ianya bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab individu atau organisasi boleh diberi tanggungjawab dan tahap kawalan bajet atau kos.

Alat kawalan seperti carta Gantt, sering digunakan dalam mengawal setiap pelaksanaan projek berdasarkan WBS.  Proses pelaksanaan adalah berpandukan kepada aktiviti pengurusan melalui elemen perancangan dimana perancangan adalah satu penentuan sistematik kerja bagi mencapai sesuatu objektif projek. Perancangan menjadi tempat atau sumber rujukan dalam mengukur pencapaian projek dan sekiranya berlaku perbezaan, langkah- langah pembaikan akan diambil.

Carta gantt ialah sejenis carta grafik yang dicipta oleh Henry L.Gantt untuk mengawal kemajuan sesuatu projek. Carta ini dapat mengesan sesuatu projek dari mula sehingga tamat dengan memmbandingkan masa anggaran dengan masa sebenar yang diperlukan untuk- untuk tahap yang terlibat. Pengubahsuaian dibuat jika terdapat perubahan di mana- mana tahap terlibat. Carta Gantt amat berguna untuk tugas yang berbentuk urutan seperti penjadualan dan mengesan peristiwa- peristiwa yang bersifat urutan.

Melalui Carta Gantt juga, jika projek terlaksanan lebih awal di yang dijadualkan, sumber- sumber tertentu seperti manusia dan mesin boleh dipinjamkan kepada projek lain yang menghadapi masalah kekurangan sumber. Jika projek lebih lambat dari yang dijadualkan pula, kontraktor atau pihak terlibat boleh mengambil tindakan segara untuk mempercepatkan kegiatan- kegiatan tertentu yang terlewat untuk memastikan projek dapat ditamatkan dalam tempoh yang telah dirancangkan.



                      Pembinaan ”Penang Bridge Monorail” yang dirancang dalam lakaran Carta Gantt melalui fasa pengenalpastian maslah dimana syarikat kontraktor mengambil masa hampir dua bulan untuk mengenalpasti masalah kesesakan yang berlaku, selepas mengenalpasti masalah yang timbul, satu cadangan penyelesaian telah diambil, dimana proses menyediakan cadangan tersebut mengambil masa selama dua bulan iaitu pasa bulan kedua hingga ketiga. Selepas itu, barulah perancangan projek berlaku iaitu bermula daripada bulan kedua hingga bulan ke empat. Menjelang bulan kelima, satu tinjauan dilokasi projek dilakukan hal ini untuk memberi gambaran jelas pada kontraktor mengenai hal berkaitan tapak projek berkenaan yang dilangsungkan di Jambatan Pulau Pinang bagi menjimatkan kos. Selepas tinjau di buat, barulah ahli pasukan terlibat ditetapkan iaitu pada bulan ke empat hingga kelima. Pada bulan kelima juga satu pembentangan belanjawan di buat. Pada bulan kelima dan keenam pula spesifikasi bahan pembinaan ditetapkan dan menjelang bulan kelima sehingga bulan keempat belas kerja- kerja pembinaan dibuat. Selepas semua aktiviti pembinaan selesai iaitu pada bulan kelima belas. Pada bulan ke empat belas sehingga bulan kelima belas projek ditamatkan dimana proses ini melibatkan proses- proses seperti urusan penamatan kontrak termasuklah penyelesaian bayaran sama ada kepada pengeluar mahupun gaji kepada pekerja dan sebagainya.


 Fasa keempat iaitu Penamatan Projek


Fasa terakhir iaitu penamatan projek ini merupakan urusan berkaitan penamatan projek termasuk menyelesaikan proses pembayaran dan penamatan kontrak daripada pelangan iaitu kerajaan negeri kepada kontraktor iaitu syrikat kami. Pada tahap ini memerlukan maklumbalas di antara dua pihak.

Maklumbalas ini juga mungkin daripada pasukan projek itu sendiri, sama ada kerjasama dalam ahli pasukan dapat dicapai atau tidak dan hasilnya tentulah sesuatu projek itu siap dengan jayanya mengikut tempoh masa yang telah di tetapkan. Antara perkara yang boleh dipelajari pada tahap ini adalah penambah baikan urusan persiapan pengurusan dan perancangan projek sekiranya terdapat lagi peluang di masa hadapan.      

Pada tahap ini, projek yang dijalankan hampir dengan proses penamatan dan pengakhiran. Selain itu, setelah pengurus projek dan ahli pasukanya bagi projek ini mencapai matlamat dan memenuhi semua kriteria yang menunjukan projek tamat dengan rasminya, maka itu merupakan penamatan bagi projek itu. 

Penamatan sesuatu projek juga sama pentingnya dengan permulaan sesuatu projek kerana pada peringkat penamatan projek pengurus projek akan dapat melakukan perkara-perkara berikut:

a)    Membuat perbandingan masa sebenar siap projek tersebut dengan tempoh masa yang di rancang  dalam perjanjian dengan pihak kerajaan atau pelanggan.

b)    Menganalisa masalah dan mengenalpasti perancangan untuk pembaharuan kepada projek yang seterusnya dan boleh mengurangkan apa-apa kesilapan teknikal.

c)    Seterusnya adalah penyimpanan fail projek untuk rujukan pelaksanaan projek lain pada masa hadapan.

12.0 SPESIFIKASI BAHAN

 Bagi membina Penang Bridge Monorail ini, kami telah mengenalpasti bahan- bahan yang diperlukan. Antaranya ialah :-

1.    Monorail (2 buah)
2.    Palang Besi.
3.    Jentera penangkutan.
4.    Komputer & peralatan komunikasi.
5.    Kelengkapan elektrik.
6.    Simen & bahan konkrit.
7.    Bahan-bahan pembinaan lain.

                                       
13.0 BELANJAWAN


BIL
KOS
PENGIRAAN
1.
 KOS PERALATAN
( MONORAIL)

  = RM 10 juta
2.
KOS SEWA JENTERA
  = RM 5 juta
3.
KOS BAHAN MENTAH
  = RM 5 juta
4.



KOS BURUH
-          TEMPATAN (20 ORANG)
                Sehari (RM 70)
            (20 x RM 70) = RM 1400
            RM1400 X 17 bln = RM 23800


-          ASING (40 ORANG)
Sehari (RM 50)
(40 X RM 50) = RM 2000
RM2000 X 17 bln = RM 34000

-          RM23 800 + RM34 000 
= RM 57 800


5.
KOS TAMBAHAN
  = RM 500 000  
6.
KOS KETIDAKPASTIAN
 
 = RM 500 000
7.
JUM. KESELURUHAN
 = RM 20, 157,800



                
         











Bagi menjalankan projek ini kami telah mendapat sumber kewangan dari beberapa pihak seperti kerajaan Pusat, kerajaan negeri Pulau Pinang, Penang Bridge Sdn. Bhd., serta beberapa penaja yang lain. Bajet-bajet yang diperolehi digunakan untuk urusan kos sewaan jentera, kos peralatan, kos buruh, kos  tambahan dan juga kos ketidakpastian.

14.0 KESIMPULAN

                 Sesebuah  projek yang dibuat harus mempunyai permulaan dan pengakhirannya. Hal ini adalah kerana ciri- ciri sebuah projek itu sendiri mempunyai kitaran hayat projek yang perlu di lalui. Walau bagaimanapun kitaran hayat projek ini bergantung kepada saiz sesebuah projek itu sendiri.

Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan projek pembinaan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Hal ini termasuklah perancangan dan pengawalan yang baik. Tanpa pengawalan dan perancangan yang teratur dan tersusun, sesebuah projek mungkin akan mengambil masa yang lama untuk siap dengan mengikut skedul dan hal ini pastinya akan menyebabkan proses penyerahan tidak dapat dilakukan tepat pada masa yang ditetapkan.

Pelaksanaan projek yang lemah bukan sahaja menyebabkan melambatkan proses penyerahan, malah pelbagai implikasi negatif akan berlaku. Hal ini termasuklah melambatkan proses pelaksanaan projek baru yang lain, sekaligus membantutkan proses pembangunan jika projek tersebut projek awam yang dikendalikan dan berkaitan dengan kerajaan dan rakyat.

Pelaksanaan Projek Penang Bridge Monorail, dianggap bukan sahaja penyelesai masalah kesesakan lalulintas yang sering dihadapi kini, malah ianya juga merupakan satu projek yang dilaksanankan kearah mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang menjadi punca kesesakan lalulintas dewasa kini. Pelaksanaan projek ini diharap menjadi lambang pembangunan negeri Pulau Pinang.


Thanks to my group