journey without destination

journey without destination

Friday, February 25, 2011

Aplikasi Kod Etika Dalam Pasukan Berdasarkan "Movie Coach Carter"





Aplikasi Kod Etika Dalam Pasukan 

Berdasarkan tayangan film tersebut, terdapat banyak input dalam menyampaikan dan memberikan mesej yang berguna dalam membentuk semangat berkumpulan dalam sama ada kumpulan organisasi kerja, pasukan bola sepak, kumpulan belajar dan sebagainya. Filem tersebut mengetengahkan kod- kod etika yang dibuat oleh jurulatih pasukan bola keranjang bagi memastikan pasukan tersebut dapat mencapai kemenangan dalam perlawanan yang mereka sertai ketika .




Berikut adalah 4 persoalan yang diketengahkan berdasarkan filem tersebut:-

Berdasarkan pemerhatian melalui jalan cerita movie ini :- 

Jurulatih memita agar setiap ahli pasukan mematuhi masa yang ditetapkan iaitu tidak oleh hadir lewat semasa sesi latihan. Sesiapa yang lewat akan dikenakan hukuman. Ahli pasukan juga perlu hormat antara satu sama lain dengan memperkenalkan panggilan tuan bagi semua ahli pasukan. Selain itu, setiap ahli pasukan di nasihatkan agar hadir semua kelas agar tidak mengabaikan pelajaran demi pasukan bola keranjang dan mereka perlu memastikan keputusan dalam peperiksan mereka sekurang-kurangnya gred 2.3. Selain itu mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa untuk mencapai kemenangan.

Kod tingkahlaku diperlukan:-

Dalam pasukan ini adalah untuk menjamin mencapai kemenangan dalam perlawanan yang disertai. Contohnya sekiranya pasukan ini mempunyai ahli yang tidak menepati masa, ini akan menyebabkan sesi latihan terganggu disebabkan kelewatan ahli pasukan. Selain itu, sekiranya kod hormat-menghormati tidak diperkenalkan maka ia akan menimbulkan perselisihan faham antara pasukan dan semangat pasukan sukar untuk dibentuk dan seterusnya kejayaan sukar untuk dicapai. Dalam hal ini, dengan adanya kod etika dalam pasukan secara tidak langsung ia akan mendidik displin diri serta semangat berpasukan dan menjamin kemenangan.

Dalam hal ini:-

Tidak semua ahli dalam pasukan tersebut dapat menerima kod yang ditetapkan. Contohnya pada permulaan cerita dalam filem ini salah seorang ahli pasukan bertindak keluar daripada pasukan bola keranjang kerana kod yang ditetapkan oleh jurulatih amat ketat. Hal ini telah menyebabkan pasukan tersebut berpecah. Namun setelah melihat akan kemenangan pasukan hasil daripada kod-kod yang diperkenalkan jurulatih, beliau kembali menyertai pasukan tersebut. Selain itu ada juga ahli pasukan yang melanggari peraturan yang ditetapkan seperti terlewat hadir ke sesi latihan dan menyebabkan menerima hukuman. Kod ini menyebabkan tanggungjawab setiap ahli pasukan meningkat kerana sentiasa perlu peka terhadap kod yang ditetapkan.

Berdasarkan filem yang ditonton:-


Setiap ahli pasukan dalam bola keranjang tersebut perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jurulatih. Setiap mereka akan dikenakan hukuman sekiranya melanggari kod yang ditetapkan. Contoh sekiranya lewat hadir ke sesi latihan mereka akan dikenakan denda tekan tubi. Setiap ahli pasukan perlu saling tegur-menegur antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan yang dibuat.

Secara keseluruhanya:-


Kod tingkahlaku yang diperkenalkan oleh jurulatih dalam filem ini amat berguna kerana telah membentuk displin diri serta semangat pesukan dalam pasukan bola keranjang tersebut yang telah membawa kemenangan dalam perlawanan yang disertai.

          Dalam mana-mana kumpulan terutamanya dalam organisasi kerja, kod tingkahlaku amat mempengaruhi kejayaan organisasi. Organisasi yang berjaya adalah terdiri daripada pekerja yang mematuhi kod tingkahlaku yang ditetapkan dan mempunyai piawaian kod tingkahlaku yang lebih tinggi. Kod tingkah laku akan menjadi garis panduan bagi pekerja untuk bekerja dengan bersunggguh-sungguh dan membentuk kumpulan organisasi kerja yang mantap dan saling bekerjasama memajukan organisasi.


Thanks to Dr. Reevany 

No comments:

Post a Comment