journey without destination

journey without destination

Monday, August 22, 2011

Penyelidikan - Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR )



Kajian Kes : JUSCO



1.0 PENGENALAN
            Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukanlah satu perkara yang baru di negara luar, tetapi situasi ini masih baru dalam konteks Negara Malaysia dan masih perlu dipupuk dikalangan organisasi atau badan-badan korporat. Secara umumnya, apabila sesebuah organisasi ditubuhkan, organisasi tersebut bukan sahaja mengekploitasi faktor pengeluaran disekelilingnya seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan, tetapi juga perlu berperanan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya terhadap masyarakat yang berada di persekitaran organisasi mereka.

Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan permasalahan tempat kerja, pekerja, alam sekitar, tanggujawab berkaitan produk dan perkhidmatan, masyarakat dan kerajaan. Walaubagaimanapun skop perbincangan tanggungjawab sosial korporat disini lebih berfokuskan kepada kajian isu CSR berkenaan dengan isu yang ke empat iaitu permasalahan berkaitan masyarakat (komuniti) dan kerajaan yang melibatkan rakyat setempat, kemiskinan, undang-undang, isu etika berkenaan dengan persekitaran masyarakat dan kerajaan.

Isu berkenaan komuniti ataupun yang melibatkan permasalahan masyarakat dan kerajaan adalah merupakan isu yang tidak boleh diambil ringan oleh mana-mana organisasi terutamanya syarikat perniagaan. Dalam hal ini, Syarikat Perniagaan memainkan peranan penting dalam menjalankan perniagaan mereka kerana ia melibatkan masyarakat dan juga kerajaan di sekeliling yang merupakan pihak berkepentingan dalam menentukan perjalanan organisasi perniagaan mereka.

Isu yang perlu diambil perhatian di sini adalah impak, peranan dan sumbangan organisasi perniagaan terutamanya syarikat yang dikaji kumpulan kami iaitu Pusat Membeli-belah Jusco Queensbaymall yang mana perananya yang besar dalam memberi sumbangan dan bantuan yang pelbagai kepada masyarakat sekitar, kerajaan dan persekitaran alam di sekitarnya.

Usaha yang dilakukan oleh mana-mana syarikatpun adalah merupakan satu amalan dan sumbangan yang terbaik berbanding syarikat yang tidak melakukan amalan CSR kerana masyarakat mahupun kerajaan akan mengiktiraf usaha CSR tersebut dalam memantapkan dan mengukuhkan lagi sesebuah organisasi melalui pandangan masyarakat yang merupakan pelanggan (customer), pekerja (staf), dan juga merupakan pihak yang berkepentingan yang paling utama.


           1.1 Definisi Tanggungjawab Sosial Korporat
Secara definisinya, tanggungjawab sosial korporat membawa maksud sebarang komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan peniagaan dan sumbangan dari sumberi korporat dalam masyarakat atau komuniti yang   bertujuan kearah meningkatkan kesejahteraan masyarakat disekitar perniagaan atau perusahaan. Antara pihak yang berkepentingan dalam pelaksanan CSR oleh sesebuah organisasi adalah organisasi atau syarikat itu sendiri, pemegang saham, masyarakat, kerajaan, pekerja, dan alam sekitar.



1.2 Definisi Masyarakat dan Kerajaan
Masyarakat merupakan sekumpulan individu atau comunity yang tinggal dalam suatu kawasan yang sama, berkongsi adat kepercayaan, budaya, bahasa, dan norma-norma bersama. Sekumpulan individu ini yang saling bantu-membantu antara satu sama lain. Contohnya masyarakat Malaysia yang tinggal di negara ini berkongsi pelbagai budaya dan bahasa yang menjadi perantara kepada saluran berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam konteks masyarakat juga kepelbagaian yang terdapat dalam suatu sistem masyarakat ini membolehkan wujudnya struktur masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain, walaupun terdapat pelbagai perbezaan diantaranya.

Selain itu, konsep Kerajaan pula membawa maksud pihak yang melaksanakan undang-undang dan dasar serta polisi dalam pemerintahan di suatu kawasan atau Negara. Pihak Kerajaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.


           2.0 OBJEKTIF KAJIAN                                       
           2.1 Menjawab Persoalan Mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat.
            Dalam subjek SKW 320 Falsafah Penyelidikan Sosial iaitu terdapat satu persoalan yang perlu dijawab iaitu apakah yang dilakukan oleh badan- badan korporat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan peranan mereka kepada masyarakat dan kerajaan.



            2.2 Mengenal Pasti Golongan Sasaran.
            Dalam hal ini,  lapangan kajian yang menjurus kearah tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini turut menekankan kepada persoalan siapakah yang menjadi golongan sasaran syarikat- syarikat korporat ini dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat di persekitaran organisasi itu. Hal ini merangkumi tahap- tahap umur, jantina dan kelas sosial masyarakat yang disasarkan.


            2.3 Bentuk Pelaksanaan.
Objektif seterusnya turut merangkumi bentuk pelaksanaan yang dilaksanakan dan dipraktikkan oleh badan- badan korporat dan jenis sumbangan mereka mengikut kesesuaian serta keperluan masyarakat dipersekitaranya kearah kesejahteraan, keselesaan, keamanan dan keperluan masyarakat.



              2.4 Penglibatan Organisasi
            Tugasan dan projek ini memberi pendedahan kepada pelajar kearah mengetahui mengenai sejauhmanakah penglibatan organisasi dan sejauhmanakah ahli yang berada dalam organisasi melibatkan diri dalam aktiviti sosial sesebuah syarikat tersebut.


             2.5 Keberkesanan.
            Dalam pendedahan kearah mengetahui mengenai tanggungjawab sosial badan- badan korporat, pengkajian turut dibuat untuk mendedahkan tentang sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab sosial ini memberikan kesan sama ada kepada badan korporat mahupun kepada masyarakat terutama sekali dalam aspek permasalahan berkaitan masyarakat dan kerajaan.


             2.6 Faedah.
            Berdasarkan faedah yang berkaitan, kumpulan kami mempunyai objektif untuk mengkaji faedah-faedah yang diperolehi oleh dipersekitaran organisasi termasuklah masyarakat dan kerajaan yang menjadi golongan sasaran bagi organisasi korporat tersebut. Selain itu, faedah pelaksanaan (CSR) oleh organisasi korporat juga mendapat kelebihan kepada mereka kerana usaha yang dilakukan oleh mereka di iktiraf oleh masyarakat dan keraajan.



            3.0 HASIL DAPATAN
            Dalam hal ini, untuk memenuhi keperluan kursus dan menjawab persoalan yang dinyatakan dalam objektif kajian laporan ini, kumpulan kami telah memilih Pusat Membeli-belah Jusco Queensbaymall di Pulau Pinang sebagai aktiviti kajian CSR kami. Kami juga memfokuskan kepada penglibatan CSR oleh Jusco kepada persekitaran masyarakat dan kerajaan.


       3.1 Pusat Membeli-belah Jusco Queensbaymall.

        3.1.1 Latar belakang Pusat Membeli-belah Jusco Queensbaymall, Penang.


Pusat membeli-belah Jusco Queensbay Mall telah di buka secara rasminya pada bulan Desember 2006. Lokasi Pusat Membeli belah Jusco adalah terletak di Queensbay Mall Bayan Lepas, Pulau Pinang. JAYA JUSCO STORES BHD atau lebih dikenali sebagai AEON CO. (M) BHD merupakan Syarikat induk bagi cawangan-cawangan Jusco yang terdapat diseluruh Malaysia. Mula ditubuhkan di Malaysia  pada tahun 1984 atas sokongan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir untuk membantu dan memodenkan industri peruncitan dan perdagangan dengan mengunakan kemahiran pengurusan yang ada pada AEON CO. (M) BHD. Penubuhan Pusat Membeli-belah Jusco ini juga telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat dipersekitaranya.


            Prinsip
Berdasarkan perubahan masa yang berlaku, ‘Customer First’ merupakan prinsip utama Syarikat Jusco. Kami sentiasa menggunakan tiga ciri-ciri yang perlu ada dalam industri peruncitan dan perdagangan dalam pembangunan iaitu ‘peace, people dan community’.


            Strategi
Untuk menubuhkan satu kedudukan persaingan dan mencapai pertumbuhan yang berterusan. Ia mempunyai 2 kunci utama Strategi antaranya Memajukan Pembangunan Pusat Membeli Belah (Accelerating Shopping Center Development) iaitu saluran sumber Jusco berdasarkan pembangunan, memantapkan kemudahan komersial kepada pelanggan Jusco.

 Antaranya cawangan di daerah dan negeri dengan penglibatan penyewa melalui ruang dan kemudahan yang disediakan oleh kepada penyewa serta meningkatkan pengurusan dalam  ‘General Merchandise Store’ (GMS) iaitu melibatkan gabungan jabatan dan pasaraya dibawah satu bumbung dengan beroperasi secara peruncitan. Produk yang ditawarkan termasuklah makanan, keperluan asas, barangan isi rumah, sukan dan sebagainya.

            Matlamat
Membolehkan Syarikat Jusco beroperasi sebagai ‘Kumpulan Peruncitan Berskala Antarabangsa’. Dikenali bukan hanya di Jepun tetapi di seluruh Negara dengan cemerlang. Dikenali di peringkat antarabangsa bukan hanya berdasarkan saiz syarikat, pertumbuhan dan keuntungan. Kami mengharapkan persaingan global dengan memberi kepuasan kepada pelanggan dan masyarakat. Dengan mendedikasikan idea ’Pengurusan Kualiti’  dalam kebolehan Syarikat Jusco.


            3.1.3 Program-program CSR yang dilaksanakan oleh Jusco.
Kami sebagai satu kumpulan telah pergi dan membuat pemerhatian berkenaan isu yang kami kaji di syarikat itu yang mana terdapat banyak aktiviti CSR yang melibatkan masyarakat, kerajaan serta persekitaranya. Antaranya adalah program CSR yang utama iaitu Caring for Society Program, Community Service Program dan Community Recycle Center.

Begitu juga dengan pekerja yang juga melibatkan masyarkat dimana etika kerja dan pemakaian yang kemas, pemberian dan maklumat melalui risalah  berkenaan dengan aktiviti CSR yang dilakukan oleh pihak Jusco, kelebihan dan keistimewaan kepada pelanggan dan staf yang memiliki Jusco Member Card, penyediaan Tabung Derma bagi penyakit Kanser, aktiviti gotong royong melalui maklumat yang terdapat dalam risalah, melaksanakan seruan Kerajaan Pulau Pinang iaitu melaksanakan kempen mengurangkan penggunaan Beg Plastik yang melibat keseluruhan masyarakat sebagai pihak yang berkepentingan terutamanya pelanggan dan staf Jusco.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian salah seorang daripada ahli kumpulan kami yang juga merupakan bekas pekerja Jusco yang pernah bekerja sambilan (Partime) sebagai ‘Promoter’ sejak tahun 2007 hingga 2009 boleh juga ambil sebagai data dan maklumat berdasarkan pemerhatianya terhadap aktiviti CSR yang dilakukan oleh Jusco kerana dilihat terdapat pelbagai program yang dilaksanakan oleh pihak Jusco itu sendiri kepada masyarkat mahupun pekerjanya yang juga sebahagian daripada ahli masyarakat.


3.2 Sumbangan Jusco Queensbaymall dalam aktiviti ‘Caring for
      Society Program’.
Melalui aktiviti CSR ini ‘Caring for Society Program’Dato Siti Nurhaliza telah dilantik menjadi Wakil atau Duta melalui penubuhan Yayasan Jusco iaitu ‘With All Our Hearts’ Malaysian Jusco Foundation. Penubuhan Tabung ini adlah untuk mendapat sumbangan daripada masyarakat dan menyumbangkan dana itu kepada golongan yang tidak bernasib baik. Antara golongan sasaran adalah sumbangan kepada rumah anak yatim, gotong-royong, pesakit kanser dan bencana alam.

Sejak penubuhan Jusco Queensbaymall ini, pada 9 September 2007, pihak Jusco telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Sungai Nibong dengan kerjasama Staf Jusco dan penduduk tempatan dikawasan itu. Aktiviti ini membolehkan masyarakat lebih menghargai pihak Jusco dan hubungan dapat dijalin antara masyarakat.

Selain itu, pada 8 Desember 2007 juga, pihak Jusco telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama anak-anak yatim bertempat di Rumah Jagaan Nasyaitul, Sungai Pinang, Balik Pulau dengan memberi sumbangan dan bantuan serta menghiburkan anak-anak yatim di rumah jagaan tersebut. Program ini dapat memberi keriangan dan kegembiraan kepada anak-anak yatim tersebut kerana ada pihak yang sanggup datang dan mengambil berat akan keadaan golongan yang tidak bernasib baik seperti mereka.

Pada tahun 2006 iaitu sejak penubuhan Jusco Queensbaymall, pihak Jusco secara keseluruhanya telah menubuhkan dan menyediakan kemudahan tabung derma bagi Pesakit Kanser di setiap kaunter bayaran untuk membolehkan pelanggan yang juga sebagai masyarakat melibatkan diri secara langsung dengan menderma kepada pesakit Kanser sambil membeli-belah. 

Selain itu, pada tahun 2009 pula, pihak jusco telah mengadakan jualan sambil menderma iaitu ‘Charity Fund’ dimana Staf Jusco dan Promoter boleh membeli barang dan hasil daripada jualan barang dan produk tersebut akan di sumbangkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

         3.3 Sumbangan Jusco Queensbaymall dalam aktiviti ‘Community
              Service Program’
            Antara objektif program ini adalah menggalakan masyarakat mengekalkan kehijauan bumi untuk masa depan generasi masyarakat pada masa hadapan. Selain itu, dengan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat dan pihak Jusco supaya jenama Jusco dikenali oleh masyarakat. Begitu juga dengan penglibatan dalam pelaksanaan Kempen yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam pemuliharaan alam sekitar, antaranya aktiviti penanaman pokok dan kitar semula serta penjagaan kesihatan masyarakat.


            Pada tahun 2007, pihak Jusco memberi sokongan kepada pihak Kerajaan dalam mengekalkan kebersihan melalui Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007. Kempen ini dilihat mampu untuk menarik pelancong yang dilihat sebagai pelanggan Jusco, begitu juga dengan masyarakat yang dapat membantu dan menjadikan masyarakat Malaysia yang menjaga kebersihan dan kesihatan diri.


            Manakala itu, pada 12 April 2008 pihak Jusco telah mengadakan aktiviti penanaman pokok dan membersih di sekitar kawasan Persiaran Pantai Jerejak dengan penglibatan masyarakat dan Staf Jusco. Aktiviti ini mampu membawa kehijauan alam sekitar dan member kesejahteraan kepada masyarakat. Selain itu, pada 11 November 2008 juga pihak Jusco Queensbaymall dengan kerjasama Syarikat induk dan Kerajaan Malaysia telah mengadakan Kempen Pengurangan Harga yang mana ia boleh membantu pelanggan ataupun masyarakat boleh membeli barang dan produk Jusco dengan harga yang berpatutan.


            Antara program yang lainya adalah pihak Jusco telah menyokong pelaksanaan pengumuman Kerajaan Pulau Pinang semperna sambutan ‘Hari Alam Sekitar Sedunia’ yang mana setiap ‘Hari Isnin’ merupakan ‘Hari Tanpa Beg Plastik’. Seterusnya pada tahun 2009, dalam aspek penjagaan dan kebersihan makanan, AEON Co. (M), melalui Jusco Queensbamall telah mendapat pengiktirafan sebagai pelaksanaan Sistem Keselamatan Makanan dan Standard Kebersihan melalui Sijil Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) / MS 1480:2007 oleh International Certification Grated SGS (Malaysia). Pengiktirafan ini membolehkan pihak Jusco Queensbaymall mengeluarkan dan menjual produk makanan yang telah dijamin kebersihanya. Dengan ini masyarakat boleh membeli makanan tanpa ada perasan ragu-ragu akan kebersihannya.







            Pada 28 April 2009 pula pihak Jusco telah melaksanakan program ‘Mega Cars Wash for Charity’. Aktiviti membasuh kereta ini bertempat di SC Open Car Park Area, Queensbaymall, Penang. Dengan penglibatan 50 Staf Jusco termasuklah masyarakat yang bekerjasama memberi sumbangan selepas aktiviti membasuh kereta tersebut. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk meningkatkan dana untuk Tabung Yayasan Jusco Malaysia. Selain itu untuk meningkatkan kesedaran awam tentang Tabung Yayasan Jusco ini kerana Yayasan ini adalah untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.


            3.4 Sumbangan Jusco Queensbaymall dalam aktiviti ‘Community
                  Recycle Center’
Merupakan kemudahan yang disediakan oleh Pihak Jusco antaranya Recycle Bin dan pengumpulan barangan dan produk yang boleh dikitar semula. Melibat masyarakat yang menyumbangkan barang kitar semula ini.


Walaupun Jusco Queensbaymall masih tidak mempunyai Program Community Recycle Center tetapi Jusco Queensbaymall melaksanakan aktiviti kitar semula iaitu Kitar Semula barang dan produk elektronik contohnya bateri, telefon bimbit, pengecas telefon dan sebagainya. 


Penggunaan dan penyediaan beg membeli-belah Biodegradable kepada pelanggan dan masyarakat, dengan ini dapat kurangkan penggunaan beg plastik dan masyarakat juga dapat menyumbang kepada penjagaan alam.


3.5 Penglibatan anggota dalam dan luar organisasi.
Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Syarikat terutamanya membolehkan semua anggota yang berada dalam dan luar organisasi terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Jusco Queensbaymall, Staf dan golongan atasan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.

Ini jelas dilihat dalam program gotong-royong, penanaman pokok, kitar semula, aktiviti membasuh kereta dan sebagainya, dengan penglibatan Staf Jusco membolehkan mereka mendapat pengalaman dan kemahiran bagaimana untuk menjalankan suatu program dan aktiviti. Begitu juga dengan golongan atasan yang mana mereka boleh memantapkan lagi kemahiran komunikasi dengan masyarakat dan Staf-staf bawahan.


Selain itu, dengan penglibatan masyarakat dalam aktiviti dan program CSR yang dilaksanakan termasuklah penduduk dikawasan tertentu, warga tua, anak-anak yatim dan golongan yang tidak bernasib baik. Mereka bersama dengan Staf Jusco bergotong-royong dan bekerjasama, dengan ini hubungan antara Jusco dan masyarakat setempat dapat dijalin serta masyarakat memberi kepercayaan kepada Jusco sama ada dalam aktiviti CSR mahupun jualan produk dan barangan Jusco.


Begitu juga dengan peranan Kerajaan iaitu dengan pelbagai Kempen dan aktiviti yang akan dilaksanakan untuk faedah kepada masyarakat. Pihak Jusco sentiasa memberi sokongan dan melaksanakan Kempen-kempen yang dianjurkan oleh Kerajaan. Contohnya Kempen Tahun Melawat Malaysia berkaitan dengan kebersihan, Kempen Pengurangan Harga dan Kempen Hari Isnin Tanpa Beg Plastik.




           3.6 Faedah yang diperolehi.
Dalam mengkaji aspek kelebihan dan faedah yang diperolehi melalui pelaksanaan aktiviti dan program CSR oleh Jusco Queensbaymall, antara pihak yang mendapat faedah adalah Syarikat Jusco, staf, masyarakat, pelajar, kerajaan dan persekitaran. Penglibatan Syarikat Jusco dalam aktiviti CSR membolehkan organisasi Jusco dikenali oleh masyarakat dan pengekalan serta kesetiaan jenama produk dan barangan mereka.


Selain itu, program dan aktiviti yang dilaksanakan juga membolehkan Staf Jusco mendapat pengalaman, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dalam kumpulan dan sebagainya. Begitu juga dengan penglibatan golongan atasan yang mana mereka dapat ‘role model’ kepada Staf bawahan dan dapat memotivasikan pekerja untuk lebih berdedikasi dan bersemangat dalam pekerjaan serta memantapkan lagi hubungan dan komunikasi antara pihak atasan dengan Staf bawahan.


Para pelajar terutamanya graduan juga akan mendapat faedah dan kelebihan iaitu dengan kajian dan projek yang mereka lakukan di syarikat, ini memberi mereka pengalaman cara bekerja, komunikasi, hubungan atau ‘network’ dan kemahiran pengurusan syarikat tersebut. Ini memudahkan mereka mendapat kerja dan kepercayaan untuk menjadi antara tenaga kerja.


Kerajaan juga akan mendapat faedah daripada sokongan pihak Syarikat terutamanya Pihak Jusco dalam segala aktiviti dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan ini meringankan beban peranan kerajaan dalam melaksanakan segala aktiviti ini selain daripada penglibatan badan-badan kerajaan yang lain, penglibatan pihak swasta juga amat dialu-alukan dalam menjaga kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

            4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhanya dapat disimpulkan disini sebagai sebuah badan korporat atau organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan ekonomi  yang mempunyai objektif dan matlamat berorientasikan keuntungan, kesedaran dalam aspek pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa walaupun keuntungan atau faedah yang bakal diperolehi tidak datang dalam jangka masa yang pendek namun hal ini adalah penting bagi memastikan keuntungan itu tidak dibolot oleh satu- satu pihak sahaja.


Tambahan lagi menyedari aktiviti pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini mendatangkan faedah yang bukan sedikit dan bukan dinikmati oleh satu- satu pihak sahaja, maka adalah lebih bijak jika syarikat atau badan korporat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini.  Walaubagaimanapun usaha sosial ini tidak mungkin akan berjalan lancar tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak. Jadi wajarlah jika semua pihak termasuklah kerajaan, masyarakat, individu dan sebagainya melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Hal ini adalah untuk kebaikan bersama yang akan menentukan masa depan atau kesinambungan sesebuah syarikat itu sendiri dan kesejahteraan masyarakat dan persekitaran alam.


thanks to group-mate dan Dr. Revanee

Saturday, August 20, 2011

Konsep Patriotisme




Patriotisme 

           Patriotisme dalam ertikata sebenar adalah semangat atau perasaan cintakan atau sayangkan tanah air daripada dicemari oleh musuh-musuh yang ingin menjajah, merosakan, memusnahkan atau menghancurkan budaya dalam masyarakat. Perasaan positif ini haruslah sebati dalam diri setiap individu yang merasakan bahawa Negara yang mereka diami itu haruslah dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. 

           Semangat Patriotisme ini mungkin tidak terhad kepada semangat cintakan tanah air semata-mata tetapi ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan setiap manusia dan individu. Dalam hal ini, kita tidak hanya sekadar melaungkan kata-kata Patriotisme semata-mata tetapi apa yang kita lakukan untuk menunjukan semangat sayangkan tanah air adalah yang paling utama. 

          Jadi, apakah yang telah anda lakukan untuk menunjukan yang anda ini adalah seorang warganegara yang patriotism? Mungkin dengan mengingati tarikh keramat Kemerdekaan Malaysia pada 31 ogos 1957 sahaja ataupun dengan mengangkat senjata dengan memasuki pasukan keselamatan seperti Polis, Askar, Bomba, Rela, menjadi ahli Politik, Guru, Pensyarah, Cikgu, Doktor, Peguam dan sebagainya  itu dikira sebagai Patriotik kepada negara. Mungkin ia merupakan salah satu cara untuk menunjukan yang kita adalah seorang yang patriotik yang mempunyai semangat Patriotisme. 

          Bagi saya sendiri, saya pecaya dengan contoh-contoh diatas akan menunjukan bahawa kita mempunyai semangat Patrotisme. Selain itu, semangat ini tidak terhad kepada sayangkan tanah air semata-mata tetapi secara holistiknya mempertahankan negara daripada amcaman penjajah dalam bentuk yang lebih moden adalah paling pada abad ini. 

          Jangalah kita hanya melaungkan semangat cintakan tanah air semata-mata tapi tanpa tindakan susulan yang betul, antaranya pelbagai pengaruh barat kini sedang meresap dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik di negara kita. Contohnya dalam aspek sosial, nilai-nilai moral dan etika dalam budaya kini kian hari kian hilang, aspek tradisional kini semakin terhakis disebabkan modenisasi dan globalisasi yang dibawa oleh pihak barat. 

             Kini, kita lebih mementingkan material lebih daripada nilai budaya itu sendiri. Lihat sahajalah dalam aspek ekonomi dan pembangunan, kita berlumba-lumba untuk menjadi kaya dengan mengejar kekayaan yang hanya kekal di dunia sahaja dan begitu juga dengan pembangunan negara yang hanya untuk menjadikan negara kita setanding dengan negara barat tapi malangnya usaha itu masih jauh jika kita sendiri berpaksikan kepada model dan kerangka pembangunan negara barat dan saling menyalahkan antara satu sama lain disebabkan hal yang kecik dan kesepakatan untuk membangunakan negara sukar untuk dicapai. 

              Dalam hal ini, adakah kita sendiri yang merupakan pelaku pembangunan sedar akan keadaan ini atau sekadar ‘omong-omong kosong sahaja’ bahawa kita mempunyai semangat Patriotisme terhadap negara kita sendiri ataupun tidak. Apa yang berlaku sekarang adalah isu berkenaan dengan ISA, PPSMI, Bahasa Melayu, Masalah Politik, Korupsi dan Penyelewengan dalam sektor Kerajaan, masalah Sistem Pendidikan dan Jurang Ekonomi dan sebagainya masih berlaku di negara ini. 

            Adakah mereka yang terlibat dalam isu ini mempunyai semangat Patriotisme ataupun tidak? Pada peringkat manakah semangat mereka itu? Adakah semangat ini boleh diukur ataupun dinilai? Dan adakah mereka ini mempunyai agenda tersembunyi disebalik isu-isu yang berlaku? Inilah yang menjadi persoalan dalam membicarakan tentang apakah itu Patriotisme dan apakah yang bukan Patriotisme? 

              Apa yang pasti yang relevenya adalah pada masa kini kerana masyarakat kini dilihat sudah mengambil ringan akan semangat Patriotisme dalam diri mereka berbanding masyarakat pada masa penjajahan dan pra penjajahan iaitu ketika negara kita mencapai kemerdekaan. Golongan muda kini dilihat kurang mengambil berat akan konsep ini walaupun pelbagai langkah mahupun kaedah telah dilakukan oleh kerajaan mahupun pemerintah. 

thanks to Dr. Revanee

Andaian Penyelidikan Ontologikal



BERIKUT MERUPAKAN PERBANDINGAN DI ANTARA ONTOLOGIKAL STRATEGI PENYELIDIKAN INDUKTIF DAN STRATEGI PENYELIDIKAN DEDUKTIF

Persamaan antara andaian Ontologikal Strategi Penyelidikan Induktif dengan Strategi Penyelidikan Deduktif

Persamaan di antara Strategi Penyelidikan Induktif dengan Strategi Penyelidikan Deduktif ialah :



1. Ketersusunan alam. 

Strategi penyelidikan induktif menunjukkan bahawa ketersusunan setiap perkara yang berlaku adalah mengikut hukum alam dan tidak berlaku secara rawak. Hal ini dapat dilihat melalui alam ini tersusun dan kejadian-kejadian yang terkandung mematuhi order-order tertentu. Sebagai contoh, matahari yang terbit dari timur. Manakala Strategi Penyelidikan Deduktif pula wujud persamaan dengan alam yang tersusun digambarkan dengan generalisasi tentang hubungan di antara konsep-konsep.



2. Keberasingan kejadian 

Strategi Penyelidikan Induktif yang mewujudkan keberasingan kejadian di mana data-data yang dikutip boleh diasingkan. Sebagai contoh ketinggian dan berat badan seseorang. Semasa kajian dilakukan, kita boleh diasingkan berdasarkan ketinggian dan berat badan. Strategi penyelidikan deduktif menceritakan bahawa alam terdiri daripada kejadian yang berbeza dan boleh diasingkan, seperti manusia yang terdapat pelbagai perbezaan dari aspek ketinggian, berat badan, jantina, warna kulit, bangsa dan lain-lain.




Perbezaan antara andaian Ontologikal Strategi Penyelidikan Induktif dan Strategi Penyelidikan Deduktif :

1. Perbezaan Strategi Penyelidikan Induktif dan Strategi Penyelidikan Deduktif dari ialah dalam Strategi Penyelidikan Induktif, generalisasi atau pernyataan-pernyata an universal yang menyimpulkan tentang hubungan di antara konsep, alam yang tersusun boleh diperihalkan dengan pernyataan-pernyata an universal. Sebagai contoh, penyelidik boleh membuat kesimpulan tentang apa yang berlaku daripada realiti sosial. Manakala Strategi Penyelidikan Deduktif pula menunjukkan bahawa hanya perkara-perkara yang boleh diperhatikan dianggap benar. 



2. Strategi Penyelidikan Induktif menunjukkan hubungan sebab-akibat setiap perkara mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan realiti sosial dianggap terdiri daripada kejadian-kejadian yang mempunyai hubungan sebab-akibat yang kompleks. Manakala Strategi Penyelidikan Deduktif menerangkan realiti sosial dianggap terdiri daripada hubungan-sebab yang kompleks di antara kejadian-kejadian.


3. Seterusnya perbezaan di antara andaian Ontologikal Strategi Penyelidikan Induktif dan Strategi Penyelidikan Deduktif ialah penggunaan deria ditolak dalam andaian Strategi Deduktif kerana dianggap tidak selamat untuk dijadikan asas teori-teori saintifik, walaupun ia bertujuan untuk menyokong atau menyangkal sesuatu jangkaan. Manakala, strategi induktif mementingkan primasi pemerhatian. Strategi ini menganggap bahawa hanya entiti-entiti, komponen-komponen ataupun kejadian-kejadian yang boleh diperhatikan dengan penggunaan deria boleh dianggap benar. 

Tujuan Strategi Penyelidikan Induktif ialah mewujudkan generalisasi universal yang boleh digunakan sebagai penjelasan bercorak.. Pemerhatian merupakan tunggak penting dalam Strategi Penyelidikan Induktif. Pemerhatian berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Terdapat enam andaian ontologikal dalam Strategi Penyelidikan Induktif. Andaian-andaian tersebut ialah :




1.) Ketersusunan - 

Konsep ini mengandaikan bahawa alam ini tersusun. Ini bermakna, elemen-elemen atau kejadian-kejadian terkandung dalam dunia ini juga mematuhi order-order tertentu.




2.) Keberasingan kejadian - 

Alam ini juga mengandungi kejadian-kejadian yang berasingan. Dalam konteks realiti sosial, suatu fenomena boleh diungkaikan ke tahap kelompok atau siri kejadian berasingan yang wujud secara bersendiri. Kejadian-kejadian yang berasingan ini juga boleh diperhatikan.




3.) Generalisasi atau pernyataan-pernyata an universal - 

Melalui generalisasi atau kesimpulan tentang hubungan di antara konsep, alam yang tersusun boleh diperihalkan dengan penyataan-pernyataa n universal.




4.) Primasi pemerhatian - 

Hanya entiti-entiti atau kejadian-kejadian yang boleh diperhatikan dengan penggunaan deria boleh dianggap benar. Pemerhatian merupakan suatu kriteria primasi atau asas yang tidak boleh diabaikan. Tunggak ini suatu andaian ontologikal yang penting. Justeru, hanya kejadian-kejadian yang boleh diperhatikan secara empirikal layak dijadikan penyelidikan sains.




5.) Hubungan Sebab-Akibat - 

Realiti sosial dianggap terdiri daripada kejadian-kejadian yang mempunyai hubungan sebab-akibat yang kompleks. Hubungan sebab-akibat ini digambarkan di dalam satu rangkaian hubungan antara konsep. Perkara ini berkaitrapat dengan andaian ketersusunan bahawa alam ini wujud secara teratur dan bukannya secara rawak atau tidak menentu.




6.) Eksternaliti - 

Dalam diskusi sains sosial, sebab-musabab bagi tingkah laku manusia atau realiti sosial dianggap wujud di luar individu. Hal inilah yang diistilahkan sebagai eksterniliti tingkah laku manusia. Dengan erti kata lain, sebab-sebab ini bersifat luaran. Justeru, ia boleh diperhatikan. Oleh sebab eksternaliti ini jugalah, sebab-sebab tersebut boleh dijadikan bahan kajian sains.

Strategi Penyelidikan Deduktif pula diperkenalkan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori yang selebihnya. Strategi Penyelidikan Deduktif juga digunakan bagi menyokong teori yang belum disangkal. Terdapat empat andaian ontologikal dalam Strategi Penyelidikan Deduktif.




 Andaian-andaian ontologikal tersebut ialah :

1.. Alam yang terdiri daripada kejadian atau peristiwa yang berasingan yang boleh diperhatikan.

2. Alam tersusun digambarkan dengan generalisasi tentang hubungan di antara konsep-konsep. 

3. Hanya perkara-perkara yang boleh diperhatikan dianggap benar.

4. Realiti sosial dianggap terdiri daripada hubungan- sebab yang kompleks di antara kejadian-kejadian.

Thanks to Dr.Revanee