journey without destination

journey without destination

Friday, June 3, 2011

Ulasan Artikel: “ A Conceptual Framework for Developing-Country Transnationals; PROTON Malaysia



Pengenalan
Berdasarkan artikel yang bertajuk “ A Conceptual Framework for Developing-Country Transnationals; PROTON Malaysia, kita telah mempelajari pelbagai pengalaman dalam membangunkan bidang perindustrian terutamanya automatif seperti industri pembuatan kereta. Dalam artikel ini, penulis turut menceritakan sejarah kebangkitan industri tersebut serta impaknya kepada sosioekonomi masyarakat khasnya penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan perindustrian tersebut. 

                   Kalau kita lihat dalam industri kereta yang dikendalikan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), faktor kepimpinan dan politik merupakan pemangkin kepada wujudnya industri kereta negara, Ini adalah ilham perdana menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bercita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020. 


Pengalaman Negara Dalam Membangunkan Industri Kereta
                Dengan adanya kesungguhan politik yang kuat ini, beliau berjaya menarik minat pelabur untuk melabur dalam industri kereta negara. Kerjasama dengan syarikat asing seperti Mitsubishi telah banyak membantu meningkatkan pertumbuhan industri tersebut. Ini menunjukkan bahawa komitmen kerajaan amat penting dalam memastikan projek-projek industri mempunyai modal dan kepakaran serta kemahiran tinggi yang mencukupi untuk beroperasi. 

                          Selain daripada itu, dasar sesebuah kerajaan juga akan menentukan hala tuju industri negara. Kalau kita imbas kembali, kemajuan industri kereta negara adalah disebabkan perlindungan yang diberikan oleh kerajaan ketika itu. Misalnya kerajaan mengenakan duti import sebanyak 21%  terhadap komponen kereta domestik sedangkan import duti untuk komponen asing adalah sebanyak 40%.  

Begitu juga peranan ASEAN Free Trade Agreement (AFTA) juga banyak membantu PROTON dalam memasarkan keluaran kereta negara. Dalam pada itu, kerajaan juga turut menjalinkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan negara perinudstrian yang sememangnya berpengelaman dalam membangunkan industri berat seperti negara Korea Selatan, Taiwan dan lain-lain. Akibat daripada itu, Malaysia telah mendapat pengajaran baru daripada kerjasama dari segi teknik pengeluaran, penyelidikan, pembangunan sumber dan lain-lain yang telah menjadi faktor kepada kebangkitan industri kereta negara. 

                        Selain daripada itu, PROTON juga sentiasa menjaga kualiti dalam pengeluaran kereta. Hal ini telah meyakinkan pembeli tempatan dan luar negara terhadap mutu keluaran kereta negara. Keadaan sedemikian juga turut menjadikan sesebuah industri seumpama ini mampu bertahan dan juga bersaing di arena antarabangsa. 


Di samping itu, kepesatan pembangunan industri kereta juga disebabkan adanya kemudahan infrastruktur dan sistem komunikasi yang baik. Kedudukan kilang kereta yang terletak di Shah Alam memudahkan pihak pelabur asing untuk berurusan memandangkan segala kemudahan asas seperti lapangan terbang, pelabuhan Klang, bank, bekalan elektrik dan lain-lain turut terdapat di situ.. Kemudahan asas seperti yang di nyatakan tadi akan membantu mempercepatkan aktiviti industri dilakukan dan juga dapat menarik minat para pelabur untuk melabur di negara ini. Pembangunan perindustrian juga memerlukan pelaburan langsung asing. 

                      Peranan pelaburan seumpama ini amat penting untuk membantu negara sedang membangun seperti Malaysia ini membangunkan perindustrian. Faktor lain yang membantu kejayaan industri kereta adalah adanya tenaga buruh yang murah dan banyak. Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan graduan yang mempunyai pelbagai kepakaran penting dalam industri seperti jurutera, akauntan, pengurusan dan sebagainya.

Kesan Kepada Sosio-ekonomi
            Kejayaan PROTON dalam mengendalikan industri kereta negara telah banyak membantu kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini berdasarkan sambutan pelanggan daripada dalam dan luar negara, kemasukan pelaburan luar dan lain-lain. Pada masa yang sama, industri ini juga membantu meningkatkan peluang pekerjaan, bukan sahaja dalam industri kereta malah industri hiliran lain seperti firma perkhidmatan jururunding dalam kejuruteraan, bidang keusahawanan lain seperti pengeluaran tayar, alat elektronik dan lain-lain. 

                             Pertumbuhan industri ini turut menyebabkan penghijrahan penduduk dari luar seperti Sabah, Sarawak ke ibu kota untuk bekerja dalam sektor tersebut. Selain itu, kewujudan industri ini juga telah mendatangkan kesan kepada kawasan persekitaran iaitu pertambahan kemudahan sistem pengangkutan yang lebih baik seperti jalan raya daripada pusat bandar kepada Shah Alam yang menempatkan industri ini.

            Pada masa yang sama, kerajaan juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi kereta. Ini melalui kerjasama dengan syarikat peridustrian kereta dari Jepun, Korea Selatan dan lain-lain. Usaha sedemikian akan meningkatkan pembangunan sains dan teknologi kepada negara. Pekerja PROTON akan menjadi lebih mahir dan negara boleh berdikari dalam industri ini kelak. 

                      Secara keseluruhannya, industri kereta ini telah banyak membawa kesan positif kepada negara terutamanya dalam aspek ekonomi. Penekanan penting yang dinyatakan dalam artikel ini seperti pelaburan yang tinggi dalam pemberian latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja dalam perlu untuk memastikan PROTON mengeluarkan kereta yang bermutu dan sentiasa dapat bersaing dengan industri kereta daripada negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan.

Thanks to Cik Zainab Wahidin and Daniel