journey without destination

journey without destination

Friday, September 16, 2011

Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) - Dalam Bidang Pendidikan



TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
1.0 PENGENALAN
            Hubungan korporat yang baik adalah merupakan tanggungjawab sosial yang baik. Tanggungjawab sosial korporat(CSR) bukanlah satu perkara yang baru di negara luar, tetapi situasi ini masih baru dalam kontek Negara Malaysia dan masih perlu dipupuk dikalangan organisasi atau badan- badan korporat. Secara umumnya, apabila sesebuah organisasi ditubuhkan, organisasi tersebut bukan sahaja mengekploitasi faktor pengeluaran disekelilingnya seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan, tetapi juga perlu berperanan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya.
Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar, dan pembangunan ekonomi dan masyarakat. Walau bagaimanapun skop perbincangan tanggungjawab sosial korporat disini lebih berfokuskan kepada bidang pendidikan yang pada hakikatnya merupakan salah satu proses sosiolisasi masyarakat yang mejurus kepada pembelajaran mengenai norma-norma dan peranan-peranan serta kemahiran kearah mempersiapkan individu untuk meneruskan survivalnya.
1.1 DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Secara umumnya,tanggungjawab sosial korporat membawa maksud sebarang komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan peniagaan dan sumbangan dari sumber korporat dalam komuniti atau masyarakatyang   bertujuan kearah meningkatkan kesejahteraan masyarakat disekitar perniagaan atau perusahaan.

1.2 DEFINISI PENDIDIKAN
Manakala pendidikan atau “education” yang berasal dari “educere” dalam bahasa latin adalah membawa maksud proses melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang merangkumi keperluan asas dalam hidup.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN                                       
2.1 Menjawab persoalan mengenai tanggungjawab sosial korporat.
            Dalam subjek SAU 316 iaitu Organisasi Kerja, Tanggungjawab Sosial korporat dan Kedermaan, terdapat satu persoalan yang perlu dijawab iaitu apakah yang dilakukan oleh badan- badan korporat sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
2.2 Mengenal pasti golongan sasaran.
            Pada masa yang sama, lapangan kajian yang menjurus kearah tanggungjawab sosial korporat ini turut menekankan kepada persoalan siapakah yang menjadi golongan sasaran syarikat- syarikat korporat ini dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat sekitar organisasi tersebut. Hal ini merangkumi tahap- tahap umur, jantina dan kelas sosial masyarakat yang disasarkan.
2.3 Bentuk pelaksanaan.
Objektif seterusnya turut merangkumi bentuk pelaksanaan yang dipraktikkan oleh badan- badan korporat dan jenis sumbangan mereka mengikut kesesuaian dan  keperluan masyarakat disekitarnya kearah melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan.
2.4 Penglibatan organisasi
            Projek ini turut mendedahkan pelajar kearah mengetahui mengenai sejauhmanakah penglibatan organisasi dan sejauhmanakah ahli yang berada dalam organisasi melibatkan diri dalam aktiviti sosial sesebuah syarikat tersebut.
2.5 keberkesanan.
            Dalam pendedahan kearah mengetahui mengenai tanggungjawab sosial badan- badan korporat, pengkajian turut dibuat untuk mendedahkan tentang sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab sosial ini memberikan kesan samaada kepada badan korporat mahupun kepada masyarakat terutama sekali dalam bidang pendidikan.
2.6 Faedah.
            Dalam projek ini, kumpulan kami turut mempunyai objektif untuk mengkaji mengenai faedah- faedah yang diperolehi oleh badan- badan korporat dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat. Pada masa yang sama pengkajian turut di juruskan kearah memberi pendedahan untuk mengetahui apakah faedah – faedah yang diperolehi oleh masyarakat disekitar organisasi yang menjadi golongan sasaran badan korporat.
3.0 HASIL DAPATAN
Bagi memenuhi keperluan kursus dan menjawab persoalan- persoalan yang ditimbulkan dalam objektif kajian tadi, kumpulan kami telah menjadikan beberapa buah syarikat atau badan korporat sebagai renponden yang antaranya ialah Seagate technology, Advanced micro Device(AMD), Kobe Precision Technology SDN. BHD (KP Tec), Avago Technologies Malaysia Sdn. Bhd  dan CP- TAG


3.1 SEAGATE TECHNOLOGY.
3.1.1 latar belakang Seagate Technology.
Seagate adalah merupakan peneraju utama dunia dalam pengeluaran, reka bentuk, pembuatan dan pemasaran “Hard Disc Drives ” kepada syarikat- syarikat perusahaan dan pengguna- pengguna barangan elektronik. Berikutan permintaan yang menggalakkan dalam bidang penyimpanan maklumat, kompeni ini komited dalam pemasaran produk hasil daripada sokongan dan kebolehpercayaan pengguna.
3.1.2 Sumbangan syarikat dalam bidang pendidikan kepada masyarakat disekitar organisasi.
            Sebagai sebuah syarikat pengeluar hard disc terbesar dunia, Seagate telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat yang berada disekitar organisasi terutamanya kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah dari kawasan luar bandar.
Antara program yang dijalankan oleh Seagate Technology ialah  Program Newspaper In Education. Setakat ini Seagate menumpukan kepada dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang berada di luar bandar dengan membekalkan lima puluh naskah setiap minggu dengan misi “ satu artikel satu minngu” dengan harapan kemahiran bahasa inggeris dikalangan pelajar luar bandar dapat ditingkatkan. Fasa setiap program berlangsung dalam jangka masa enam bulan di setiap sekolah.
            Seagate menggalakkan penglibatan pekerjanya dengan memperuntukkan masa sekurang- kurangnya dua jam bersama pelajar iaitu setiap hari Sabtu untuk mendapatkan tindakbalas positif daripada pelajar-pelajar hasil daripada pembacaan suratkhabar “New Strait Times” yang mereka bekalkan.
            Syarikat juga menganjurkan program “kesedaran Alam Sekitar”  yang mensasarkan golongan pelajar sekolah. Aktiviti menarik ini berlangsung selama tiga hari dua malam di Hutan Rimba Rekreasi di Taman Negara Pulau Pinang. Dalam program ini pelajar dididik untuk menjaga alam sekitar dan mengelakkan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar baik pencemaran udara, mahupun pencemaran air dan darat.
            Selain itu, Seagate turut menganjurkan satu program pendidikan kesihatan, dimana pelajar didedahkan dengan teknik- teknik penjagaan kesihatan berkaitan dengan pemakanan sihat kearah mengelakkan masalah obesiti yang sering berlaku dikalangan kanak- kanak yang sememangnya terdiri daripada pelajar sekolah.


3.2 ADVANCED MICRO DEVICE (AMD)
3.2.1 Latar belakang syarikat
Syarikat Advance Micro Devices Export pada awalnya diasaskan di Sunnyvale, California. Kemudian syarikat ini membuka cawangannya di Bayan Lepas, Penang, Malaysia pada bulan Januari tahun 1972. Penubuhannya di Penang merupakan usaha pertama syarikat itu untuk mengembangkan lagi empayarnya di luar negara. Hal ini berikutan dengan perkembangan Penang sebagai sebuah kawasan perindustrian bebas yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada lapan buah syarikat yang membekalkan barangan berasaskan elektrik dan elektronik di Penang. Kebanyakan syarikat-syarikat tertumpu di kawasan perindustrian bebas yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
            Pada awalnya bilangan pekerja yang bekerja di syarikat ini hanya seramai 78 orang sahaja. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak  syarikat, dan hal ini membolehkan syarikat ini menambah bilangan pekerjanya. Ia kemudiannya menambah bilangan pekerja seramai 1500 orang untuk menampung pengeluaran dan permintaan yang semakin meningkat di pasaran. Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut pengkhususan tertentu untuk mengeluarkan produk-produk yang berlainan. Hal ini penting untuk menjamin dan meningkatkan produktivitinya. Akibat perkembangan yang pesat ini juga, syarikat ini semakin berkembang menjadi salah satu daripada industri pembuatan elektronik yang terbesar dan bertaraf dunia. Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah barangan elektronik komputer, kad memori, dan sebagainya.
3.2.2 Sumbangan AMD dalam bidang pendidikan kepada masyarakat sekitar organisasi.
            Syarikat ini amat komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka. Hal ini bertetapan dengan visi syarikat iaitu untuk mengubah kepada kehidupan yang lebih baik. Keadaan ini amat bersesuaian dengan objektif syarikat iaitu untuk membekalkan masyarakat dengan kehidupan yang produktif. Fokus utama syarikat dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat ini adalah untuk mengukuhkan masyarakat dan juga pendidikan. Sumbangan syarikat ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka merangkumi pelbagai bidang, termasuklah bidang pendidikan. Hal ini adalah kerana syarikat percaya dan rasa bertanggungjawab untuk membangunkan generasi pelapis untuk mengembangkan potensi mereka. Segala aktiviti yang berteraskan tanggungjawab sosial korporat ini dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan setiap lapisan pekerja di syarikat.
            Antara sumbangan sosial korporat yang mereka jalankan khususnya dalam bidang pendidikan ialah membekalkan akhbar News Strait Times Press (NSTP) percuma kepada sekolah-sekolah yang terpilih. Hal ini disebabkan oleh kepekaan pihak syarikat sendiri mengenai kepentingan penggunaan bahasa Inggeris yang kian meluas pada masa kini. Tujuan pembekalan suratkhabar ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini disebabkan syarikat peka dengan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar sekolah. Hasil daripada tajaan suratkhabar berbahasa Inggeris ini oleh pihak syarikat, ia telah meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pihak syarikat juga turut menggalakkan lawatan para pelajar sekolah ke kilang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat dan sebagainya. Pihak syarikat juga turut menganjurkan pertandingan sains dan teknologi. Memandangkan sains dan teknologi amat penting pada zaman sekarang, syarikat AMD turut telah mengambil inisiatif dalam melahirkan minat dalam kalangan pelajar sekolah. Dalam pertandingan ini, para pelajar berpeluang untuk mempamerkan kreativiti mereka.
            Pihak syarikat juga turut peka dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang terdapat di negara ini. Kerjasama ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mendedahkan diri mereka dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, pihak syarikat juga turut terlibat dalam menaja Konvensyen Astronomi USM buat beberapa tahun berturut-turut. Hal ini menunjukkan syarikat amat menyokong pendidikan tinggi di negara kita bagi menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti. Selain itu, pihak syarikat juga turut menganjurkan program Smart Kids di syarikat. Kanak-kanak akan dijemput datang ke syarikat dan mereka berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai kemudahan dan produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

          
           
3.3 AVAGO TECHNOLOGIES MALAYSIA SDN.BHD.
3.3.1 latar belakang syarikat.
            Avago technologies merupakan pengedar semikonduktor terbesar di dunia yang mana ia bertempat di Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang. Syarikat ini adalah peneraju pembekal diperingkat global bagi pasaran utama untuk analog dan semikonduktor            ‘ mixed-singnel’ serta komponen-komponen elektronik yang lain, termasuk modul-modul dan subsistem. Syarikat ini menjana pendapatan RM1.8 billion pada tahun 2005, dan syarikat ini juga merupakan pengeluar  ‘fubless semiconductor’ yang ketujuh di dunia, menurut sumber Fabless Semiconductor Association ( FSA ), syarikat Avago mempunyai legasi dalam inovasi selama 40 tahun menurut Helweltt- Packard heritage dan juga telah membangunkan pelbagai harta intelek, termasuk kira-kira 2000 paten dan lain-lain.
3.3.2 Sumbangan Avago technologies  dalam bidang pendidikan kepada masyarakat dalam disekitar organisasi.
            Syarikat ini juga turut serta menjalankan tanggungjawab sosial korporat sepertimana syarikat-syarikat besar yang lain. Diantara salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu memberikan perhatian terhadap bidang pendidikan iaitu memberikan kebajikan dan sokongan terhadap sekolah dan universiti tempatan. Hal ini jelas bahawa syarikat banyak memberikan bantuan dan sumbangan kepada sekolah-sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang. Bantuan dan sumbangan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk kewangan sahaja, malah telah menyumbangkan keperluan kepada sekolah seperti makmal komputer terutamanya kepada sekolah yang tidak mempunyai keperluan yang mencukupi. Dalam pada itu juga, syarikat juga telah menyumbangkan pakaian dan beg sekolah kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Hal ini dapat dilihat yang mana syarikat telah menyumbangkan pakaian, beg dan kasut sekolah kepada 200 pelajar disekitar Pulau Pinang. Di samping itu, syarikat juga menyalurkan sumbangan surat khabar kepada sekolah samada untuk kegunaan pelajar mahupun pihak sekolah itu sendiri. Contohnya syarikat telah menyumbangkan 8333 naskah surat khabar The Star yang bernilai hampir RM5000 kepada lima buah sekolah di sekitar Georgetown antaranya SJK(T) Ramakrishna, SMK Haji Zainal Abidin, SMK Raja Tun Uda, SK Sri Permai dan SMK Georgetown.


3.3.3 Faedah yang diperolehi
            Dengan adanya inisiatif seperti ini ia sebenarnya akan membantu para pelajar dan juga pihak sekolah dari banyak sudut termasuklah meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar berkaitan dengan isu semasa, mewujudkan tabiat membaca dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Manakala bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan syarikat terhadap universiti-universiti tempatan pula iaitu bekerjasama dengan pihak universiti dalam menyumbangkan bantuan dari segi menerima pelajar yang akan membuat latihan industri di syarikat mereka. Di mana kebiasaanya syarikat lebih memberi tumpuan terhadap pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan dan perakaunan. Mereka dengan mudah akan memberikan kerjasama dengan menyumbangkan juga perkhidmatan mereka dalam membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka.


  
3.4 KOBE PRECISION TECHNOLOGY SDN.BHD ( KP TEC).
3.4.1 Latar belakang syarikat.
            KOBE Precision Technology Sdn Bhd (KPtec) ditubuhkan pada Februari 1992, beroperasi di Plot 39, Phase IV, Bayan Lepas Industrial Estate, Pulau Pinang dan merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Kobe Steel Ltd yang berpusat di Jepun. Syarikat ini mengeluarkan barangan yang berasaskan aluminium dalam pembuatan thin- film disk yang merupakan komponen utama di dalam Hard Disk Drives (HDD)  dan merupakan salah satu pembekal terbesar barangan tersebut di dunia. KPTEC mempunyai  pekerja seramai hampir 3000 orang, yang mana kebanyakan pekerja merupakan pekerja tempatan terdapat pelbagai aktiviti CSR termasuk bidang pendidikan yang dijalankan oleh syarikat ini untuk memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin disamping pembangunan syarikat tersebut.
3.4.2 Sumbangan Kobe Presicion SDN.BHD dalam bidang pendidikan kepada masyarakat dalam yang berada di sekitar organisasi .
syarikat ini sedar mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Dari segi pendidikan, syarikat Kobe telah membuka peluang bagi sekolah-sekolah yang beraliran sains membuat lawatan ke syarikat ini. Lima buah sekolah beraliran sains yang terbaik di  Pulau pinang  akan dipilih bagi program ini. Setakat ini sekolah yang terlibat termasuklah Penang Free School, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, dan sekolah menengah Sains Prai telah mengadakan lawatan serta didedahkan dengan pelbagai maklumat serta peluang kepada pelajar untuk pelajar bekerja di syarikat ini.

 Lawatan sekolah ini adalah untuk jangkamasa panjang kerana pendedahan awal serta maklumat mengenai pekerjaan  amat perlu bagi mereka supaya mereka akan dapat membuat pilihan serta mengetahui subjek-subjek atau aliran yang diperlukan di syarikat ini sebelum pelajar-pelajar ini menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.
Selain itu, syarikat ini juga telah mengadakan program “Industri Training” bagi memberi peluang kepada pelajar yang berminat untuk bekerja di syarikat ini apabila tamat pengajian nanti. Pensyarah akan datang bersama pelajar dan akan mempelajari skill serta menjalankan tugas mereka dengan sempurna dalam semua sektor  termasuk sektor IT, pemprosesan, operasi dan sebagainya.
Di samping itu juga, syarikat ini juga terlibat dalam program “Career Fair” dan telah melibatkan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti teknologi Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Program ini dilakukan bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai kewujudan syarikat ini serta barangan keluaran mereka.
 Para pelajar juga didedahkan dengan pengambilan subjek kejuruteraan yang diperlukan sebagai syarat jika pelajar berminat untuk bekerja di syarikat ini. Begitu juga penetapan subjek di politeknik, bahagian Human Resource syarikat Kobe bertanggungjawab dalam menetapkan sukatan pelajaran yang diperlukan bagi syarat para pelajar yang berminat untuk bekerja di syarikat ini dalam bidang yang mereka pilih. Program yang telah dilakukan oleh syarikat ini membolehkan graduan tempatan yang berminat untuk meceburkan diri dalam pekerjaan di syarikat ini.

Program yang dijalankan dalam sektor pendidikan ini membolehkan graduan mempunyai pengalaman mengenai cara bekerja serta praktikal dalam syarikat ini dalam bidang pengkhususan yang mereka ceburi. Dengan ini, akan melahirkan lebih pekerja tempatan yang berdaya saing serta mempunyai pengalaman dan kemahiran tentang selok-belok bidang pekerjaan dalam syarikat ini. Program-program yang diadakan di syarikat ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal dan mewujudkan semangat ingin belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki SPM.
3.4.3 Penglibatan anggota dalam organisasi.
            Program yang dijalankan dalam sektor pendidikan ini membolehkan graduan mempunyai pengalaman mengenai cara bekerja serta praktikal dalam syarikat ini dalam bidang pengkhususan yang mereka ceburi. Dengan ini, akan melahirkan lebih pekerja tempatan yang berdaya saing serta mempunyai pengalaman dan kemahiran tentang selok-belok bidang pekerjaan dalam syarikat ini. Program-program yang diadakan di syarikat ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal dan mewujudkan semangat ingin belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki SPM.
Para pekerja yang mempunyai potensi untuk melanjutkan pelajaran diberi peluang untuk melakukannya. Maka dengan ini para pekerja dapat menyumbangkan ilmu yang telah dipelajari untuk kemajuan syarikat. Oleh kerana kebajikan yang sangat dititikberatkan maka kajian melalui borang kaji selidik yang telah diedarkan telah menunjukkan bahawa para pekerja sangat berpuas hati dengan layanan dan kebajikan yang disediakan oleh pihak majikan.
3.4.4 faedah yang diperolehi.
            Hasil daripada tindakan serta tanggungjawab kepada masyarakat yang telah dilakukan oleh syarikat ini, lebih ramai graduan yang berpeluang dalam mendapatkan pengetahuan tentang syarikat ini. Dengan pengalaman yang mereka perolehi ini, mereka akan mudah diterima masuk untuk bekerja dalam syarikat ini dan masalah pengangguran dalam kalangan graduan akan berkurangan. Syarikat ini akan mempunyai pelapis dalam menguruskan syarikat pada masa akan datang dan akan mendapat tenaga kerja yang mahir serta mempunyai skill semasa program praktikal yang telah dilakukan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,sebagai sebuah badan korporat atau organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi yang mempunyai orentasi ekonomi yang pelbagai, kesedaran pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa walaupun keuntungan yang bakal diperolehi atau faedah yang bakal dikecapi tidak datang dalam jangka masa yang pendek namun hal ini adalah penting bagi memastikan keuntungan itu tidak dibolot oleh satu- satu pihak sahaja. Tambahan lagi menyedari aktiviti pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini mendatangkan faedah yang bukan sedikit dan bukan dinikmati oleh satu- satu pihak sahaja, maka adalah lebih bijak jika syarikat atau badan korporat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini.  Walau bagaimanapun usaha – usaha sosial ini tidak mungkin akan berjalan lancar tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak. Jadi wajarlah jika semua pihak termasuklah kerajaan, masyarakat, individu dan sebagainya melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Hal ini adalah untuk kebaikan bersama yang akan menentukan masa depan atau kesinambungan bidang pendidikan dan sesebuah syarikat itu sendiri

 Thanks to my Class-mate and Dr. Reevany Bustami