Sukarelawan Masyarakat
Pengenalan
Pengenalan
Sukarelawan masyarakat adalah satu inisiatif di mana sesebuah syarikat menyokong dan menggalakkan kakitangan, rakan kongsi perniagaan / syarikat / kedai dan ahli-ahli francais meluangkan masa mereka untuk menyokong pertubuhan-pertubuhan tempatan atau komuniti dan sebab-sebab. Usaha yang boleh ditawarkan oleh kakitangan sebagai sukarelawan termasuk kepakaran, bakat-bakat, idea-idea, ataupun secara fizikal.
Sokongan korporat mungkin dari segi menyediakan cuti bergaji, membantu pekerja mencari peluang keuntungan, pengiktirafan perkhidmatan, dan pasukan menyokong sebab-sebab khusus yang telah disasarkan oleh syarikat. Sukarelawan masyarakat bukan satu initiative korporat yang baru, malah penghubungan usaha-usaha sukarela semakin bertambah untuk matlamat perniagaan.
Selain itu, kakitangan sering didorong untuk bersama nilai-nilai perniagaan teras dan matlamat. Contohnya, syarikat IBM mengadakan program "Ciptaan Baru terhadap Pendidikan" dan "Menolong mereka yang tiada tempat tinggal". Bill Store, seorang penerbit buku "Revolusi hati" mengalakkan Perbadanan dan individu untuk menyumbangkan kemahiran-kemahiran mereka yang unik dan kreatif. Beliau berkata bahawa "mereka adalah memberi sesuatu keunikan diri sendiri yang tidak akan dapat dari orang lain.
Program-Program Biasa
Bentuk sokongan syarikat terhadap pekerja sukarelawan termasuk yang
berikut:
• Mengutamakan etika komunikasi korporat dengan menggalakkan kakitangan mereka bersukarela dalam masyarakat dan menyediakan / memberi maklumat yang teratur untuk menerokai peluang sukarela.
• Memberi cadangan mengikut sebab-sebab dan kebajikan supaya pekerja dapat menimbangkan dan menyediakan maklumat yang terperinci mengenai bagaiman melibatkan diri. Biasanya, sebab-sebab dan kebajikan disokong oleh social inisiatif yang lain.
• Menubuhkan pasukan sukarelawan atas sebab-sebab yang khusus, contohnya acara Hari Penyayang.
• Membantu pekerja mencari peluang-peluang demi kepentingan pekerja yang berpadanan dengan keperluan masyarakat.
• Membayar gaji terhadap mereka yang melakukan kerja sukarela. Ini dilaksanakan dengan memberi dua atau lima hari dalam setahun bagi mereka bekerja secara sukarela.
• Menghadiahkan wang tunai kepada pekerja-pekerja yang menawarkan masa sendiri untuk menjalankan kerja kebajikan.
• Menganugerah pekerja-pekerja yang menjalankan kerja kebajikan. Contohnya Penghargaan dibuat melalui Laporan Tahunan Syarikat, memberi pingat penghargaan dan sebagainya.
Jenis projek yang dijalankan oleh pekerja sukarela adalah untuk menyumbang masyarakat tempatan dari segi kesihatan dan keselamatan individu dan melindungi alam sekitar. Dalam projek-projek masyarakat, yang paling lazim termasuklah usaha membangunkan rumah, menyediakan makanan yang cukup, menolong menjawab telefon-telefon bagi aktiviti kempen, membersihkan taman-taman, membaca cerita untuk kanak-kanak, membimbing remaja yang mengalami masalah, membawa kanak-kanak melawat di hospital, mengeluarkan masa ke rumah kebajikan dan sebagainya.
Bagi projek yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan yang dijalankan oleh pekerja sukarela termasuk aktiviti menolong kanak- kanak memeriksa gigi, aktiviti fizikal bagi remaja, menjalankan kempen keselamatan iaitu memeriksa kereta, memberi pendidikan dan risalah-risalah tentang HIV / AIDS dan mengajar kanak-kanak cara menggunakan jalan simpangan. Dari segi persekitaran, mereka akan menawarkan diri melibatkan dalam mengumpul sampah-sarap, menanam pokok di kawasan terbiar, membersihan parit-parit dan sebagainya.
Faedah Yang Berpotensi
Menurut pengyumbangan pengurus, initiatif ini telah membina hubungan yang kukuh dan tulen dengan komuniti tempatan yang dapat menarik dan mengekalkan pekerja-pekerja berpuas hati dan bermotivasi. Ini juga satu inisiatif terbaik untuk bertambah dalam penglibatan pelaburan sosial. Contohnya, menambah imej korporat, dan menyediakan peluang mempamerkan produk dan perkhidmatan.
Membina Perhubungan Tulen dalam masyarakat
Memberi komitmen sebenar dan mengambil berat harus kepada pekerja- pekerja sebagai satu jenis sokongan.
Matlamat perniagaan
Terdapat banyak syarikat percayai Korporat social adalah satu inisiatif yang baik dalam pelaburan. Contohnya mereka mempercayai ini dapat menyedari berpotensi yang berteknologi dalam pembangunan
ekonomi. Tanggungjawab utama pemimpin adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
Bertambah Kepuasan Pekerja dan Motivasi
Reputasi sesebuah boleh dilihat dengan penglibatan komuniti, termasuk untuk memberi pekerja sukarela sokongan. Ini dapat memotivasikan dan menyebabkan pilihan mereka terhadap tempat bekerja. Menyokong pekerja bersukarela atas sebab-sebab tertentu adalah satu tumpuan strategik untuk organisasi mengumpilkan caruman-caruman telah ada inisiatif lain. Dalam contoh berikut, sebuah perbadanan telah mendapat satu fokus dermawan yang lama untuk menyumbang dalam perumahan kepada mereka yang tiada tempat tinggal. Ini adalah konsep dan sinergi yang berinisiatif tetapi masih tidak dapat diintegerasikan ke dalam campuran strategik semasa.
Menyokong inisiatif-inisiatif korporat lain
Menyokong pekerja bersukarela atas sebab-sebab tertentu adalah satu tumpuan strategik untuk organisasi mengumpilkan caruman-caruman telah ada inisiatif lain. Dalam contoh berikut, sebuah perbadanan telah mendapat satu fokus dermawan yang lama untuk menyumbang dalam perumahan kepada mereka yang tiada tempat tinggal. Ini adalah konsep dan sinergi yang berinisiatif tetapi masih tidak dapat diintegerasikan ke dalam campuran strategik semasa.
Menambah Imej Korporat
Banyak syarikat adalah menemui bahawa reputasi-reputasi yang kukuh untuk tanggungjawab sosial korporat boleh ditingkatkan ataupun dimenangi, ia melalui usaha kakitangan yang sukarela berdepanan dengan rakan-rakan, warganegara, dan jiran-jiran yang memerlukan. Di kalangan semua inisiatif-inisiatif kemasyarakatan korporat, mungkin ia mempunyai keupayaan yang besar untuk menjana perasaan muhibah di kalangan pekerja dan ahli-ahli komuniti.
Menyediakan Peluang Mempamerkan Produk-produk dan perkhidmatan
Inisiatif-inisiatif dermawan yang termasuk pendermaan produk-produk dan perkhidmatan boleh terus ditingkatkan bagi peluang mengaitkan produk dalam masyarakat korporat.
Masalah dan Kebimbangan Yang Berpotensi
Ia boleh dianggap sebagai faedah yang unik, seperti yang dikatakan juga membawa kebimbangan juga. Ia dinyatakan bercabaran dan soalan- soalan adalah seperti berikut:
• Ia menjadi perbelanjaan yang besar.
Contohnya sebuah syarikat yang mempunyai 30juta pekerja dibayar 24 jam cuti setiap tahun. 50 peratus pekerja turut berserta, ini bermakna syarikat telah mendermakan 3.6 juta jam potensi produktiviti. Ia mungkin satu latihan kompleks untuk menilai opsyen kerana memberi bantuan dan caruman-caruman tunai langsung. Ia mungkin dikatakan lebih berbahaya daripada usaha-usaha yang hanya sukarela dan merangsangkan masa kakitangan mereka.
• Kakitangan yang banyak, usaha-usaha mungkin akan membawa banyak isu yang kurang dilihat dalam impak sosial.
• Apabila usaha antara pekerja adalah disebarkan sepanjang pasaran / dunia, bagaimana kita menyedari faedah-faedah perniagaan.
• Projek ini adalah sangat penting untuk mencari titik tengah dalam membuat publisiti kita usaha-usaha dan peragaan mereka
Kunci Kejayaan
Kunci-kunci Berjaya bagi inisiatif sukarela adalah biasa. Secara keseluruhan, eksekutif-eksekutif dan pengurus-pengurus berkongsi cadangan mereka yang menekankan perkembangan program yang bersesuaian dengan masyarakat sosial, ekonomi, dan isu-isu alam sekitar yang diperlukan bagi sesebuah syarikat. Malah, kelebihan yang antara sukarela dengan usaha kewarganegaraan korporat menjadi lebih luas dan strategi dalam inisiatif kemasyarakatan. Mereka menekankan kepada sokongan dan perjanjian pengurusan yang berjangka panjang dan memilih rakan kongsi yang kukuh. Dari pandangan mereka, pekerja-pekerja patut disokong dan dihargai atas usaha-usaha yang dijalankan.
Kebanyakkan syarikat yang besar atau kecil menggalakkan kakitangan bersukarela dalam masyarakat. Ini menyebabkan banyak eksekutif dilemma dalam membuat keputusan. Pengurus perlu bertimbang dari segi peluang sukarela atau membiarkan rasa pekerja bebas mengikut kepentingan sendiri.
• Faedah yang diberi bagi sukarelawan demi inisiatif- inisiatif kemasyarakatan mereka
• Apabila satu kumpulan pekerja menyatakan keminatan meraka yang khusus, ini bermakna mereka mempunyai hubungan yang kuat dalamperniagaan dan matlamat kewarganegaraan korporat.
• Apabila keperluan masyarakat wujud, terutamanya yang tidak diduga – dianggap sebagai satu sumber dan kemahiran tenaga kerja yang baik.
• Apabila kemajuan teknologi Berjaya, lebih mudah untuk menandingi peluang kakitangan bersukarela.
• Apabila satu perniagaan disokong oleh organisasi komuniti yang kukuh, ini mewakili bahawa keminatan pekerja mempunyai hubungan dengan alam mengikut matlamat perniagaan strategik.
• Apabila usaha sukarela telah membuka pasaran-pasaran baru atau menyediakan peluang-peluang untuk pembangunan dan penyelidikan produk baru.
Perkembangan Sukarelawan Masyarakat
Apabila sebuah syarikat telah satu kecenderungan dalam memajukan satu program sukarela yang rasmi dan telah membuat keputusan tidak komunikasi secara rasmi dan hanya menggalakkan tenaga kerja mesti terlibat dalam masyarakat, berikut adalah enam langkah yang perlu dijalankan.
• Garis Panduan penglibatan pekerja
Membuat keputusan bahawa samada pekerja-pekerja akan didorong dalam bersukarela atas keminatan mereka, atau sama ada satu atau lebih amal jariah atau menyebabkan usaha yang khusus akan dipromosikan. Biasanya, keputusan adalah satu kombinasi opsyen.
• Menentukan tahap sokongan pekerja
Opsyen-opsyen yang dipilih termasuk menyediakan kewangan insentif, contohnya bantuan tunai yang dibenarkan berdasarkan jumlah jam sukarela pekerja-pekerja atau pasukan. Secara tidak melibatkan kewangan, menyokong pekerja menyertai dalam aktiviti yang khusus.
• Membangunkan Rancangan Komunikasi Dalaman
Program Sukarela perlu direbakan secare luas untuk pekerja-pekerja di semua peringkat supaya menjadi kritikal untuk perlaksanaan yang berjaya. Unsur-unsur perancangan komunikasi tradisional adalah sesuai termasuk membangun satu nama atur cara dan identiti grafik bersama dengan mesej-mesej utama yang berkomunikasi dengan komitmen syarikat, sokongan masyarakat, dan keinginan penyertaan pekerja.
• Membangunkan satu Rancangan
Pengiktirafan program-program mungkin termasuk komponen yang menyatakan usaha-usaha sukarela dalam komunikasi pekerja dalaman seperti internet dan surat berita. Selain itu, termasuk juga pengiktirafan di syarikat iklan jabatan mesyuarat-mesyuarat. Sesetengah syarikat juga mempunyai program rancangan ini.
• Membangunkan satu rancangan komunikasi luaran
Sebagai langkah pertama, objektif komunikasi harus ditetapkan. Masalah yang telah diselesaikan sebagai sokongan. Ini adalah tujuan untuk mendedahkan penglibatan komuniti syarikat dibawa ke dalam laporan tahunan. Tujuannya adalah bagi menyokong pengambilan pekerja atau untuk menyediakan satu tempat yang tambahan untuk pengiktirafan kakitangan. Sekiranya matlamat telah ditetapkan, tindakan pelan
dilaksanakan.
• Membangunkan satu rancangan kesan dan penilaian
Langkah yang terakhirnya, sebuah rancangan yang bersistem untuk pekerja sukarela mesti ditubuhkan. Tambahan pula, langkah-langkah seharusnya dipersetujui untuk menilai objektif pertubuhan rancangan berkomunikasi.
Thanks to Dr. Reevany