journey without destination

journey without destination

Friday, February 11, 2011

Kaedah Penyelidikan Sosial: Penyelidikan; Menemuduga Jurujual Telefon Bimbit di Malaysia



1. Pengenalan
Penyelidikan sosial pada dasarnya bermaksud proses mengumpul maklumat serta menganalisis data dan mencari jawapan kepada persoalan yang berkaitan dengan suatu permasalahan melalui kaedah saintifik dengan cara yang formal dan sistematik. Secara umumnya, penyelidikan biasanya dilihat sebagai salah satu tatacara yang teratur yang dihasilkan daripada proses penyelidikan yang akan menghasilkan ilmu pengetahuan yang member manfaat kepada masyarakat. Contohnya seorang penyelidik berusaha menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat seperti masalah gejala sosial iaitu jenayah dalam kalangan remaja. Untuk membuat penyelidikan mengenai masalah ini penyelidik mesti melakukan penyelidikan yang teratur.

Contohnya penyelidik boleh pergi ke pusat-pusat juvana untuk merekod jumlah remaja yang terlibat dalam masalah atau perilaku jenayah dan membuat penjelasan mengikut umur dan sebab mereka terlibat dalam masalah jenayah ini. Dengan melakukan penyelidikan maka penyelidik dapat mengenalpasti punca-punca remaja ini terlibat dalam jenayah dan barulah masyarakat dan kerajaan boleh bertindak setelah mengetahui punca sebenar masalah tersebut hasil daripada penyelidikan itu. Penyelidikan seperti ini dikenali sebagai penyelidikan social kerana penyelidikan ini lebih menumpukan kepada masalah dalam persekitaran masyarakat.

Dalam penyelidikan, terdapat perbagai jenis penyelidikan tetapi para penyelidik hanya membahagikanya kepada 2 jenis penyelidikan iaitu penyelidikan gunaan dan penyelidikan asas. Pembahagian jenis penyelidikan ini menyatakan sebab dan tujuan penyelidikan yang dijalankan adalah bercorak menambahkan hasil dan membaiki mutu. Contohnya, sekiranaya penyelidik menjalankan kajian bagaimana hendak mengetahui jumlah perokok di kawasan tertentu, penyelidikan ini dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Penyelidikan asas pula adalah bagaimana menjawab soalan teoritis. Penyelidikan ini lebih abstrak dan bertujuan menambahkan pengetahuan tentang keadaan sekeliling.
Penyelidikan mempunyai unsur-unsur yang penting untuk kajian pada masa depan. Pengunaan teori, pengamatan (pemerhatian), pertimbangan fakta, dan imaginasi. Teori, adalah bersifat logic dan cuba menerangkan keadaan atau scenario yang nyata serta benar berlaku dalam masyarakat. Penyelidikan social dapat dikelaskan sebagai penyelidikan yang tepat dan berkesan serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan melalui tahap-tahap dalam proses penyelidikan berbanding dengan sumber pengetahuan yang lain. Melalui hasil daripada  suatu penyelidikan ia dapat menyelesaikan segala masalah social dalam masyarakat.

2. Tajuk /Permasalahan Kajian



Dalam bidang pemilihan tajuk untuk suatu tajuk penyelidikan ia merupakan perkara yang utama dalam mana-mana kajian oleh penyelidik. Ini adalah kerana tanpa tajuk seseorang penyelidik tidak akan dapat melakukan penyelidikan dan kajian dalam suatu proses penyelidikan. Oleh itu, pemilihan tajuk merupakan perkara yang utama bagi penyelidik kerana tajuk penyelidikan merupakan perkara yang berkaitan dengan soalan yang sedang mereka selidiki. Ini adalah kerana tajuk yang tidak sesuai menyebabkan penyelidik tidak dapat melakukan atau memulakan penyelidikan.

Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan kajian ini antaranya ialah :

2.1 Isu berkaitan masalah yang dihadapi oleh jurujual dalam kerja menjual produk
2.2 Merangkumi isu strategi jurujual melariskan produk jualan mereka

Dalam konteks ini, kumpulan kami telah diberikan tajuk penyelidikan iaitu Menemuduga Jurujual di Malaysia. Kami telah memfokuskan kepada satu jenis kerja iaitu Jurujual Telefon Bimbit yang mana kami telah dan akan mememuduga 8 responden jurujual teleofn bimbit di sekitar negeri di Malaysia iaitu di Kuala Terengganu, Perak dan Pulau Pinang. Pemilihan tajuk ini adalah sesuai dengan kumpulan kami kerana melihat kepada pertumbuhan pesat perniagaan jualan telefon di Malaysia. Penggunaan telefon bimbit kini telah menjadi trend dalam masyarakat pada keseluruhanya. Kami ingin mengkaji proses dalam penyelidikan jualan oleh responden kami. Masyarakat pada hari ini, dilihat menggunakan telefon bimbit semakin bertambah dari masa ke semasa.

Dalam hal ini, kami memilih tajuk ini adalah minat dan kami mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mencari penyelesaian terhadap tajuk yang di pilih. Tajuk ini juga mendorang kami untuk menjalankan kajian dan membuat penyelidikan dengan menemuduga jurujual telefon. Dengan ini segala maklumat dan input yang dapat akan kami gunakan dan aplikasi dalam tugasan kami. Sikap ingin tahu dalam tajuk ini merupakan pengerak utama dalam melakukan sesuatu penyelidikan dan maklumat ini mudah di dapati kerana terdapatnya banyak responden yang boleh dijadikan input bagi kami. Selain itu, pemilihan tajuk ini juga mempunyai beberapa masalah yang tidak dapat dielakan, antara contohnya adalah mencari jurujual telefon yang mempunyai perniagaan atau kedai yang besar kerana keluasan kedai membolehkan ramai pelanggan dapat mengunjungi dan seterusnya membeli produk telefon yang di jual. Dalam konteks ini, produk yang banyak membolehkan pelanggan membuat pilihan yang mereka minat. Dengan ini, semakin banyak pelanggan yang mengunjungi kedai itu, maka semakin banyak maklumat dan input yang akan kami perolehi. Dalam hal ini, kebanyakkan kedai di lokasi di  Perak yang mana, ahli kumpulan kami kaji dan temuduga adalah kedai yang mempunyi keluasan yang kecil dan produk jualan yang sedikit berbanding di Kuala Terengganu dan Pulau Pinang.

Walaubagaimanapun, keadaan ini juga membolehkan kami membuat kajian tanpa menghadapi masalah yang banyak. Selain daripada itu, untuk menemuduga jurujual. Masalah yang utama yang kami hadapi adalah untuk mendapatkan jurujual itu untuk di temuduga kerana responden ini kebanyakanya sibuk dan tidak mempunyai masa yang sesuai untuk di temuduga. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bekerja di kedai itu kerana bilangan pekerja jurujual yang sedikit. Ini menyebabkan kami sukar untuk mendapat responden pada masa yang dikehendaki.

Soalan Penyelidikan


            Soalan penyelidikan merupakan soalan yang akan ditanya oleh Penyelidik kepada Responden. Ini memudahkan proses penyelidikan. Antara persolan yang timbul adalah Apa, Mengapa, Kesan dan Akibat. Walaubagaimanapun penyelidik harus memahami secara mendalam terhadap persoalan yang ingin di Tanya oleh penyelidik kepada responden mereka.Ini bertujuan untuk memudahkan segala jawapan kepada persoalan-persoalan.

            Dalam konteks ini, Jurujual Telefon Bimbit. Persoalan yang harus di Tanya adalah berkisarkan kepada urusan perniagaan mereka, sama ada urusan dalaman ataupun luaran perniagaan. Ini adalah kerana untuk penyelidik mendapat segala jawapan yang lebih tepat dan spesifik daripada jurujual ataupun responden mereka. Persoalan yang mungkin penting adalah berkenaan sifat-sifat pekerja jurujual, proses penjualan yang dilakukan oleh jurujual dan strategi-strategi yang digunakan oleh jurujual untuk mengekalkan pretasi jualan mereka. Dalam hal ini, kumpulam kami telah menemuduga 8 orang responden jurujual telefon bimbit di beberapa negeri di Malaysia iaitu di Kuala Terengganu dengan 2 orang responden, Perak dengan 2 orang responden dan Pulau Pinang dengan 4 orang responden. Ini akan memudahakan kumpulan kami untuk menjalankan penyelidikan ini.

            Dalam penyelidikan ini, penyelidik yang ingin bertanyakan soalan untuk mengenalpasti masalah haruslah mematuhi syarat-syarat penyelidikan bagi mengelakan terpesong dari soalan yang dikehendaki oleh penyelidik. Dalam penyelidikan ini, kami akan cuba membandikan jawapan daripada persoalan yang ditanya oleh pesronden yang mana ia melibatkan pembolehubah-pembolehubah contohnya A, biasanya berkaitan dengan pembolehubah B, manakala pembolehubah B pula berkaitan dengan pembolehubah C dan begitu juga sebaliknya.
            Dalam kajian ini penyelidik harus menjawab persoalan mengenai Apakah sifat-sifat seorang jurujual telefon bimbit? Apakah proses-proses yang dilakukan oleh jurujual? Dan Apakah strategi-strategi yang digunakan oleh jurujual untuk mengekalkan pretasi penjualan    Pemilihan untuk membandingkan jawapan mereka?

Dalam kajian ini, kami membahagikan persoalan kajian kepada responden jurujual telefon bimbit adalah seperti berikut di Kuala Terengganu, 1 responden, di Perak, 1 responden dan di Pulau Pinang, 1 responden. Antara persoalan yang ditanya kepada responden jurujual telefon bimbit adalah berkenaan dengan Apakah jenama telefon, aksesori dan perkidmatan yang dijual di kedai mereka? Di Kuala Terengganu, jurujual terssebut menjual jenama telefon seperti Nokia, Sony Ericssson, Motorola dan Samsung. Manakala aksesori pula adalah cover telefon, betri, dan charger.perkhidmatan jualan adalah membaiki telefon. Di Perak pula, jurujual terssebut menjual jenama telefon seperti Nokia dan Sony Ericsson. Manakala aksesori pula adalah seperti cover telefon, betri, dan charger. Perkhidmatan jualan pula adalah tempahan model telefon baru dan membaiki telefon. Selain itu, di Pulau Pinang jurujual tersebut menjual jenama telefon seperti Nokia, Sony Ericssson, Motorola, Samsung, telefon jenama China dan M Mobile. Aksesorinya pula adalah cover telefon, bateri, charger dan earphone. Perkhidmatan jualannya pula adalah “trade in” model telefon lama dan membaiki telefon.

Selain daripada persoalan tersebut, soalan yang lain adalah Bagaimanakah dengan sambutan pelanggan? Di Kuala Terengganu, sambutan adalah menggalakan kerana kedai telefon tersebut di lokasi berhampiran Bandar. Manakala di Perak pula, sambutan adalah kurang menggalakan kerana lokasi kedai tersebut diluar Bandar dan di Pulau Pinang, keadaan berbeza pula kerana kedai jurujual tersebut di kawasan Bandar dan sambutan adalah sangat menggalakan daripada pelaggan. Berkenaan dengan jenis kaum, adakah pelbagai kaum dan kaum yang manakah yang paling banyak mmengunjungi kedai anda? Di Kuala Terengganu, dilihat pelanggan yang paling banyak mengunjungi kedai jurujual tersebut adalah kaum Melayu, diikuti oleh kaum Cina dan India yang paling sedikit kerana majoriti penduduk di kawasan itu adalah kaum Melayu. Di Perak pula, dilihat pelanggan yang paling banyak mengunjungi kedai jurujual tersebut adalah kaum Melayu dan Cina. Manakala kaum India adalah yang paling sedikit kerana kaum melayu dan cina boleh di katakan komposisi penduduk di kawasan itu adalah samarata. Di Pulau Pinang pula, dilihat pelanggan yang paling banyak mengunjungi kedai jurujual tersebut adalah kaum Cina, di ikuti oleh kaum Melayu dan india, ini jelas dilihat kaum cina lebih banyak di kawasan ini. Selain itu, jika meihat kepada Gender golongan lelaki yang mendominasi penbelian di ketiga-tiga kawasan jurujual tersebut. Berkenaan dengan purata umur pelanggan responden pula, ketiga-tiga responden menyatakan golongan umur pelanggan mereka adalah dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Ini adalah kerana golongan remaja yang baru hendak memiliki telefon dan golongan dewasa yang ingin bertukar telefon baru.

Secara keseluruhanya, dalam kajian ini terdapat juga persamaan dan perbezaan diantara ke tiga-tiga kawasan jurujual tersebut dan dengan ini penggunaan kaedah kulitatif adalah sangat berkesan jika seseorang penyelidik ingin membuat sesuatu penyelidikan begitu juga dengan kaedah penyelidikan kuantitatif.


3. MATLAMAT/TUJUAN PENYELIDIKAN :


3.1 Skop kajian

Skop kajian ini merangkumi beberapa perkara seperti berikut :

            3.1.1 Penyelidikan ini dicadangkan dengan tujuan untuk mencari sifat-sifat bagi kerja jurujual
           3.1.2 Proses-proses penjualan yang dilakukan oleh jurujual dan
           3.1.3 Strategi-strategi yang digunakan oleh jurujual bagi mengekalkan prestasi jualan mereka.

Dengan mengetahui permasalahan yang dihadapi jurujual maka dapatlah kita bentangkan di sini bahawa kerja-kerja penjualan juga memerlukan komitmen yang tinggi dan melibatkan beberapa faktor penting bagi memastikan setiap penjualan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

3.2 Kawasan kajian
                Kawasan kajian meliputi 3 kawasan focus kajian ini iaitu Kuala Terengganu, Perak dan Pulau               Pinang.


4. METODOLOGI KAJIAN


4.1 Kaedah mengutip dan menganalisis data.

Kaedah kajian adalah satu cara untuk mendapatkan data yang akan dikaji atau dianalisis. Dengan itu, kaedah kajian yang akan dilakukan adalah mendapatkan atau menjalankan kajian terhadap permasalahan kajian yang telah dipilih. Dalam kajian ini, pelbagai cara akan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini.


4.1.1 Data Primer

1. Kajian Lapangan / Pemerhatian
Gambar foto kawasan kajian akan diambil dengan cara turun ke lokasi kajian dan juga dengan menjalankan kaedah pemerhatian.Dengan kaedah ini kami membuat penyelidikan dengan cara memerhati gerak –geri unsur asas yang hendak dikaji.Dalam pemerhatian kami,apa yang telah kami perhatikan ialah fokus kepada jenis telefon yang dibeli oleh pengguna , kuantitinya dan bagaimana pemilihan keatas barang yang dibeli tersebut.Kami juga membuat tinjauan tentang lokasi perniagaan mereka samada strategik atau tidak.Disamping itu,,kami membuat pemerhatian tentang suasana kedai samaada ceria ataupun tidak kerana ini penting bagi membolehkan kami membuat penyelidikan samada perniagaan tersebut mempunyai ramai pelanggan atau tidak.Suasana yang menarik boleh menarik perhatian pelanggan.

2.Kaedah temubual
Kaedah temubual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat primer dalam menjalankan kajian.Antara kaedah temubual yang telah kami lakukan adalah:

·         Temubual peribadi

            Temu bual secara tidak formal sangat penting bagi mendapatkan mendapatkan maklumat.Temuramah ini dilakukan dengan menemuramah  responden untuk mendapatkan maklumat daripada mulut responden itu sendiri.Kami telah melakukan temubual dengan responden bagi mendapatkan maklumat tentang prestasi jualan mereka,operasi perniagaan yang dilakukan oleh responden,strategi-strategi yang mereka lakukan untuk menarik perhatian pelanggan dan sebagainya.Kami mengambil lapan orang responden dari pelbagai lokasi.Pada permulannya kami melakukan temubual dengan menerangkan maksud tinjauan kami,seterusnya bertanyakan soalan kepada responden mengikut reaksi responden.Terdapat juga responden yang kurang memberi kerjasama dan memberi maklumat yang kurang tepat. Terdapat juga responden yang tidak menjawab soalan dan tidak memahami soalan yang kami ajukan.Namun begitu terdapat juga responden yang banyak memberi kerjasama dan banyak membantu memberi maklumat dalam penyelidikan kami.

·         Temubual melalui telefon

Kaedah temubual juga kami lakukan melalui menebual melalui telefon dengan responden.Responden tersebut merupakan kenalan kepada kami. dan kami cuba mendapatkan maklumat dengan bertanyakan soalan.Kami menggunakan kaedah ini kerana lokasi yang kami membuat penyelidikan agak jauh dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi serta masa yang panjang.Oleh kerana kami tidak dapat melihat sendiri muka responden maka agak sukar untuk kami mengetahui gerak-geri responden semasa sesuatu soalan dijawab.

4.1.2 Data Sekunder

·         Bahan-bahan Perpustakaan

Membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah seperti Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang. Manakala, bahan-bahan yang akan menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan, jurnal-jurnal, majalah dan surat khabar yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian kami. Kami telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan jurujual dan proses penyelidikan.Kami menggunakan sumber yang ada bagi mendapatkan maklumat mengenai penyelidikan kami.


·         Melayari internet

             Kami melayari laman web untuk mencari maklumat di laman web yang berkaitan dengan kajian penyelidikan kami.Kami cuba mendapatkan maklumat melalui laman web    bagaimana untuk membuat penyelidikan serta mendapatkan maklumat daripada responden.

5. ULASAN PENYELIDIKAN :





            Bahagian ini membincangkan tentang sifat-sifat kerja jurujual,  proses-proses penjualan dan strategi-strategi jurujual untuk kekalkan prestasi. Antara sifat-sifat kerja jurujual yang jelas ditonjolkan berdasarkan hasil kutipan data adalah  komitmen dan keazaman, berinisiatif, berkeinginan terhadap tanggungjawab, sentiasa melihat dan merebut peluang, bertolak ansur terhadap risiko, kekaburan dan ketidakpastian, berkeyakinan diri, berfikiran kreatif dan anjal, keinginan kepada maklumbalas segera,  tahap tenaga yang tinggi, menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang, berorentasikan masa depan, kesanggupan untuk belajar daripada kesilapan, berkeupayaan memimpin, dan berwawasan. Sifat-sifat kerja jurujual ini penting bagi seorang jurujual bagi memastikan setiap tindakan yang diambil beroleh hasil yang diingini. Selain itu tatatertib juga penting dalam kerja jurujual. Misalnya, peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan, wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , mesra dan ramah semasa melayan, pakaian hendaklah bersih,kemas dan sesuai, peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis dan sentiasa bersopan santun dan sabar, peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan, peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil serta mendapatkan keyakinan pelanggannya, peniaga harus cuba mengenali pelanggannya dengan mengingati nama dan juga jenama serta jenis barangan yang selalu dibeli oleh pelanggan. Perlu juga diingat perolehan hasil jualan, maju mundur , berdaya maju perniagaan anda adalah terletak pada tangan pelanggan. Jelas di sini perwatakan peniaga akan turut mempengaruhi maju mundur perniagaan anda.
Kedua adalah proses-proses penjualan yang terlibat. Mereka juga harus menjalankan proses-proses dalam penjualan telefon. Proses jualan adalah penting kerana ia menunjukan kecekapan dan keupayaan sebenar jurujual menjual produk tersebut.  Dalam hal ini, bergantung kepada persekitaran ruang perniagaan jurujual. Contohnya keadaan dimana lokasi perniagaan yang mereka jalankan. Jika terdapat banyak persaingan di kawasan itu, maka proses jualan mungkin sedikit berbanding dengan keadaan di mana terdapat kurangnya persaingan. Dengan ini, proses jualan berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada pelanggan.

Ketiga, strategi-strategi yang digunakan oleh jurujual untuk mengekalkan prestasi penjualan mereka dilihat dari sudut tempat yang strategik (place), produk yang bermutu (product), harga yang kompetitif (price), dan promosi yang menyeluruh (promotion). Tempat perniagaan yang dipilih haruslah strategik yakni berada di kawasan tumpuan ramai dan tidak terlindung. Strategi barangan/produk melibatkan faktor-faktor yang ada pada produk yang boleh menarik pelanggan. Strategi harga pula dibuat dengan membuat  penentuan harga dan tawaran harga mengikut pasaran semasa. Selain itu antara strategi yang digunakan oleh jurujual telefon bimbit untuk melariskan perniagaan mereka adalah dari segi peranan ‘price mekanisme’, mereka sentiasa meletakan harga pada tahap yang berpatutan kerana ia membolehkan persaingan yang adil antara pesaing, ini juga dapat menarik pelanggan ke kedai mereka. Manakala dalam strategi promosi ia banyak menekankan tentang kaedah yang digunakan bagi menarik perhatian pelanggan seperti pengiklanan yang berkesan dan gaya pertuturan yang dapat menarik minat pelanggan justeru mempengaruhi mereka untuk membeli produk tersebut.  Dari sudut strategi pengedaran jurujual perlu mengenalpasti cara pengedaran dibuat, kos-kos yang terlibat, serta menyediakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut bagi mengelakkan berhadapan dengan risiko kerugian. Dari segi susunan peralatan dan produk jualan juga haruslah sentiasa teratur dan sistematik, ini dapat memberi keselesaan kepada pelanggan untuk memilih produk pilihan mereka. 
Analisis Data Kajian

            Analisis data kajian adalah salah satu daripada langkah dalam proses penyelidikan.  Daripada hasil pengumpulan data didapati bahawa sifat dan watak adalah penting kepada seseorang jurujual. Hal ini adalah kerana seorang jurujual memerlukan daya tarikan yang tinggi untuk menarik minat atau perhatian pelanggan supaya datang mengunjungi kedai mereka seterusnya membeli bahan jualan dari mereka. Hal ini adalah kerana pelanggan juga pandai memilih dalam membeli sesuatu barangan. Bersifat peramah, kekemasan dalam berpakaian serta pandai bertolak ansur merupakan sifat-sifat yang penting kepada seorang jurujual. Contoh, sifat peramah dan kekemasan perlu ada pada seseorang jurujaual telefon kerana pelanggan akan lebih tertarik untuk berurusniaga dengan jurujual jenis sebegitu serta pelanggan tidak akan berasa malu untuk bertanyakan soalan mengenai perihal telefon jika jurujual tersebut seorang yang peramah. Pelanggan juga akan berasa lebih selesa apabila berurusan dengan jurujual yang sebegitu.

            Selain itu, terdapat beberapa proses penjualan yang telah dilakukan oleh jurujual tersebut dalam meningkatkan penjualan telefon mereka. Antaranya seperti mengadakan iklan melalui posters, mengedarkan flyers, dan sebagainya. Selain itu mereka juga telah membuat pelbagai promosi mengenai penjualan barangan mereka. Contoh, jika pelanggan membeli satu jenis telefon bimbit nokia model 3551 i mereka akan mendapat harga diskaun bagi model telefon bimbit 6233 i. Selain itu, mereka juga telah membuat cabutan bertuah kepada pelanggan tetap yang setia mengunjungi kedai telefon mereka. Hal ini dapat memberikan manfaat dan keuntungan kepada kedai mereka dan juga para pelanggannya seterusnya dapat mengekalkan hubungan silaturahim antara pelanggan dengan jurujual tersebut.

            Dalam mengekalkan prestasi penjualan telefon mereka pelbagai cara atau strategi  telah digunakan oleh para jurujual seperti melihat lokasi kedai terlebih dahulu, sentiasa mengikut perkembangan model telefon yang berada di pasaran, sentiasa menjaga suasana di dalam kedai supaya sentiasa ceria dan kotemporari serta melakukan promosi dalam sebulan sekali seperti menyebarkan berita tentang perkembangan terkini mengenai kedai tersebut. Mengetahui lokasi sesuatu tempat sebelum memulakan perniagaan adalah penting untuk seorang peniaga kerana keuntungan datangnya dari terikan pelanggan selain dapat berkhidmat kepada para pengguna.

            Selain itu, peniaga telefon juga perlu mengetahui tentang perkembangan semasa mengenai model telefon yang terdapat dalam pasaran supaya perniagaannya tidak “ketinggalan zaman” dan didahului oleh peniaga telefon yang lain. Melihat kepada pasaran sekarang, para pengguna sentiasa mengikuti perkembangan model terbaru telefon terutamanya telefon bimbit seperti jenis nokia, Samsung, Motorola dan lain-lain lagi. Bagi golongan muda yang berada, meraka akan sentiasa bertukar-tukar jenis telefon bimbit mengikut jenis yang terhangat di pasaran. Oleh itu, peniaga telefon perlu sentiasa peka kepada persekitaran mengenai jenis dan harga telefon supaya bersesuaian dengan arus perkembangan dunia.

            Kebanyakan pelanggan akan lebih tertarik untuk datang ke sesebuah kedai adalah kerana dekorasi dalaman kedai tersebut. Suasana kedai yang ceria, meriah, kemas dan teratur adalah punca utaman kedai tersebut akan disukai oleh kebanyakan pelanggan selain daripda jurujualnya yang bersikap ramah dan bersopan. Suasana kedai amat penting kerana kebanyakan pelanggan akan mentafsir dari segi luaran kedai sebelum mereka menjejakkan kaki ke dalam kedai tersebut. Selalunya kedai yang tidak kemas dan teratur tidak digemari oleh para pelanggan kerana mereka tiada keyakinan untuk berurusan dengan peniaga tersebut. Contoh seperti jurujual kedai telefon yang kami temubual kebanyakannya menyatakan apabila sebelum memulakan perniagaan mereka terpaksa melihat tapak dan ruangan kedai tersebut terlebih dahulu dan seterusnya melakukan dekorasi bagi menarik perhatian para pelanggan untuk ke kedai mereka. Susana di dalam kedai juga amat penting kerana akan menaikkan semangat seseorang seterusnya menimbulkan perasaan yang gembira untuk membeli barangan tersebut.

            Strategi yang berikutnya adalah melalui promosi tentang perkembang terbaru mengenai kedai tersebut. Hal seperti ini amat penting kerana setiap promosi yang dijalankan mestilah sampai ke tangan pelanggan atau pengguna terlebih dahulu untuk menceritakan tentang perkembangan terbaru kedai mereka. Promosi boleh dijalankan dalam sebulan sekali kali untuk menceritakan tentang barangan perniagaan mereka. Contohnya, jurujual kedai telefon yang kami temubual menyatakan bahawa kedainya telah melakukan promosi dalam tempoh sebulan dua kali memandangkan terdapat permintaan yang tinggi kepada jenis model telefon yang digunakan pada hari ini. Pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda lebih tertarik untuk melihat serta membeli model-model telefon yang masih “panas” dalam pasaran. Oleh itu, maklumat seperti perkembang model terbaru telefon mestilah sentiasa di kemaskinikan seberapa segera supaya pelanggan tidak akan lari ke kedai yang lain.
  

Kesimpulannya, ketiga-tiga persoalan yang diajukan kepada jurujual adalah menepati dengan kehendak jawapan yang diperlukan oleh penyelidik. Ketiga-tiga persoalan tersebut saling berhubungkait antara satu sama lain dalam menaikkan serta meningkatkan penjualan telefon pada kedai mereka. Masing-masing memainkan peranan penting dalam meneruskan perniagaan tersebut.       
                
 Thanks to my Group-mate and Dr. Ong Beng Kok


Penyelidikan Sosial: Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif


Contoh persampelan yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan kaedah persampelan sistematik. 

1.0 Persampelan
Persampel merupakan satu set kes yang dipilih oleh penyelidik daripada satu populasi. Persampelan yang saintifik hendaklah dilakukan dengan berasaskan prinsip-prinsip kebarangkalian. Dalam persampelan kebarangkalian, pemilihan unsur-unsur atau unit asas ke dalam sampel dilakukan dengan cara ikut nasib tetapi dengan kebarangkalian yang diketahui. Ada berbagai persampelan kebarangkalian yang boleh digunakan dalam berbagai-bagai keadaan dan bagi tujuan yang berbeza. Persampelan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
a)      Persampelan rawak (probability sampling)
b)      Persampelan sistematik (systematic sampling)
c)      Persampelan berlapis (stratified sampling)
d)     Persampelan berkelompok (cluster sampling)

1.1 Persampelan Rawak Mudah
            Persampelan Rawak Mudah adalah sejenis persampelan kebarangkalian yang paling asas. Jenis-jenis persampelan selain ini adalah semata-mata lanjutan kepada Persampelan Rawak Mudah.
            Persampelan Rawak Mudah  ialah proses mencabut sesuatu sampel dalam  mana, unit-unit dipilih secara individu dan langsung melalui proses yang rawak, melalui proses rawak ini, setiap unit yang belum terpilih mempunyai peluang atu kebarangkalian yang sama untuk dipilih dalam tiap-tiap cabutan.
            Penyelidik boleh membuat rangka persampelan dan memberi numbor kepada setiap kes atau unsur dalam populasi.Menggunakan jadual numbor rawak penyelidik memilih sampel yang dikehendaki.
Contoh:-
            Seorang penyelidik ingin mengkaji keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara yang telah dijalankan oleh kerajaan maka penyelidik tersebut menggunakan kaedah Persampelan Rawak Mudah dengan mengambil 50 pelatih dari 2000 orang pelatih secara rawak. Penyelidik mengambikira 4 angka terawal(kerana 2000 mempunyai 4angka sahaja). Setiap pelajar diberi nombor untuk mewaklili mereka. Menggunakan jadual nombor rawak, penyelidik memilih pelatih secara rawak iaitu dari yang yang nombornya kurang dari 2000.Hasilnya adalah seperti jadual di bawah:-


0701
1257
0930
1817
1759
1791
1362
0726
0733
0070
1724
1126
0063
0472
0407
0931
0901
0520
0754
1040
1005
1540
0479
0504
0157
1927
1579
0889
0578
1425
0556
1698
1952
1428
1919
1235
1855
1917
0119
0530
0504
1693
1813
1097
1817
1706
1230
1613
0180
1753

Maka jika nombor 0710 dipegang oleh Din, nombor 1257 dipegang oleh Beng Tak dan sebagainya maka mereka akan digunakan oleh penyelidik untuk mengkaji keberkesanan Program Khidmat Negara.

Persampelan Sistematik
            Persampelan Sistematik adalah juga persampelan  rawak, Dalam persampelan sistematik penyelidik memerlukan rangka persampelan dan menentukan selang persampelan. Penyelidik memilih unsur pertama secara rawak dan memilih unsur seterusnya berdasarkan selang persampelan.
Untuk memilih sampel sistematik. Satu unsur dipilih secara rawak daripada X unsur pertama dalam rangka persampelan, dan selepas itu memilih tiap-tiap unsur yang ke-X  seterusnya .
Contoh:-
            Penyelidik ingin mengkaji minat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Teknologi social tentang mata pelajaran Matematik dan penyelidik mempunyai senarai lengkap populasi (rangka persampelan) yang mengandungi 300 orang pelajar dari sekolah tersebut. Setiap pelajar diwakili oleh nombor. Penyelidik ingin sampel sistematik sebanyak 30(n=30). Maka selang persampelan dihitung, 300/30=10.
            Seterusnya penyelidik memilih secara rawak dari nombor 1 hingga 10. Penyelidik telah memilih nombor 8 secara rawak. Maka unsur pertama digunakan penyelidik adalah 8, seterusnya 18,seterusnya 28, hinggalah ke nombor 298.
8
18
28
38
48
58
68
78
88
98
108
118
128
138
148
158
168
178
188
198
208
218
228
238
248
258
268
278
288
298

Selepas itu pelajar yang diwakili nombor yang terpilih akan digunakan penyelidik untuk mendapatkan maklumat supaya kajian penyelidiannya dapat dijalankan.

         
Proses pembentukan ukuran dalam kuantitatif dan contoh yang bagi menerangkan langkah-langkah yang terlibat dalam pembentukan kuantitatif.

1.0 Pengenalan
Setiap hari kita menggunakan pelbagai ukuran dalam kehidupan kita, sama ada kita sedar atau tidak. Contohnya berat, suhu, jam dan kelajuan dalam aktiviti harian. Dalam hal ini, ukuran boleh dibuat menggunakan alat ataupun prosedur- prosedur yang telah ditetapkan dengan menggunakan kaedah – kaedah tertentu. Dalam senario atau keadaan sosial kini, Penyelidikan sosial juga melibatkan pelbagai jenis ukuran.
Dalam ukuran kuantitatif ini, konsep lebih mudah di ukur, manakala ada juga konsep dalam sains sosial sukar untuk diukur kerana ia melibatkan penyelidik untuk memahami suatu isu social itu terlebih dahulu dan penyelidik perlu membuat keputusan tentang apa yang perlu di ukur dan bagaimana ukuran perlu di buat.
2.0  Proses Pembentukan Ukuran Dalam Kuantitatif

2.1 Langkah Pertama Dalam Pembentukan Ukuran Kuantitatif.

      Membentuk satu konsep

·         Merupakan suatu yang bukan ada pada manusia tetapi lebih kepada maksud yang diberikan oeh manusia itu sendiri.
·         Ia merupakan satu proses membina suatu yang jelas, konsep yang sistematik untuk idea-idea dan konsep yang berbentuk adstrak.

   Contoh isu yang sesuai adalah:-
*      Status Sosial Seseorang Individu
Dalam isu ini ia merupakan satu konsep yang di maknakan sendiri oleh seseorang individu. Status social merupakan tahap atau taraf yang ada pada individu dalam kehidupan social dalam masyarakat.

2.2  Langkah Kedua Dalam Pembentukan Ukuran Kuantitatif

      Membentuk definisi konsep

·         Satu definisi konsep yang sistematik dan teliti tentang suatu konsep yang ingin diukur.
     Contoh yang sesuai adalah:-      
*      Definisi Konsep adalah kedudukan seseorang individu berdasarkan pendapatan ibu dan tahap pendidikan ibu dan jumlah pendapatan bapa serta tahap pendidikan bapa.

2.3  Langkah Ketiga Dalam Pembentukan Ukuran Kuantitatif
                  Membentuk definisi pengoperasian     
Ø  Merupakan definisi bagi suatu pembolehubah berdasarkan tindakan yang diambil untuk mengukur pembolehubah tersebut.
                 Contoh yang sesuai adalah:-
*      Definisi Pengoperasian bagi isu tersebut adalah adalah gabungan pendapatan dan pendidikan ibu bapa (jumlah pendapatan ibu bapa sebulan dan tahap pendidikan ibu bapa).

*      Berikut adalah contoh-contoh soalan yang sesuai:-
1.      Apakah tahap pendidikan tertinggi bapa anda?
2.      Apakah tahap pendidikan tertinggi ibu anda?
3.      Berapakah jumlah pendapatan ibu dan bapa anda sebulan?
4.      Apakah kelulusan yang anda miliki atau tahap pendidikan anda?

2.4  Langkah Keempat Dalam Pembentukan Ukuran Kuantitatif
                  Membuat indicator atau ukuran
ü  Dalam membentuk satu ukuran penyelidik perlu menyediakan deifinisi konsep dan sentiasa memastikan bahawa ukuran yang akan dibuat sesuai dengan definisi itu.
ü  Penyelidik juga perlu merujuk kepada ukuran yang digunakan oleh penyelidik yang lain. Bertujuan untuk meminjam ukuran dari penyelidik yang lain sekiranya perlu.
ü  Langkah ini juga memerlukan penyelidik memikirkan masalah praktikal yang mungkin timbul dalam membuat sesuatu ukuran dan memastikan ukuran itu sesuai dengan analisis unit.
ü  Terdapat dua pekara yang penting dalam membentuk ukuran iaitu Realibiliti atau Kebolehpercayaan merujuk kepada sama ada satu ukuran itu konsisten atau tidak. Manakala itu, Villidity atau Kesahihan iaitu sama ada ukuran itu benar-benar mengukur konsep yang ingin diukur oleh penyelidik.
Contoh yang sesuai adalah:-
*      Untuk membuat pembentukan ukuran kuantitatif dalam isu ini adalah Penyelidik perlu merujuk kepada konsep kebolehpecayaan dalam konteks ini sekiranya penyelidik ingin mengetahui adakah kedudukan atau status sosial seseorang individu berdasarkan pendapatan ibu dan tahap pendidikan ibu dan jumlah pendapatan bapa serta tahap pendidikan bapa?
*      Penyelidik juga perlu mengukur konsep ini dan memantau responden dari setahun ke setahun dan melihat taraf pendidikan yang di capai olehnya.
*      Penyelidik juga boleh melihat kepada keputusan peperiksaan yang di perolehi oleh respondenya dari semasa ke semasa secara konsisten. Ini merupakan satu konsep Realibiliti atau Kebolehpercayaan kestabilan dalam pembentukan ukuran kuantititif.
*      Selain itu, dengan menggunakan konsep kebolehpecayaan perwakilan. Penyelidik boleh mengukur isu tersebut dan mendapat keputusan yang sama mahupun yang berbeza.
*      Contohnya, adakah ukuran itu member keputusan yang sama ataupun keputusan yang berbeza di kalangan etnik, agama ataupun gender yang berlainan.
  
3.0 Kesimpulan
            Melalui proses pembentukan dalam ukuran kuantitatif ini, penyelidik dapat membuat penyelidikan dan mendapat keputusanya sama ada keputusan itu benar atau tidak dan sama ada keputusan penyelidikan itu sama ataupun berbeza mengikut perbezaan gender, kaum, agama mahupun etnik. Dengan menggunakan jenis-jenis ukuran yang betul, keputusan penyelidikan akan di perolehi secara tepat dan berkesan.     

 Thakns to my Group-mate and Mr. Tauran