journey without destination

journey without destination

Tuesday, November 29, 2011

Tajuk : Aktiviti Semasa Cuti Pertengahan Semester 2009





Tugasan Yang Paling Mencabar


1)      “Pada cuti midsem yang lepas saya tidak pulang ke kampung kerana tiket bas yang terlalu mahal dan saya tidak mempunyai bujet yang mencukupi untuk berbelanja, maklumlah keluarga saya bukan orang berada. Saya hanya duduk di bilik , melakukan kerja part time dan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Alhamdulilah, tugasan yang diberikan oleh Pensyarah disiapkan dengan jayanya.” – Unknown.


2)      “Pada cuti yang lepas saya tidak pulang ke kampung. Saya banyak meluangkan masa didalam bilik dan hanya mengulangkaji pelajaran kerana ada test selepas cuti selain menyiapkan assignment. Saya juga ada keluar berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang sahaja.”  - Qamarul Ilham Bin Abdullah.



3)      “Pada masa cuti baru-baru ini saya pulang ke kampung halaman. Saya sempat berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga. Saya juga ada pergi memancing bersama kawan-kawan.” – Raja Muhamad Aminudin Bin Raja Al Manan.


4)      “Semasa cuti saya pulang ke kampung di Kelantan. Saya ada berjalan-jalan dengan kawan-kawan di sekitar Pantai Cahaya Bulan. Saya juga  membantu mak saya untuk mengemas halaman rumah kerana raya dah nak dekat katanya.” – Wan Mohd Zazuan Bin Wan Zahari.



5)      “Pada cuti pertengahan semester lepas, saya tidak pulang ke kampung. Saya hanya menyiapkan assignment didalam bilik. Kadang-kadang juga saya berjogging di Tasik Harapan untuk menghilangkan stress kerana saya duduk di Fajar Harapan.” - Zaid Bin Abu Bakar.


6)      “Saya tidak pulang ke kampung sebailiknya ke rumah kakak saya di Balik Pulau,Pulau Pinang. Saya secara tidak langsung menjadi pengasuh sementara kepada anak kakak saya.” - Wan Habib Bin Wan Daud.


      Sekian.