Patriotisme
Patriotisme dalam ertikata sebenar adalah semangat atau perasaan cintakan atau sayangkan tanah air daripada dicemari oleh musuh-musuh yang ingin menjajah, merosakan, memusnahkan atau menghancurkan budaya dalam masyarakat. Perasaan positif ini haruslah sebati dalam diri setiap individu yang merasakan bahawa Negara yang mereka diami itu haruslah dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.
Semangat Patriotisme ini mungkin tidak terhad kepada semangat cintakan tanah air semata-mata tetapi ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan setiap manusia dan individu. Dalam hal ini, kita tidak hanya sekadar melaungkan kata-kata Patriotisme semata-mata tetapi apa yang kita lakukan untuk menunjukan semangat sayangkan tanah air adalah yang paling utama.
Jadi, apakah yang telah anda lakukan untuk menunjukan yang anda ini adalah seorang warganegara yang patriotism? Mungkin dengan mengingati tarikh keramat Kemerdekaan Malaysia pada 31 ogos 1957 sahaja ataupun dengan mengangkat senjata dengan memasuki pasukan keselamatan seperti Polis, Askar, Bomba, Rela, menjadi ahli Politik, Guru, Pensyarah, Cikgu, Doktor, Peguam dan sebagainya itu dikira sebagai Patriotik kepada negara. Mungkin ia merupakan salah satu cara untuk menunjukan yang kita adalah seorang yang patriotik yang mempunyai semangat Patriotisme.
Bagi saya sendiri, saya pecaya dengan contoh-contoh diatas akan menunjukan bahawa kita mempunyai semangat Patrotisme. Selain itu, semangat ini tidak terhad kepada sayangkan tanah air semata-mata tetapi secara holistiknya mempertahankan negara daripada amcaman penjajah dalam bentuk yang lebih moden adalah paling pada abad ini.
Jangalah kita hanya melaungkan semangat cintakan tanah air semata-mata tapi tanpa tindakan susulan yang betul, antaranya pelbagai pengaruh barat kini sedang meresap dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik di negara kita. Contohnya dalam aspek sosial, nilai-nilai moral dan etika dalam budaya kini kian hari kian hilang, aspek tradisional kini semakin terhakis disebabkan modenisasi dan globalisasi yang dibawa oleh pihak barat.
Kini, kita lebih mementingkan material lebih daripada nilai budaya itu sendiri. Lihat sahajalah dalam aspek ekonomi dan pembangunan, kita berlumba-lumba untuk menjadi kaya dengan mengejar kekayaan yang hanya kekal di dunia sahaja dan begitu juga dengan pembangunan negara yang hanya untuk menjadikan negara kita setanding dengan negara barat tapi malangnya usaha itu masih jauh jika kita sendiri berpaksikan kepada model dan kerangka pembangunan negara barat dan saling menyalahkan antara satu sama lain disebabkan hal yang kecik dan kesepakatan untuk membangunakan negara sukar untuk dicapai.
Dalam hal ini, adakah kita sendiri yang merupakan pelaku pembangunan sedar akan keadaan ini atau sekadar ‘omong-omong kosong sahaja’ bahawa kita mempunyai semangat Patriotisme terhadap negara kita sendiri ataupun tidak. Apa yang berlaku sekarang adalah isu berkenaan dengan ISA, PPSMI, Bahasa Melayu, Masalah Politik, Korupsi dan Penyelewengan dalam sektor Kerajaan, masalah Sistem Pendidikan dan Jurang Ekonomi dan sebagainya masih berlaku di negara ini.
Adakah mereka yang terlibat dalam isu ini mempunyai semangat Patriotisme ataupun tidak? Pada peringkat manakah semangat mereka itu? Adakah semangat ini boleh diukur ataupun dinilai? Dan adakah mereka ini mempunyai agenda tersembunyi disebalik isu-isu yang berlaku? Inilah yang menjadi persoalan dalam membicarakan tentang apakah itu Patriotisme dan apakah yang bukan Patriotisme?
Apa yang pasti yang relevenya adalah pada masa kini kerana masyarakat kini dilihat sudah mengambil ringan akan semangat Patriotisme dalam diri mereka berbanding masyarakat pada masa penjajahan dan pra penjajahan iaitu ketika negara kita mencapai kemerdekaan. Golongan muda kini dilihat kurang mengambil berat akan konsep ini walaupun pelbagai langkah mahupun kaedah telah dilakukan oleh kerajaan mahupun pemerintah.
thanks to Dr. Revanee