journey without destination

journey without destination

Monday, October 31, 2011

Pengenalan Tentang Strategi Penyelidikan Islam





Pengenalan
 Strategi Penyelidikan ini mempunyai Andaian Ontologikalnya iaitu berdasarkan :
1. Estima Tauhid iaitu Ketunggalan Pencipta 
2.Alam Realiti yang berbentuk fizikal mahupun sosial secara nyata ataupun tidak nyata. 
3.Kedudukan ilmu iaitu ilmu Muqashafah.

                   Selain itu, berdasarkan Andaian Epistemalogikalnya pula Ilmunya berteraskan AL-QURAN dan AL-HADIS yang mana pendapatnya bermula dengan sumber AL-QURAN dan AL-HADIS.   


                     Dalam hal ini, sifat penyelidik haruslah mengamalkan batas etika dan moral yang ada iaitu bersifat Tawadhu daripada sifat-sifat ini bermulalah titik tolak kajian yang harus dilakukan oleh penyelidik iaitu berkenaan dengan kepentingan kajiannya, tujuan daripada permulaan hinggalah akhir kajian dan bagaimana penyelidik mendekati dan mengenali penciptanya.  Untuk itu, apa yang dikaji oleh penyelidik itu hasilnya sama ada kesan pembentukan ilmu itu iaitu ilmu baik ataupun ilmu tidak baik.

               Justeru, imu yang terhasil itu haruslah digunakan untuk kebaikan kerana manusia sebagai  'pelaku atau actor" alam realiti dan sosial yang membentuk struktur masyarakat dan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan. Dalam hal ini, setiap dariapada apa yang mereka  lakukan ia haruslah berpandukan kepada AL-QURAN dan AL-HADIS sebagai panduan. 

               Selain itu, Pensyarah juga berkongsi berkenaan pengalaman beliau semasa berlajar di UK iaitu berkenaan moral dan etika masyarakat yang disebabkan oleh Sistem Kapitalisme yang membentuk masyarakat sehinggakan nilai -nilai moral dan etika yang ada dalam diri masyarakat di tempat itu terhakis dan mungkin menjadi satu budaya bagi mereka.

Thanks to Dr. Reevany