journey without destination

journey without destination

Friday, April 1, 2011

Apa itu "Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kedermaan"



Korporat Dan kedermaan





Pengenalan

            Korporat dan kedermaan adalah sumbangan secara terus daripada badan korporat yang mana sumbangan kebanyakannya adalah berbentuk sumbangan secara tunai ataupun pembiayaan tunai, derma ataupun melalui perkhidmatan seperti menjalankan aktiviti  kebajikan. Sumbangan derma yang dilakukan dilakukan diatas adalah yang telahpun biasa dan lama dilakukan, dan ia juga mungkin berpandukan kepada perkara lampau iaitu sebab utama sumbangan diberikan adalah dengan melakukan sumbangan ataupun sokongan kepada kesejahteraan masyarakat, pendidikan, seni dan lain-lain lagi. 


            Tetapi disamping itu juga syarikat-syarikat korporat ini akan mengambil langkah untuk melindungi alam sekitar. Sumbangan korporat akan berpandukan kepada keuntungan yg diperolehi, pengeluaran modal, cara belanjawan dijalankan, keistimewaan projet dan lain-lain lagi. Penglibatan individu juga adalah diperlukan.

          Ramai yang bersetuju sikap korporat ini akan lebih memandang ke hadapan dan menutamakan perhatian yg lebih meluas dengan menyeimbangi tanggungjawab ini sama-sama mengajak rakan kongsi yang lain untuk sama-sama menjalankan sumbangan ini.

          Pertama adalah kebanyakan syarikat akan memilih sambutan berkaitan dengan isu-isu sosial. Kecenderungan untuk memilih dan memberika fokus kepada syarikat yang suka menderma dan menjalankan objektifnya.

            Kedua menjalinkan hubungan yang lama dengan sesebuah syarikat tersebut.
Tiga syarikat haruslah menyediakan ruang dan mereka berhak untuk mempunyai kebebasan memilih.

Program-program khas







 Antaranya; 


    Derma tunai cthnya menyediakan sumbangan kepada syarikat United Way, sokongan kewangan untuk programYMCA atau membuat kutipan untuk menyelenggarakan tabung kecemasan untuk individu yang mengalami kehilangan kerja.

     Penawaran geran, cth organisasi yang mempunyai keuntungan  berhak untuk memulakan penawaran harga bagi menyediakan kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan. Dan syarikat juga meneydiakan sumbangan kewangan bagi sekolah-sekolah yang menjalankan aktiviti pendidikan berkaitan dengan alam sekitar.

   Bantuan biasiswa, sumbangan biasiswa adalah untuk golongan pelajar yang belajar diperingkat tinggi dan juga kolej yang bercita-cita untuk membuka perniagaan. Pelajar sekolah peringkat tinggi juga akan diberikan biasiswa. Manakala bagi negara dunia ketiga pula memberikan peluang kepada pelajarnya untuk menjalani proses pertukaran pelajar di United State.

    Barangan yang boleh didermakan, cth ksut yg telah digunakan adalah boleh dikitar semula untukn atlet larian. Atau tempat duduk bayi boleh didermakan kepada sesiapa yang berada dihospital.

     Perkhidmatan kedermaan, contohnya memberikan perkhidmatan dengan kanak-kanak untuk suntikan imunisasi di klinik-liknik tempatan, atau menyediakan pusat talian ataupun panggilan kecemasan percuma.dan juga penawaran penjagaan gigi untuk keluarga.

    Tawaran untuk menggunakan kemudahan, conthnya gunakan van sebagai pengangkutan untuk pameran sains di sekolah,atau kemudahan kesihatan untuk digunakan di pameran kesihatan.

     Penerima sumbang adalah kerap kali ada menerima keuntungan hasil dpd sumbanga yang diterima.  Masyarakat menerima keuntungan adalah juga digalakkan menjalinkan hubungan dengan badan korporat tersebut.contohnya sekolah juga digalkkan untuk menjalinkan hubungan kerana ia dengan sendirinya akan dapat menyeimbangi hubungan tabugan dahn kedermaan tersebut.

      Garis panduan yang akan menyebabkan peringkat yg boleh menerima sumbangan adalah. Banyak syarikat yang akan menetukan belanjawannya dermannya adalah berdasarkan keuntungan atau pendapatannya terlebih dahulu, sesetengah sasaran adalah peratusan daripada pendapatan.

Potensi berfaedah








      Melalui aktiviti kedermaan ini banyak syarikat akan di pandang tinggi dan  ia akan membantu untuk syarikat ini dikenali. Ia juga akan membantu bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada pekerja dan juga organisasi kerja yang lain.

      Aktiviti kederrmaan ini adalah  akan membuktikan bahawa aktiviti ini akan dapat menjalinkan hubungan dan mengeratkan lagi yang sebelum ini belum tercapai.  Aktiviti kedermaan ini boleh memperbesarkan lagi empayar syarikat yang sedia ada, disamping itu juga akan menambahkan lagi produktiviti syarikat.

     Conthnya, Exxon Mobil membantu  sumbangan yang kukuh dan kuat untuk membantu memperbesarkan lagi jalan di tempatnya.

      Menyediakan pasaran cthnya, Apple Computer memberikan sumbangan kmputer kepada sekolah,ini adalah untuk membuatkan jenamanya menonjol dan juga untuk menggunakan sistem yang telah mereka ada.

    Memastikan pekerja yang kuat di masa hadapan, cthnya, America Express bantuan dan sokongan kepada pelajar untuk membuat latihan kerjaya dalam agensi pekerjaan.

Di amerika syarikat bahagian pertanian mentafsirkan bahawa 13million kanak-kanak amerika bertarung untuk hidup dalam kedaan kelparan setiap tahun. Di utara amerika mempunyai satu sayrikat pembungkusan makanan terbesar. Walaubagaimanapun  permasalahan ini masih lagi wujud. kelemahan adalah satu inisiatif dimasa hadapan adalah dengan menitik beratkan berkaitan dengan permasalahan kanak-kanak, dan penglibatan sukarelawan berkaitan dengan golongan pekerja adalah amat diperlukan.


Contohnya: ConAgro Food dan makanan untuk kanak-kanak







            ConAgro Food dengan inisiatif yang dijalankan pd 1999 adalah melalui slogan memberikan yang terbaik untuk kanak-kanak menggunakan banyak masa, memerlukan komitment yang kuat, perlu juga adanya inisiatif korporat yang berlawan antara satu sama lain yang akan menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut. 

            Usaha ini adalah dilakukan melalui tiga cabang pertama adalah program peringknat antarabangsa kumpul dana untuk makanan kanak-kanak, memperkanalkan teknikal dan pengangkutan, pengeluaran makanan yang sihat mengikut sistem dan juga mendapatkan kesedaran masyarakat berkaitan dengan kebuluran kanak-kanak.

            Kid Cafes adalah pusat jagaan selepas sekolah dimana mereka menggalakkan kanak-kanak untuk meningkatkan nutrisi dalam makanan ataupun tepung.

            conAgro Food rakan kongsi bersama America Second Harvest dan adalah satu rangkaian nasional yang mempunyai lebih daripada 200 jenis makanan dan dengan adanyer pertolongan ini akan membantu tabung kid kafe dan program ini juga mendapat sumbangan antarabangsa.


Cara untuk membangunkan kedermaan






     Memilih sebab untuk menyokong ideal yang sudah ada,ideal ini perlu dibangunkan adalah kerana kedudkan sesebuah syarikat itu  adalah perlu kerana kedudukan yang stabil adalah baik. Kedudukan pekerja perhatian kepada pelanggan dan lain-lain lagi.

      Apabila mereka memilih rakan kongsi yang tidak melihat kepada keuntungan, maka syarikat tersebut adalah terbaik. Dimana perlu juga dilihat samada mereka menjalinkan hubungan yang baik ataupun tidak didalam hubungan mereka ini, rekod yang baik kepada kakitangan, kajian yang dibuat adalah berkaitan dengan produk syarikat dan lain-lain lagi.

   Menetukan tahap sumbangan dengan baik sepatutnya dimulakan dengan rujukan garis panduan drpada pihak korporat, ini termasuklah peratusan-peratusan keuntungan, peratus yang berbeza tahap keuntungannnya indeks bilangan pekerja dan sebagainya.

    Membangukan plan komunikasi merupakan langkah yang selalu digunakan dalam inisiatif  kedermaan. Kadangkala ia adalah langkah yang berkesan. Pengurus digalakkan membangunkan pelan komunikasi dalaman untuk memaklumkan kepada pekerja-pekerja tentang program kedermaan dan tahap-tahap sumbangan. Pelan-pelan untuk menyambut kejayaan program-program yang dijalankan haruslah diambil berat, terutamanya apabila keputusan-keputusan kejayaan dicatat dan dikongsi bersama. 


     Dalam komunikasi luaran pula, kebanyakan orang bersetuju bahawa sekurang-kurangnya program pemberian perlulah dinyatakan di dalam laporan-laporan korporat dan dinyatakan melalui lama web kerana kebanyakan pelanggan, pelaburan dan pembekal mungkin akan melihatnya dan akan tidak senang apabila perkara-perkara tersebut tidak dinyatakan.

       Walaupun kadangkala agak sukar untuk melaksanakan langkah tersebut, pengurus-pengurus digalakkan untuk memaparkan langkah-langkah dan alat ukuran yang digunakan untuk dimasukkanke dalam jumlah sumbangan tunai, mengemukakan jumlah nilai melalui servis untuk menyalurkan maklumat pendapatandan impaknya kepada sosial. Hal ini merupakan bukti kepada langkah-langkah yg telah diambil untuk menjalankan strategi untuk menjayakan program ini.


Kesimpulan




            Cara-cara untuk melaksanakan pemberian kedermaan kedermaan telah meluas pada hari ini. Memecah tradisi ini masa lampau, yang kebanyakannya hanya tertumpu pada sumbangan berbentuk tunai, caranya telah menjadi lebih kreatif seperti sumbangan berbentuk tunai, caranya telah menjadi lebih kreatif seperti sumbangan produk-produkn dan perkhidmatan, menyediakan kepakaran-kepakaranteknikal dan membangunkan kemudahan-kemudahan.

            Kekuatan utama kepada inisiatif korporat,menarik dan mengekalkan tenaga kerja yang bermotivasidan mempunyai impak kepada sosial terutamanya komunikasi tempatan. Langkah yang disarankan untuk menjalankan program ini termasuklah memilih isu-isu sosial yang mempunyai hubungan dengan misi korporat, memasukkan sumbangan pekerja, sokongna drpada pihak atasan membangunkan pelan komunikasi dan sebagainya.


Thanks to Dr. Reevany