Sejarah kehidupan semalam yang membawa 1001 kenangan dan pengalaman,
hari ini yang menentukan makna kehidupan dan masa depan yang tiada titik noktahnya.......
Tajuk Artikel : Dasar-Dasar Ekonomi dan Pembangunan Di Malaysia: Economic
Policy and Employment Growth in Malaysia
Penulis : Rajah and Zulkifly Osman
Sumber : Simpanan Khas; Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM
Sinopsis
Malaysia telah mengalami kestabilan pertumbuhan ekonomi sejak tahun 1987, dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 8% setiap tahun dari tahun 1988 hingga tahun 1995. sebagai negara yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi, peluang pekerjaan semakin banyak sejak tahun 1970 tetapi pada tahun 1980 negara menghadapi masalah pengangguran yang serius kerana jumlah kemasukan tenaga buruh asing yang semakin tinggi dalam pelbagai sektor. Menjelang tahun 1990 negara telah memesuki fasa negara perindustrian dengan menggunakan kaedah intensif buruh, intensif modal dan penggunaan teknologi moden dalam industri. Pada tahun 1971, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pada awal 1980, pelaksanaan Dasar Penswastaan, Perindustrian, Pelan Rancangan Jangka Panjang membolehkan perkembangan industri berasaskan Penbuatan dan peluang-peluang pekerjaan kepada buruh tempatan. Perkembangan ekonomi di Malaysia juga dapat menarik pelabur dari Amerika dan Kesatuan Eropah dalam bidang Pembuatan. Institusi-intitusi juga banyak di tubuhkan dalam pembagunan teknologi berat antaranya adalah Microelectronics systems (MIMOS) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Melalui peluang pekerjaan pula, sektor industri pertanian dilihat mengalami penurunan tenaga buruh pada awal 1980 kerana kejatuhan harga barang pertanian dan awal tahun 1990 malaysia mengamalkan industri berasaskan eksport,sektor pembuatan dan perkhidmatan yang menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan kepada tenaga buruh. Secara keseluruhanya, dasar ekonomi yang di laksanakan adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada tenaga buruh tempatan supaya pertumbuhan ekonomi semakin meningkat dan mencapai matlamat dan objektif negara.
Tajuk Artikel : Dasar Ekonomi dan Pembangunan Malaysia: Bab 1; Pembangunan Mengejar Impian Atau Khayalan Penulis : Ishak Shari Sumber : Simpanan Khas; Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM
Sinopsis
Dalam aspek Pembangunan, pelbagai proram telah dilaksanakan akan tetapi masalah tetap juga timbul. Masalah yang biasa berlaku adalah kemiskinan, statistik menunjukan peningkatn orang miskin dari 650 juta pada tahun 1975 kepada 1 bilion pada tahun 1995. Kemerosotan ekonomi, peluang pekerjaan dan jurang pendapatan juga semaki merosot Bidang pendidikan pula hampir 1 bilion penduduk dunia buta huruf, kesihatan pula, peningkatan dalam kes penyalahgunaan dadah, keganasan, pelacuran dan masalah AIDS dalam masyarakat. Maslah alam sekitar juga turut berlaku yang di hadapi dunia pada hari ini berdasarkan sumber United Nation Development Program. Keadaan ini dianggap sebagai satu kegagalan oleh pembuat dasar pembangunan kebangsaan dan antarabangsa. Dalam bab ini, secara keseluruhanya penulis memperkatakan tentang kegagalan dan kesan buruk daripada proses pembangunan kerana ketidakcekapan suatu pihak dalam merancang, mengurus dan melaksanakan rancangan pembangunan. Namun begitu matlamat utama pembangunan sukar dicapai dalam masa terdekat ini kerana pembangunan yang mampan dan berjaya tidak memerlukan bantuan daripada Negara barat yang telah maju. Negara barat ini mempunyai agenda tersembunyi dan ingin mendomonasi Negara sedang membangun sebagai kaedah penjajahan yang baru. Ini juga merujuk kepada globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan, negara sedang membangun juga harus menerima kesanya dan kesanya sama ada baik atau buruk. Ini merujuk kepada peranan negara maju dalam penerusan pasaran ekonomi dunia yang mana badan-badan seperti IMF, WTO dan Bank Dunia memainkan peranan penting dalam menstabilkan keadaan Negara Miskin, Negara Sedang Membangun (NSM) dengan Negara Maju. Justeru, usaha untuk mencari jalan penyelesaian haruslah diteruskan untuk menyelesaikan masalah pembangunan hari ini. Oleh itu, penting bagi kita untuk memahami setiap aspek pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh sesuatu negara dan negara maju seharusnya membantu negara miskin tanpa mempunyai agenda – agenda tersembunyi.
Pertanian di Malaysia pada era sebelum era penjajahan tertumpu kepada keluaran secara tradisional. Selepas daripada era kemerdekaan ekonomi negara berkembang pesat terutamanya dalam sektor pertanian dan perindustrian. Sektor pertanian menyumbangkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan guna tenaga. Oleh kerana sektor pertanian bergerak selari dengan sektor perindustrian dan menampakan kesan positif terhadap ekonomi negara, Dasar Pertanian Negara (DPN, 1984) telah dikaji semula dan pada tahun 1992 DPN yang baru telah dilaksanakan (1992-2010) menjadikan pemodenan dan perdagangan sebagai matlamat asas. Begitu juga melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (RRJPD) pada tahun (1991-2010) memberi penekanan kepada aspek peningkatan daya pengeluran,kecekapan, dan daya saing. Dalam hal ini juga melalui penswastaan perusahaan awam, beban kerajaan dalam agensi perdagangan dapat dikurangkan dan aspek kecakapan dan daya maju dapat di tingkatkan. Dalam aspek perdagangan antarabangsa, komoditi utama pertanian menghadapi beban cukai yang tinggi. Kementerian Perdagangan Antarabangsa perlu lebih sistematik dan professional dan tumpuan juga perlu diberikan oleh kegiatan hiliran disamping kegiatan huluan sedia ada. Antaranya dalam sektor pertanian iaitu pengeluaran beras dan minyak kelapa sawit. DPN juga menitikberatkan aspek strategi pemasaran kerana pembangunan pemasaran dapat membaiki saluran pemasaran, galakan kepada petani, pembaikan infristruktur dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan kos penyimpanan barangan dan risiko kerugian dalam industri. Kepelbagaian komoditi produk dalam sektor pertanian yang selari dengan sektor perindustrian membolehkan negara mempelbagaikan pengeluaran dan eksport perdagangan negara ke luar negara. Dengan ini pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi dapat di tingkatkan dan memberi faedah kepada sumber tenaga buruh tempatan dan rakyat keseluruhanya.
Tajuk Artikel Bahan Internet : Pembangunan Keseimbangan dengan Dasar Ekonomi Baru di Malaysia Penulis : Dr. Mahani Zainal Abidin, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia Kuala Lumpur Tahun : Sabtu / 22 Mac 2008 Sumber : http://bangsaku-melayu.blogspot.com/2008/03/ pembangunan- keseimbangan-dengan-dasar.html
Sinopsis
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970.Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat.Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera, penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan ini.Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005.Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan penagguran tidak ketara (under employment) hampir hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian.Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah.Pegangan ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 19% pada tahun 2000. Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Peranaan kerajaan amat diperlukan untuk mencapai sasaran dan matlamat DEB.
Tajuk Buku : Siri Pembangunan Negara:Dasar Penswastaan Sebagai Aset Negara
Penulis : Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat
Penerbit : Goodmark Enterprise
Tahun : 2000
Sumber : Perpustakaan Hamzah Sendut 2, USM
Sinopsis
Dasar Penswastaan yang telah diumumkan pada tahun 1986 ini adalah langkah Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada kerajaan dalam usaha membaik pulih ekonomi Negara dan seterunya menjadi Negara maju pada masa akan datang. Kerajaan telah meminda beberapa akta yang membolehkan penswastaan dilakukan dengan lebih terancang terutama mengenai pelaksanaa desar kerajaan, pelan tindakan dan pelaksanaan jentera kerajaan. Pada akhir tahun 1991, kerajaan menerbitkan Pelan Induk Pensyarikatan yang menyeluruh mengenai Penswastaan. Sebab utama kewujudan dasar ini adalah ketidakcekapan guna tenaga untuk melahirkan perkhidmatan yang berkualiti oleh perusahaan awam pada lewat 1970-an dan awal 1980-an. Melalui rancangan Malaysia ke-7 pelbagai sektor antaranya perindustrian, pertanian, perkhidmatan, pelancongan, perlombongan, kesihatan dan pendidikan telah diswastakan. Dalam dasar ini terdapat juga kesan negatif daripada pelaksanaan ini dan kesanya kepada masyarakat khususnya. Walaubagaimanapun dasar penswastaan telah berjaya menaikan ekonomi Negara terutamanya dalam sektor perindustrian kerana dalam Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970) dan Rancangan Malaysia ke-2 (1971-1975), kerajaan telah memperuntukan lebih separuh belanjawan negara untuk prasarana di seluruh negara. Pelbagai strategi pembangunan industri termasuk mengurangkan industri gentian import dengan cara membekalkan bahan-bahan untuk dieksport, dengan ini dapat kurangkan aliran wang keluar negara. Kesanya, sektor perindutrian terus meningkat. Rancangan Malaysia ke-2 (1971-1975) menunjukan kadar pertumbuhan sekror perindustrian melebihi 10% dan sumbanganya dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat menjadi 13% pada tahun 1970. Berdasarkan prestasi sektor perindustrian, untuk memantapkan dan meningkatkn ekonomi negara, Dasar Penswastaan merupakan medium utama bagi meningkatkan ekonomi negara dalam pelbagai sektor. Selain itu, Dasar Penswastaan dapat mengurangkan beban kerajaan, galakan persaingan antara sektor, dan menambah peluang pekerjaan kepada masyarakat secara kesuluruhanya.
Tajuk Buku : Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia: Cabaran Abad Ke-21 Penulis : Hashim Fauzy Yaacob, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Pengurusan Dan Sumber Manusia UTM, Skudai Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Ta’zim Tahun : 2000 Sumber : Perpustakaan Hamzah Sendut 2, USM
Sinopsis
Sememangnya kepentingan pembangunan sumber manusia tidak boleh di nafikan lagi kerana proses pengeluaran moden telah menjadi lebih kompleks. Dengan penekanan yang diberikan terhadap pembangunan sumber manusia di Malaysia seperti yang terdapat dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Pembangunan Berat (DPB) dan Rangcangan Malaysia ke-7 yang telah dilaksanakan. Dalam hal ini, Negara maju dan Negara Indutri Baru (NIB) walaupun kekurangan modal fizikal dan sumber asli pada mulanya tetapi masih boleh maju kerana mempunyai sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan. Antara bidang yang diberi penekanan dalam Pembagunan Sumber Manusia antaranaya pengurusan dan keusahawanan, sains dan teknologi, pertanian dan perikanan industri, pengangkutan dan perhubungan, perdagangan dan perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia. Dalam perspektif ini, pembangunan sumber manusia ialah pembangunan keupayaan individu, kumpulan dan institusi untuk pembelajaran secara berterusan, penjanaan teknologi dan pelaksanaan aktiviti pembangunan dengan komitmen dan ikatan moral yang tinggi. Dalam konteks ekonomi Malaysia, kepentingan pembangunan sumber manusia membolehkan peningkatan dalam produktiviti, kemahiran dan penyusunan semula masyarakat. Melalui latihan formal dan program pembangunan, sektor perusahaan dapat tingkatkan kemahiran pekerja, mutu pengluaran dan motivasi pekerja dalam pekerjaan. Dalam abad ke-21, pembangunan manusia telah menghadapi cabaran yang lebih hebat terutama pengaruh daripada pertambahan penduduk, globalisasi dan teknologi maklumat. Dalam hal ini juga, masalah pada peringkat global juga akan mempengaruhi pada peringkat nasional iaitu perancangan dan pengurusan. Keadaan ini harus ditangani dengan sewajarnya melalui aspek latihan dan organisasi kerana untuk menyusun semula masyarakat dan sumber tenaga manusia di Malaysia kerana Pembangunan Sumber Manusia memberi kesan kepada kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia.