journey without destination

journey without destination

Saturday, August 4, 2012

Pembangunan Mampan dan Masalah Pembangunan Yang Tidak Terkawal




PENGENALAN

Apakah yang difahami oleh masyarakat sekeliling tentang konsep pembangunan mampan

-          Kenapa wujud pembangunan yang tidak terancang?
-           Pelbagai implikasi yang negatif yang wujud ekoran daripada pembangunan yang tidak terkawal.
-           Memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar.

PEMBANGUNAN MAMPAN

Definisi

¢  Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commission on Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan mampan ialah “ Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka “

¢  Untuk mencapai tujuan ini, pembangunan sosial dan ekonomi serta penambahbaikkan alam sekitar mesti disepadukan supaya keperluan manusia dapat dipenuhi secara seimbang.

¢  Sumber yang ada perlu digunakan dengan bijak dalam konteks  perancangan, komitmen dan penglibatan pihak pengurusan.

TUJUAN PEMBANGUNAN MAMPAN


KETELUSAN DAN KERJASAMA

      Masyarakat digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan pada pelbagai peringkat dari segi perancangan, pengurusan dan perlaksanaan.



PERKONGSIAN PINTAR

         Perkongsian antara kerajaan negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam seluruh aspek

         Asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan .

KESATUAN EKOSISTEM

         Alam sekitar dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber asli.

         Jika digunakan dengan bijaksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial.

KEHARMONIAN MASYARAKAT

      Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin terhadap golongan warga tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya; dan Tanpa membezakan jantina, taraf sosio-ikonomi dan penduduk antara bandar dan luar Bandar.

MENGAMBIL BERAT TENTANG MASA DEPAN

      Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh generasi akan datang di masa hadapan; dan Pembangunan yang menekankan penggunaan sumber asli secara mampan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar .

PERANAN KITA

      Mengamalkan nilai-nilai yang sihat dalam hidup misalnya mencintai alam sekitar dan menggunakan sumber alam dengan bijak.

      Peka dan prihatin kepada isu-isu alam sekitar di sekeliling anda Bertindak secara tepat dan bijak dalam pengurusan alam sekitar.

      Mengamalkan kitar semula bagi mengurangkan penghasilan sampah dan seterusnya mengurangkan pencemaran alam sekitar.

      Meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup semua lapisan masyarakat melaui kerjasama dalam menjaga kebersihan persekitaran bandar anda.

      Penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbang idea secara muafakat

      Penglibatan awam dalam rancangan pemajuan (rancangan struktur dan rancangan tempatan)


CIRI- CIRI PEMBANGUNAN MAMPAN




PEMBANGUNAN EKONOMI

         Proses kenaikan pendapatan total  dan pendapatan perkapita  dengan disusuli pertambahan penduduk yang disertai dengan perubahan asas dalam struktur ekonomi negara.

FAKTOR PEMBANGUNAN EKONOMI

         Sumber daya alam
         Sumber daya manusia
         Sumber daya modal


PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR

         Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan  dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan  keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

         Alam sekitar banyak memberi faedah kepada pembangunan mapan dari segi proses pengeluaran dan pengguaannya.

         Perlu seiring dengan pembangunan ekonomi supaya pengekalan mutu alam sekitar dan faedah pembangunan.

PEMBANGUNAN SOSIAL

         Pembangunan dari segi kesejahteraan rakyat,peningkatan kualiti kehidupan masyarakat dan ketahanan budaya.

POLISI YANG BERKAITAN DENGAN PEMBANGUNAN MAMPAN

Ø  Dasar Alam Sekitar Malaysia
Ø   Dasar Perikanan
Ø  Dasar Pelancongan
Ø  Dasar Pertanian
Ø  Dasar Perhutanan
Ø  Dasar Perindustrian

DASAR ALAM SEKITAR MALAYSIA

v  Sebagai "Perimbangan" iaitu Pembangunan tanpa kemusnahan
v  Mengurangkanv kesan buruk alam sekitar
v Ambil kira kesan keatas alam sekitar daripada aktiviti manusia
v  Kekekalan mutu alam sekitar selaras dengan kehendak penduduk

DASAR PERHUTANAN

Ø  Mengisytiharkan hutan simpan kekal
Ø  Pemeliharaan dan Pemuliharaan hutan simpan
Ø  Hutan tani
Ø  Pemeliharaan dan kepelbagaian hayat

DASAR PERTANIAN

q  Merangkumi pemuliharaan penggunaan sumber bumi
q  Mewujudkan teknik pengurusan bagi mengeluarkan sumber makanan yang mencukupi

DASAR PERINDUSTRIAN

*      Menggalakan industri melaksanakan pengurusan sumber secara mampan dengan cara menghasilkan pengrangan bahan buangan pejal yang dikeluarkan
*      Ppengurangan sumber dalam pembungkusan agar mengurangkan bahan buangan pascapengguna
*      Pengurusan sisa berseadu melalui pengurangan sumber pemulihan semula
*      Pengurusan tenaga dan sebaran udara iaitu beralih kepada sumber tenaga yang lebih bersih seperti menukarkan penggunaa bahan api kilang daripada minyak kepada gas asli  bagi mengurangkan karbon dan sulfur ke atmosfera 


MASALAH PEMBANGUNAN TIDAK TERKAWAL

q  Pembangunan yg dilakukan dengan mengeksploitasi sumber alam secara besar –
           besaran dan berterusan tanpa memikirkan kesannya dan tiada usaha kearah
           pembaikpulihan  semula.
q   Pembangunan yang tidak seimbang antara
           sosial  ekonomi dan alam sekitar.
q   Bertentangan dengan konsep pembangunan
           mapan.




CIRI-CIRI PEMBAGUNAN TIDAK TERKAWAL

q  Bertentangan dengan matlamat   pembangunan mapan.
            -  mengabaikan alam sekitar
            -  ketidakimbangan ekosistem.
            - Tidak memastikan kesinambungan sumber.

q  Pentingkan keuntungan dlm rncgn pembangunan.
            -  Projek pembangunan bersifat peribadi.
            - Tidak mengambilkira kesan negatif yang akan timbul.
            -  Cth : Tragedi highland tower (1996 ) akibat  kelemahan sistem perancangan pembangunan

q  Eksploitasi sumber alam secara
           berleluasa
             -  Perasaan tamak
             -  Aktiviti pengeksploitasian sumber alam spt penebangan hutan, penggondolan tanah secara 
                berterusan


PERUBAHAN BENTUK MUKA BUMI

Akibat  aktiviti penggondolan tanah utk pembangunan
            - kwsn hutan ditebang,bukit di tarah.
            - Bentuk muka bumi berubah.
            - cth : Pelancongan – Tasik Kenyir
            - Pembinaan hotel di tanah tinggi.

MASALAH PEMBANGUNAN TIDAK TERKAWAL


Sistem Perparitan yang Tidak Terancang

n  Hujan yang berterusan tanpa henti-henti menyebabkan banjir berlaku.
n  Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai.
n  Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
n  Sebabnya- sistem perparitan yang dibina tidak sistematik contohnya terlalu kecil dan cetek. Sisa sampah sarap yang banyak dibuang ke dalam longkang dan parit menyebabkan longkang tersumbat.Jumlah air  yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit dan mengakibatkan banjir kilat berlaku.

Pembuangan Sampah dan Sisa






Pembalakan Hutan Secara Berleluasa

n  Pembalakan haram bukan sahaja berlaku di hutan simpan tetapi di kawasan tadahan air di negara ini.
n  Hutan merupakan medium utama penyerapan air.
n  Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan.
n  Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak dan boleh mengakibatkan banjir dan tanah runtuh serta suhu bumi semakin panas.

Pembalakan Haram




Pembuangan sisa toksik, sampah ke sungai dan laut

n  Kebanyakkan kilang-kilang perindustrian mengambil jalan mudah dengan melepaskan sisa-sisa toksik ke dalam sungai dan laut.
n  Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
n  Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat.
n  Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah m Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
n  Kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar
n  Membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.

Air yang Tercemar







Perlepasan bahan berbahaya ke udara

n  Pembebasan bahan-bahan berbahaya- sulfur monoksida dan karbon monoksida dari kilang-kilang perindustrian menyebabkan masalah alam sekitar yang serius.
n  Membahayakan kesihatan manusia.
n  Pengusaha tidak mengambil kira tentang pembangunan yang tidak terancang-hanya mementingkan keuntungan.
n  Sumber lain: pelepasan asap kenderaan, perbakaran hutan, bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan pembakaran sampah, merokok .
n  Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) seperti penyembur rambut, aerosol, bahan pencuci dan pengilat perabut juga penyumbang kepada gejala  ini.

Pelepasan asap dari kilang





Penggunaan tanah yang Tidak sistematik

n  Penggunaan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan meyebabkan kualiti tanah semakin menurun atau menghilangkan kesuburan tanah.
n  Pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galian semakin berkurangan di kawasan ini
n  Pembukaan tanah untuk sektor pertanian dikurangkan tetapi lebih menumpukan kepada perumahan, rekreasi dan kawasan perindustrian



IMPLIKASI PEMBANGUNAN TIDAK TERKAWAL TERHADAP ALAM SEKITAR

*      Bencana Alam
*      Punca-Sistem saliran yang lemah menyebabkan air mudah bertakung dan tersumbat terutamanya ketika waktu hujan lebat
*      Pihak pemaju tidak mengambil kira tentang sistem saliran yang baik kerana kepadatan prasarana di bandar dan kos untuk saliran yang tinggi
*      Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air.
*      Menyebabkan penyakit yang boleh membawa maut- taun dan malaria.
*      Tanaman dan ternakan juga akan mati- merugikan petani
*      Merugikan penduduk- kerana kemusnahan harta benda akibat banjir.





                                                                     

KESIMPULAN

Tanpa ada langkah-langkah seperti yg disarankan oleh kerajaan untuk menangani masalah yg timbul daripada pembangunan yg tidak seimbang, mungkin cita-cita untuk membentuk sebuah negara yang lestari tidak akan terbentuk dan tidak dapat dicapai.




Sekian. 


Thanks to Group yang terlibat.