journey without destination

journey without destination

Thursday, June 23, 2011

Pelancongan Kesihatan Di Malaysia



              Pelancongan kesihatan didefinasikan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani rawatan atau untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, pelancongan kesihatan atau Health Tourism telah memberikan beberapa definisi oleh pakar bidang pelancongan. Menurut World Tourism Organization (WTO) pelancongan kesihatan adalah memasukkan golongan pelancong yang mengadakan health treatment (Theobald, 1994). Menurut Mantan Menteri Pelancongan Datuk Dr. Leo Michael Toyad telah menyatakan bahawa kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan kesihatan sejak tahun 1998 lagi. 

           Hal ini terbukti berdasarkan Laporan Ekonomi dan Belanjawan 2003, pada tahun 2001 sahaja, seramai 75 ribu pelancongan telah mendapat kemudahan rawatan di negara ini. Konsep Pelancongan Kesihatan di Malaysia semakin mendapat perhatian kerana kemudahan pusat perubatan yang canggih, peralatan yang berteknologi tinggi, kadar yuran perubatan yang rendah dan doktor yang mahir.

                    Pelancongan kesihatan terbahagi kepada dua iaitu yang pertama Pelancongan perubatan hospital dan rawatan yang diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit dan yang kedua adalah pelancongan penjagaan kesihatan spa (Solus Per Aqua) dan sauna. Pelancongan kesihatan di Malaysia telah bermula sejak tahun 1998 lagi.sasaran utama pelancongan perubatan ialah negara Asean terutama Indonesia, Vietnam, Kemboja, Brunei dan juga Singapura. Terdapat 35 hospital swasta berdaftar sebagai Ahli Lembaga Persatuan Hospital Swasta (APHM) yang terbabit dalam pelancongan kesihatan. 

               Menurut laporan statistik dari Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 buah hospital swasta yang terletak di Melaka, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur, pesakit luar negara datang untuk rawatan meningkat sebanyak sekali ganda dari 3,3000 orang pada tahun 1998 meningkat kepada 7,7000 pada tahun 1999, ( The Star & Nanyang siang Pau, mei dan jun 2001). Manakala di Pulau Pinang kini mempunyai 7 hospital swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan bagi tujuan menggalakkan ‘pelancongan kesihatan’. Antara hospital yang menawarkan pakej pelancongan kesihatan adalah Pusat Perubatan Ampang Puteri, Hospital Assunta, Pusat Perubatan Columbia Asia, Hospital Damansara, Hospital Pantai Puteri, Hospital Pakar Ipoh, hospital Island dan banyak lagi. Kemudahan rawatan yang disediakan di hospital-hospital ini juga diberikan oleh pakar profesional dan terlatih. Antara rawatan yang ditawarkan adalah memutihkan gigi, penbedahan jantung, membuang lemak dan banyak lagi.

                 Di Pulau Pinang, sebuah laporan menyatakan bahawa kemudahan yang paling tinggi permintaannya di kalangan pesakit luar negara adalah rawatan kardiologi, pembedahan kardiotoraksik, pembedahan am, ortopedik, mata dan perkhidmatan perbidanan dan sakit puan, juga pemeriksaan perubatan am2. Di antara tahun 2001 hingga 2003, pembedahan kosmetik menyumbang sebanyak 23% daripada rawatan perubatan yang dipinta oleh pesakit luar negara, menjadikan Pulau Pinang satu destinasi popular untuk tujuan tersebut3. Buat masa ini, kebanyakan pesakit luar negara di Malaysia datang dari negara-negara membangun. Sebagai contoh, pada tahun 2003, 72% daripada pesakit luar negara berasal dari Indonesia. Ini berbeza berbanding Thailand yang mensasarkan para pesakit luar negaranya dari negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Pada tahun 2003, Thailand berjaya menarik 800,000 pesakit luar negara, dengan jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan melebihi USD465.5 juta. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan anggaran untuk Malaysia, iaitu sebanyak USD39.8 juta4. 

             Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan pusat-pusat spa mewah dan terkemuka yang menyediakan rawatan tradisional dan terapi alternatif yang kebanyakkan mengunakan herba semakin mendapat tempat di kalangan pelancong- pelancong Barat. Antaranya ialah Andaman, Datai dan Four Seasons Resort di Pulau Langkawi, dan Shangri-La Rasa Sayang serta Mutiara Beach Resort di Pulau Pinang. Antara jenis rawatan yang terdapat di spa adalah mengunakan kaedah air seperti rawatan, mandian wap, jakuzi mandian air galian, mandian air sejuk dan panas secara bergilir-gilir dan pancutan air dengan kuasa yang amat deras untuk urutan badan.

             Namun begitu, terdapat banyak lagi kaedah rawatan yang terdapat di spa antaranya ialah akupuntur, gerai-gerai herba cina, pusat kesihatan herba cina, dan juga mengunakan pelbagai terapi. Terdapat pelbagai kebaikan dari rawatan spa, antaranya adalah berupaya menyembuh penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot. Manakala bagi wanita pula, kebanyakkan mereka pergi ke spa adalah untuk mendapatkan kulit yang halus dan mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran. Selain itu, dengan rawatan spa juga seseorang itu dapat meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit dan meningkatkan metabolisma tubuh di samping itu juga, Malaysia juga kaya dengan sumber hutan yang cukup besar untuk diteroka dan dikomersialkan. 

           Tumbuh-tumbuhan dan herba seperti hempedu bumi, selaseh hitam, ulam raja, dukung anak, tongkat ali, misai kucing dan sebagainya. Herba-herba kita mempunyai khasiat yang cukup tinggi dalam penjagaan kesihatan dan melawan penyakit serta menjadikan herba sebagai simbolik dan keutamaan dalam pelancongan di Malaysia. Oleh itu, Ladang Herba Haruman Hajat merupakan salah satu ladang yang ada di Malaysia untuk dijadikan tarikan pelancong asing untuk datang melancong ke Malaysia sambil berubat.


            Pelancongan kesihatan pada masa kini semakin popular dan mendapat sambutan yang mengalakkan kerana kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Manakala, menurut Menteri Kesihatan, berbanding dengan wilayah di rantau ASEAN, Malaysia menpunyai teknologi the latest state-of-the-art dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan (New Straits Times, ogos 1998). Di samping itu juga, Hubungan Kesihatan Sedunia (WTO) juga mengakui Malaysia mempunyai salah satu rangkaian sistem perkhidmatan yang terbaik di rantau ASEAN (Utusan, Malaysia jan 2000). 

           Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, mengatakan bahawa sistem kesihatan keseluruhan Malaysia memduduki tempat ke-49 daripada 191 negara di dunia. Laporan dipetik daripada (The Star ogos,2001). Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI.


              Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi dalam bidang perubatan. Di samping itu juga, kos perubatan dan kos penginapan hospital yang ditawarkan di Malaysia jauh lebih rendah dan amat kompetitif berbanding di negara maju, contonhya kos perubatan di Malaysia lebih rendah berbanding Singapura sebanyak 50% sehingga 70% menyebabkan ramai pesakit lebih tertarik untuk datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan sambil melancong. Menurut Ketua Eksekutif Health Management International (HMI), Alan Neoh mendapati rawatan yang baik dan murah yang diberikan oleh hospital swasta di Malaysia adalah antara sebab utama mengapa ramai penduduk Singapura datang ke Malaysia. Keyakinan pelancong asing ini membuktikan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai khidmat kesihatan yang terbaik di Asia Tenggara.


                Di samping kos yang lebih rendah, Pembedahan terhadap pelancong perubatan ini akan dijalankan oleh pakar-pakar bedah yang terlatih dengan menggunakan kemudahan perubatan moden dan canggih serta menjalani proses pemulihan selepas pembedahan dalam suasana tenang dan aman di pusat-pusat peranginan dan spa kesihatan bertaraf dunia. Terdapat sembilan puluh peratus daripada doktor-doktor ini memperoleh latihan pasca ijazah mereka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Kanada. Di samping itu juga, Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa. 

              Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangka masa yang panjang menjadi faktor tarikan kepada pelancong asing. Namun demikian, perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini berlaku.



Faktor- Faktor

             Seperti bentuk-bentuk pelancongan yang lain, pelancongan kesihatan juga mempunyai impak-impak yang tersendiri. Di Malaysia, pelancongan kesihatan semakin menjadi perhatian dan telah menarik lebih ramai pelancong dan pelawat dari semasa ke semasa. Malah menjelang tahun 2010, pelancong kesihatan dijangkakan telah menghasilkan pendapatan berjumlah RM2.0 billion setelah mencatat pendapatan pertukaran asing yang dianggar telah mencapai RM925 juta pada tahun 2005. Sebuah laporan dari Straits Times melaporkan bahawa peningkatan mendadak kedatangan pesakit warga asing kebanyakkanya di Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, sejak kerajaan mula mempromosikan pelancongan kesihatan pada tahun 1998 semasa krisis ekonomi Asia. 

            Mantan Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan terdapat 35 buah hospital swasta dinegara ini yang menawarkan pakej pelancongan kesihatan dengan mengekalkan standard antarabangsa. Antaranya Pusat Perubatan Gleneagles, Hospital Island, Hospital Lam Wah Ee, Pusat Perubatan Loh Guan Lye dan institut serta pusat perubatan swasta yang lain yang kebanyakkannya terletak disekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpu dan juga Melaka. Oleh yang demikian, antara faktor-faktor penarik yang menyebabkan sektor pelancongan kesihatan semakin berkembang ialah disebabkan oleh di Malaysia memiliki kepakaran perupatan antara yang terbaik di dunia dan boleh di katakan kebanyakkan hospital di negara ini mempunyai taraf serta kualiti yang telah diiktiraf antarabangsa. Ini termasuklah stardard MS ISO9002 dan pengiktirafan kualiti. Kesihatan dan Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medilink Global (Asia) Sdn. Bhd, Shia Kok Fat, menyatakan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di rantau asia kini mempunyai staf perubatan yang yang cekap, kemudahan yang canggih serta memenuhi spesifikasi serta piawaian di peringkat antarabangsa.


               Selain itu, terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian serta hospital-hospital swasta yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan memiliki pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat-pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan untuk mengenalpasti dan merawat penyakit seperti bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung, MRI dan banyak lagi kemudahan-kemudahan lain. Seperti yang dimiliki oleh sebuah hospital swasta di Pulau Pinang umpamanya, memilik mesin makmal berintegrasi penuh yang berharga RM1 juta dan merupakan yang pertama di Asia dan kedua di dunia. Alat ini dikatakan mampu memproses lebih 70 jenis ujian biokimia dan imunologi secara serentak dengan keupayaan menyempurnakan 1400 ujian sejam.


            Selain itu, sebuah lagi pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur yang mempunyai sebuah alat pengimbas CT multi-slice yang merupakan alat pertama sedemikian dipasang di Asia Tenggara. Alat ini berfungsi untuk memudahkan pendiagnosan serta rawatan awal penyakit jantung, strok dan kanser. Dalam bidang perubatan reproduktif, sebuah pusat kesuburan swasta yang terletak di Lembah Klang telah mencatatkan sejarah antaranya merupakan pusat perubatan yang terbaik di dunia. Dengan menggunakan pelbagai teknik percantuman benih yang dibantu (assisted reproduction techniques), pusat perubatan ini telah Berjaya mencapai kadar kelahiran di sekitar 40.3% berbanding 38.8% bagi pusat yang terbaik di United Kingdom. Contoh-contoh ini menggambarkan kecanggihan dan kehandalan di hospital swasta Malaysia.


                Tetapi bagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan di hospital-hospital swata yang menelan belanja tinggi, perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan diseluruh Malaysia tidak kurang hebatnya. Berdasarkan statistik pada tahun 2002, seramai 17 juta pesakit dalam negara dan lebih 48 juta pesakit luar Negara telah menggunakan fasiliti yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Misalnya, pada tanggal 15 Mei 2000, sekumpulan pakar di Hospital Selayang telah mencatat sejarah apabila berjaya menjalankan pembedahan seluruh lengan kiri keatas seorang bayi berusia 28 hari. Bayi ini telah dilahirkan dengan lengan kiri yang tidak normal, manakala kembarnya yang menderma lengan itu telah meninggal akibat kecacatan otak yang serius. Pembedahan ini telah mengambil masa selama 15 jam dan merupakan kes pemindahan seluruh lengan yang pertama di dunia.


                 Manakala, satu lagi kejayaan yang menunjukkan hospital di Malaysia standing dengan hospital luar Negara ialah pada tanggal 16 September 2003 apabila Institut Jantung Negara (IJN) dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur dan Universiti Perubatan Konsai Osaka telah Berjaya menjalankan pembedahan pemindahan sel stem yang pertama di rantau ini iaitu telah dilakukan keatas seorang pesakit yang menghidap sakit jantung koronari yang serius. Pemindahan sel stem ini membabitkan pengekstrakkan sum-sum tulang dari tulang pinggul pesakit kemudian disuntik ke dalam otot jantungnya di mana ia menggalakkan pertumbuhan saluran darah yang baru dalam dua hingga tiga minggu. Prosedur ini menggambil masa selama 6 jam dan telah membabitkan sepasukan pakar bedah seramai 20 orang. Ini menunjukkan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) memiliki peralatan serta kepakaran yang mampu merawat penyakit-penyakit kronik dan tidak hairanlah iannya merupakan destinasi pelancongan kesihatan yang popular di rantau Asia Tenggara ini.


                    Dengan yang demikian, segala kejayaan-kejayaan tersebut semuanya menunjukkan bahawa Malaysia kini telah memiliki pelbagai peralatan yang canggih serta memiliki kepakaran-kepakaran yang cekap dan standing dengan negara maju yang lain. Hasil daripada perkembangan prasarana dan teknologi kesihatan di Malaysia ianya telah menyumbang sebanyak RM56 juta melalui 1,000,000 orang pelancong yang datang dari luar negara untuk menerima rawatan di negara ini. Meskipun teknologi perubatan kita maasih muda jika dibandingkan dengan teknologi perubatan di negara maju, namun tahap kemajuannya setaraf dengan negara lain malah lebih baik lagi.


           Selain itu, Malaysia juga telah menjadi pendahulu global dalam perkembangan , penggunaan dan operasi jaringan kad pintar kesihatan elektronik yang selamat dan dipercayai pertama seumpamanya di Asia. Dengan adanya teknologi maklumat ini ianya dapat ewujudkan satu Jaringan Kad Pintar Elektronik serantau untuk melancarkan perkhidmatan dalam industri insurans dan perkhidmatan kesihatan. Penggunaan kad pintar ini dicipta berasaskan cip bagi memenuhi permintaan untuk keselamatan maklumat dan kebolehkepercayaan proses tuntutan insurans dari pesakit. Untuk makluman kad pintar ini telah diasaskan oleh Medilink-Global(Asia) Sdn. Bhd. Dan usaha ini telah bermula sejak tahun 2001. 

           Sehingga kini, Medilink mengeluarkan sejumlah 1.8 juta kad kesihatan elektronik kepada organisasi korporat dan insurans di Malaysia dan China. Infrastruktur ini telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan, yang termasuk syarikat insurans antarabangsa seperti ING, AXA, AIA, Aviva, Ping An, Generali dan Great Eastern Life. Dengan adanya jaringan kad kesihatan elektronik tersebut ianya berpotensi memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan memudahkan khidmat kesihatan antara benua. Ini dapat memberi satu platform elektonik bagi memudahkan pelancong kesihatan dalam menguruskan pengesahan kelayakan segera, mengesahkan maklumat kewangan dan membuat pengesahan pembayaran. 


               Selain itu, masalah logostik dan kerumitan dalam perjalanan antara dua negara untuk mendapatkan rawatan dapat dipermudahkan dengan adanya jaringan elektronik ini bersama perkhidmatan kesihatan di rantau Asia terutamanya Malaysia. Sesetengah pelanggan yang kerap mengembara, menjalankan tugas rasmi di Negara luar atau sedang melancong, dapat menikmati kemudahan dan pilihan jaringan khidmat kesihatan yang selamat dan boleh dipercayai. Oleh itu, melalui jaringan tersebut diharap dapat memudahkan rawatan pelanggan terutamanya pelancong kesihatan yang datang ke Malaysia.


                   Faktor seterusnya yang menyebabkan pelancong kesihatan lebih berminat untuk mendapatkan rawatan di negara ini ialah disebabkan caj perubatan serta kos penginapan hospital amat kompetitif berbanding Negara-negara maju yang lain. Contohnya, dalam pakej pelancongan kesihatan yang disediakan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia, bayaran sebanyak RM1,150 sahaja dikenakan kepada wanita yang mendapatkan rawatan pemeriksaan fizikal sepenuhnya, merangkumi perundingan oleh pakar O&G, x-ray dada, elektrodiogram (ECG), pemeriksaan mata, “comprehensive blood profile”, ujian paru-paru, “treadmill”, pemeriksaan payu dara, “pap smear” dan “mamogram”. 

               Tetapi yang menjadi pilihan paling popular pelancong asing ialah pembedahan jantung, penggantian pinggul dan lutut, rawatan barah serta pembedahan plastik. Bagi kebanyakkan prosedur ini, pembedahan jantung setakat ini banyak dilakukan oleh pesakit dari Indonesia. Manakala penngantian pinggul dan lutut dilakukan oleh pesakit dari Timur Tengah begitu juga untuk rawtan pergigian. Manakala untuk pembedahan kosmetik ia menjadi pilihan utama dikalangan pelancong dari Australia dan England walaupun Thailand sebuah Negara yang cukup terkenal dengan pembedahan plasti terutamanya Bumrungrad Medical Centre, Bangkok yang memiliki pakar dalam bidang ini pada suatu masa dahulu. Hal ini berlaku disebabkan kos perubatan yang tinggi disana berbanding kos perubatan yang ditawarkan di Malaysia. 

               Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan kos perubatan bagi seorang pelancong kesihatan yang mendapatkan rawatan di negara ini adalah di antara RM20,000 hingga RM50,000 seorang. Kajian yang dijalankan pada tahun 2001 mendapati pesakit asing yang mendapat rawatan di negara ini telah menyumbang RM150 juta dari segi tukaran mata wang asing. Secara perbandingannya, kos perubatan di Malaysia adalah 65% lebih rendah dari negara jiran. Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka yang terdapat banyak hospital swasta yang memiliki kemudahan-kemudahan perubatan yangcanggih dan caj perubatan yang murah menjadi destinasi pelancongan kesihatan utama di Asean.


              Pelancongan perubatan merupakan sektor yang kini muncul sebagai fenomena baru dan berkembang dengan pantas di mana pesakit-pesakit mendapatkan rawatan di luar negara walaupun rawatan serupa ditawarkan di negara sendiri. Keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kos perubatan yang lebih murah sedangkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan standing dengan perubatan negara maju. Keadaan ini berlaku apabila rakyat negara maju mendapatkan rawatan di negara membangun.
Sebagai contoh, pesakit negara maju tidak mempunyai insurans atau tidak ditanggung sepenuhnya oleh agensi insurans dan mengambil altentif lain dengan mendapatkan rawatan perubatan di luar negara yang memberi perlindungan insurans terhadap pesakit yang menjalankan rawatan di tempat mereka. 

              Ini disebabkan perkhidmtan yang di tawarkan sama taraf berbanding negara mereka, kos yang lebih jauh disamping membolehkan mereka yang datang dapat melancong sambil mendapatkan rawatan atau menjalankan terapi. Kini terdapat banyak negara yang menawarkan perkhidmatan pelancongan kesihatan kepada pesakit dari seluruh dunia seperti India, Brunei, Cuba, Colombia, Hong Kong, Hungary, Sepanyol, Tunisia dan New Zealand. Antara rawatan yang ditawarkan dalam sektor ini ialah termasuklah pembedahan jantung, pemindahan organ dan pembedahan plastik. Malaysia juga berkembang menjadi salah satu destinasi pelancongan perubatan yang popular di mata dunia.


              Negara bukan sahaja memiliki kemahiran perubatan yang standing dengan negara maju malahan pada harga yang lebih rendah sehingga mendapat sambutan baik dari rakyat luar negara untuk menjalankan rawatan kesihatan di negara ini. Terdapat banyak hospital tempatan menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan termasuk perkhidmatan kesihatan kritikal dan juga rawatan pemulihan. Salah satu faktor yang menggalakan perkembangan sector prlancongan kesihatan ini adalah penjimatan kos dan pengurangan waktu pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.


                 Rawatan perubatan di negara barat biasanya melibatkan kos yang tinggi. Ini menyebabkan ramai di antara mereka suka mendapatkan rawatan di destinasi pelancongan perubatan yang menawarkan kos yang lebih rendah seperti Malaysia. Menurut Presiden Medical Insights International, Michael D. Horowitz, di sesetengan negara misalnya negara barat, penduduknya perlu membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan.Kos yang dikenakan jauh lebih tinggi daripada kos yang perlu ditanggung untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.


               Struktur muka bumi Malaysia yang diliputi dengan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi, mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi. Misalnya rumput boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan penyakit paru-paru. Namum, klinik perubatan tradisional jarang terdapat di negara Eropah. Pelancong yang datang untuk mendapatkan rawatan bukan sahaja dapat berubat malah mereka dapat mempelajari bahan perubatan di negara ini.


             Disamping itu, mereka juga dapat menikmati pemandangan yang indah semasa mendapatkan rawatan kerana Malaysia memang banyak tempat-tempat yang menarik dan dijadikan sebagai tempat pelancongan. Meskipun teknologi perubatan di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan teknologi perubatan di negara maju, namun tahap kemajuannya setaraf dengan banyak negara lain.


         Pertubuhan Kesihatan Sedunia pernah memuji kemodenan Malaysia sebagai antara yang terbaik di rantau ini dan dapat dijadikan teladan kepada negara membangun. Tahap ini tercapai hasil daripada keberkesanan dasar dan strategi kerajaan yang proaktif yang menekan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti,menyeluruh dan murah. Bilangan hospital dan pusat perubatan kesihatan swasta di Malaysia juga telah meningkat. Ini menyebabkan banyak pusat perubatan yang boleh di jadikan sebagai tempat pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan.


               Perkhidmatan yang disediakan juga pelbagai, termasuklah menyediakan perkhidmatan kepakaran sekunder sepeti pembedahan am, obstetric dan sakit puan, pediatrik dan bius, selain menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran tertier seperti kardiologi, neurologi, urologi dan nefrologi.


              Dengan memiliki kepakaran dan peralatan yang canggih selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Malaysia merupakan destinasi utama yang pelancongan kesihatan. Pesakit dari Indonesia misalnya yang mengunjungi hospital di Melaka adalah 57% daripada 14,747 pesakit asing pada tahun 2001. Pesakit dari Indonesia, singapura dan Thailand adalah antara yang dijangka menerima rawatan kardiologi, haematologi, gastoentologi dan neurologi di Malaysia.


        Selain daripada itu, menjalankan rawatan di Malaysia juga dapat mengurangkan masa yang perlu ditunggu oleh pesakit untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh prosedur yang telah ditetapkan oleh negara masing-masing. Oleh itu,sesetengah pesakit lebih cenderung memilih untuk mendapatkan rawatan di negara lain. Kerajaan Britain juga kini mula menggalakkan rakyatnya mendapatkan rawatan di luar negara supaya mereka tidak perlu menunggu masa yang lama dan juga atas dasar kos rawatan yang lebih rendah berbanding dengan negara sendiri.


            Di samping itu, promosi pelancongan kesihatan menampakkan kesan yang memberangsangkan apabila pada Jun 2005 di laporkan bahawa lebih ramai rakyat asing terutamanya Indonesia yang selama ini mendapatkan rawatan kesihatan di singapura beralih ke Malaysia yang menawarkan kos rawatan yang lebih murah. Kementerian kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan mendadak kedatangan pesakit warga asing, kebanyakan di Melaka, Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur sejak kerajaan mula mempromosikan pelancongan kesihatan pada tahun 1998.


               Jumlah pesakit warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital swasta di Malaysia meningkat sekali ganda kepada 77,000 pada tahun 1999 daripada 33,000 pada tahun sebelumnya. Oleh sebab yang demikian, dalam laporan akhbar Straits Times (singapura) menyatakan bahawa doktor swasta di republik itu kehilangan pesakit warga asing dengan perangkaan Kementerian Kesihatan negara itu menunjukkan bilangan warga asing yang mendapatkan rawatan di sana menurun hamper satu per empat kepada 12,746 pesakit pada tahun 2004 berbanding dengan 16,418 pada tahun 1997. Ini menunjukkan bahawa kos rawatan kesihatan di Malaysia adalah antara 50 hingga 70 peratus lebih murah berbanding dengan Singapura.


                  Faktor yang dapat menarik pelancong datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan antara salah satunya ialah kerana Malaysia adalah salah sebuah negara yang tercantik di dunia. Dimana kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya yang sungguh indah dan unik membuatkan pelancong mengaguminya. Hutan tropika, kejernihan air laut dengan pantainya yang landai dan sungainya yang sangat bersih jauh dari sebarang pencemaran. Terdapat juga banyak tempat yang menarik di Malaysia untuk dilawati antaranya seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Taman Negara dimana terdapat alam semulajadi yang indah contohnya, Pulau Sipadan, Taman Pertanian dan banyak lagi. 


                 Malaysia juga terkenal dengan banyak tempat bersejarah antaranya Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan sebagainya,. Faktor inilah yang menyebabkan ramai pelancong asing datang ke Malaysia, Bukan sekadar untuk bercuti malah untuk mendapatkan rawatan.


               Ramai pelancong asing yang gemar datang ke Malaysia kerana keunikan Malaysia yang tersendiri antara salah satunya ialah struktur muka buminya yang diliputi hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Rumput juga boleh digunakan untuk perubatan contohnya rumput digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan penyakit paru-paru.


                 Lebih kurang 70% daripada Malaysia adalah dalam zon hijau. Malaysia adalah sebuah negara yang begitu mengambil berat tentang persekitaran dan alam semulajadinya. Ini membuatkan Flora dan Fauna tumbuh sumbur dialam persekitaran Malaysia. Kini Malaysia telah meningkatkan lagi penjagaan mereka tentang pencemaran dan kualiti alam sekitarnya untuk memastikan alam semulajadinya yang tulen dan alam sekitarnya yang bersih tidak dimusnahkan. Tempat yang terkenal dengan Flora dan Faunanya di Malaysia adalah seperti Taman Negara dimana kecantikan Flora dan keindahan Fauna boleh didapati di sini, hutan simpan Endau rompin dimana hutan hujan tropika tumbuh subur di sini, hutan tropika Sepilok Sabah yang terkenal di dunia dengan spesies Orang Utan, Hutan Tropika Sarawak, Cameron Highland pula terkenal dengan keindahan bunga-bungaan, buah-buahan, sayur- sayuran dan ladang teh, Rantau Abang yang terkenal dengan tempat penyu bertelur, Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Tioman dan pulau Langkawi yang mana keindahan dan ketulenan batu karangnya dijaga rapi.


                   Faktor yang seterusnya ialah kepelbagaian jenis herba yang terdapat di Malaysia. Herba-herba ini dapat digunakan dalam produk ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan, produk tambahan makanan dan juga industri Spa. Spa adalah singkatan dari perkataan “ solus per Aqua” daripada bahasa Latin yang beerti penyembuhan dengan air iaitu konsep rawatan yang diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom. Pada zaman itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh askar untuk berehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang.Spa tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali hingga kini yang membuktikan kemujaraban dan popularity mata air panas semulajadi itu sebagai bahan terapi.


                Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydoterapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy) terapi urutan (refleksologi) terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama.Semua kaedah rawatan di Spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan kaedah yang betul. Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, dan menenangkan fikiran.


               Industri Spa juga adalah salah satu faktor yang meningkatkan Pelancongan kesihatan di Malaysia contohnya di Kuala Lumpur telah dianjurkan satu “ Festival Spa dan kesejahteraan Asia 2007”. Festival seperti ini sedikit sebanyak dapat meransang perkembangan industri Spa. Kini masyarakat umum di Malaysia menyedari pentingnya hidroterapi dalam meningkatkan tahap kesihatan dan mula menjadikan spa sebagai salah satu tempat kunjungan utama bagi rawatan kesihatan. Daripada segi jantina pula, lebih ramai wanita mengunjungi spa berbanding lelaki.


              Malaysia juga mempunyai potensi menjadi destinasi pelancongan kesihatan yang kompetitif. Jumlah kedatangan pelancongan kesihatan dari Indonesia, Brunei, dan Singapura untuk rawatan Spa di Malaysia pada tahun 2000 adalah sebanyak 175 000. Spa juga adalah antara komponen industri pelancongan yang turut mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pulangan pendapatan kepada Negara melalui nilai tukaran asing. Ia dapat mempromosikan kepelbagaian budaya Malaysia yang unik terutama dalam rawatan kesihatan. Contohnya Kuala lumpur adalah sebuah ibu kota yang pesat dan disini juga penduduk berkumpul untuk mencari peluang pekerjaan dan tempat-tempat kesihatan yang dapat memberikan kepuasan dan di sini juga terdapat banyak hotel dan rata-rata hotel menawarkan perkhidmatan spa dan selalunya pelancong akan menginap di hotel dan seterusnya menggunakan perkhidmatan spa yang telah disediakan.


                Faktor Media massa juga tidak kurang pentingnya dalam meningkatkan jumlah pelancong yang dating ke Malaysia. Contonhnya, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), telah menerbitkan sebuah program “Medik TV” dengan kerjasama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan beberapa hospital lain, bagi membincang dan mengupas kemajuan bidang kesihatan dan perubatan.


               Fokus utama program ini adalah untuk memberi informasi dan pendedahan kepada bidang perubatan moden masa kini serta jenis-jenis penyakit yang sering dihidapi masyarakat . Program ini amat tepat pada masanya kerana masih ramai warga masyarakat tidak tahu bahawa di Malaysia bidang perubatan tidak kurang hebatnya jika dibanding dengan banyak negara luar. Walaupun system kesihatan di Malaysia masih muda jika dibandingkan dengan negara-negara maju, namun tahap kemajuan yang telah Malaysia capai boleh menandingi pencapaian banyak negara yang lebih lama merdeka dan maju. Sesungguhnya, Pertubuhan kesihatan Sedunia pernah memuji dan mengiktirafkan system kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di rantau ini dan boleh dijadikan teladan kepada negara-negara membangun. Kemajuan ini bukan berlaku dengan sendirinya, tetapi hasil daripada keberkesanan dasar dan strategi Kerajaan yang menekankan kesaksamaan (ekuiti), kesampaian (aksesibiliti) dan kemampuan (affordability) dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan.


              Laman web juga adalah salah satu cara yang dapat memastikan sector pelancongan kesihatan dapat diterima daripada penduduk tempatan dan penduduk dari Negara lain. Oleh itu satu laman web telah dilancarkan iaitu www.malaysiahealthcare.com . Laman web ini adalah satu langkah untuk mendekatkan masyarakat tempatan atau masyarakat luar mengetahui tentang perkembangan aktiviti pelancongan di Malaysia. Laman ini juga menjadi pelengkap bagi pelancongan kesihatan iaitu destinasi pusat bagi semua keperluan perubatan dan pelancongan.


             Ia juga bertindak sebagai satu saluran mudah yang akan memudahkan kesemua aspek pelancongan kesihatan ke negara Malaysia sendiri yang akan menghubungkan bakal pelancong dengan kesemua agensi di Malaysia. Maklumat mengenai pembekal perkhidmatan iaitu hospital, pembekal perkhidmatan, kesihatan, ejen pelancongan, ejen insurans,pusat penerbangan, hotel dan lain-lain boleh diperoleh di laman web ini. Web ini juga dapat memudahkan kesemua aktiviti pelancongan kesihatan di Malaysia mahupun secara globalisasi iaitu dengan menghubungkan bakal pelancong dengan kesemua agensi yang berkaitan secara langsung ataupun tidak dengan pelancongan kesihatan ini. Ia bukan sahaja tertumpu kepada rawatan dan perkhidmatan yang disediakan tetapi para pelancong juga boleh menghubungi terus doctor tersebut untuk mendapatkan rundingan mengenai prosedur dan nasihat tentang pemilihan rawatan yang boleh disediakan kepada mereka.


               Dengan wujudya laman web ini, pelancongan kesihatan boleh merancang keselur uhan perjalanan daripada keselesaan rumah mereka dengan membuat tempahan secara terus atas talian bagi kesemua perkhidmatan iaitu dari rumah ke lapangan terbang ke hospital ke hotel sehingga ke percutian pilihan mereka.
Oleh itu dengan wujudnya laman web rasmi pelancongan kesihatan di Malaysia iaitu melalui www.malaysiahealthcare.com para pelancong boleh membuat persiapan awal dengan merancang, mengatur, dan menguruskan hal-hal berkaitan rawatan dan percutian lengkap mereka di Malaysia dengan mudah dan cepat.



Cadangan Untuk Meningkatkan Pelancongan Kesihatan

              Malaysia merupakan antara sebuah negara yang terkenal sebagai destinasi palancongan kesihatan yang terbaik. Untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kesitan pelbagai cara di usahakan oleh kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat supaya negara mendapat faedahnya. Contohnya pada tahun 2006, 17.5 juta pelancong yang mengunjungi Malaysia meningkat kepada 20.97 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini menyebabkan pendapatan negara bertambah.


           Kerajaan akan melaksanakan beberapa strategi tambahan untuk memastikan berlakunya peningkatan dalam sektor pelancongan kesihatan di Malaysia pada tahun 2009 walaupun dunia diancam ketidaktentuan ekonomi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata langkah menubuhkan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCeb) supaya dapat menyelaraskan aktiviti dalam pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang terbaik. Melalui My Ceb kerajaan telah memberikan geran permulaan sebanyak RM5 juta kepada biro yang menawarkan insentif terbaik. Kerajaan juga boleh meningkatkan geran permulaan untuk mencari agensi yang mampu untuk menarik pelancong dengan labih banyak. Program Malaysia My Second Home juga dikaji semula supaya lebih menarik dengan mengatasi masalah yang sedia ada seperti masalah pelaburan, dana dan pekerjaan peserta dalam program tersebut. Untuk menarik lebih ramai pelancong tumpuan kepada pelancongan kesihatan dan pelancongan-eko.


                 Selain itu, pelancongan kesihatan dapat diperkasakan lagi dengan menerusi kerjasama yang erat antara kerajaan dengan hospital swasta yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong asing. Kita dapat lihat teknologo perubatan yang canggih dan kepakaran yang terdapat di Malaysia diiktiraf diperingkat antarabangsa. Oleh itu, kerjasama yang baik amat diperlukan kerana kerajaan boleh memudahkan urusan hospital. Presiden persatuan Oftalmalogi Malaysia, Dr. muhaiyah Haji Mohamed berkata “ Dari segi teknologi Malaysia memang termaju, sama macam negara lain, kerana sekarang kita perhatikan hospital swasta yang dibina, yang baru, memang mempunyai fasiliti yang mat baik sekali, kita terkehadapan. 

              Dari segi kerajaan saya rasa, untuk hospital swasta dapat kerajaan lakukan ialah memudahcarakan, macam mana pesakit itu dari segi imegresen dan juga koordinasi di antara Kementerian Pelancongan, agensi pelancongan dan sebagainya. Jadi saya rasa tahun ini paling baik untuk kita tingkatkan pelancongan kesihatan, dan juga pemasaran kita mungkin dari segi website, dan MoU dengan pihak atasan.” Berdasarkan kata-kata ini, terbukti bahawa kerjasama yang erat mampu menjulang nama Malaysia sebagai pusat pelancongan kesitan yang terbaik di dunia kerana Malaysia mempunyai kelebihan berbanding negara lain.


            Pakej pelancongan yang terdapat di Malaysia juga dapat dikaji semula sebagai langkah meningkatkan jumlah pelancong. Dengan cara ini kita dapat melihat semula kekurangan yang terdapat dalam pakej pelancongan yang sedia ada di Malaysia. Contohnya di Johor, kerajaan negeri ingin merangka semula pekej pelancongan yang sedia ada di johor dengan cara mengemaskini harga, destinasi serta kandunagn yang terdapat dalam pakej pelancongan supaya menjadi lebih menarik. Selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan produk pelancongan yang terdapat di Johor tidak akan disia-siakan supaya dapat menarik lebih banyak pelancong kesihatan dalam negerinya dengan memastikan perkhidmatan dan rawatan yang disediakan oleh pihak hospital berkualiti dan murah.


             Cara lain yang boleh meningkatkan jumlah kedatangan pelancong kesihatan di Malaysia dengan cara Malaysia menceburi industri herba dengan lebih meluas kerana Malaysia antara Negara yang kaya dengan keunikan tumbuhan yang kebanyakan tumbuh meliar. Kebanyakan tumbuhan yang terdapat di Malaysia merupakan tumbuhan herba yang boleh merawat pelbagai penyakit. Penasihat Herbal Asia dan Kempen Celik Herba SeMalaysia, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyatakan masyarakat perlu diberi kesedaran tentang kepentingan industri tanaman herba kerana tanaman herba mudah ditanam dan dijaga. 

           Masyrakat boleh menanam dikawasan rumah untuk memastikan industri ini berkembang. Kerajaan hendaklah memberikan peruntukan dan sokongan kepada usahawan yang berminat dalam industri tanaman herba supaya Malaysia menjadi tumpuan negara lain untuk mendapatkan herba yang boleh digunakan dalam perubatan. Apabila negara kita sendiri mempunyai industri herba yang kukuh, kajian tentang kebaikan herba dapat dilakukan untuk meyakitkan pengguna tentang kehebatan tanaman herba. Kajian yang dilakukan akan memberi kesan yang positif kepada sektor pelancongan kesihatan kerana mereka boleh menggunakan tanaman herba sebagai alternative perkhidmatan rawatan. Spa-spa yang menggunakan herba juga dapat diperbanyakan untuk pelancong mendapatkan rawatan. 

                   Untuk merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakannya. Abdul Rahim, Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), menyatakan sekiranya kerajaan dapat melaksanakan pelan tindakan mengikut Dasar Pertanian Negara dengan kerjasama semua pihak, industri herba akan menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara kerana dijangka meningkat sehingga RM10 juta pada tahun 2010 dan menjadi hab perdagangan herba.


                Selain itu, kerjasama dengan negara luar juga dapat meningkatkan jumlah pelancong kesihatan dalam negara. Contohnya Melaka dan Syria akan menjalinkan hubungan yang erat dalam beberapa bidang seperti pendidikan, pelancongan kesihatan dan Bandar raya berkembar. Pertukaran pelajar antara Melaka dan Syria membolehkan pelajar kita mendapat pengetahuan yang belum Malaysia perolehi. Dalam bidang pelancongan kesihatan pula, rundingan yang lebih lanjut akan diadakan kerana Melaka berminat menjalinkan kerjasama yang lebih erat. Bandar Lipo di Syria sebagai Bandar berkembar dapat dijadikan sebagai panduan kerana Lipo telah menjadi Bandar Warisan Dunia 15 tahun yang dahulu berbanding Melaka pada Julai 2008.


            Usaha lain yang boleh dilakukan ialah menambahkan penerbangan untuk mempromosikan industri pelancongan kesihatan. Apabila penerbangan yang banyak dan mudah apabila pelancong memerlukannya, negara akan mendapat faedahnya. Kelewatan waktu berlepas juga hendaklah diselesaikan kerana masalah ini akan membuat pelancong terpaksa menunggu masa yang lebih sama untuk sampai ke destinasi pelancongan. Masalah teknikal mestilah dapat diatasi denagn segera. Contohnya Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata wujud keperluan menambah kekerapan operasi Penerbangan Malaysia (MAS) untuk laluan Pulau Pinang-Singapura-Pulau Pinang dan Pulau Pinang-Thailand-Pulau Pinang untuk memperkembangkan pelancongan kesihatan di Pulau Pinang . Selain itu, nama Malaysia juga dapat dijulang sebagai sebuah negara yang terbaik dalam menawarkan perkhidmatan dalam sektor pelancongan kesihatan.


                Dalam menambah jumlah penerbagan, lanjutan tempoh sah visa pelancong kesihatan juga dapat dilakukan untuk menjamin pelancong yang mendapat rawatan berada dalam keadaan yang sihat serta boleh melawat tempat pelancongan yang lain di Malaysia. Tempoh sah visa pelancong asing untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta ialah enam bulan sahaja.jikalau di panjangkan lagi tempoh visa mungkin Malaysia akan mendapat lebih banyak faedahnya. Sepanjang tempoh sah laku visa tersebut pelancong boleh menikmati kemudahan visa kemasukan kerap (MEV) untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti lain.


             Semua pihak boleh bekerjasama untuk melaksanakan cadangan ini supaya dapat meningkatkan jumlah pelancong kesihatan dalam negara kita malaysia. Apabila berlakunya peningkatan ini pendapatan negara akan meningkat, penduduk tempatan memperolehi peluang pekejaan, saingan antara agensi pelancongan akan lebih banyak untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong yang ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta ataupun spa yang terbaik dalam negara.




Kesimpulan

           Pelancongan kesihatan merupakan sektor yang harus dimajukan dan dipandang serius untuk dikomersilkan kerana pelancongan kesihatan dapat menjana pendapatan negara dalam pertukaran wang asing. Manakala perubatan berasaskan herba harus digunakan di spa dan sauna kerana negara kita kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Hal ini kerana, menurut definisi Goodrich (1987) selain daripada tarikan pelancongan lain (aktiviti sosial) kemudahan dan perkhidmatan kesihatan dipromosikan adalah bertepatan. Namun begitu, agensi utama yang membangunkan pelancongan kesihatan ini adalah Kementerian Kesihatan Malaysia sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi. Di samping itu juga, pelbagai usaha harus dipergiatkan bagi mempromosikan pelancongan kesihatan agar lebih dikenali di kalangan pelancong asing dan membuktikan bahawa pelancongan kesihatan kita boleh maju dan diperluaskan lagi.


                    Jika pelancongan kesihatan dipandang serius oleh pihak kerajaan, tidak mustahil pendapatan negara akan meningkat dan akan menyebabkan peningkatan secara mendadak kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Kita mempunyai banyak faktor dan cara bagi menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia melancong sambil berubat. Seterusnya, kita perlu bijak mempromosi dan memasarkan industri pelancongan perubatan ini keserata dunia. Bidang kepakaran dan jumlah doktor pakar perlu ditambah bagi memenuhi keperluan dan kehendak para pelancong yang pelbagai dan meningkatkan peratusan kejayaan perawatan.


         Dengan peningkatan yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan pelancongan, pemasaran, promosi, infrastruktur dan sebagainya. Melaysia berada pada landasan yang betul untuk meraih faedah daripada industri pelancongan. Industri pelancongan akan terus menyumbang bagi menjana perolehan pertukaran asing, guna tenaga dan pendapatan dalam tempoh rancangan malaysia ke-9 (RMK9).

             Sungguhpun industri ini telah terjejas akibat krisis ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, akibat tindak balas yang cepat telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang kukuh. Kejayaan pelaksanaan langkah-langkah yang digariskan dalam pelan pemulihan ekonomi negara (PPEM) yang turut dibantu oleh sektor swasta dan sektor awam untuk membantu memulihkan keadaan dan merancakkan pertubuhannya. Selain itu juga pada masa kini Malaysia sedang memberi tumpuan kepada industri pelancongan kesihatan sebagai satu pemacu ekonomi disebabkan lokasinya yang berdekaan dengan pasaran Asean dan Timur Tengah. Dalam usaha untuk memastikan keselamatan tenaga bagi negara untuk jangka panjang, Malaysia juga sedang meninjau untuk mendapatkan sumber tenaga baru untuk kedua-dua jangka sederhana dan panjang. Kerajaan Malaysia juga sedang meningkatkan usaha dalam mendapatkan sumber tenaga alternatif yang berdaya maju seperti solar, angin, bio bahan api dan penerokaan tenaga nuklear. Selain itu Malaysia juga sedang merumuskan satu Pelan Tenaga Nasional yang komprehensif untuk menangani keperluan ini.


          Oleh yang demikian, secara tuntasnya pelancongan kesihatan yang sedang rancak berjalan di Malaysia merupakan salah satu panyumbang utama kepada ekonomi negara. Ianya disebabkan beberapa faktor yang diantaranya ialah hospital-hospital di Malaysia terutamanya hospital swasta memiliki kemudahan yang canggih setaraf dengan pusat perubatan di negara-negara maju selain menyediakan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia. Dengan ini telah memberi kelebihan kepada Malaysia dalam menarik minat pelancong asing datang untuk membuat rawatan disini. Selain itu kerjasama dari semua pihak terutamanya dari sektor awam dan juga swasta bagi menigkatkan mutu perkhidmatan industri ini dengan menaiktaraf peralatan yang sedia ada agar setanding dengan negara maju yang lain. Seterunya, menerusi pelbagai perancangan yang dirancangkan negara dalam industri ini ianya akan dapat mencapai hasrat serta aspirasi negara yang sekaligus dapat merealisasikan wawasan 2020 sebagai sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia.

Thanks to Miza and Dr. Zahri Hamat