journey without destination

journey without destination

Wednesday, December 21, 2011

Kenali Jabatan Anda

Care Management Department CMD


LATAR BELAKANG UNIT CARE MANAGEMENT
Pembangunan kemanusiaan dari aspek kemajuan modal insan benefisiari dan penjaga adalah menjadi keutamaan perkhidmatan amanah oleh Amanah Raya Berhad. Pencapaian peningkatan modal insan akan lebih memberi makna kepada hasil kecekapan penyelengaraan akaun kewangan dan dokumen perundangan perkhidmatan amanah. Unit Care ditubuhkan pada 1 November 2006 dan pada tahun 2009 telah dijenamakan semuala sebagai Care Management Department bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat dan keutamaan perkhidmatan amanah oleh Amanah Raya Berhad. Amalan kaedah dan pendekatan kerja yang lebih menumpukan kepada pembangunan kemanusiaan dari aspek kemajuan modal insan benefisiari dan penjaga adalah merupakan suatu nilai tambah kepada bentuk perkhidmatan amanah yang sedia ada.
OBJEKTIF PENUBUHAN UNIT CARE
1.)    Membina kefahaman serta sikap masyarakat dan pelanggan supaya mengenali dan bangga serta berkeyakinan untuk mendapatkan perkhidmatan Pemegang Amanah Raya (Public Trustee) oleh Amanah Raya Berhad.

2.)    Meningkatkan hasil dan kesan amalan perkhidmatan amanah kepada kemajuan pembangunan modal insan individu dan masyarakat.

3.)    Meningkatkan kewibawaan professi Pemegang Amanah Raya (Public Trustee) dalam bidang sosial melalui tanggungjawab fidusiari kepada pelanggan.

VISI
Untuk menjadi satu unit yang cemerlang dan berintegriti dengan menyampaikan kerja-kerja sosial secara efisien dan professional di dalam mencapai kepuasan dan kehendak pelanggan bersama nilai-nilai tanggungjawab sosial korporat yang murni.
MISI
1.)    Memajukan professi Pemegang Amanah yang bertanggapan tinggi, cekap dan berkesan mengenai tugas fidusiari dalam pengertian amanah terhadap pembangunan kemanusiaan.

2.)    Merealisasikan konsep tanggungjawab sosial korporat menerusi amalan perkhidmatan amanah secara professional dengan kepercayaan bahawa keupayaan daya tindak manusia boleh berubah dan meningkat maju.
HALATUJU
            Halatuju Unit Care adalah memberi keutamaan terhadap membangunkan kompetensi kakitangan sedia ada melalui pengalaman dan kecekapan dalam aspek perundangan dan perakaunan bagi keperluan perkhidmatan amanah.Oleh hal yang demikian, bagi mencapai perkhidmatan amanah yang cekap dan berkesan, pembangunan sekumpulan kakitangan yang mempunyai pengetahuan dan kompetensi adalah diperlukan untuk perkhidmatan sosial yang berkaitan dengan kemanusiaan khususnya pembangunan modal insan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Kerja Sosial, Sosiologi, Psikologi dan Pentadbiran Sosial adalah sangat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.
            Selain itu juga Jabatan Care Management turut menjalankan perkhidmatan sosial secara berhierarki yang mempunyai fungsi masing-masing. Pada peringkat permulaan, perkhidmatan dijalankan melalui fail-fail kes yang diurus di Ibu Pejabat oleh Jabatan Perundangan. Perkembangan seterusnya adalah ke peringkat pejabat-pejabat cawangan di seluruh Negara. Operasi di peringkat awal oleh Unit Care ini adalah dianggap sebagai medan latihan kepada sekumpulan kakitangan dalam usaha menerapkan aspek sosial dalam praktis perkhidmatan amanah. Justeru, pada akhirnya, Unit Care diharapkan dapat melahirkan sekumpulan kakitangannya yang kompeten dalam bidang sosial dan perkhidmatan peramanahan.
            Halatuju juga memberi keutamaan terhadap usaha meluaskan perkhidmatan sosial dalam praktis pemegang Amanah Raya ke seluruh negara. Usaha menambah nilai bidang sosial dalam perkhidmatan amanah dijalankan danakan dilanjutkan ke peringkat cawangan-cawangan di seluruh Negara. Ini bagi menjamin kesemua benefisiari yang memerlukan faedah terhadap perkhidmatan sosial yang dijalankan memperolehi manfaatnya pada waktu yang tepat dan keadaan yang diperlukan.Unit Care yang pada mulanya hanya dijalankan di peringkat Ibu Pejabat kini sedang dalam usaha menerapkan bidang tugas yang sama di peringkat cawangan-cawangan dimana Ibu Pejabat kini hanya berperanan sebagai penyelaras (co-ordinator).
            Selain itu juga, Unit Care amat menitikberatkan kewibawaan dan imej Amanah Raya Berhad. Usaha dijalankan dengan meningkatkan lagi tanggapan positif masyarakat kepada perkhidmatan amanah yang dijalankan oleh pihak AmanahRaya. Imej ini dibina dengan meneguhkan dan memperbetulkan salah tanggapan pelanggan dan anggota masyarakat mengenai amalan dan pelaksanaan peranan oleh pihak AmanahRaya.

Sunday, December 18, 2011

Analisis Penilaian Kendiri




Sila Terangkan Keadaan Pembelajaran Anda Dalam Semua Bahagian :

1. A) Dari segi Bahan Bacaan, Pemahaman, Kekerapan,  
         Penyempurnaan
           
Dari segi bahan bacaan terdapat sedikit  kesukaran untuk memahami bahan bacaan kerana sebahagian besar bahan bacaan menggunakan bahasa inggeris. Kekerapan penggunaan bahan bacaan juga kurang dan ada juga sesetegah bahan bacaan mengandungi isi kandungan yang tidak lengkap.


      B) Cadangan Penambahbaikan

Mencari lebih banyak bahan bacaan selain bahan bacaan wajid yang disarankan oleh pensyarah. Menterjemah perkataan yang tidak difahami supaya dapat memahami apa yang disampaikan oleh bahan rujukan. Yang penting menggunakan bahan bacaan wajib yang disarankan oleh pensyarah. Mendapatkan bahan bacaan sampingan. Contohnya, di perpustakaan dan kawan-kawan yang lebih dewasa [Senior]


2. A) Dari segi Tugasan, Contoh; Penghantaran, Rujukan

Pengantaran biasanya dilakukan tidak melebihi tarikh yang ditetapkan. Namun, bahan rujukan yang digunakan untuk membuat tugasan terlalu sedikit, iaitu bahan rujukan sendiri [buku teks] dan penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat jarang digunakan kerana ketidakcekapan dalam menggunakan komputer terutamanya internet.


   B) Cadangan Penambahbaikan

Bahan rujukan mestilah ditambah iaitu tidak tertakluk kepada buku teks sahaja, bahan rujukan lain mesti digunakan contohnya akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah berbentuk keilmuan, dan yang penting penggunaan internet kerana terdapat banyak bahan rujukan yang sesuai untuk dijadikan isi kandungan tugasan-tugasan yang diberi.



3. A) Dari segi Kuliah, Contoh Pemahaman semasa Kuliah, Kehadiran

Kehadiran ke kuliah tidak penuh sepanjang semester. Kadang-kadang tidak hadir ke kuliah kerana bangun lewat disebabkan tidur lewat pada sebelah malam, dan ada juga sebab-sebab kesihatan. Tumpuan diberi ketika pensyarah bercakap di hadapan, tetapi kadang-kala tumpuan hilang kerana mengantuk dan tidak memahami apa yang di ajar.

    B) Cadangan Penambahbaikan

Kuliah akan dihadiri pada setiap masa dan waktu yang ditetapkan supaya tidak ketinggalan apa yang dibincangkan oleh pensyarah, nota dan perkara-perkara penting yang dibincangkan oleh pensyarah juga akan ditulis. Memastikan tidur yang secukupnya sebelum kuliah bermula walaupun satu jam sebelum kuliah bermula, ini bertjuan untuk mengelakkan hilang tumpuan semasa pensyarah bercakap di hadapan. Dan yang penting tidak berbual perkara yang tidak sepatunya semasa pensyarah berucap.


4. A) Dari segi Ulangkaji, Contoh Kekerapan

Tiada jadual khusus untuk mengulangkaji pelajaran, ulangkaji hanya dilakukan apabila terdapat waktu terluang, dan ulangkaji hanya dilakukan apabila hampir dengan waktu peperiksaan, ulangkaji juga sering dilakukan berseorangan dan di tempat yang tidak sesuai.


   B) Cadangan Penambahbaikan
   

Jadual untuk ulangkaji akan dirangka dengan teliti supaya tidak berlaku tekanan semasa belajar seterusnya apa yang dipelajari dapat diingati dan difahami. Ulangkaji akan dilakukan diantara 48 jam setelah menghadiri kuliah. Selain itu, ulangkaji akan dilakukan secara berkumpulan dan di tempat yang sesuai. Ulangkaji akan dilakukan dari masa ke semasa supaya sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan.


5. A) Dari segi Peperiksaan, Contoh Latihan Menjawab Soalan

Dari segi menghadapi peperiksaan, kurang mengadakan latihan terutamanya latihan menjawab soalan peperiksaan berdasarkan soalan sebenar seterusnya menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan peperiksaan kerana tidak mengetahui bentuk soalan peperiksaan. Biasanya latihan menjawab dibuat berdasarkan buku rujukan [buku rujukan sendiri, bukan buku teks wajib yang disarankan oleh pensyarah]

    B) Cadangan Penambahbaikan

Untuk menghadapi peperiksaan latihan mesti sentiasa dilakukan, terutamanya latihan menjawab soalan peperiksaan berdasarkan soalan peperiksaan sebenar, bertanya pada yang lebih mahir dalam hal-hal menjawab soalan peperiksaan seperti Pensyarah dan Senior-senior.


6. A) Dari segi Perjumpaan dengan Pensyarah

Kadar perjumpaan dengan pensyarah adalah kurang, berjumpa pensyarah bila terdapat perkara yang penting. Contohnya, bertanyakan cara bagaimana hendak membuat tugasan dan mengatur kelas tutoria yang tersilap.

      B) Cadangan Penambahbaikan

Kadar perjumpaan dengan pensyarah akan ditingkatkan walaupun tiada hal yang penting, setiap masalah dan kesulitan dalam pelajaran mesti pergi berberjumpa dengan pensyarah untuk menyelesaikan masalah.


Thanks to Fairul Anuar

Tuesday, December 13, 2011

Konsep Kependudukan


Pengenalan
           
Pada abad ke – 21, Persatuan Bangsa -  bangsa Bersatu (PBB) UN telah menjangka bahawa pertumbuhan penduduk akan terus meningkat kepada 9.1 billion pada tahun 2050 dan 11.0 billion pula pada tahun 2200 dimana 90 % daripada penduduknya adalah dari Negara Sedang Membangun (Todaro dan Smith,2009).  Pada setiap tahun, 83 juta manusia dilahirkan dan majoritinya lahir di Negara Sedang Membangun. Hal ini menunjukkan bahawa kadar peningkatan penduduk akan semakin tinggi dan jumlah penduduk semakin bertambah. Fenomena ini telah pun dapat dilihat pada masa sekarang. Kini, kita sering terbaca artikel mahupun berita yang berkisar tentang pertambahan penduduk di sesebuah negara. Selain itu, seminar – seminar turut diadakan untuk membincangkan isu pertumbuhan penduduk ini.


Jumlah penduduk pada masa kini juga telah semakin bertambah. Walaupun jumlah kematian meningkat namun ternyata setiap tahun, tahap pertumbuhan penduduk dunia semakin bertambah sekitar 78 juta orang. Menurut laporan Badan Kependudukan PBB pada tahun 2005, terdapat pertambahan penduduk yang sangat pesat. Selain itu, menurut direktor ilmiah Organisasi Non Pemerintahan Population Reference, Belreou Carl Haub, pertumbuhan penduduk akan terus meningkat sehingga 50 tahun akan datang. Berdasarkan jumlah kependudukan dunia, kita kini melihat senario kependudukan di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat mambangun. Salah satu sebab utama yang mempengaruhi pertumbuhan negara Malaysia adalah faktor penduduk yang mengalami proses pertumbuhan dinamik setiap tahun. Pada tahun 1990 misalnya, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 17.8 juta orang. Namun, kadar pertumbuhan penduduk di antara negara-negara adalah tidak sama. Sesetengah negara mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi dan ada pula yang mempunyai kadar pertumbuhan yang rendah.


            Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang. 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54 % dari populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu) seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8 %. Justeru itu kaum Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Hingga ke hari ini, Malaysia menetapkan untuk meningkatkan jumlah penduduk bagi memenuhi keperluan negara. Telah menjadi dasar dan matlamat Malaysia untuk memastikan kependudukan Malaysia mencapai 70 juta penduduk. Rasional matlamat ini adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri tempatan. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya saing dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi.


Oleh yang demikian, satu teori telah diperkenalkan iaitu teori Malthusian. Thomas Robert Malthus dilahirkan tahun 1766 di Inggeris, sepuluh tahun sebelum Adam Smith menerbitkan The Wealth of Nations dan meninggal dunia pada tahun 1834. Malthus merupakan seorang ilmuwan di bidang teologi yang kemudian menumpukan perhatian kepada masalah-masalah ekonomi dalam perkembangan masyarakat. Malthus merupakan bekas pelajar dari University of Cambridge, Inggeris dan beliau merupakan pelajar ilmu matematik dan ilmu sejarah klasik. Malthus telah diangkat menjadi Profesor of History and Political Economy di East India College. Bahagian yang paling penting dalam pola dasar pemikiran Malthus dan kerangka analisisnya ialah berkaitan teori sewa tanah dan teori tentang penduduk dengan bukunya yang berjudul An Essay on the Principle of Population. Teori Malthus pada dasarnya adalah sederhana sahaja. Kelahiran yang tidak terkawal menyebabkan penduduk bertambah secara arithmetik  padahal persediaan bahan makanan bertambah secara geometrik. Dalam buku “An Essay on the Principle of Population”, Malthus menegaskan bahawa pengagihan makanan tidak pernah dapat berjalan seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Sejumlah manusia tidak dapat berjuang untuk mempertahankan hidup dan mereka yang mampu bertahan adalah yang terbaik.


Menurut seperti mana yang dikatakan oleh Thomas Malthus adalah begitu relevan dengan masalah kependudukan pada masa kini. Kebangkitan ekonomi Bric (Brazil, Rusia, India dan China), yang memerlukan makanan untuk penduduknya sejumlah 2.9 milion, atau separuh penduduk dunia (Jim O’Neill, The Wall Street Journal), membuatkan permintaan terhadap makanan meningkat sedangkan pengeluaran makanan berada di titik terendah dalam 20 tahun terakhir. Akibatnya krisis makanan dan peningkatan harga makanan dunia telah mengancam jutaan penduduk miskin di seluruh dunia. Di Asia sendiri, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB), terdapat 14 buah negara yang terkena tempias kenaikan harga makanan. Di Bangladesh dan Kamboja, harga beras naik hingga seratus peratus. Di negeri ini, penurunan daya beli memaksa banyak masyarakat miskin mengurangkan penggunaan barang makanan. Sebahagian masyarakat miskin di Asia yang  mempunyai pendapatan kurang dari 2 USD per hari merupakan kelompok paling menderita dan semestinya dilindungi. Hal ini kerana 60% daripada pendapatan bersih mereka digunakan untuk membeli makanan. Jika harga terus naik, mereka tidak mampu untuk menampung kos sara hidup mereka.


Program Pemakanan Dunia PBB (WFP) menyebut krisis ini sebagai silent tsunami. Suatu krisis yang datang secara tiba-tiba, namun berpotensi membuatkan setidak-tidaknya 120 juta orang kelaparan akibat harga makanan yang mahal. Organisasi Makanan dan Pertanian PBB (FAO) telah ditubuhkan sejak tahun1980-an. FAO telah memberi kenyataan bahawa persediaan makanan dunia saat ini berada pada tahap kritis. Olivier de Schutter, ketua FAO yang baru mengatakan bahawa stok makanan global tahun ini lebih rendah iaitu 5% dibanding tahun lalu.  Negara-negara berkembang, yang dianjurkan Bank Dunia dan IMF telah melaksanakan liberalisasi pertanian unuk mendorong sektor pertanian dikomesilkan dan keterlibatan pelabur besar di sektor pertanian. Malahan Bank Dunia dan IMF telah mendesak negara-negara berkembang untuk menghasilkan komoditi yang berorientasi eksport.


Perspektif Malthusian

Dari perspektif Malthusian, pasaran bebas memberi jalan bagi sektor swasta. Melalui tuntutan persaingan bebas yang kompetitif, kemurahan hati dan kasih sayang, kesemuanya mestilah minima. Prinsip dasarnya adalah “ambillah sebanyak-banyaknya, demi keunggulan sebagian ras manusia”. Bagaimanapun, dari gejala krisis makanan yang diramal ini akan terus berlangsung hingga 2015. Keseimbangan penduduk dengan daya dukung dan daya tampung sudah dipersoalkan sejak dahulu oleh para filosofi Cina, Yunani dan Arab, seperti Confucius, Plato, Aristoteles mahupun Kalden. Bencana kelaparan (famine), dan kematian langsung dikaitkan dengan faktor ketidakseimbangan jumlah penduduk dengan potensi lingkungan alam, khususnya penyediaan bahan makanan.


Sekitar dua abad lampau permasalahan kependudukan dan lingkungan dipersoalkan lagi oleh L. John Graunt, William Path dan TR Malthus. Malthus dengan tegas telah mempersoalkan tentang kemarau, banjir, bahaya kelaparan dan wabak penyakit yang sering terjadi akibat ketidakseimbangan pertambahan jumlah penduduk dan lingkungan alam. Malthus yakin bahawa manusia akan tetap hidup miskin atau melarat dan berakhir dengan kematian selagi  ketidakseimbangan jumlah penduduk dengan daya dukung lingkungan tidak di selaraskan


Teori Malthus jelas menekankan tentang pentingnya keseimbangan pertambahan jumlah penduduk terhadap persediaan bahan makanan. Teori Malthus menjadikan tanah sebagai suatu komponen lingkungan alam yang tidak mampu menyediakan hasil pertanian untuk memenuhi keperluan jumlah penduduk yang terus bertambah dan semakin banyak. Daya dukung tanah sebagai komponen lingkungan menurun kerana beban manusia yang semakin meningkat. Jumlah penduduk yang terus bertambah mencerminkan pula kepadatan jumlah penduduk bagi setiap 1 kilometer. Pertumbuhan penduduk yang drastik akan mempercepatkan eksploitasi sumber daya alam. Dengan kata lain jumlah penduduk yang terus bertambah dan makin padat sangat mengganggu daya dukung dan daya tampung lingkungan.


 Jumlah penduduk harus seimbang dengan batas lingkungan alam agar tidak menjadi beban lingkungan atau mengganggu daya dukung dan daya tampung lingkungan dengan menampakkan bencana alam seperrti banjir, kemarau, kelaparan, wabak penyakit dan kematian. Kelahiran dan kematian sebagai peristiwa-peristiwa vitual akan mengatur keseimbangan penduduk dengan potensi alamnya. Semakin padat jumlah penduduk dalam jangka pendek atau jangka panjang akan mengganggu daya dukung dan daya tampung lingkungan hidup. Di daerah-daerah padat penduduk wujud gangguan keseimbangan lingkungan (daya dukung dan daya tampung) yang disebabkan oleh permintaan yang makin meningkat terhadap pelbagai potensi lingkungan, walaupun pendapatan per kapita rendah. Walaupun perkembangan teknologi memberikan peluang untuk memperbaiki ketersediaan makanan, namun ancaman perangkap Malthus masih terus berlanjut. Penduduk dunia yang berlebihan cenderung menyebabkan kemiskinan dan kekurangan sumber daya awam untuk pendidikan dan jaminan sosial. Di Afrika penduduknya meningkat dua kali ganda dalam tempoh 20 tahun. Di anggarkan pada tahun 2020 penduduk Afrika sudah berlebihan (Over population).


Pada umumnya kelaparan yang terjadi didunia adalah disebabkan oleh masalah politik dan bukan kerana masalah ketidakmampuan menyediakan makanan. Misalnya pada tahun 1960 India dan Sub Sahara Afrika masing masing menghasilkan 50 juta tan makanan per tahun tetapi pada tahun 1988 India telah menghasilkan 150 juta tan makanan sedangkan Sub Sahara Afrika tetap dengan produksi 50 juta tan. India walaupun dengan kemiskinan yang meluas dengan politik yang efektif mampu  menggerakkan masyarakat sehingga petani-petani miskin melalui pendidikan pertanian efektif yang mampu meningkatkan produksi dan pendapatan usaha taninya. Selain perambahan penduduk, kita melihat kenyataan di mana tuntutan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran makanan. Pertanian merupakan asas persediaan makanan harus bersedia menerima kenyataan ketidakpastian iklim dan cuaca yang semakin tidak menentu, di samping harus ‘melawan’ pertambahan penduduk.

Sekalipun kita kenal Malthus sebagai pengasas doktrin sosial yang menaruh besar terhadap prinsip dasar kehidupan, tetapi doktrin itu tidak boleh di guna pakai sepenuhnya untuk era sekarang. Malthus hanya mengawal bagaimana manusia memperhatikan prinsip kehidupan bersama dalam situasi penduduk yang semakin bertambah. walhal pada abad 19, penciptaan teknologi terkini masih tidak difikirkan oleh  Malthus.

Malthus menganggap soal kesuburan satu-satunya persoalan kenapa pertumbuhan penduduk terjadi. Oleh itu, beliau menawarkan resolusi pengawalan agar masyarakat menahan had laju pertumbuhan penduduk dengan pembatasan dan penangguhan. Resolusi ini benar dan tepat, tetapi tidak serta-merta dipraktikkan oleh masyarakat. Pelbagai tinjauan dan catatan yang ditulis oleh Huxley menunjukkan masyarakat cenderung mengabaikan soal pembatasan, sekalipun mereka berada dalam keadaan kemiskinan dan penderitaan. Di beberapa daerah di negara miskin misalnya, derita kehidupan mereka tidak menyarankan hasrat berkeluarga. Soal kemahuan masyarakat menerima pembatasan anak sangat berkait dengan tingkat kualiti sumber daya manusia (SDM). Masyarakat yang sedar akan pentingnya kehidupan yang berkualiti, akan dengan sendirinya memahami pembatasan anak sebagai hal yang penting.

Kedua-dua penulis itu memberikan pandangan tentang pentingnya keterlibatan teknologi moden bukan semata-mata untuk masyarakat, tetapi juga untuk membawa manusia secara keseluruhan kepada tingkat kesihatan, pendidikan, dan kemerdekaan yang baru. Huxley menekankan perlunya memasuki era keseimbangan dengan lingkungan fizik dan biologi serta peranan-peranan yang dapat dimainkan oleh pengendalian angka kelahiran dan tanggungjawab manusia dalam pengembangan ekonomi. Manakala Osborn lebih mempertimbangkan persoalan pelik dalam menumbuhkan perlunya mengurangi kesuburan dan cara Barat modern membantu dunia lain yang memiliki kepekaan agama, politik, untuk mencapai tingkat kesuburan rendah.
  

Masalah – Masalah yang berlaku dalam Perspektif 
Malthusian




Masalah Kebuluran dan Kelaparan

Kadar pertumbuhan penduduk yang terlalu cepat tidak sepadan dengan pengeluaran makanan akan menyebabkan krisis makanan.Fenomena kebuluran dan kelaparan semakin berleluasa seperti yang berlaku di negara-negara Ethiopia, Uganda, dan Rwanda di benua Afrika. Jika tidak diperlahankan ramalan Maltus mungkin akan menjadi kenyataan. Dasar ‘satu keluarga satu anak’ yang dijalankan oleh China kini adalah satu langkah jangka panjang untuk mengelakkan daripada krisis kekurangan makanan kepada rakyatnya yang berjumlah hampir 1.5 bilion itu. Di sesetengah negara seperti India, Bangladesh dan Korea Utara pula pengeluaran sumber makanan sering terjejas akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau. Oleh itu, negara-negara ini perlu memperlahankan kadar pertumbuhan penduduknya demi mengelak krisis kelaparan yang lebih teruk.


Masalah Tekanan Keatas Sumber Alam

            Pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pengeluaran dan penggunaan beberapa jenis sumber alam. Sumber alam yang menjadi keperluan asas penduduk ini adalah sumber-sumber yang tidak boleh diganti. Contohnya sumber tenaga bahan api fosil khususnya minyak dan gas asli. Penduduk yang bertambah akan menyebabkan permintaan terhadap sumber-sumber ini turut bertambah. Sedangkan stoknya semankin berkurangan. Begitu juga tekanan ke atas sumber tanah dan hutan. Pertambahan pesat penduduk menyebabkan permintaan terhadap kawasan kediaman meningkat, hutan dan tanah-tanah baru akan dibuka, persaingan guna tanah juga turut meningkat. Kesannya sumber tersebut semakin berkurangan atau pupus. Justeru untuk mengurangkan tekanan keatas sumber berkenaan, maka amat perlu bagi negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Indonesia, Filipina, dan China memperlahankan kadar pertumbuhan penduduknya.


Masalah Kesan Pencemaran dan Kemerosotan 
Sumber Alam

            Pertumbuhan pesat penduduk akan turut mengembangkan kegiatan ekonomi khusus sektor perindustrian bagi tujuan menampung guna tenaga dalam negara. Perkembangan industri akan memberi kesan negatif terhadap sumber air, udara, dan tanah bagi negara-negara yang berpenduduk belebihan di negara di dunia kini seperti Indonesia, Bangladesh dan India yang mempunyai teknologi perawatan yang rendah. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk. Selain tercemar, sesetengah sumber juga boleh rosak apabila dieksploitasi dan diguna dengan rakus oleh manusia tanpa kawal-selia secukupnya. Sebagai contoh, sumber mineral atau galian bijih timah, bijih besi dan bauksit.


Masalah Pengganguran, Kemiskinan Dan Taraf Hidup yang Rendah

            Hal ini terjadi kerana sumber-sumber ekonomi dan peluang pekerjaan yang ditawan adalah terhad relatif dengan penduduknya yang ramai. Persaingan ekonomi yang hebat menyebabkan sesetengah golongan terpinggir dan menganggur. Sebagai contoh di bandar-bandar besar, fenomena pengganguran akan mewujudkan kemiskinan bandar dan setinggan seperti yang di alami oleh Jarkarta (Indonesia), Manila (Filipina), Dakka (Bangladesh) dan bandar-bandar lain di negara sedang membangun. Kemiskinan bandar menggambarkan kedaiffan dan taraf hidup penduduk yang rendah yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan masyarakat bandar. Tetapi ini semua terjadi akibat kadar pertumbuhan penduduk yang terlalu pesat. Justeru dengan apa jua sekalipun, kadar pertumbuhan penduduk di negara-negara berkenaan amat perlu diperlahankan.


Masalah Kemerosotan Taraf Sosial Seperti Pendidikan 
Dan Taraf Kesihatan Penduduk.

            Penduduk yang ramai akan menimbulkan persaingan yang hebat. Dalam bidang pendidikan, ramai yang akan tercicir. Ini akan meningkatkan kadar buta huruf sepertimana yang dialami di kawasan-kawasan pendalaman negara-negara yang berlebihan penduduk. Kawasan setinggan yang padat dan sesak akan memudahkan merebaknya pelbagai jenis penyakit yang sukar dikawal seperti denggi, malaria, dan taun. Ini bermakna tahap kesihatan penduduk akan merosot sekiranya bilangannya terlalu ramai. Kerajaan semestinya tidak mampu untuk menyediakan kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyatnya. Oleh itu, amat perlu bagi negara-negara berkenaan mengurangkan kadar pertumbuhan penduduknya


Ulasan Tambahan

        Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini. Sekiranya tahun lepas, rakyat Malaysia menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di pasaran, bayangkanlah bagaimana keadaannya kelak sekiranya anda dapati tiada lagi beras dan tepung di rak-rak kedai runcit dan juga pasar raya. Walaupun setakat ini Malaysia masih belum terkesan dengan fenomena ini, namun berdasarkan trend ekonomi dunia, hal ini langsung tidak mustahil melanda negara.

Masalah kekurangan makanan, yang pada mulanya bersifat setempat dan hanya sinonim dengan negara-negara dunia ketiga, kini menjadi semakin kronik apabila harga pasaran bekalan makanan di peringkat dunia juga turut meningkat dan mula memberi ancaman kesan yang lebih global termasuklah kepada negara-negara maju. Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan.[Sunday Herald 09/03/08].

Krisis ini telah menyebabkan penduduk merana dan akibatnya telah  berlakunya aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan. ‘Rusuhan Tortilla’ yang berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400%. ‘Mogok Tempe’ selama tiga hari oleh para peniaga pula telah berlaku di Indonesia pada awal Januari lalu apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu kacang soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun ini. 

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, telah mengatakan bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih 2 kali ke 3 kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini [BBC 11/03/08]. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun lepas akibat dari kemurungan yang berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan peningkatan hutang [India Today]. Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negara-negara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara yang kaya.

Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah punca mengapa berlakunya kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kekurangan sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga dikatakan menyebabkan ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia  dan permintaan yang memerlukannya. Contohnya (sebagaimana dilaporkan), tabiat makan penduduk China telah berubah di mana secara per kapita, penduduk Cina menghabiskan 50kg daging pada tahun 2007 berbanding hanya 20 kilogram pada tahun 1965.

Hakikatnya, ada faktor-faktor yang diperkatakan tadi adalah bertentangan dengan realiti yang ada. Jika dibandingkan antara jumlah penduduk pada tahun 1961 dan 2005, kita dapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Tetapi jika kita bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama, kita dapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda (berdasarkan data terkini dari World Resources Institute). Ini bermakna, jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah (semakin banyak) saban tahun. Oleh yang demikian, rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah  meleset. 

Pada dasarnya, mereka yang memberikan alasan ini hanyalah merumuskan teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18 di mana beliau menulis sebuah buku bertajuk ‘An Essay on the Principle of Population as it Affects the Future Improvement of Society’ pada tahun 1798. Di dalamnya dikatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik. Jika teori ini betul, maka beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus, sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan. Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta penduduk dan pada kurun 21, populasi penduduk Britain telah bertambah sebanyak 59 juta. 

Namun begitu, tidak pula terdapat mana-mana kawasan di Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan atau pun kebuluran yang serius, walaupun Britain hakikatnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Justeru, pendapat Malthus hanyalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan pendudukdunia.

Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau pula bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberi kesan jangka pendek, biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat. Bencana tidak menjadi kesan berpanjangan sehingga surutnya jumlah makanan dunia, sebagaimana didakwa oleh Kapitalis. Tambahan pula, di kebanyakan negara, mereka biasanya sudah pun menyediakan stok makanan yang mencukupi untuk menghadapi kesan jangka pendek yang ditimbulkan dari bencana alam ini. Banyak bahagian di dunia ini yang dilanda bencana alam sejak ratusan tahun dahulu lagi, namun krisis kekurangan bekalan tidak pula timbul.

Contohnya di Malaysia, fenomena tengkujuh dan banjir besar yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia (yang bersifat sementara) setiap tahun, tidak pernah menyebabkan Malaysia berada di dalam krisis makanan. Jika wujud pun masalah, ia adalah masalah pengagihan yang tidak betul yang dilakukan oleh kerajaan yang menyebabkan bekalan tidak sampai kepada mangsa. Jika berlaku sekalipun masalah kekurangan, ia sebenarnya bukanlah disebabkan oleh ‘kekurangan’ itu sendiri, tetapi kerana wujudnya aktiviti ‘penyorokan’ dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisien.

Begitu juga dengan masalahan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahan api bio. Ia sebenarnya lebih bersifat permasalahan pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah. Ini belum lagi mengira aktiviti spekulasi harga komoditi bermotivasikan keutamaan di pasaran hadapan (futures market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tidak realistik. Masalah pengurusan bekalan yang diperkatakan adalah berhubung kait dengan ‘sistem’ yang diguna pakai untuk menguruskan ekonomi di dalam sesebuah negara. Ini kerana, perbezaan pandangan hidup (ideologi) pemerintah dan sistem ekonomi yang mereka anuti/terapkan akan membezakan tahap penilaian mereka (pemerintah) dalam membuat polisi untuk menentukan apakah yang perlu disimpan, apakah yang perlu dihasilkan, apakah yang perlu dibelanjakan dan sebagainya. 

Jika benar pemerintah didominasi pemikiran kapitalisme yang sememangnya rakus dalam mengambil hak rakyat, maka inilah yang sebenarnya menjadi punca kepada segala kerosakan dan menyebabkan berlakunya krisis. Nafsu serakah  yang berkuasa, yang mengaut sebanyak mungkin kekayaan negara, dan sikap yang hanya ‘memberi makan’ kepada  kroni,membawa manusia kepada krisis yang sedang dihadapi sekarang. Dengan sistem pemerintahan dan hawa nafsu Kapitalis ini, ia bukan sahaja menjadi punca kepada kekurangan makanan, malah punca kepada segala keburukan.


 Dari Perspektif Islam

Menurut Islam, makanan adalah salah satu keperluan asas yang perlu dijamin oleh negara bagi setiap warganegara berdaulah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang Khalifah untuk memastikan bahawa bahan makanan dapat sampai ke setiap mulut manusia yang bernaung di bawah Khilafah. Daulah Khilafah, apabila tertegak nanti, akan menyusun strategi bagi memastikan bahawa permasalahan makanan tidak akan timbul. Strategi Daulah ini adalah berasaskan 4 kekuatan yang secara tabi’i terdapat di dalam dunia Islam. Empat kekuatan tersebut adalah; 1) tanah yang subur, 2) sumber air yang melimpah-limpah, 3) sumber manusia yang besar, 4) kekayaan dari sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam dunia Islam, politik pertanian Daulah akan difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan dua perkara - penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan pertanian melalui penerapan hukum syarak yang bersangkutan dengan hukum tanah pertanian. 

Ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru (ihya’ al-ardh) dan pemberian tanah secara percuma kepada mereka yang mampu mengerjakannya. Subsidi pertanian juga akan diberikan dengan meluas bagi menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibina agar pengedaran makanan menjadi lebih berkesan.Dari aspek sumber air, Allah telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada kaum Muslimin. Di dunia Islam, terdapat lebih dari 150 billion meter padu air permukaan (sungai, tasik dll.) dan ini tidak termasuk sumber bawah tanah (7734 billion meter padu!) yang cukup untuk seluruh penduduk dunia. Apa yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak, masalah pertanian pasti tidak wujud.

Dari aspek sumber manusia, kini, terdapat lebih 48 juta kaum Muslimin yang menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam Khilafah mendapat keperluan asasnya, Daulah akan memberikan peluang dan galakan kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan tanah  secara percuma, subsidi dan segenap bantuan kepada mereka.

Kekuatan keempat, yakni kekayaan sumber alam semulajadi merupakan aspek yang paling menonjol di dalam dunia Islam. Untuk memberikan gambaran akan kekayaan yang ada di dunia Islam, Amerika, dalam kerakusannya, telah mendapat keuntungan minyak dari Arab Saudi sahaja sejumlah 86 trillion dolar. Bayangkan kekayaan yang ada di seluruh dunia Islam. Sekiranya jumlah ini dibahagikan kepada seluruh kaum Muslimin, setiap seorang layak mendapat USD66,000! Bukan ini sahaja, dunia Islam ini dipenuhi dengan laluan-laluan strategi dan ini juga boleh dieksploitasi untuk mendapat keuntungan. 

Apa yang diperlukan hanyalah seorang Khalifah yang ikhlas yang akan menguruskan jumlah kekayaan yang besar ini secara efektif dan efisien bagi memastikan umat Islam dan bukan Islam yang tinggal di dalam Daulah hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Pada masa yang sama, hukum-hukum yang berkaitan untuk memastikan setiap individu mendapat sumber makanan seperti hukum nafkah, zakat dan sebagainya perlu ditegakkan secara menyeluruh agar tiada yang ketinggalan dalam hak mereka untuk mendapatkan makanan. Sekiranya berlaku bencana, Khalifah juga wajib memastikan halangan-halangan dapat diatasi dalam pengedaran makanan kepada yang memerlukan.


Bagaimanapun, mekanisma-mekanisma yang dinyatakan di atas menjadi rumit untuk dilaksanakan dengan adanya pemimpin sekular dalam konteks negara bangsa yang ada sekarang. Sebagai contoh, untuk mendapatkan bantuan makanan dari Mesir untuk umat Islam di Somalia atau Indonesia secara percuma, atau mendapat bantuan makanan dari Arab Saudi atau Malaysia kepada penduduk Islam Afrika secara percuma, semua ini hanyalah umpama mimpi di siang hari.

Di sinilah dapat melihat bagaimana pemimpin sekular dan negara-bangsa yang ada pada masa sekarang telah menjadi penyekat, pelemah malah penghancur kepada kekuatan Islam dan pembawa malapetaka kepada umat Islam itu sendiri khususnya dan manusia amnya. Sesungguhnya hanya dengan adanya seorang Khalifah dan Daulah Islam yang satu untuk semua umat Islam, maka barulah mekanisma ini tampak kekuatannya dan akan terbuka. Atas dasar inilah, Hizbut Tahrir berkali-kali mengingatkan umat Islam di seluruh dunia agar terus istiqamah dalam menjalankan usaha untuk mengembalikan Daulah Khilafah yang akan menyelesaikan segala permasalahan yang sedang kita hadapi, sama ada berupa masalah pemakanan, maruah, nyawa mahupun darah.

 Faktor pertumbuhan penduduk di negara sedang 
membangun


  
Kadar Kelahiran dan Kematian

Faktor kadar kelahiran dan kadar kematian boleh mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di negara sedang membangun. Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah menyebabkan peningkatan pertumbuhan penduduk berlaku dengan pantas. Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah disebabkan oleh taraf kesihatan penduduk yang semakin baik. Kadar kelahiran yang tinggi didorong oleh tahap kesihatan ibu dan kanak-kanak. Tahap kesihatan yang tinggi meningkatkan kelahiran hidup serta gagalnya program kawalan penduduk. 

Kadar kematian yang rendah pula disebabkan oleh faktor taraf kesihatan yang baik. Di Malaysia telah mengalami kemajuan yang besar dalam kesihatan secara umum, termasuk kesihatan ibu dan kanak-kanak khususnya, di sepanjang era selepas merdeka. Nisbah kematian ibu (maternal mortality ratio - MMR) berkurangan separuh di antara tahun 1957 dan tahun 1970 dan menurun daripada kira-kira 280 kepada 141 setiap 100,000 kelahiran hidup. Menjelang tahun 1990, ia berada di tahap 33 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup iaitu aras yang hampir dengan kebanyakan negara maju. MMR telah kekal pada aras yang rendah. Oleh yang demikian, kematian ibu telah menurun iaitu kurang daripada dua bagi setiap 10,000 kelahiran.

Selain itu, kadar kematian yang rendah juga disebabkan oleh hasil sinergi campur tangan yang memberikan perkhidmatan melalui dimensi sosioekonomi, kebudayaan, pendidikan, jantina dan kemiskinan. Kejayaan mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi mencerminkan peningkatan dalam pencapaian kepada perkhidmatan kesihatan ibu yang berkualiti, kemahiran profesional yang meningkat bagi jururawat bersalin yang terlatih untuk mengurus kehamilan dan kerumitan bersalin, pelaburan untuk meningkatkan kualiti rawatan perbidanan penting dalam hospital daerah, menambah baik keberkesanan sistem rujukan dan maklum balas untuk mencegah kelewatan, penglibatan yang rapat dengan masyarakat untuk menghapuskan kekangan sosial dan budaya dan menambah baik kesanggupan menerima perkhidmatan kesihatan moden bagi kesihatan ibu serta menambah baik sistem pemantauan.  

Amalan permakanan yang baik dan seimbang telah meningkatkan jangka hayat penduduk. Selain itu, penemuan kaeadah rawatan moden seperti rawatan kardiologi untuk sakit jantung, pembedahan atau pemindahan jantung dan buah pinggang serta lain-lain rawatan telah meningkatkan jangka hayat penduduk.



Faktor Polisi Kerajaan

Faktor seterusnya ialah program polisi kerajaan. Program Polisi kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan penduduk menyebabkan bilangan penduduk di sesebuah negara meningkat. Polisi Kependudukan telah digunakan oleh kebanyakan negara dalam usaha menangani isu ini. Polisi kependudukan ini dibentuk bagi mengubah corak demografi. Tujuan utamanya adalah bagi meningkatkan, menurunkan atau pun menstabilkan penduduk. Di sesetengah negara seperti Thailand memerlukan penduduk yang ramai untuk mendapatkan kekuatan antarabangsa menerusi polisi pronatalis pada tahun 1970. Hal ini menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk di Thailand meningkat. 

Di Malaysia pula pada tahun 1984, Perdana Menteri membuat cadangan mengenai Dasar Baru Penduduk Negara iaitu Malaysia harus mencapai bilangan penduduk 70 juta orang pada tahun 2100. Polisi kependudukan sebenarnya ialah untuk mencapai peningkatan penduduk yang akan menjaminkan kualiti kehidupan yang lebih baik tanpa mengancam sumber-sumber asas generasi akan datang. 

Tamatnya perang dunia kedua (1939-1945) telah mengurangkan kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan di samping memberi ruang kepada negara sedang membangun mengubah polisi kependudukan dan sosioekonomi negara masing-masing ke arah pertambahan penduduk dan kemajuan ekonomi. Kestabilan politik dalam jangka masa yang panjang telah memberikan peluang terbaik dan sosial sesebuah  negara yang secara langsung mendorong kepada pertambahan penduduk.



Perkahwinan Diusia Muda

Faktor lain ialah perkahwinan diusia muda. Golongan yang berkahwin pada usia muda mempunyai tahap kesuburan yang tinggi sekali gus menjadi faktor yang menyebabkan pertumbuhan penduduk berlaku di negara sedang membangun. Perkahwinan diusia muda akan menggalakkan kadar kelahiran. Kadar fertiliti atau kesuburan wanita biasanya antara 16 hingga 45 tahun. Di negara Filipina dan Indonesia taraf perkahwinan pada usia awal 20-an menjadi kemungkinan pasangan memiliki anak yang ramai kerana kesuburan ibu yang tinggi.  Risiko kehamilan yang kurang ketika usia masih muda mendorong wanita yang berkahwin awal melahirkan anak yang ramai. Di negara yang mempunyai struktur penduduk yang muda seperti Afghanistan, Uganda, Republic Niger atau Kongo mengalami peningkatan penduduk berkali ganda.



Sosiobudaya

Selain itu peningkatan pertumbuhan penduduk di negara sedang membangun juga disebabkan oleh faktor sosiobudaya. Bagi sesetengah budaya contohnya budaya masyarakat Melayu, mereka lebih cenderung untuk memiliki keluarga besar iaitu dengan menambahkan kelahiran yang mana dikatakan ianya dapat menambahkan rezeki hidup keluarga. Taraf kehidupan yang rendah memungkinkan pertumbuhan penduduk yang tinggi sepertimana yang berlaku di kawasan pedalaman Indonesia, China, Kemboja dan negara Vietnam. Keadaan ini kerana kesukaran untuk memahami dan menerima idea-idea baru seperti program perancangan keluarga serta desakan tenaga buruh keluarga. Selain itu, amalan adat dan status quo yang dipegang oleh sesetengah masyarakat juga mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Sebagai contoh, sesetengah kaum seperti suku kaum Batak di Indonesia amat bangga mempunyai anak yang ramai. Selain itu semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak. Ini adalah kerana, bagi agama Islam anak merupakan rezeki yang diberikan Tuhan dan sebagai manusia sebagai umatNya tidak patut menolak pemberian ini. Pengajaran agama Katolik juga tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden.


Sosioekonomi

Faktor sosioekonomi turut menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan penduduk. Peningkatan penyertaan wanita dalam sektor bukan pertanian juga sekaligus membataskan diri daripada persekitaran hidup yang tidak menggalakkan mereka untuk berkeluarga dan memiliki saiz keluarga yang besar. Umum mengetahui bahawa terdapat hubungan positif antara fertiliti dengan sektor pertanian. Penyertaan penduduk dalam sektor pertanian tidak banyak menimbulkan konflik peranan antara tuntutan pekerjaan di sektor pertanian dengan kehidupan berkeluarga dan fungsi reproduktif dalam keluarga. 

Dalam sektor pertanian, perkahwinan dan kelahiran anak dilihat sama penting kerana ia membantu menyumbang sumber tenaga kerja yang penting dan murah bagi keluarga berkenaan untuk terus bergiat dalam pekerjaan pertanian tersebut. Anak yang dilahirkan dijangka akan dapat menyumbang tenaga kerja mereka apabila membesar nanti tanpa perlu dibayar atas sumbangan tenaga yang ditawarkan. Kegagalan program kawalan penduduk atau perancangan keluarga adalah disebabkan keperluan tenaga buruh dan tenaga kerja oleh sesebuah negara khususnya dalam sektor pertanian tradisional. Semakin ramai anak bermakna semakin jimat kos buruh.



Program Perancangan Keluarga

Negara-negara seperti Filipina, Indonesia, dan Thailand turut menjalankan amalan mengurangkan kelahiran. Perancangan keluarga bukanlah suatu dasar, sebaliknya merupakan satu teknik atau kaedah tradisional dan moden bagi tujuan pencegah, mengurangkan, dan menjarakkan kelahiran agar kadar pertumbuhan penduduk tidak menjadi terlalu pesat sehingga tidak mampu ditampung oleh sumber-sumber yang ada.

Oleh sebab itu, program perancangan keluarga dilaksanakan melalui kempen pencegahan dan penjarakkan, pengguguran, penggunaan kondom, teknik AUD untuk mengikat saluran peranakan wanita dan lain-lain kaedah perubatan. Namun begitu, di negara sedang membangun langkah ini tidak begitu berkesan malah boleh diistilahkan gagal. Hal ini disebabkan oleh masalah tahap pendidikan yang rendah, kongkongan adat dan agama yang kuat serta keperluan tenaga manusia oleh setiap keluarga dari segi ekonomi.

Misalnya di kawasan pendalaman Indonesia amat bergantung kepada tenaga buruh keluarga untuk menjalankan aktiviti pertanian. Justeru itu kadar pertumbuhan penduduk di negara berkenaan masih lagi tinggi. Kegagalan program perancangan keluarga ini juga disebabkan oleh status quo yang masih tebal dikalangan masyarakat desa khususnya. Sebagai contoh, agama Islam menyeru dan menggalakkan keramaian umatnya, adat bagi kaum Cina pula cenderung untuk memperoleh anak lelaki sebagai pewaris keluarga. Kesemua ini akan meningkatkan kadar kelahiran.

Kegagalan program ini juga berkait dengan keperluan buruh dan tenaga kerja oleh sesebuah keluarga khususnya dalam sektor pertanian tradisional. Semakin ramai anak bermakna semakin menjimatkan kos buruh. Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era revolusi hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk dunia dapat ditampung daripada mengalami krisis makanan dan kebuluran. Lebihan pengeluaran makanan sesebuah negara juga boleh dieksport ke negara yang mengalami kekurangan makanan. Dalam konteks ini perkembangan teknologi pengeluaran makanan amat penting. Sebagai contoh, teknologi hidroponik dan akuakultur. Oleh sebab itu, kebimbangan akan ancaman kebuluran jika penduduk bertambah dapat di kuarangkan, kesan psikologi ini menyebabkan sesetengah negara berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan penduduk. Antaranya negara Malaysia dan Singapura.

Selain itu, dengan terdapatnya lebih banyak sumber makanan berzat dan berkhasiat serta amalan pemakanan yang seimbang dikalangan penduduk telah menjamin kesihatan penduduk bertambah dan kadar kematian berkurangan. Jangka hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.


Kestabilan Politik dan Ekonomi

Suasana yang aman juga menjadi daya penarik migrasi dari luar masuk ke Malaysia dan ini secara tidak langsung akan turut mempengaruhi pertumbuhan penduduk Malaysia. Kestabilan politik dan ekonomi juga memberi ruang dan peluang dalam usaha mengeksploitasi sumber-sumber dalam negara sedang membangun demi pembangunan bersama. Kesannya akan mewujudkan pertambahan sumber makanan dan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Negara yang aman dan stabil memberi peluang dan ruang kepada kerajaan merancang aspek demografi negara tanpa bimbang tentang halangan dan kemungkinan perubahan dasar yang begitu cepat. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dan meletakkan sasaran 70 juta penduduk pada tahun 2100.

Jumlah penduduk Malaysia masih kecil dan faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan. Jika dibandingkan dengan negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, negara Thailand dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Indonesia dengan kawasan seluas 2,027,087 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 150 juta.

Rasional untuk mencapai matlamat penduduk 70 juta adalah untuk menyedikan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri tempatan. Hal ini akan mewujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan social sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografi ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk memastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.

Menurut Laporan Pembangunan Dunia yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun(1980-2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan mencapai 21 juta dalam tahun 2000. Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangka dicapai tahun 2100. Hal ini bermakna bahawa dua komponen utama mengenai kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kelahiran perlu dipertingkatkan dengan sewajarnya.


Faktor Migrasi

Kadar pertumbuhan penduduk di negara sedang membangun turut dipengaruhi oleh kadar migrasi bersih iaitu nilai yang diperolehi setelah migrasi masuk ditolak dengan migrasi keluar. Di negara Malaysia misalnya, pertumbuhan penduduk bersifat positif kerana Malaysia menerima kemasukan ramai penduduk asing sama ada dari Indonesia, Bangladesh dan sebagainya.

 Hal ini demikian kerana keperluan tenaga kerja dan kawalan kemasukan penduduk asing yang agak longgar. Kadar kelahiran akan bertambah dan pertumbuhan penduduk juga meningkat apabila berlakunya perkahwinan antara penduduk tempatan dengan rakyat asing.

Sebagai contohnya, migrasi dari luar negara merupakan penyumbang utama kepada pertambahan penduduk dimalaysia terutama di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 10 tahun sehingga 1991. Banci penduduk dan perumahan bagi tahun 1980 dan 1991 menunjukkan bahawa bilangan penduduk Sabah tahun 1980 adalah 1.01 juta dan ia meningkat kepada 1.81 juta pada tahun 1991 dengan purata kadar pertumbuhan penduduk 5.29 peratus.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata bilangan penduduk bukan warganegara di Sabah pada tahun 1991 turut mencatatkan angka yang tinggi iaitu 464.8 ribu daripada jumlah penduduknya.Daripada jumlah itu 53% daripadanya terdiri daripada kalangan pendatang dari Indonesia, dan 45.2% lagi adalah warga Filipina.

Keadaan itu menurut beliau menjadi punca yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan penduduk antara Sabah dan Sarawak di mana peratusan pertambahan penduduk antara 1980 hingga 1991 bagi Sabah ialah 78.91% berbanding Sarawak hanya 31.42%.

Bagi Sarawak pada tahun 1980, jumlah penduduknya ialah 1.31 juta dan meningkat dengan peratus pertambahan sebanyak 31.42% menjadi 1.72 juta pada tahun 1991. Pendudukbukan warganegara di Sarawak pula hanya berjumlah 18.36 ribu daripada jumlah penduduk negeri itu, dengan jumlah warga Indonesia berada pada kedudukan peling tinngi mencatatkan 12,375 orang.


Faktor Teknologi

Populasi manusia meningkat secara mendadak, hal ini disebabkan oleh kemajuan di bidang kesihatan serta pertanian yang meningkatkan kesejahteraan manusia. Dengan kecanggihan teknologi yang adakini,penyakit dapat dikesan lebih awal dan boleh dirawat.Hal ini akan memanjangkan jangka hayat seseorang itu.

Penemuan-penemuan baru dalam perubatan dapat mencegah dan menghasilkan kaedah terbaru untuk merawat penyakit yang ada pada masa dahulu yang tidak dapat dirawat tetapi dengan adanya penemuan baru melalui penyelidikan maka kaedah baru ditemui. Contohnya mereka yang menghidap penyakit jantung boleh melakukan pembedahan untuk memindahkan jantung. Begitu juga dengan penyakit lain, pelbagai kaedah dan rawatan digunakan bagi menyelamatkan nyawa manusia masa kini.

Dengan bertambahnya bilangan doktor untuk setiap pesakit yang dirawat juga boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk di negara sedang membangun. Doktor boleh merawat pesakit dengan lebih teliti lagi kerana bilangan pesakit yang sedikit dirawat oleh seseorang doktor itu bermakna mereka boleh mengenal pasti lagi penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Ditambah dengan teknologi yang canggih  di dalam bidang perubatan para doktor dapat mengesan penyakit dengan lebih cepat dan merawatnya.


  
Kesimpulan

            Dapat disimpulkan disini bahawa teori Malthusian ini telah menerangkan tentang masalah pentumbuhan penduduk yang tidak seiring dengan pemintaan bekalan makanan. Oleh yang demikian, telah wujudnya beberapa masalah yang akan berlaku apabila kadar pertumbuhan penduduk semakin meningkat. Kita dapat melihat sendiri bahawa pertumbuhan penduduk akan menyebabkan masalah kebuluran dan kelaparan. Hal ini kerana permintaan ke atas bekalan makanan tidak akan mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang telah semakin ramai. Apabila penduduk tidak mendapatkan makanan secara cukup, akan tercetusnya masalah kesihatan dikalangan penduduk. 

           Taraf kesihatan yang rendah akan menjadi faktor utama kepada penyumbangnya kedatangan masalah penyakit. Seperti di India, kadar kelahiran meningkat nanum berlakunya masalah wabak penyakit yang semakin merebak. Adakah pertumbuhan penduduk yang tinggi mampu menjamin kehidupan yang sejahtera kepada masyarakat?. Sudah pastila bahawa kadar pertumbuhan penduduk yang ramai akan menyebabkan masalah kekurangan sumber alam serta masalah pencemaran akan semakin kerap terjadi.  Kadar pertumbuhan penduduk yang semakin tinggi akan menyebabkan permintaan terhadap penginapan akan semakin tinggi. Akibatnya, hutan akan ditebang untuk membina kawasan perumahan bagi memenuhi bekalan asas masyarakat. Oleh yang demikian, bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh akan mudah melanda negara kita.

            Semua masalah ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan penduduk yang semakin tinggi. Faktor pertumbuhan semakin meningkat adalah disebabkan oleh dasar kerajaan. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa polisi seperti Dasar Baru Penduduk Negara iaitu menyasarkan sebanyak 70 juta orang pada tahun 2100. Selain itu, faktor perkahwinan diusia muda juga mampu menyebabkan pertumbuhan penduduk berlaku dengan cepat.  Oleh yang demikian, kerajaan haruslah mengambil langkah mengatasi masalah yang akan terjadi apabila kadar pertumbuhan penduduk semakin meningkat. Kadar pertumbuhan penduduk yang semakin tinggi seharusnya mendapat bakalan makanan yang mencukupi serta mengelakkan berlakunya kehapusan sumber alam. Kerajan serta penduduk itu sendiri harus mengambil jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

Thanks kepada yang terlibat