journey without destination

journey without destination

Wednesday, June 15, 2011

Definisi Pelaku dan Perananya di Taiwan dan Korea Pada Era Sebelum dan Selepas Penjajahan serta Perbandingan dengan Malaysia



Definisi Pelaku

         Pelaku boleh didefinisikan sebagai pihak, faktor atau organisasi yang mengerakkan sesebuah  sistem ekonomi yang berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan tempatan mahupun luar Negara. Dalam hal ini, pelaku boleh terdiri daripada pelaku dalam dan luaran yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pertumbuhan ekonomi. Antara contoh-contoh pelaku yang terlibat adalah pemerintah, pasaran, buruh, modal, teknologi, usahawan iaitu syarikat-syarikat MNC’S, teknologi dan sebagainya.

       Di Korea Selatan, dalam aspek ekonomi sebelum penjajahan Negara ini  mengamalkan sektor  berasaskan pertanian tradisional dan saradiri. Menjelang  pada awal 1900-an yang mana penjajahan kolonial Jepun bertapak di Korea. Pihak Jepun telah memperluaskan lagi aktiviti sekor pertanian dan kadar sumbangan industri ini  berkembang pada kadar 1.3% pada tahun 1927 hingga 1937 tetapi masih perlahan pertumbuhannya dan ini menyebabkan pihak jepun telah memperkenalkan polisi ekonomi di Korea yang berorientasikan perindustrian sekitar tahun 1930. 


                   Kesanya Korea telah mengalami peningkatan yang cepat dalam perindustrian berbanding Taiwan. Selain daripada itu pihak kolonial ini juga telah memperkembangkan sektor-sektor lain iaitu infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan menyediakan kemudahan-kemudahan asas ketika tempoh tersebut. Dalam hal ini, sector pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak kolonial Jepun telah meningkatkan jumlah kemasukan pelajar dalam bidang pendidikan iaitu peningkatan sebanyak 20,000pada tahun 1910 kepada 901,100 pada tahun 1937. Apa yang penting disini adalah kesan kepada pembangunan ekonomi di korea yang mana ia hanya membawa kepada kejayaan jangka masa pendek sahaja kerana pengenalan pelbagai sektor yang dilihat tidak mampu dicapai oleh korea. 


           Ini boleh dilihat apabila pihak jepun cuba memperkenalkan industri berat yang hanya untuk memenuhi keperluan pengeluaran Negara mereka sahaja dan bukanya berdasarkan kelebihan persaingan serta kurang mendapat galakan oleh pemerintah tempatan. Selain daripada itu, ketika perang dingin antara Korea utara dengan Korea Selatan sekitar tahun 1940-an dengan kekalahan dan pengunduran pihak jepun. Amerika Syarikat telah memberi bantuan kepada korea selatan dalam aspek ekonomi dan politik sebanyak $12 bilion USD kepada korea dalam bentuk ekonomi dan tentera. 


              Walaubagaimanapun, keadaan ini masih tidak dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi korea yang pada masa itu masih mengamalkan ekonomi berorientasikan import daripada Negara asing terutamanya Amerika Syarikat yang mana pelabur dan syrikat MNC’S dilihat menguasai ekonomi. Kemudianya selepas tahun 1961 iaitu korea selatan dipimpin dibawah pemerintahan ketenteraan oleh General Park Chung Hee sehingga tahun 1979. 


          Dalam tempoh ini dan sehingga abad ke 21 ini, korea selatan telah berjaya dalam pertumbuhan ekonominya yang mana pemerintah telah mengamalkan pelbagai polisi dan dasar ekonomi yang berorietasikan eksport, teknologi maklumat, pembatasan import, industri  yang khusus dan menggalakan rakyatnya menabung serta membuat pelaburan.


              Pada awal kewujudan Taiwan, ia merupakan wilayah jajahan Negara China dan pada tahun 1895 ia pula dijajah oleh Negara Jepun sehingga tahun 1945 selepas Jepun di tewaskan oleh Amerika Syarikat dalam perang dunia ke-2. Selepas itu Taiwan diperintah oleh Koumingtang. Dalam hal ini, sebelum Taiwan dijajah oleh pihak Jepun ekonominya adalah berorientasikan pertanian dan perdagangan dengan Negara China serta Negara serantau, walaubagaimanapun, dibawah kolonial Jepun, Taiwan masih lagi mengamalkan ekonomi pertanian kerana ia merupakan pulau yang kaya dengan bahan mentah dan sumber asli untuk perdagangan dan memenuhi keperluan Jepun. 


               Keadaan ini juga sama berlaku kepada Negara korea ketika dibawah kolonial Jepun. Selepas jepun dikalahkan oleh Amerika Syarikat. Taiwan pula dijajah oleh Amerika Syarikat kerana tertakluk kepada pinjaman $5.6 bilion USD untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 1960-an, dengan kemasukan Syarikat MNC’S yang memperkenalkan teknologi moden dalam sector perindustrian yang memerlukan ramai tenaga buruh menyebabkan kemajuaan dalam industri teknologi tinggi. 


            Selain itu, perdagangan asing juga menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi Taiwan yang mana berorientasikan eksport antaranya eksport elektronik. Kini Taiwan mengamalkan ekonomi Kapitalis yang mengamalkan pasaran bebas, “center of financial” dan teknologi maklumat serta menjadi ahli “World Trade Organization” (WTO).

                     Berbanding dengan Malaysia pula, sebelum era penjajahan Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Sultan yang merupakan pemerintah pada masa itu memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi yang mana sultan memang sumber-sumber ekonomi dan rakyat mengamalkan ekonomi saradiri dan berdagang dengan pedagang yang kebanyakanya dari china, india, timur tengah dan kepulawan melayu. Zaman penjajahan bermula sekitar tahun 1511, apabila portugis mula menjajah Tanah Melayu dan seterusnya di ikuti oleh Belanda. 

             Antara factor yang menjadi punca penjajahan mereka adalah factor ekonomi iaitu untuk mengaut sumber alam dan bahan mentah yang terdapat. Selepas itu, dengan kedatangan Pihak British sekitar tahun 1800-an iaitu ketika tempoh revolusi perindustrian di eropah yang mana mereka memerlukan bahan mentah dan tenaga buruh untuk tujuan pengeluaran industri. Melalui penjajahan mereka dapat memenuhi permintaan negaranya dan Negara eropah serantau. Ketika British menjajah Tanah Melayu, mereka mengunakan sumber bahan mentah, buruh, modal tempatan dan teknologi yang diimport dari Negara mereka untuk menjalankan proses pengeluaran yang disokong oleh raja-raja melayu pada ketika itu. 

                Mereka mengekspoitasi sumber tempatan dengan mengeksport barang dan bahan mentah ke Negara mereka untuk dipasarkan dan keperluan kapitalis-kapitalis barat. Antara sektor yang menjadi tumpuan penjajah pada ketika itu adalah sektor pertanian termasuklah sumber minyak sawit, getah serta bijih timah, emas, arang batu. Selain itu, kerajaan British menggalakan kedatangan pelabur-pelabur asing, membuka pasaran dan pengeluaran secara besar-besaran. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, sumbangan utama KDNK Malaysia adalah sektor pertanian yang mana melalui Pelaksaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 melalui Program Revolusi Hijau dengan menggunakan kaedah “land reform” iaitu refomasi tanah, Dasar-dasar pembangunan yang lain antaranya Dasar Perindustrian, Rancangan-rancangan Jangka Panjang Malaysia, Penswastaan, Wawasan 2020 dan sebagainya. 

                   Dalam hal ini, pemerintah memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi daripada sektor berorientasikan pertanian kepada perindustrian. Dengan kewujudan ekonomi tanpa sempadan dan kedatangan globalisasi yang mana perdagangan pasaran bebas yang berdasarkan ekonomi kapitalisme. Ini menyebabkan syarikat-syarikat MNC’S memasuki ke dalam industri Negara ini. 

                    Selain itu, pemerintah juga menggalakan penubuhan syarikat tempatan untuk membuka perniagaan dengan pemberi modal tarif,  pinjaman dan subsidi serta mengenakan cukai barangan, kouta kepada syarikat luar. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia yang dijangka berkembang pada kadar 4.3 peratus setahun dalam tempoh tahun 2006 hingga tahun 2010. 

                       Dalam tempoh itu, jumlah dagangan negara dijangka akan melepasi RM1 trilion manakala import pula meningkat 9.8 peratus setahun. Liberalisasi perdagangan barangan dan perkhidmatan secara progresif di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) serta komitmen pengurangan tarif di bawah perjanjian perdagangan dua hala akan membuka pasaran yang lebih luas bagi eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia. 

                       Eksport barangan perindustran terutamanya perkilangan dijangka berkembang pada kadar purata 9.3 peratus setahun dalam tempoh RMK-9 dengan perolehan eksport meningkat daripada RM429.9 bilion pada tahun 2005 kepada RM670.8 bilion pada tahun 2010. 

                   Antara eksport utama barangan perkilangan iaitu barangan elektrik dan elektronik, kimia dan keluaran kimia, keluaran petroleum, makanan, tekstil, pakaian dan kasut, keluaran kayu, keluaran logam serta kelengkapan pengangkutan. Pertumbuhan eksport barangan perkilangan menggambarkan pengembangan berterusan permintaan daripada pasaran tradisional, baru dan bukan tradisional seperti China, India dan Eropah Timur. 

               Selain itu, pendalaman dan perluasan asas sektor perkilangan juga akan membantu meningkatkan eksport perkilangan. Selain itu, kewujudan semula sektor pertanian yang dahulunya di abaikan oleh pemerintah dijangka berkembang pada purata 8 peratus setahun hasil pertumbuhan positif nilai eksport getah, minyak sawit, koko dan keluaran perhutanan serta keluaran makanan.

Peranan Modal, Buruh, Pemerintah,  Pasaran dan Teknologi  
          Pada Era Pra dan Pasca Negara-negara tersebut.



    Modal

Modal atau lebih dikenali sebagai “capital” sebagai faktor yang telibat dalam faktor pengeluaran yang melibatkan kewangan untuk mengerakan proses pengeluaran. Di korea, modal memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di korea. Dalam hal ini, Amerika Syarikat telah memberi bantuan kepada korea selatan dalam aspek ekonomi dan politik sebanyak $12 bilion USD kepada korea dalam bentuk ekonomi dan tentera selepas kekalahan pihak Jepun. Dengan bantuan pinjaman ini pertumbuhan eknomi korea dilihat meningkat sambil didasari oleh sokongan pihak pemerintah. 


                     Begitu juga dengan Negara Taiwan, yang mana menerima modal atau pinjaman daripada Amerika Syarikat selepas pengunduran tentera jepun dari Negara mereka. Dalam komteks Malaysia pula, selepas era penjajahan sekitar tahun 1960-an yang mana Malaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan Dasar-dasar  Ekonomi  yang dilaksanakan antaranya DEB, Dasar Perindustrian, penubuhan-penubuhan agensi perniagaan yang membantu peniaga-peniaga untuk mendapatkan modal.




Buruh

       Buruh pula merupakan pengumpulan kemahiran dan pengetahuan yang ada oleh sekumpulan tenaga kerja yang mengabungkan teknologi dan kemahiran dalam proses pengeluaran. Contohnya semasa zaman penjajahan di tanah melayu ketika British menjajah yang mana mereka mengambil buruh asing dari china dan india yang terlibat dalam sektor perlombongan dan perladangan manakala buruh tempatan yang mengusahakan pertanian. 


           Kini selepas penjajahan buruh asing di Malaysia yang kebanyakanya adalah dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal dan sebagainya yang menceburi sektor penbinaan dan perkilangan dalam proses pengeluaran dan industry. Selain itu, tenaga kerja tempatan pula melibatkan dari dalam sektor pentadbiran awam, firma-firma dan perniagaan.




Pemeritah

       Pelaku seterusnya adalah pemerintah yang merupakan pihak yang berkuasa dalam menentukan segala keputusan, polisi dan dasar ekonomi, politik dan sosial. Juga berkuasa dalam kawasan pemerintahanya. Pemerintah memainkan peranaan penting dalam mencorakan sistem ekonomi dan pembangunanya. 


      Contoh yang boleh di lihat adalah di Korea  ketika penjajahan Jepun, yang mana pihak Jepun yang menetukan dasar dan polisi ekonomi antaranya telah memperkembangkan sektor-sektor lain iaitu infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan menyediakan kemudahan-kemudahan asas ketika tempoh tersebut serta melaksanankan sektor industry berat yang mana “heavy industry ” ini dilihat tidak berjaya selepas jepun dikalahkan oleh pihak USA kerana pemerintah di korea pada masa itu tidak menyokong pelaksanaan sektor industri tersbut.



     Pasaran

                          Selain itu, pasaran juga memainkan peranan penting kerana pasaran merupakan tempat dimana urusan jual beli barangan berlangsung dan pertemuan antara pembeli dan penjual dalam urusan jual beli. Dalam hal ini, pasaran ekonomi kapitalis memainkan peranan penting kerana faktor penjajahan yang memperkenalkan ekonomi ini yang pada mulanya member faedah kepada pihak kolonial yang mengaut keuntungan dengan mengeksloitasikan segala sumber tempatan dan mengeksport ke Negara mereka melalui perdaganan dan pasaran bebas. 

                            Contonya Taiwan pada masa kini mengamalkan ekonomi kapitalis ekoran daripada kemasukan pihak Amerika Syarikat yang menyuntik pinjaman kepada pemerintahnya. Ekonomi yang moden dan maju ini berasakan kepada pelaburan dan perdagangan asing.


      Teknologi

    Peranan teknologi yang merupakan input yang akan di gunakan oleh buruh untuk menggerakan proses pengeluaran juga tidak dapat disangkal kerana ia merupakan faktor pengeluaran yang sangat penting. Revolusi perindustrian telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam penggunaan teknologi dan mesin. 


        Dalam hal ini, penjajah menggunakan teknologi dan mesin yang asalnya dari Negara mereka dan memndahkanya ke Negara yang dijajah oleh mereka. Dengan ini, pengeluaran output produk atau barangan boleh dilakukan secara “mass production” iaitu secara besar-besaran dengan mendapat kelebihan ekonomi bidangan.

Thanks to Dr. Malina n Cik Zainab Wahidin