journey without destination

journey without destination

Sunday, March 25, 2012

Penang Bridge Monorail




1.0 PENGENALAN
Pulau pinang merupakan sebuah negeri yang sememangnya sedang menuju kearah pembangunan. Hal ini dikuatkan lagi dengan sejarah lampaunya dimana Negeri Pulau Pinang yang pada asalnya adalah sebahagian daripada negeri Kedah. Petempatan manusia yang awal telah wujud sebelum kedatangan Inggeris menubuhkan pengkalannya di Georgetown. Perdagangan serantau yang maju dengan pulau pinang sebagai pangkalannya yang paling sesuai telah menarik orang luar untuk datang ke Pulau Pinang. Pada masa itu pulau pinang telah mendapat tumpuan dari pedagang luar terutamaya dari negara China Selatan yang kemudiaanya menetap di sini dan mengamalkan budaya hidup melayu tempatan lalu berkembang biak menjadi kaum baba dan nyoya. Selain itu, pulau pinang turut menjadi destinasi pendatang Tamil dari Selatan India yang menjalankan aktiviti perniagaan dan ceti. Sementara yang lainnya adalah buruh ladang atau kerani.

Kini masyarakat majmuk Pulau Pinang didominasikan oleh tiga kumpulan bangsa yang besar iaitu Melayu, Cina dan India yang telah hidup harmoni dengan pelbagai aktiviti ekonomi. Hal ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat yang selalu dikaitkan dengan kepesatan pembangunan yang merangkumi perumahan, pertumbuhan  kawasan perindustrian, peningkatan bilangan penduduk, kepesatan ekonomi penduduk, keperluan kemudahan asas dan sebagainya. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia

            Monorail pula merupakan sistem pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang tunggal. Istilah ini juga digunakan bagi menerangkan landasan bagi sistem tersebut, serta kenderaan yang melaluinya. Istilah tersebut berasal daripada gabungan perkataan mono (tunggal) dan rel, seawal tahun 1897, memandangkan sistem terawal menggunakan landasan logam. Sistem pengangkutan tersebut sering dirujuk sebagai satu sistem landasan kereta api  
Kertas projek ini akan menunjukkan  bagaimana Projek Penang Bridge ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memastikan sama ada projek ini dapat mencapai objektif dan faedah mahupun impak yang akan diperolehi oleh kesan perlaksanaan projek ini. 

Kertas projek ini menunjukkan proses untuk melaksanakan dan menjayakan perlaksanaan projek Penang Bridge Monorail. Pelbagai aspek ditekankan melalui kertas projek ini, antaranya aspek penglibatan semua pihak,struktur pembahagian kerja (WBS), anggaran bajet dan kos projek  dan sebagainya.Boleh dikatakan kertas projek ini adalah merupakan kertas cadangan  yang menunjukkan secara luaran bagi perlaksanaan projek tersebut.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Tumpuan pertumbuhan penduduk di bandar- bandar utama dan perkembangan kawasan- kawasan pembangunan yang sedia ada telah menjadi fenomena global di abad lalu. Perkembangan bandar yang pesat. Hal ini juga turut berlaku di Malaysia dan salah sebuah negeri yang turut menerima tempias daripada pembangunan ini ialah Pulau Pinang.

 Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dari aspek ekonomi, sosial dan politik, pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang menjadi tumpuan sama ada dalam bidang pelancongan mahupun perindustrian. Pembangunan sektor hartanah menyumbang kepada faktor- faktor pengeluaran kebanyakan sektor ekonomi bandar, sektor perkhidmatan dan perdagangan sekaligus dengan dengan pertambahan penduduk dan mobiliti masyarakat.  semakin meningkat. Seiring dengan itu, berlakulah pertambahan bilangan penduduk, kenderaan bermotor dan kawasan perindustrian yang secara tidak langsung memberi tekanan kepada kapasiti sistem lalulintas.

Memandangkan Pulau Pinang telah menjadi tumpuan sama ada pelancong, pelabur, pekerja dan sebagainya, maka telah sampai masanya satu jalan penyelesaian perlu diambil bagi mengatasi masalah keperluan kapasiti sistem lalulintas.

Sehubungan dengan itu satu keputusan telah diambil dan projek  “Penang Bridge Monorail” dilihat sebagai satu penyelesaian yang bijak dalam mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kerungsingan terhadap kebanjiran kenderaan tersebut.

3.0 CARTA ORGANISASI



4.0 OBJEKTIF PROJEK

Projek yang membawa kepada pembinaan “Penang Bridge Monorail” ini mendukung beberapa objektif yang antaranya ialah :

i       Mengurangkan kesesakan lalulintas yang sering berlaku di jambatan

                        Pada masa sekarang, jambatan mencatat 100, 000 kenderaan persehari menjelang musim- musim perayaan awam dan hari- hari cuti umum. Sedangkan had maksima jambatan yang direka  boleh menerima 60,000 kenderaan persehari. Hal ini menyebabkan pengguna Jambatan Pulau Pinang dari tanah besar menghala Pulau ini terpaksa menempuh perjalanan yang panjang berikutan kesesakan yang berlaku.

ii      Menyediakan  kenderaan awam altenatif bagi pengguna  yang ingin ke Pulau Pinang.
                        Pembinaan monorail ini juga  menambahkan lagi bilangan jenis pengangkutan awam yang bisanya terdapat  di Pulau Pinang yang iaitu seperti teksi, dan bas. Hal ini sekaligus membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang menyebabkan kesesakan di kawasan pulau.

 iii    Menambahkan kepelbagaian pengangkutan awam.

         Terdapat pelbagai cara yang menghubungkan pengguna yang berada di tanah besar atau di seberang untuk ke kawasan pulau. Pengguna mempunyai opsyen sama ada menggunakan kenderaan persendirian atau pengangkutan awam, pada masa yang sama pengguna dari seberang tanah besar juga boleh meggunakan feri untuk ke bahagian pulau.

                           Kini, apabila  dengan terbinanya landasan  monorail tersebut, maka bertambahlah lagi pilihan pengguna. Dengan kemampuan monorail bergerak dengan laju. Dijangka sambutan pengguna akan menggalakkan.
                  Hal ini bukan sekadar dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian daripada membanjiri dan menyesakkan Bandar Pulau Pinang malah dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh gas- gas beracun yang dilepaskan oleh kenderaan- kenderaan tersebut.

iv    Memperbaiki mutu pengangkutan awam di Pulau Pinang.

                        Dengan terwujudnya monorail, maka, sistem pengangkutan pulau pinang melangkah setapak kehadapan. Kemajuan sistem pengangkutan akan lebih menyerlah di mana pengusaha- pengusaha kenderaan awam yang lain seperti bas, teksi dan termasuklah feri akan menambahbaikkan perkhidmatan mereka. Hal ini penting ke arah memastikan perusahaan kenderaan awam yang diusahakan mereka mampu bersaing dengan monorail tadi.


5.0 JENIS PROJEK.

            Projek  ” Penang Bridge Monorail” adalah merupakan projek awam. Memandangkan projek ini lebih komplek jadi ini memakan masa selama satu tahun lima bulan berdasarkan alat perancangan iaitu Carta Gantt. Projek ini dikelaskan sebagai projek awam adalah kerana ianya bermatlamat untuk memenuhi kepentingan atau kehendak rakyat sebagai pengguna. Dengan terlaksananya projek tersebut, rakyat yang terdiri daripada pengguna akan menikmati faedah yang bukan sedikit baik dari segi sosial mahupun persekitaran yang lebih bersih kelak daripada pengurangan penggunaan kenderaan persendirian kelak.

6.0 PIHAK TERLIBAT.

1. Kerajaan Persekutuan
2. Kerajaan Negeri
3. Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP)
4. Klient
5. Arkitek
6. Jurutera Perunding
7. Kontraktor
8. Penduduk
9. Pelancong
  
7.0 FAEDAH YANG DIPEROLEHI

Antara faedah yang diperolehi daripada projek yang akan kami jalankan ini ialah;

a)  Projek yang telah kami jalankan memberi banyak faedah kepada pengguna
     jambatan Pulau Pinang antaranya mengurangkan kesesakkan lalulintas.
b) Memudahkan penduduk sampai ke tempat kerja dengan lebih awal dan
     pulang ke rumah dengan lebih awal.
c) Dapat mengurangkan kemalangan yang semakin meningkat di atas Jambatan
    Pulau Pinang
 d) Dapat  menarik minat pelancong asing datang ke Pulau Pinang dan justeru ia
     dapat meningkatkan pendapatan negara
  

8.0 PENETAPAN LOKASI

Pada tahun ini syarikat kami telah diberi mandat dan kepercayaan oleh kerajaan negeri bagi membina satu projek mega di Jambatan Pulau Pinang iaitu projek Penang Bridge Monorail. Seperti yang sedia maklum Jambatan Pulau Pinang merupakan salah satu jalan utama  yang menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Oleh itu Jambatan Pulau Pinang merupakan laluan utama kepada pelancong-pelancong tempatan dan juga pelancong dalam negara serta rakyat tempatan yang akan datang ke sebelah pulau. Berdasarkan statistik dari Penang Bridge Sdn. Bhd. Menunjukkan kemalangan yang berlaku diatas jambatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan berlakunya peningkatan kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.

            Oleh yang demikian syarikat kami telah dipilih untuk menjalankan projek ini yang akan dijalankan di bahagian bawah Jambatan Pulau Pinang tersebut iaitu sepanjang 13.5km mengikut kepanjangan jambatan tersebut. Sebanyak 2 buah monorail akan dipasang iaitu bagi laluan pergi dan balik. Projek ini dijangkakan akan memakan masa selama 17 bulan yang akan bermula pada awal Januari 2010 dan akan dijangka tamat pada akhir bulan Mei 2011.

            Dengan terbinanya Penang Bridge Monorail ini ianya sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah lalulintas yang sering berlaku di atas jambatan. Selain itu juga projek Penang Bridge Monorail ini bakal menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang bercuti ke Pulau Pinang.



                                                 LOKASI PROJEK ( SEBELUM )


                                                      LOKASI PROJEK ( SELEPAS)

 9.0 JANGKA HAYAT PROJEK

            Jangka hayat projek “Penang Bridge Monorial” ini  akan berlangsung dalam tempoh selama 17 bulan iaitu 1 tahun 5 bulan, projek ini akan mula akan dimulakan pembinaanya pada awal bulan januari 2010 dan di jangka akan berakhir pada bulan mei, tahun 2011. Sepanjang pelaksanaan dan perancangan projek ini  kami telah mengenapasti segala bentuk masalah daripada fasa yang pertama iaitu permulaan pembinaan projek, fasa yang ke dua perancangan projek, fasa yang ke tiga pelaksanaan projek dan seterusnya fasa yang ke empat iaitu penamatan projek. Dalam megenalpasti risiko-risiko yang mungkin menyebabkan kelewatan kepada pembinaan projek ini pihak kami sentiasa memastikan segala bentuk risiko yang berlaku dapat kami selesaikan dengan berkesan antaranya adalah kelewatan penghantaran bahan binaan, perubahan jadual di sebabkan masalah cuaca dan sebagainya akan pihak kami uruskan dengan sebaik mungkin bagi menentukan projek mega dan projek awam ini siap pada tempoh masa yang telah ditetapkan dalam kontrak. 

                          Dalam pada itu, syarikat kami telah melantik pengurus-pengurus yang berkelayakan, berkemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan perancangan projek pembinaan. Walaupun projek-projek yang telah kami jalankan sebelum ini menampakkan kejayaan, namun pihak kami masih mengharapkan kejayaan yang terbaik melalui pembinaan projek “Penang Bridge Monorial” ini.  Berdasarkan anggaran  bajet yang terdapat dalam kontrak dan tempoh jangka hayat projek kami ini yang dijalankan selama 17 bulan ini, ia mampu membawa faedah dan kebaikan kepada  masyarakat terutamanya penduduk setempat, kerajaan, pelancong dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan projek ini.

10.0 STRUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA (WBS)
           
Struktur pembahagian kerja merupakan proses menegnalpasti kerja-kerja yang akan dilaksanakan kepada beberapa bahagian secara sistematik dengan membeahgikan kepada beberapa kumpulan kecil kerja daripada skop kerja yang besar kepada beberapa unsur komponen tertentu. Ini akan mewujudkan struktur status laporan projek untuk pengurusan dan juga pelanggan. Dengan adanya WBS ini ianya dapat menjelaskan tempat-tempat yang penting untuk dikawal selia dan menjelaskan tanggungjawab kerja. Struktur pembahagian kerja ini boleh dibuat sehingga beberapa tahap. Ini bergantung kepada sejauhmana tanggungjawab individu atau organisasi boleh diberi tanggungjawab dan menentukan tahap kawalan bajet atau kos.
            Berdasarkan Projek Penang Bridge Monorail ini, kami telah membuat WBS berbentuk organisasi. Setiap tugas perlu dibahagiakan kepada beberapa bahagian yang kecil supaya mudah untuk dikendalikan.
  

Gambarajah diatas menunjukkan WBS pelaksanaan Penang Bridge Monorail.


 11.0 KITARAN HAYAT PROJEK ( PROJECT LIFE CYCLE )

            Penang Bridge Monorail telah melalui proses atau fasa yang dikenali sebagai kitaran hayat projek ( project Life cycle ). Kitaran hayat projek perlu ada dalam setiap perjalanan sesuatu projek. Projek ini telah melalui empat fasa iaitu :

Fasa pertama iaitu mengenalpasti keperluan.

Apabila terdapat permintaan daripada pelanggan, pelanggan mempelawa cadangan atau Request For Proposal (RFP). Kertas pelawaan ini akan meminta kontraktor mencadangkan bagaimana projek yang hendak dilaksanakan oleh kontraktor, kos atau bajet serta jadual kerja. Dalam tahap ini kemungkinan memerlukan banyak perbincangan di antara kontraktor dengan pelanggan secara tidak formal.

Dalam fasa pertama ini, kami akan mengenal pasti keperluan penduduk untuk menjalankan projek ini. Iaitu dengan menyiasat serta menyoal selidik apa yang dikehendaki oleh penduduk, contohnya penduduk yang terpaksa menggunakan jambatan Pulau Pinang untuk pergi ke tempat kerja. Apabila masalah telah dikenalpasti ia akan melibatkan pelbagai proses termasuk mencari pihak penaja, menyediakan bajet atau kos untuk persiapan projek, dan menyediakan jadual kerja.

Fasa kedua iaitu cadangan penyelesaian

            Dalam fasa kedua, proses-proses persediaan cadangan oleh kontraktor akan berlaku. Dalam fasa ini request for proposal ( RFP ) akan disediakan dan ini akan memakan masa mungkin sehingga berminggu- minggu untuk menyiapkan projek bergantung pada tahap kerumitan sesebuah projek. Sebelum keputusan diambil, pelanggan akan mengkaji setiap cadangan yang dikemukakan. Akhirnya selepas cadangan tersebut diterima barulah kontraktor yang berjaya akan menandatangani kontrak dengan pelanggan.

Fasa ketiga iaitu melaksanakan projek

Dalam fasa ini, proses yang terlibat ialah pelaksanaan projek mengikut pelan projek. Pada tahap ini projek Penang Bridge Monorail sedang melalui fasa pembinaan dan pelaksanaan projek yang memerlukan perhatian yang serius berikutan fasa ini melibatkan komitmen yang merangkumi kos dan tenaga yang perlu dirancang dengan bijak. Hal ini kerana, tanpa perancangan bijak dan rapi lagi efektif, pembaziran dari segi sumber kewangan, bahan atau material, masa dan sebagainya akan berlaku.

Dalam fasa ini juga, proses yang terlibat dalam proses menyiapkan projek oleh kontraktor. Fasa ini memerlukan perancangan rapi dengan pelbagai sumber diperlukan dengan banyak. Pada masa yang sama sumber- sumber tersebut perlu dipastikan mencukupi dari awal projek bermula sehinggalah projek tersebut tamat. Fasa ini juga memerlukan kontraktor yang terlibat dalam projek memastikan sumber- sumber dan material yang digunakan dalam pembinaan Penang Bridge Monorail menepati spesifikasi yang telah ditentukan dan dipersetujui seperti didalam kontrak.

Pelaksanaan projek pada tahap ini adalah merangkumi pelaksanaan pelan projek mengikut perancangan yang telah di jadualkan dan di susun. Dalam fasa ini setelah tugas- tugas yang dipertanggungjawabkan kepada setiap organisasi, projek akan mula dijalankan dan segala keperluan dan sumber yang diperlukan akan disediakan.

Seterusnya, keperluan terhadap sumber tenaga manusia akan ditetapkan. Kemudian fasa ini akan diteruskan dengan pelaksanaan pembinaan oleh sumber tenaga kerja yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan menyediakan peralatan dan persiapan di tapak pembinaan akan mula melaksanakan tugas masing– masing Fasa ini menyaksikan berlakunya pembentukan kumpulan kerja. Setiap ahli dalam kumpulan kerja tersebut perlu ditetapkan bidang tugas masing- masing. Hal ini penting bagi memastikan agar ianya tidak  bertindih antara satu sama lain ataupun memungkinkan berlakunya kekurangan tenaga mahir dalam bidang atau proses tertentu.

Dalam fasa pelaksanaan projek ”Penang Bridge Monorail” peranan serta tanggungjawab turut ditetapkan. Setiap ahli dalam kumpulan kerja akan dimaklumkan dengan jelas mengenai peranan serta tanggungjawab dan matlamat serta masa yang diambil dalam memastikan projek yang dilaksanakan menemui kejayaan.

Fasa ketiga dalam pelaksanaan projek turut merangkumi aspek pengawalan dan pemantauan perjalanan projek. Pengawalan dalam pengurusan projek merujuk kepada satu sistem yang memberi maklum balas tentang kemajuan sesebuah projek. Antara aktiviti penting dalam proses pengawalan ialah menetapkan piawaian pencapaian supaya seseorang pengurus boleh membuat perbandingan diantara pencapaian sebenar dengan piawaian yang telah ditetapkan. Sistem pemantauan dan laporan juga perlu dilaksanakan untuk mengawal pembangunan sesebuah projek. Hal ini perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya sentiasa mengikut penetapan yang telah dirancagkan dan ditetapkan sama ada dari segi kualiti tempoh masa, konsep, dan sebagainya. Selain itu penetapan tempoh masa dan pelaksanaan turut dilakukan. Penetapan masa ini termasuklah menetapkan jadual kerja dengan menumpukan kepada  tempoh masa yang diperuntukkan bagi setiap tugasan.

Projek yang dijalankan akan dipastikan berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Proses pembinaan ini akan menyaksikan keperluan terhadap sumber- sumber pembinaan akan semakin berkurangan kerana skop kerja yang semakin hari menjadi semakin kecil hasil dari pelaksanaan tersebut.

Proses pelaksanaan ini lebih berpandukan kepada alat- alat kawalan yang biasa digunakan berdasarkan ”work breakdown structure” (WBS) iaitu merangkumi pembahagian tugas. Secara terperincinya, WBS ialah satu lakaran yang membahagikan projek kepada bahagian yang lebih mudah dikendalikan. WBS boleh dibuat sehingga beberapa tahap, walau bagaimanapun ianya bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab individu atau organisasi boleh diberi tanggungjawab dan tahap kawalan bajet atau kos.

Alat kawalan seperti carta Gantt, sering digunakan dalam mengawal setiap pelaksanaan projek berdasarkan WBS.  Proses pelaksanaan adalah berpandukan kepada aktiviti pengurusan melalui elemen perancangan dimana perancangan adalah satu penentuan sistematik kerja bagi mencapai sesuatu objektif projek. Perancangan menjadi tempat atau sumber rujukan dalam mengukur pencapaian projek dan sekiranya berlaku perbezaan, langkah- langah pembaikan akan diambil.

Carta gantt ialah sejenis carta grafik yang dicipta oleh Henry L.Gantt untuk mengawal kemajuan sesuatu projek. Carta ini dapat mengesan sesuatu projek dari mula sehingga tamat dengan memmbandingkan masa anggaran dengan masa sebenar yang diperlukan untuk- untuk tahap yang terlibat. Pengubahsuaian dibuat jika terdapat perubahan di mana- mana tahap terlibat. Carta Gantt amat berguna untuk tugas yang berbentuk urutan seperti penjadualan dan mengesan peristiwa- peristiwa yang bersifat urutan.

Melalui Carta Gantt juga, jika projek terlaksanan lebih awal di yang dijadualkan, sumber- sumber tertentu seperti manusia dan mesin boleh dipinjamkan kepada projek lain yang menghadapi masalah kekurangan sumber. Jika projek lebih lambat dari yang dijadualkan pula, kontraktor atau pihak terlibat boleh mengambil tindakan segara untuk mempercepatkan kegiatan- kegiatan tertentu yang terlewat untuk memastikan projek dapat ditamatkan dalam tempoh yang telah dirancangkan.



                      Pembinaan ”Penang Bridge Monorail” yang dirancang dalam lakaran Carta Gantt melalui fasa pengenalpastian maslah dimana syarikat kontraktor mengambil masa hampir dua bulan untuk mengenalpasti masalah kesesakan yang berlaku, selepas mengenalpasti masalah yang timbul, satu cadangan penyelesaian telah diambil, dimana proses menyediakan cadangan tersebut mengambil masa selama dua bulan iaitu pasa bulan kedua hingga ketiga. Selepas itu, barulah perancangan projek berlaku iaitu bermula daripada bulan kedua hingga bulan ke empat. Menjelang bulan kelima, satu tinjauan dilokasi projek dilakukan hal ini untuk memberi gambaran jelas pada kontraktor mengenai hal berkaitan tapak projek berkenaan yang dilangsungkan di Jambatan Pulau Pinang bagi menjimatkan kos. Selepas tinjau di buat, barulah ahli pasukan terlibat ditetapkan iaitu pada bulan ke empat hingga kelima. Pada bulan kelima juga satu pembentangan belanjawan di buat. Pada bulan kelima dan keenam pula spesifikasi bahan pembinaan ditetapkan dan menjelang bulan kelima sehingga bulan keempat belas kerja- kerja pembinaan dibuat. Selepas semua aktiviti pembinaan selesai iaitu pada bulan kelima belas. Pada bulan ke empat belas sehingga bulan kelima belas projek ditamatkan dimana proses ini melibatkan proses- proses seperti urusan penamatan kontrak termasuklah penyelesaian bayaran sama ada kepada pengeluar mahupun gaji kepada pekerja dan sebagainya.


 Fasa keempat iaitu Penamatan Projek


Fasa terakhir iaitu penamatan projek ini merupakan urusan berkaitan penamatan projek termasuk menyelesaikan proses pembayaran dan penamatan kontrak daripada pelangan iaitu kerajaan negeri kepada kontraktor iaitu syrikat kami. Pada tahap ini memerlukan maklumbalas di antara dua pihak.

Maklumbalas ini juga mungkin daripada pasukan projek itu sendiri, sama ada kerjasama dalam ahli pasukan dapat dicapai atau tidak dan hasilnya tentulah sesuatu projek itu siap dengan jayanya mengikut tempoh masa yang telah di tetapkan. Antara perkara yang boleh dipelajari pada tahap ini adalah penambah baikan urusan persiapan pengurusan dan perancangan projek sekiranya terdapat lagi peluang di masa hadapan.      

Pada tahap ini, projek yang dijalankan hampir dengan proses penamatan dan pengakhiran. Selain itu, setelah pengurus projek dan ahli pasukanya bagi projek ini mencapai matlamat dan memenuhi semua kriteria yang menunjukan projek tamat dengan rasminya, maka itu merupakan penamatan bagi projek itu. 

Penamatan sesuatu projek juga sama pentingnya dengan permulaan sesuatu projek kerana pada peringkat penamatan projek pengurus projek akan dapat melakukan perkara-perkara berikut:

a)    Membuat perbandingan masa sebenar siap projek tersebut dengan tempoh masa yang di rancang  dalam perjanjian dengan pihak kerajaan atau pelanggan.

b)    Menganalisa masalah dan mengenalpasti perancangan untuk pembaharuan kepada projek yang seterusnya dan boleh mengurangkan apa-apa kesilapan teknikal.

c)    Seterusnya adalah penyimpanan fail projek untuk rujukan pelaksanaan projek lain pada masa hadapan.

12.0 SPESIFIKASI BAHAN

 Bagi membina Penang Bridge Monorail ini, kami telah mengenalpasti bahan- bahan yang diperlukan. Antaranya ialah :-

1.    Monorail (2 buah)
2.    Palang Besi.
3.    Jentera penangkutan.
4.    Komputer & peralatan komunikasi.
5.    Kelengkapan elektrik.
6.    Simen & bahan konkrit.
7.    Bahan-bahan pembinaan lain.

                                       
13.0 BELANJAWAN


BIL
KOS
PENGIRAAN
1.
 KOS PERALATAN
( MONORAIL)

  = RM 10 juta
2.
KOS SEWA JENTERA
  = RM 5 juta
3.
KOS BAHAN MENTAH
  = RM 5 juta
4.



KOS BURUH
-          TEMPATAN (20 ORANG)
                Sehari (RM 70)
            (20 x RM 70) = RM 1400
            RM1400 X 17 bln = RM 23800


-          ASING (40 ORANG)
Sehari (RM 50)
(40 X RM 50) = RM 2000
RM2000 X 17 bln = RM 34000

-          RM23 800 + RM34 000 
= RM 57 800


5.
KOS TAMBAHAN
  = RM 500 000  
6.
KOS KETIDAKPASTIAN
 
 = RM 500 000
7.
JUM. KESELURUHAN
 = RM 20, 157,800



                
         











Bagi menjalankan projek ini kami telah mendapat sumber kewangan dari beberapa pihak seperti kerajaan Pusat, kerajaan negeri Pulau Pinang, Penang Bridge Sdn. Bhd., serta beberapa penaja yang lain. Bajet-bajet yang diperolehi digunakan untuk urusan kos sewaan jentera, kos peralatan, kos buruh, kos  tambahan dan juga kos ketidakpastian.

14.0 KESIMPULAN

                 Sesebuah  projek yang dibuat harus mempunyai permulaan dan pengakhirannya. Hal ini adalah kerana ciri- ciri sebuah projek itu sendiri mempunyai kitaran hayat projek yang perlu di lalui. Walau bagaimanapun kitaran hayat projek ini bergantung kepada saiz sesebuah projek itu sendiri.

Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan projek pembinaan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Hal ini termasuklah perancangan dan pengawalan yang baik. Tanpa pengawalan dan perancangan yang teratur dan tersusun, sesebuah projek mungkin akan mengambil masa yang lama untuk siap dengan mengikut skedul dan hal ini pastinya akan menyebabkan proses penyerahan tidak dapat dilakukan tepat pada masa yang ditetapkan.

Pelaksanaan projek yang lemah bukan sahaja menyebabkan melambatkan proses penyerahan, malah pelbagai implikasi negatif akan berlaku. Hal ini termasuklah melambatkan proses pelaksanaan projek baru yang lain, sekaligus membantutkan proses pembangunan jika projek tersebut projek awam yang dikendalikan dan berkaitan dengan kerajaan dan rakyat.

Pelaksanaan Projek Penang Bridge Monorail, dianggap bukan sahaja penyelesai masalah kesesakan lalulintas yang sering dihadapi kini, malah ianya juga merupakan satu projek yang dilaksanankan kearah mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang menjadi punca kesesakan lalulintas dewasa kini. Pelaksanaan projek ini diharap menjadi lambang pembangunan negeri Pulau Pinang.


Thanks to my group