journey without destination

journey without destination

Wednesday, December 21, 2011

Kenali Jabatan Anda

Care Management Department CMD


LATAR BELAKANG UNIT CARE MANAGEMENT
Pembangunan kemanusiaan dari aspek kemajuan modal insan benefisiari dan penjaga adalah menjadi keutamaan perkhidmatan amanah oleh Amanah Raya Berhad. Pencapaian peningkatan modal insan akan lebih memberi makna kepada hasil kecekapan penyelengaraan akaun kewangan dan dokumen perundangan perkhidmatan amanah. Unit Care ditubuhkan pada 1 November 2006 dan pada tahun 2009 telah dijenamakan semuala sebagai Care Management Department bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat dan keutamaan perkhidmatan amanah oleh Amanah Raya Berhad. Amalan kaedah dan pendekatan kerja yang lebih menumpukan kepada pembangunan kemanusiaan dari aspek kemajuan modal insan benefisiari dan penjaga adalah merupakan suatu nilai tambah kepada bentuk perkhidmatan amanah yang sedia ada.
OBJEKTIF PENUBUHAN UNIT CARE
1.)    Membina kefahaman serta sikap masyarakat dan pelanggan supaya mengenali dan bangga serta berkeyakinan untuk mendapatkan perkhidmatan Pemegang Amanah Raya (Public Trustee) oleh Amanah Raya Berhad.

2.)    Meningkatkan hasil dan kesan amalan perkhidmatan amanah kepada kemajuan pembangunan modal insan individu dan masyarakat.

3.)    Meningkatkan kewibawaan professi Pemegang Amanah Raya (Public Trustee) dalam bidang sosial melalui tanggungjawab fidusiari kepada pelanggan.

VISI
Untuk menjadi satu unit yang cemerlang dan berintegriti dengan menyampaikan kerja-kerja sosial secara efisien dan professional di dalam mencapai kepuasan dan kehendak pelanggan bersama nilai-nilai tanggungjawab sosial korporat yang murni.
MISI
1.)    Memajukan professi Pemegang Amanah yang bertanggapan tinggi, cekap dan berkesan mengenai tugas fidusiari dalam pengertian amanah terhadap pembangunan kemanusiaan.

2.)    Merealisasikan konsep tanggungjawab sosial korporat menerusi amalan perkhidmatan amanah secara professional dengan kepercayaan bahawa keupayaan daya tindak manusia boleh berubah dan meningkat maju.
HALATUJU
            Halatuju Unit Care adalah memberi keutamaan terhadap membangunkan kompetensi kakitangan sedia ada melalui pengalaman dan kecekapan dalam aspek perundangan dan perakaunan bagi keperluan perkhidmatan amanah.Oleh hal yang demikian, bagi mencapai perkhidmatan amanah yang cekap dan berkesan, pembangunan sekumpulan kakitangan yang mempunyai pengetahuan dan kompetensi adalah diperlukan untuk perkhidmatan sosial yang berkaitan dengan kemanusiaan khususnya pembangunan modal insan. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Kerja Sosial, Sosiologi, Psikologi dan Pentadbiran Sosial adalah sangat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.
            Selain itu juga Jabatan Care Management turut menjalankan perkhidmatan sosial secara berhierarki yang mempunyai fungsi masing-masing. Pada peringkat permulaan, perkhidmatan dijalankan melalui fail-fail kes yang diurus di Ibu Pejabat oleh Jabatan Perundangan. Perkembangan seterusnya adalah ke peringkat pejabat-pejabat cawangan di seluruh Negara. Operasi di peringkat awal oleh Unit Care ini adalah dianggap sebagai medan latihan kepada sekumpulan kakitangan dalam usaha menerapkan aspek sosial dalam praktis perkhidmatan amanah. Justeru, pada akhirnya, Unit Care diharapkan dapat melahirkan sekumpulan kakitangannya yang kompeten dalam bidang sosial dan perkhidmatan peramanahan.
            Halatuju juga memberi keutamaan terhadap usaha meluaskan perkhidmatan sosial dalam praktis pemegang Amanah Raya ke seluruh negara. Usaha menambah nilai bidang sosial dalam perkhidmatan amanah dijalankan danakan dilanjutkan ke peringkat cawangan-cawangan di seluruh Negara. Ini bagi menjamin kesemua benefisiari yang memerlukan faedah terhadap perkhidmatan sosial yang dijalankan memperolehi manfaatnya pada waktu yang tepat dan keadaan yang diperlukan.Unit Care yang pada mulanya hanya dijalankan di peringkat Ibu Pejabat kini sedang dalam usaha menerapkan bidang tugas yang sama di peringkat cawangan-cawangan dimana Ibu Pejabat kini hanya berperanan sebagai penyelaras (co-ordinator).
            Selain itu juga, Unit Care amat menitikberatkan kewibawaan dan imej Amanah Raya Berhad. Usaha dijalankan dengan meningkatkan lagi tanggapan positif masyarakat kepada perkhidmatan amanah yang dijalankan oleh pihak AmanahRaya. Imej ini dibina dengan meneguhkan dan memperbetulkan salah tanggapan pelanggan dan anggota masyarakat mengenai amalan dan pelaksanaan peranan oleh pihak AmanahRaya.