journey without destination

journey without destination

Monday, March 14, 2011

Ulasan Artikel : Eko utk Perancangan Pembangunan; Ancaman Alam Sekitar





Artikel Asal :
Ancaman Alam Sekitar – Satu Dimensi Baru dalam Kajian Keselamatan Rantauan – Isu dan Cabaran bagi Malaysia, Indonesia dan ASEAN
(Prof. Dr. Khairulmaini Osman Salleh, PhD)
Jabatan Geografi Universiti Malaya


Ulasan Artikel :-

1.0 Pengenalan
Pertumbuhan dan pencapaian ekonomi yang tinggi bagi Malaysia dan ASEAN dilihat telah meningkat menjelang abad ke-21 ini. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi kualiti hidup manusia. Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada bekalan, kualiti dan kuantiti sumber alam sekitar. Pembangunan sumber telah mempengaruhi juga pertumbuhan pada sektor pertanian, industri, pelancongan dan perniagaan dan juga telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor ekonomi dan pembangunan. Kesan perdagangan dan perniagaan rantauan dan global ke atas pertumbuhan ekonomi negara ASEAN juga bermakna perhubungan, pembangunan alam sekitar perlu dikekalkan dan di pergiatkan untuk memenuhi permintaan dalaman. rantauan dan global yang semakin bertambah. Dengan perkataan lain, konsep keselamatan alam dan pembangunan alam sekitar tidak lagi tertumpu kepada isu-isu pencemaran tetapi juga ia turut merangkumi bencana alam seperti bencana tsunami, banjir, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya. 

Isu kepupusan sumber, penebangan hutan secara tidak terkawal, kestabilan ekonomi, jenayah rentasi sempadan, pemberontakan, penyakit juga merupakan isu pencemaran. bencana alam yang mampu meragut kestabilan ekonomi, tamadun dan nyawa, kepupusan sumber yang mampu membawa kepada pencetusan konflik antara negara, kegiatan jenayah merentasi sempadan yang menggugat keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara merupakan contoh kemampuan isu-isu ini menggugat kestabilan dan keselamatan negara. Justeru, Malaysia pada ketika ini telah mula mengorak langkah memperkukuhkan konsep keselamatan negara seiring dengan pembangunan  dan pendekatan negara-negara maju dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara, rantauan dan global.

2.0 Ulasan 1 mengenai isu:-


      Keselamatan manusia- Negara, Rantauan dan Global

Pembangunan ekonomi sesebuah Negara bergantung kepada bekalan sumber alam sekitar yang ada. Dalam hal ini, keselamatan alam sekitar berkait rapat dengan usaha untuk menghasilkan pembangunan mampan seperti yang terdapat dalam Deklarasi dan Persidangan yang dilaksanakan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Antara ulasan dan isu-isu utama yang diambil perhatian adalah kesan pembangunan alam sekitar dan manusia dan isu pencemaran alam dan kesannya terhadap manusia. Antara persidanganya adalah Stockhlom United Nations conference on the Human Envorement (1972), World Commission on Eviroment and Development (1987), Brunttland Report : Our Common Future (1987) Montreal Protocol, Kyoto Protocol (2005), Johannesburg Eatrh Submit ( Agenda 21 (2003) dan Global Warming Conference (2007) Bali, Indonesia. Kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar pada skala rantauan dan global akan melibatkan lebih ramai manusia terdedah kepada ancaman degradasi, pempupusan dan pencemaran  alam sekitar. Keadaan iklim suatu kawasan mungkin akan terjejas sekira berlakunya pencemaran udara terdapatnya bahan-bahan pencemar di udara. Contohnya, bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun. Antaranya adalah  

Pembakaran bahan api di kilang  dan dalam enjin kenderaan bermotor mengeluarkan Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida,  karbon monoksida dan debu, Pembakaran sampah sarap dan  hutan secara besar-besaran menyebabkan pengeluaran gas karbon dioksida dan debu,  Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia mengeluarkan Gas dan kimia beracun dan Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC). Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kualiti udara dalam persekitaran suatu kawasan. Keadaan ini juga menyebabkan kemerosotan kesihatan manusia. Selain itu, berlaku juga Penyusutan lapisan ozon, Pembentukan Hujan Asid, Kenaikan Suhu Di Bumi. Pencemaran air pula adalah berpunca daripada pembuangan bahan-bahan sisa kilang , tumpahan minyak dari kapal laut, pembuangan sampah-sarap dan  najis , hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa. Kesan daripada pencemaran ini adalah menjejaskan kesihatan, kepupusan hidupan flora dan fauna dalam air, memberi kesan kepada alam. Selain itu, Pencemaran Tanah juga turut di cemari dan ini menyebabkan pembangunan sukar dilaksanakan. Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat, penyemburan racun serangga dan aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan . Kesannya menyebabkan hakisan tanah, membunuh haiwan dibawah tanah, menjejaskan kesihatan dan tanah menjadi tidak subur. Keadaan ini turut berlaku di negara-negara Sedang Membangun (NSM) dan negara Maju yang mengamalkan sektor Perindustrian sebagai sektor utama. 

Keadaan ini menyebabkan konflik isu keselamatan alam sekitar seperti pencemaran, kemerosotan sumber dan air, banjir, kepupusan sumber di beberapa sungai utama dunia, el nino dan el nina kenaikan paras laut dan pemanasan global. Antara kes  yang terbaru adalah tumpahan minyak di Sungai  Mississippi, Amerika Syarikat (2008). Begitu juga dengan kejadian El nino dan El nina yan berlaku di Amerika Syarikat, Filipina dan China. Dalam hal ini, Pembangunan sumber alam sekitar seperti yang di nyatakan lebih awal tadi bukan sahaja mengakibatkan perubahan pada perilaku proses alam sekitar tetapi pembangunan juga boleh menghauskan sumber alam sekitar termasuk sumber geologi dan sumber organik. Penghausan sumber– sumber ini akan mempengaruhi keteterusan operasi aktiviti tertentu seperti pembangunan. Lebih penting juga kehausan sumber – sumber ini akan mempunyai kesan terhadap perdagangan rantauan dan global yang boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi sebuah negara.

3.0 Ulasan 2 mengenai isu:-


      Vulnerabiliti dan Adaptabiliti: Negara, Rantauan dan global

Degradasi dan pempupusan sumber alam sekitar akan mengancam kehidupan manusia pada skala tempatan, rantauan dan global. Ancaman ini lebih kepada keteterusan kesejahteraan kehidupan manusia dan meliputi keselesaan, kesihatan dan keupayaan menjalankan aktiviti kehidupan harian secara berterusan. Perubahan iklim global merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah. Ini adalah kerana fenomena pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara.


           Di Malaysia, tanda-tanda perubahan iklim akibat pemanasan global dapat dilihat menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu, banjir dan kekurangan sumber air. Perubahan iklim yang berlaku tidak hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang harus ditangani secara bersama oleh semua negara dunia. Perubahan iklim global biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan peningkatan suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun kombinasi keduanya secara menyeluruh. Pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. 

Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih panas.Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pemanasan global masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Perubahan iklim global yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan, pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas. 

Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099, sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak 700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk didiami oleh manusia. Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.

4.0 Ulasan 3 mengenai isu:-



      Pembangunan :- Isu, Cabaran dan Keterusan


Pembangunan alam sekitar akan terus menjadi paksi kepada keseluruhan proses pembangunan di Malaysia, Indonesia dan ASEAN dan secara langsung pemangkin kepada integrasi, pembangunan alam dan perkembangan perdagangan rantauan dan global.  Pembangunan merujuk kepada usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup melalui pertumbuhan ekonomi dan sosial. Sumber semulajadi dan pembangunan sumber-sumber semulajadi merupakan asas keperluan pembangunan yang boleh digunakan oleh manusia untuk tempoh yang lama sekiranya penggunaannya terkawal. Sebagai contoh, kegiatan pembersihan hutan secara besar-besaran telah dilakukan atas nama pembangunan iaitu untuk pembinaan kawasan perumahan, pembinaan lebuh raya, keperluan manusia yang lain, gangguan yang tenat kepada alam sekitar, mengganggu kitaran biogeokimia secara keseluruhan, mengurangkan kepelbagaian biologi. 

Sebagai contoh kejadian banjir besar yang berlaku di Johor, Selangor, Kedah, Perlis dan beberapa negeri di pantai timur dari akhir (2006) dan awal (2007) dan kes banjir di jakarta, indonesia turut dikaitkan dengan pengurusan pembangunan yang tidak sistematik. Kini Malaysia, Indonesia dan ASEAN turut bekerjasama dalam dan memainkan peranan dalam proses pembangunan. Pembangunan mampan juga disebut sebagai pembangunan lestari atau pembangunan seimbang (sustained development). Ia membawa maksud pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang.  Kesedaran terhadap kepentingan perancangan alam sekitar atau pembangunan mampan menonjol selepas Persidangan Alam Sekitar anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Stockholm, pada tahun 1972. Konsep pembangunan ini lebih diberi perhatian berikutan penyebaran laporan Brundtland tentang ‘masa depan kita semua’. Selain itu pelaksanaan Agenda 21(1991) Eart Submit di Brazil juga menekankan aspek pembangunan diperingkan tempatan dan global. 

Selain itu, Sistem Akaun Negara (SAN) telah diperkenalkan oleh Malaysia untuk mengukurnilai sebenar penggunaan sumber alam. Pembangunan mampan bukan sahaja memberi kepentingan kepada peningkatan taraf hidup tetapi juga tidak mengganggu keharmonian alam sekitar. Kesimpulannya, alam sekitar dan pembangunan merupakan dua elemen penting yang harus diberi perhatian untuk membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Tidak dapat dinafikan pembangunan merupakan kayu pengukur kemajuan sesebuah negara tetapi pembangunan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar adalah satu usaha yang bakal membawa padah kepada manusia sendiri. Alam sekitar dan pembangunan hendaklah berjalan seiring untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. 

5.0 Cadangan dan Kritikan



      Isu Keselamatan Manusia, Negara, Rantauan dan Global

Berdasarkan artikel tersebut dalam isu yang pertama iaitu Keselamatan Manusia, Negara, Rantauan dan Global penulis kurang memberi perhatian tentang kes dan isu yang terdapat di Malaysia sendiri. Dalam hal ini, isu di Malaysia atau ASEAN dilihat tidak begitu banyak dan penulis menumpukan isu di negara America, Afrika, Asia Timur dan sedikit di Negara Asia. Walaubagaimanapun, pada akhir isu ini penulis mula memfokuskan isu alam sekitar dan pembangunan di negara Malaysia dan negara ASEAN. Dalam pada itu juga isu –isu berkenaan krisis pasaran makan dan air dunia yang melada negara Afrika terutmanya Sudan dan beberapa negara Afrika yang lain dan peningkatan harga minyak yang tidak stabil di pasaran dunia akibat daripada konflik yang berlaku di negara pengeluar minyak dunia kini tidak di ambil perhatian oleh penulis, walaupun isu ini amatlahlah penting dalam proses pembangunan dan sumber alam di Malaysia mahupun negara ASEAN. 

Selain itu, persidangan yang terbaru antaranya berkenaan dengan sumber tenaga, air, sekuriti makanan dan kesihatan iaitu Persidangan G8 di Tokyo (2008) Mesyuarat Menteri Pembangunan G8 ini disertai oleh para peserta dari negara-negara G8 (Jepun, UK, AS, Jerman, Perancis, Kanada, Itali and Rusia), begitu juga dari Negara Brazil, China, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Korea Selatan dan Afrika Selatan. Ahli-ahli Suruhanjaya Eropah, Suruhanjaya AU, Sekretariat ASEAN, OECD, UNDP, Bank Dunia, UNESCO, WHO dan UNICEF tidak di sentuh oleh penulis. Secara keseluruhanya, menunjukan bahawa isu pembangunan dan alam sekitar di Malaysia semakin mendapat perhatian dan menjadi persoalan utama dalam pembangunan negara.

6.0 Cadangan dan Kritikan


      Isu vulnerability dan Adaptabiliti Negara, Rantauan dan Global

Berdasarkan artikel tersebut dalam isu yang kedua iaitu Isu vulnerability dan Adaptabiliti Negara, Rantauan dan Global penulis kurang memberi contoh dan kes yang spesifik, hanya sedikit sahaja contoh yang diberikan iaitu tumpahan minyak di selat Melaka dan kemarau dan kebakaran di Australia sedangkan terdapat banyak lagi kes yang berlaku antaranya adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor, pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar dan Pencemaran minyak di Teluk Jakarta dan Kepulauan Seribu pada tahun 2003 yang terjadi berturut-turut pada April-Mei 2004, Oktober 2004, dan Februari 2005, hingga memberi kesan kepada hidupan laut. Dalam hal ini penulis tidak menerangkan secara lebih detail tentang kesan kepada manusia dari segi pembangunan ekonomi, kesihatan, kegiatan harian, ekosistem, peranan rakyat dan pemerintah dalam menyelesaikan isu ini.

Kesan perubahan iklim dan pemanasan global ini juga turut mengancam keselamatan dan kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik. Walaupun negara tidak terjejas secara langsung, namun rakyat negara ini terdedah kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. 

Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas rumah hijau.Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara.

7.0 Cadangan dan  Kritikan






      Isu Pembangunan :- Isu, Cabaran dan Keterusan

Berdasarkan artikel tersebut isu yang ketiga iaitu  Pembangunan :- Isu, Cabaran dan Keterusan. Jika dilihat secara trerperinci penulis tidak menyertakan perjanjian atau deklarasi untuk menangani masalah alam sekitar dan pembangunan di negara ASEAN.  Pada peringkat ASEAN telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara dikawal dan diselia dengan sewajarnya. Antara perjanjian yang telah dimeterai adalah Jakarta Declaration on Environment and Development (1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and Development ( 1994), Singapore Resolution on Environment and Development (1992) dan The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990). Perjanjian ini merupakan satu isi penting untuk mengukuhkan lagi fakta-fakta dalam suatu artikel. Begitu juga dengan konsep Pembagunan Mampan dan Agenda 21 yang tidak di nyatakan dalam isu ini, sedangkan konsep ini adalah penting yang digunakan oleh semua Negara dalam proses pembangunan yang lestari.

8.0 Kesimpulan



Ulasan, cadangan dan kritikan terhadap artikel ini diharap dapat menambahkan lagi maklumat dan data yang diperlukan untuk membolehkan saya dan rakan – rakan yang lain memahami dengan lebih mendalam lagi berkenaan isu Alam Sekitar dan Pembangunan di Malaysia, negara ASEAN dan negara-negara luar. Secara kesimpulanya,   alam sekitar bukan sahaja membekalkan sumber untuk pembangunan dan perkembangan sistem hidup manusia tetapi di lihat sebagai satu yang strategik dan perlu di pertahankan sekiranya manusia ingin kekal hidup di bumi ini. Keselamatan manusia bergantung kepada keselamatan alam sekitar dan perhubungan ini  akan terjejas sekiranya kualiti dan kuantiti alam sekitar terjejas, dan kesihatan alam sekitar dikompromikan. 


Apa yang hendak dinyatakan oleh penulis dalam artikel ini adalah kepentingan dan keselamatan keselamatan alam sekitar dan pembangunan perlu di pertahankan dan perlu satu pendekatan pengurusan yang boleh mengimbangkan kehendak pembangunan dan kepentingan alam sekitar, supaya dapat digunakan oleh generasi manusia akan datang. Dalam ertikata lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dan pertanggungjawaban ini adalah mutlak keatas setiap  individu manusia dan manusia perlu merasakan dan melaksanakan  tanggungjawab ini.  Inilah pemikiran dan paradigma  yang perlu disantuni dan disambungkan kepada generasi seterusnya.


Thanks to Dr. Zahri Hamat

Sunday, March 6, 2011

Penyakit Kronik:- Isu Tabung Bantuan Perubatan (TBP)




TBP dari perspektif "KEMISKINAN"

Kesihatan merupakan aspek yang amat dititikberatkan dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Tahap kesihatan yang terjamin dapat meningkatkan produktiviti dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi negara. Dalam konteks Malaysia yang jumlah penduduknya dianggarkan menghampiri 28 juta orang pada tahun 2008. Isu berkenaan kesihatan menjadi topik penting dalam mencapai Negara maju pada tahun 2020. Dalam hal ini, sistem pembiayaan, penjagaan dan perkhidmatan kesihatan adalah penting kepada masyarakat kerana keberkesanan dan ketelusanya membolehkan masyarakat mendapat akses kesihatan yang cepat dan adil. Isu yang penting disini adalah berkenaan dengan penyakit kronik yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia pada ketika ini. 

Dalam membantu masalah pesakit kronik di Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi dana penyakit kronik dalam ucapan Bajet 2003. Dana ini telah dinamakan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) dan ditubuhkan pada 12 Julai 2005, pada awalnya kerajaan telah memberi peruntukan awal sebanyak RM25 juta. Sebelum ini terdapat beberapa lagi tabung yang berkenaan iaitu Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK) dan Dana Khas Penyakit Kronik (DKPK) yang fungsinya adalah sama iaitu memberi bantuan kepada pesakit yang tidak berkemampuan dalam penyakit kronik dan ke dua-dua tabung ini digabungkan menjadi TBP.



Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil langkah untuk mempermudahkan urusan permohonan ini dan antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mempermudah permohonan ini melalui TBP antaranya pemohon hanya perlu mengisi sekeping borang sahaja yang mengandungi maklumat peribadi, semua hospital kerajaan seluruh negara telah diberikan penjelasan mengenai kemudahan ini dan semua permohonan yang lengkap akan diproses dalam masa 14 hari bekerja, akan tetapi berdasarkan kes-kes yang berlaku terhadap pemohon TBP iaitu proses permohonan untuk mendapatkan bantuan TBP adalah lambat dan memakan masa yang lama kerana masalah urusan dan birokrasi dalam pentadbiran. Ini akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada pesakit yang menghadapi penyakit kronik itu. Selain itu, terdapat pelbagai lagi masalah berkenaan TBP ini yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan dan kementerian Kesihatan terutamanya.

Selain daripada itu, melihat kepada Takrif Kemiskinan yang sedia ada Kementerian Kesihatan seharusnya melonggarkan syarat-syarat bagi permohonan TBP sebagai penamat kepada segala masalah yang berlaku. Ini kerana sudah tiba masanya kementerian mengkaji dan memansuhkan segala syarat bagi permohonan TBP yang selama ini dianggap bukannya membantu rakyat sebaliknya menyusahkan mereka. Oleh itu, dalam membuat keputusan itu Kementerian Kesihatan perlu melihat sedalam-dalamnya untuk memastikan tabung itu benar-benar berfungsi bagi membantu keluarga pesakit kronik. Kementerian Kesihatan seharusnya tidak perlu mewujudkan banyak  peraturan dan syarat untuk mengeluarkan wang daripada tabung tersebut memandangkan ia sememangnya diwujudkan untuk membantu rakyat. Justeru itu, syarat yang lebih mudah perlu disediakan bagi memastikan rakyat yang berhak menerima TBP dan tidak menganggap tabung itu sekadar hiasan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan tetapi mereka tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya. Apa yang perlu difahami, sudah pastilah rakyat yang memohon bantuan daripada tabung itu adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memerlukannya. 




Mereka membuat permohonan kerana percaya sebagai sebuah kerajaan yang memegang kepada prinsip tradisi membela rakyat dalam pelbagai aspek, Tetapi pandangan ini akan menjadi sebaliknya jika permohonan mereka yang sudah pastinya bertujuan menyelamatkan nyawa ahli keluarga mereka yang sakit terhalang kerana syarat yang ketat dikenakan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, apa yang perlu dilihat di sini adalah Kementerian Kesihatan harus mengkaji berkenaan dengan syarat yang dikenakan kepada pesakit kronik yang terlalu ketat kerana ketidakupayaan mereka untuk membiayai perbelanjaan perubatan dengan melihat kepada tahap kemiskinan dan kos yang tinggi untuk pembiayaan perubatan serta mencari cara-cara yang terbaik untuk mengatasinya supaya ramai pesakit kronik sembuh dan mendapat rawatan perubatan dengan segera dan berkesan.





Secara keseluruhanya, isu berkenaan dengan kesihatan amatlah penting terutamanya penyakit kronik dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Perubahan pola penyakit di negara ini menyebabkan kerajaan dan kementerian Kesihatan berperanan dalam pelbagai aspek, terutamanya aspek perkhidmatan perubatan, penjagaan dan pembiayaan kesihatan.Cabaran besar kepada kerajaan adalah mengurangkan masalah kesihatan masyarakat dan menjadikan masyarakat sihat dan bebas daripada penyakit yang merbahaya contohnya penyakit kronik. Dalam hal ini, pertambahan penduduk di Negara ini semakin meningkat dan ini semestinya meningkatkan lagi peranan kerajaan dan kos untuk merawat pesakit juga semakin meningkat kerana keperluan untuk kemudahan perubatan meningkat. 

Peningkatan jumlah penduduk ini juga menyebabkan kadar kemiskinan sukar dihapuskan kerana peningkatan jumlah penduduk adalah di kawasan pedalaman dan kepadatan di kawasan Bandar adalah disebabkan migrasi penduduk pedalaman ke kawasan Bandar untuk mendapatkan pekerjaan. Apa yang penting di sini adalah dari segi penjagaan kesihatan. Penjagaan kesihatan adalah penting, terutamanya kepada penduduk yang kurang berkemampuan iaitu penduduk di kawasan pedalaman dan di kawasan Bandar. Dalam hal ini, kes penyakit kronik adalah isu utama dan masalah penyakit ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak dan warga tua serta melibatkan golongan yang kurang berkemampuan kerana kos untuk pembiayaan perubatannya adalah tinggi dan memakan masa yang lama untuk merawat.

Walaubagaimanapun, Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) pada tahun 2005 dengan dana permulaan sebanyak RM25 juta untuk membantu meringankan beban pesakit kronik dari segi kos dan pembiayaan perubatan. Akan  tetapi TBP ini menghadapi banyak masalah dan aduan daripada pelbagai pihak termasuklah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan yang utama sekali adalah daripada pesakit itu sendiri kerana peruses untuk mendapatkan pembiayaan TBP adalah lambat dan memakan masa yang lama. Ini seterusnya menbebankan pesakit dan keluarganya yang terpaksa mencari sumber kewangan alternatif untuk membiayai kos perubatan antaranya adalah meminta derma melalui televisyen, surat khabar dan sebagainya. 

Selain itu, TBP juga kurang diketahui oleh masyarakat kerana kurangnya publisiti yang meluas berkenaan tabung itu. Begitu juga dengan masalah campur tangan politik, masalah urusan birokrasi dan  syarat yang dikenakan untuk permohonan TBP yang terlalu ketat sehingga ada pesakit kronik yang tidak mendapat bantuan terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan untuk diluluskan permohonanya, ini menyebabkan beban kepada golongan miskin dan ada diantara pesakit yang meninggal dunia sebelum mendapat bantuan itu. Justeru itu, disarankan supaya pihak Kerajaan dan Kementerian Kesihatan memainkan  peranan yang lebih proaktif dan sistematik dalam pemilihan permohonan TBP oleh pemohon yang layak terutamanya kepada pesakit kronik daripada golongan miskin dan golongan yang tidak berkemampuan supaya mereka mendapat bantuan dengan seadilnya supaya matlamat Kerajaan dalam pembangunan Negara dari segi aspek kesihatan dapat di tingkatkan dan maju selari dengan Dasar  Wawasan 2020.

Thanks to my Group-mate and Dr. Zahri Hamat