journey without destination

journey without destination

Saturday, July 2, 2011

Kitar Semula - Kajian Kes; Kampus induk Universiti Sains Malaysia (USM)


Alam wujud dalam keadaan seimbang, tetapi keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 95% dilonggokkan di tapak pelupusan sampah. Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seterusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan. Menjadikan alam tempat yang selesa dan bersih adalah tanggungjawab kita terhadap generasi yang akan datang.

Kitar semula dapat diterangkan melalui konsep 3R iaitu  Reduce (Kurang), Reuse (Guna semula), dan  Recycle (Kitar semula) yang merupakan suatu konsep yang diperkenalkan sejak sedekad yang lalu. Ia terhasil kerana melihatkan keadaan bumi yang dicemari sampah- sarap yang merata-rata akibat penggunaan sesuatu jenis barangan tanpa had. Reduce (kurangkan) bermaksud mengurangkan  penggunaan  sesuatu jenis barangan. Kita boleh mengurangkan pelbagai jenis barang seperti  elektrik, air , kertas dan sebagainya. Jika  kita tidak mengamalkan konsep ini, sudah tentu barang ini akan memenuhi bumi ini jika tiada tindakan untuk mengatasi masalah ini. Reuse (guna semula) diamalkan apabila sesuatu barang itu tidak boleh dihapuskan ataupun masih baik keadaannya.

Antaranya kita boleh  mengguna semula botol plastik, kotak, tayar lama, kain buruk dan sebagainya. Jika kita mengamalkan konsep  Reuse dalam kehidupan seharian, kos untuk perbelanjaan harian kita berkurang dan kita  dapat menikmati hasilnya. Kitar semula  ialah suatu istilah yang selalu kita dengar setiap hari. Pelbagai pihak  menggalakkan  masyarakat supaya mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula. Kenapa kita perlu kitar semula? Kita perlu kitar semula agar  sesuatu jenis barang itu tidak melebihi had dan akhirnya menjadi sampah yang tentunya menyakitkan mata kita


Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan yang digunakan dalam menjalankan kajian ini
1.      Apakah pemahaman dan pandangan pelajar USM terhadap program kitar semula?
2.      Siapakah di kalangan pelajar USM sedang terlibat dalam program kitar semula?
3.      Setakat manakah kalangan pelajar USM terlibat dalam program kitar semula?
4.      Apakah pebezaan latar belakang pelajar yang terlibat dengan yang tidak terlibat dalam program kitar semula ini?
5.      Apakah yang mendorong atau mempengaruhi mereka dalam melibatkan diri dalam program kitar semula?
6.      Pelajar dari pusat pengajian mana dan latar belakang lebih cederung yang melibatkan diri dalam program kitar semula ini?


Objektif Kajian
            Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas samada pelajar USM itu menyertai ataupun tidak dalam program kitar semula, serta kefahaman dan pandangan mereka terhadap aktiviti kitar semula.  Antara tujuan-tujuan lain ialah membandingkan latar belakang pelajar yang terlibat dan pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti ini serta dapat menerangkan latar belakang, faktor yang mendorong atau yang mempengaruhi penglibatan pelajar USM dalam program kitar semula. Daripada kajian ini juga dapat memahami kesan dan pembelajaran dalam program kitar semula dikalangan pelajar serta dapat mencadangkan bagaimana menyemai semangat cintai alam sekitar dikalangan pelajar USM dapat dipertingkatkan.


Kepentingan Kajian
            Kepentingan yang akan diperolehi daripada kajian ini ialah dapat memberi gambaran terhadap tahap penglibatan atau penyertaan  pelajar-pelajar USM dalam aktiviti kitar semula dan golongan-golongan yang selalu menyertai program kitar semula disamping etnik-etnik yang biasa terlibat. Melalui kajian ini juga dapat gambaran terhadap aktiviti  yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar USM. Selain  juga kajian ini boleh menunjukkan sejauhmana pengetahuan pelajar-pelajar USM tentang kitar semula serta minat mereka untuk sama-sama menyertai kitar kitar semula ini.

Lokasi dan Skop Kajian
Penyelidikan ini melibatkan mahasiswa-mahasiswi USM di kampus induk, Pulau Pinang. Survei ini  dikendalikan di merata-rata tempat di dalam kampus induk USM, Pulau Pinang merangkumi setiap desasiswa, pejabat, kantin dan lain-lain tempat. Kami mengadakan temuduga terhadap mana-mana pelajar yang mewakili jumlah keseluruhan pelajar. Selain itu, kami juga banyak memdapatkan maklumat melalui sumber sekunder seperti sumber internet, surat khabar, broser dan lain-lain. Kami juga telah menghadikan diri menyertai sendiri satu bengkel kitar semula yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar tahun akhir Komunikasi Pemujukan.



Hasil Kajian 
Latar belakang responden yang ditemuduga mengenai program kitar semula


Latarbelakang

Latar belakang/ciri-ciri responden
Bilangan
1.      Jantina   1) Lelaki
                          2) Perempuan
2.      Agama   1) Islam
                    2) Budha
                    3) Hindu
3.      Kaum Etnik  1) Melayu
                                 2) Cina
                                 3) India
                                 4) Lain-lain
4.      Umur   1) 17 – 20 tahun
                        2) 21 – 25 tahun
5.      Tempat Asal  1) Bandar
                                  2) Luar Bandar
6.   Kursus Pengajian
1)      Perakaunan
2)      Sains Biologi
3)      Seni Halus
4)      Teknologi Industri
5)      Ilmu Kemanusiaan
6)      Sains Kemasyarakatan
5
3
5
2
1
5
2
1
0
4
4
3
5

1
1
1
1
2
2




























Pernyataan
Penyataan
Setuju
Tidak Setuju
Pelajar kolej tidak patut membuang masa dalam program kitar semula.
-
8
Program kitar semula membawa manfaat kepada diri dan masyarakat 
8
-
Orang yang terlibat dalam program kitar semula untuk mendapat nama
2
6
Orang ramai tidak perlu terlibat dalam program kitar semula sebab kerajaan patut memenuhi semua keperluan dan kebajikan rakyat

1

7


Penyataan
Ya
Tidak
Adakah pemuda-pemudi
di Malaysia digalakkan melibatkan diri program kitar semula

8

-


Cadangan bagaimana pelajar-pelajar di USM boleh digalakkan melibatkan diri dalam program kitar semula
Bilangan
Kempen
4
Promosi
1
Persatuan
2
Ceramah
1
Lain-lain
-

            Hasil daripada kajian kami dapatlah disimpulkan bahawa rata-rata pelajar USM mengetahui tentang kitar semula. USM juga banyak mengadakan program dan seminar yang berkaitan dengan kitar semula yang banyak memberi pengetahuan kepada pelajar. Hasil kajian juga mendapati semua responden bersetuju agar pemuda dan pemudi di negara ini melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula. Apabila ditanyakan tentang langkah-langkah bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam kitar semula lebih separuh menyatakan kempen adalah cara yang paling berkesan.


Faktor Kitar Semula
Kitar semula akan dapat  mengurangkan masalah tapak pembuangan dan melindungi alam sekitar. Kertas yang dikitar semula hanya memerlukan 50% kurang tenaga dan 75% kurang air berbanding jika kita menghasilkan kertas dari pokok dara. Ia juga mengurangkan kira-kira 91% pencemaran air. Mengitar semula juga membawa keuntungan  Agensi kerajaan akan membayar NGO dan sekolah kerajaan dengan kertas yang mereka kitar semula. Keuntungan yang didapati akan dibelanjakan untuk kempen- kempen untuk kitar semula kertas dan sebagainya. Dengan mengitar semula kita dapat mengurangkan  kos pelupusan sampah dan mengurangkan jumlah isipadu sampah di tapak pelupusan sampah.


Kenapa pelajar perlu menggunakan tong kitar semula? 
1. Barangan berikut harus dibuang ke dalam tong kitar semula
- Kertas fotokopi, kertas pejabat, kertas fotokopi berwarna, kertas nota, kertas lejar,      shredded  paper, kad manila, sampul surat, kadbod dan buku telefon. Kertas kadbod yang besar harus dilipat dan diletak di sebelah tong kitar semula. Buku telefon yang besar hendaklah dikumpul dalam jumlah yang besar. Apabila para pelajar mengitar semula kesemua barang buangan, kita akan mendapati betapa sedikitnya sampah yang akan dibuang ke tapak pembuangan sampah. Apakah yang tidak patut dibuang ke dalam tong. kitar semula? Jangan buang apa-apa  selain kertas buangan ke dalam tong kitar semula. Antara barangan yang tidak boleh dibuang ke dalam tong  kitar semula ialah pembalut makanan, kertas karbon, kertas pembalut fotokopi dan kertas lilin.

Langkah yang boleh diambil untuk kitar semula di setiap desasiswa 
                Langkah yang paling mudah ialah pembuangan sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Terdapat tiga jenis tong yang berlainan warna disediakan untuk kitar semula iaitu tong warna biru untuk kertas, tong warna kuning untuk aluminium dan plastik dan tong warna hijau untuk kaca. Apa yang perlu pelajar lakukan hanyalah memastikan jenis sampah yang hendak dibuang serta mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.

Kaedah Kitar Semula Mengikut Jenis Sampah


Kaca

Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol. Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.


Plastik

Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori. Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas. Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.



Kertas

Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan. Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar. Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan.


Aluminium

Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas. Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.


        Kitar Semula Di Setiap Desasiswa 
Kitar semula di setiap desasiswa adalah sangat penting. Jumlah sampah yang dikumpulkan di sesebuah kawasan penempatan adalah sangat besar .  Lebih banyak kita kitar semula, lebih banyak jugalah kita menjimatkan pembuangan sampah dan pihak Majlis Bandaran juga dapat mengurangkan perbelanjaan pengurusan sampah.




Apa Yang Boleh Dikitar Semula Oleh Para Pelajar
Terdapat pelbagai jenis sampah yang dapat dikitar semula. Sampah-sampah ini sememangnya mudah didapati di persekitaran USM ini. Antaranya termasuklah kertas. Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Item-item tersebut boleh dibuang ke dalam tong berwarna biru yang telah dikhaskan untuk kertas sahaja.
Plastik juga merupakan item yang boleh dikitar semula. Di USM sahaja terlalu banyak jenis plastik yang boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi.item-item seperti ini boleh dibuang ke dalam tong yang berwarna kuning.
Sementara itu kaca juga termasuk dalam golongan sampah yang boleh dikitar semula. Kesemua jenis barangan yang dperbuat daripada kaca boleh dikitar semula. Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Para pelajar boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakannya semula untuk menyimpan makanan lain. Botol-botol kaca tersebut amat berbahaya jika dibuang dengan begitu sahaja. Untuk itu kaca juga merupakan sebahagian daripada kategori sampah yang boleh dikitar semula. Tong yang berwarna hijau telah dikhaskan untuk sampah jenis kaca sahaja.

      Bagaimana Untuk Memulakan Kitar Semula 
      Di Setiap Desasiswa
   Seperti mana yang pernah dikatakan sebelum ini, tabiat untuk kitar semula mengambil sedikit masa untuk melakukannya. Mulakan dengan kuantiti yang kecil, mulakan dari desasiswa. Antara cara-caranya ialah mengasingkan sampah.Perkara yang paling senang dilakukan ialah mengasingkan sampah. Letakkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula di dalam tong-tong yang telah disediakan. Bahan yang boleh dikitar semula seterusnya akan diasingkan mengikut kategori.
Selain itu, pelajar juga disarankan supaya menggunakan barang-barang lama. Daripada membuang barang-baranag, lebih baik cuba untuk menggunakannya semula yang mana yang masih boleh digunakan. Botol air mineral boleh digunakan untuk menyimpan air masak, ataupun dipotong separuh untuk dijadikan pasu. Pakaian yang lama boleh dijadikan kain buruk untuk mengelap atau untuk keperluan yang lain.


          Apa Yang Pelajar Boleh Lakukan Di Desasiswa

            Cara terbaik untuk menjayakan program kitar semula ini adalah dengan memastikan semua warga USM  terlibat. Bermula dengan pelajar-pelajar junior (tahun 1) hingga kepada pelajar-pelajar senior di setiap desasiswa boleh memberikan kerjasama untuk kempen ini. Pelajar-pelajar senior boleh menunjukkan kepada junior-junior mereka faedah-faedah yang diperolehi dari kitar semula dan bagaimana ia dapat membantu alam sekitar. Jika mereka tahu apakah kebaikan-kebaikan kitar semula yang bakal diperolehi, pastinya mereka akan lebih gembira untuk turut serta dalam program kitar semula ini.

        Bekas-bekas dan botol minuman boleh digunakan semula dalam pelbagai cara di setiap desasiswa  mengikut kreativitipelajar masing-masing. Bekas-bekas ini boleh digunakan contohnya untuk menyimpan alat tulis dan untuk aktiviti kraftangan. Bekas plastik yang menyimpan biskut yang sudah kosong juga boleh dijadikan bekas untuk menyimpan barang yang hendak disejukkan atau dibekukan dan kertas lilin. Boleh juga digunakan untuk menyimpan bekalan makanan tengahari.


Panduan Untuk Kitar Semula Di Setiap Desasiswa

       Terdapat pelbagai panduan boleh digunapakai oleh setiap pelajar untuk mengitar semula item-item di setiap desasisa mereka. Antaranya ialah menggunakan kembali bekas makanan dan minuman plastik untuk menyimpan air dan makanan. Selain itu, membawa beg sendiri semasa membeli barangan makanan dan keperluan lain di kafe atau mana-mana kedai. 

Selain itu elakkan daripada penggunaan barangan pakai buang.sebaliknya menggunakan barang-barang yang tahan lama seperti  tuala dan sapu tangan, bateri yang boleh dicaj semula, pinggan guna semula, kaca dan sudu, garpu, pisau, dan barang-barang tahan lama yang lain. Dalam pada itu juga, pelajar juga disarankan membawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan. Ini dapat mengelakkan penggunaan bahan-bahan pembungkus terutamanya Styrofoam.

Kitar Semula di Pejabat Pusat Pengajian

     Kitar Semula di pejabat pusat pengajian adalah penting kerana ia menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah sisa buangan. Pengumpulan barang-barang untuk di kitar semula memerlukan satu peruntukan kewangan tetapi pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah sampah yang harus dilupuskan. Penjualan barang-barang yang dikitar semula dapt memberi pulangan hasil yang dapat menampung kos kitar semula. Di sinilah dapat dilihat jika anda bersama-sama menjayakan program kitar semula di tempat anda.

Apa yang boleh dikitar semula
Kertas 

          Kebanyakan kertas boleh dikitar semula. Kertas yang didapati dari tempat kerja biasanya dikumpul mengikut dua gred iaitu kertas berkualiti tinggi dan kertas campuran. Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih. Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah. Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang membawa kepada pencemaran.

Bekas yang berlipat
(Kertas keras seperti kadbod)
             Sektor komersil menghasilkan lebih banyak kadbod yang berlipat-lipat berbanding sektor lain. Jenis kertas ini adalah yang paling baik untuk dikitar semula kerana proses pengasingannya yang mudah berbanding jenis kertas lain. Pengumpulan kadbod untuk dikitar semula membantu mengurangkan bahan campuran yang boleh mencemarkan.

Kaca 

         Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.

Logam 
 
         
Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.



Langkah Untuk Memulakan Program Pengumpulan Bahan Kitar Semula
Dapatkan sokongan dari pelbagai pihak
Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memulakan program pengumpulan adalah dengan mendapatkan sokongan dari pihak pengurusan atasan. Seorang koordinator yang berwibawa perlu dilantik untuk menerajui program ini. Dia haruslah bekerjasama dengan inidividu yang bertanggungjawab mengendalikan segala kemudahan pengurusan, pengendalian bahan-bahan, pengangkutan dan perolehan, di samping menjalinkan kerjasama dengan pembeli, kontraktor, pekerja dan orang awam.
Menubuhkan kelab/persatuan
Kebanyakan syarikat telah mengenalpasti bahawa penubuhan sesuatu kumpulan untuk mengendalikan program pengurangan sampah dapat membantu menentukan kejayaan program ini. Kumpulan tersebut akan merancang, melaksanakan perancangan dan menguruskan perjalanan program ini. Pekerja yang dikenal pasti berpotensi untuk membantu program ini mestilah disenaraikan .Contohnya, pekerja yang terlibat dalam membina sistem pengumpulan mestilah mempunyai latarbelakang kerja yang berkaitan.
Ketahui sampah yang dibuang
Adalah penting untuk kita mengetahui sisa buangan yang dihasilkan di tempat kerja kita sebelum menjalankan proses pengumpulan. Langkah terbaik adalah dengan mengendalikan satu "Penilaian Sampah". Penilaian ini mampu membantu mencapai matlamat mengurangkan penghasilan sampah dan seterusnya mencapai matlamat kitar semula. Penilaian ini juga dapat menjadi panduan dalam mengawasi perkembangan program ini.

Bagaimana untuk melibatkan diri, melatih dan memotivasikan pekerja dalam program kitar semula ?

Penglibatan pekerja, bimbingan dan tunjuk ajar serta motivasi adalah ramuan yang penting dalam menentukan kejayaan keseluruhan program mengurangkan sampah ini. Pendidikan kepada pekerja dan promosi akan menjadi satu komponen yang penting dalam program ini. Oleh itu, rancang dan lakukan langkah yang sepatutnya.

Pada peringkat awal, edarkan satu memo dari pihak atasan yang mengumumkan pelancaran program kitar semula dan minta kerjasama semua pekerja untuk menjayakan program ini. Memo ini mungkin menggalakkan pekerja untuk menawarkan diri secara sukarela menjadi ahli kumpulan yang menjalankan program pengurangan sampah. Penglibatan pekerja dalam fasa perancangan dapat membuatkan pekerja merasakan mereka mempunyai kepentingan dalam program ini dan sekaligus mendorong pekerja memberi sokongan yang berterusan terhadap program ini.

Maklumbalas dari pekerja perlu diperolehi. Semasa program pengumpulan dijalankan, sebolehnya libatkan pekerja yang bekerja di bahagian pengeluaran dimana semua bahan dikumpul untuk dikitar semula. Pekerja ini pastinya lebih arif tentang proses pembuatan dan mungkin mempunyai cadangan yang baik dalam menjayakan program pengumpulan bahan untuk dikitar semula. Panduan dan tunjuk ajar kepada pekerja yang terlibat melalui maklumat yang ringkas dan mudah adalah penting pada peringkat ini.

Pekerja juga harus digalakkan untuk melibatkan diri secara sepenuh masa. Pekerja akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri jika mereka memahami kepentingan mengurangkan sampah dan kitar semula, terutama kepada syarikat dan juga kepada persekitaran. Cara untuk menjamin minat dan penglibatan mereka dalam program ini adalah dengan memberi maklumbalas tentang kejayaan program ataupun mewujudkan satu program pemberian ganjaran kepada mereka yang terlibat.

Kenapa perlu tahu bahan yang dikumpul harus dijual
  • Pertimbangan Kuantiti
    Mengumpul bahan untuk dikitar semula dalam kuantiti yang mencukupi adalah penting kerana vendor tidak sentiasa mampu untuk menampung kos pengeluaran dan pengangkutan jika bahan dikumpul dalam kuantiti yang sedikit. Potensi pemasaran yang ada pada bahan yang dikitar semula dapat ditingkatkan jika kita bekerjasama dengan syarikat perniagaan lain yang menghasilkan bahan yang sama.
  • Pertimbangan Kualiti
    Faktor kedua yang membantu penjualan bahan yang dikitar semula ialah dengan memastikan kualiti bahan tadi selaras denagan kelayakan dan keperluan. Kualiti merujuk kepada kebersihan, tidak mudah berubah dan bebas dari pencemaran. Program yang dijalankan seharusnya menekankan terhadap kepentingan meminimumkan pencemaran dan pengumpulan bahan yang berkualiti tinggi.

Tips untuk kitar semula di setiap pejabat sekitar USM
  • Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam.
  • Gunakan e-mail untuk manghantar memo atau notis.
  • Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
  • Selain daripada membeli kartrij/toner baru untuk mesin pencetak dan mesin fotokopi, adalah digalakkan mengambil kartrij/toner lama itu dan mengisinya kembali.
  • Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan. Pengunaan komputer sama ada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik.
  • Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.
  • Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan kedua-dua belah bahagian kertas untuk mencetak.
  • Selain daripada mencetak laporan, kita boleh juga menyimpan data-data laporan  di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila kita membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan kita langsung tidak di baca.
  • Peruntukkan satu hari dan arahkan semua orang  untuk bertanggungjawab membuang semua barang-barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
  • Jika pejabat mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik
  • Optimumkan penggunaan pencetak bagi kepala surat untuk mengelakkan penghasilan bahan-bahan yang tidak dapat digunakan lagi.
  • Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.
  • Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat.
  • Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal menggunakannya semula.
  • Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula.
  • Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula.
  • Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama.
  • Gunakan disket hanya untuk memindahkan fail fail kecil atau untuk penyimpanan sementara fail. Simpan semua fail utama dalam "server" dan gunakan kata laluan untuk fail-fail rasmi dan sulit.
  • Jika ada pihak yang bercadang untuk menaiktaraf keupayaan komputer di pejabat, jangan buang komputer tersebut tetapi sebalinya dermakan kepada yang sesiapa yang dapat menggunakan komputer ini.
  • Tahukah anda kekacang politerina yang digunakan untuk membungkus barang-barang ketika berpindah? Simpan ia di satu tempat dan guna semula bila diperlukan kerana ia susah untuk dikitar semula. Jika anda kekurangan ruang simpanan, cuba gunakan bahan ini yang dari jenis yang mudah larut dalam air.
  • Jika  di sesebuah pejabat itu banyak menggunakan pita vadeo, cuba gunakannya semula. Ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi dapat juga menjimatkan ruang pejabat anda.
  • Terdapat banyak laptop yang menggunakan bateri Nickel Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula. Kita  mungkin perlu membuat sedikit kajian mengenainya, tetapi ia adalah bahan yang boleh dikitar semula dan ini akan mewujudkan persekitaran yag lebih baik.
Kesimpulan
            Sebagai kesimpulannya, hasil daripada soal selidik yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar kampus induk USM, kami dapati kesedaran terhadap program kitar semula masih lagi kurang memuaskan.

         Pelbagai faktor telah dikenal pasti yang menyebabkan ini terjadi antaranya kekurangan kemudahan seperti tong sampah kitar semula, jarak dari tempat tinggal ke tempat kitar semula dan sebagainya. Yang paling utama ialah sikap pelajar itu yang tidak mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampus, negeri dan negara. Oleh disebabkan inilah maka kami dapati pelajar-pelajar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti lain seperti bersukan, berinternet, berpersatuan dan sebagainya.  

Thanks to Eruwan n The Group

2 comments: