PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan
pesat. Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut
terjejas. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk
melindungi kualiti alam sekitar.
Terdapat tiga cara utama yang telah diambil oleh Kerajaan
Malaysia untuk melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah :
PERUNDANGAN
Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar
melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang raamai.
Undang-undang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang
langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran,
terutamanya dari kilang-kilang perindustrian.
Kerajaan Malaysia telah menggubalkan pelbagai undang-undang,
peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar.
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan)
mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.
Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas
kenderaan, kumbahan, efluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.
Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Pelepasan Asap, 1977
)
dikuatkuasa pada 15 Mac 1978.
Asap ekzos tidak boleh melebihi 50 HSU (Hartridge Smoke
Unit)
semua kenderaan bermotor perlu dipasang dengan alat-alat
kawalan yang boleh memerangkap gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Minyak Kelapa Sawit, 1977 )
dikuatkuasa pada 1 Julai 1978.
berkaitan dengan beberapa parameter kualiti air seperti BOD,
pepejal termendak, pH dan suhu.
perlaksanaan dibuat berperingkat-peringkat.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Getah Asli Mentah,
1978 )
dikuatkuasa pada 1 April 1979.
berkaitan parameter-parameter seperti peraturan Kualiti Alam
Sekitar, Minyak Kelapa Sawit, 1977.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Udara Bersih, 1978 )
dikuatkuasa pada 1 Oktober 1978.
Menghadkan jarak di antara industri yang mencemarkan dengan
kawasan perumahan mestilah melebihi 1000 meter.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kumbahan dan Efluen
Perindustrian, 1979)
dikuatkuasa pada 1 Jun 1979.
Mewajibkan semua kilang, kawasan perumahan dan perniagaan
menyediakan satu sistem kumbahan berpusat.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Bahan Buangan Berjadual,
1985 )
dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.
mewajibkan semua kilang yang mengeluarkan bahan buangan
kimia, biologi dan minyak berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.
sisa-sisa mesti dibuang di tempat yang khas dan mesti
dilengkapi dengan sistem kumbahan, loji rawatan, tempat pembakaran insinarator
dan makmal.
Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kawalan Kepekatan Plumbum
dalam Gasolin Motor, 1985 )
dikuatkuasa pada 1 Julai 1985.
Mewajibkan semua pengilang dan pengimport petrol menurunkan
kandungan plumbum dalam petrol daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan
selanjutnya ke paras 0.15 g/l mulai 1 Januari 1990.
Akta Racun Perosak, 1974.
Dilaksana di bawah Kementerian Pertanian, Kementerian
Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar.
Akta Kilang dan Jentera 1967, 1963 ( disemak semula )
seseorang pekerja tidak boleh didedahkan kepada bunyi
melebihi 95 dB selama empat jam secara berterusan.
Akta Perhutanan Negara, 1984.
Bertujuan melindungi dan memelihara hutan serta hidupan di
dalamnya.
Deklarasi Langkawi telah ditandatangani oleh negara-negara
Komenwel pada Oktober 1989. Deklarasi ini bertujuan mewujudkan satu set
undang-undang dan akta-akta antarabangsa untuk mengatasi masalah pencemaran.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencernaran
alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden,
adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.
Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat
khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar
semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada
bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh
dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian
seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara
telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil
daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum
dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti
bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam
sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan
mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.
PENDIDIKAN
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan
sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk
membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah
mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang
terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu
ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.
Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa
pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah
tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal
pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam
mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata
pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian
tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa .
Antara media massa
yang memainkan peranan yang penting ialah surat
khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan
dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Antara persatuan-persatuan yang
aktif ialah :
CADANGAN DAN AKTIVITI UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya
pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk
melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia
adalah tanggungjawab semua pihak.
Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang
melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut
diperbanyakkan. Tindakan yang tegas patut diambil ke atas mereka yang melanggar
undang-undang ini.
Sebagai pengusaha terutama sekali pengusaha kilang, dia
patutlah memikirkan kesan jangka masa panjang aktiviti yang dijalankan olehnya.
Jangka masa panjang di sini bukan bererti 30 atau 50 tahun tetapi jangka masa
100 tahun, ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha cuma mengambil kira kesan
dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun. Ini sebenarnya adalah tidak mencukupi
kerana banyangkan jika beratus-ratus kilang sebegitu didirikan. Tentu kadar
pencemarannya adalah jauh lebih tinggi. Para
pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan
nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian
dijalankan.
Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani
masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita
perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.
Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha
kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam
sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin
aerosol yang tidak mengandungi CFC.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah
pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah :
Pameran
Kempen-kempen
Pertandingan
Projek Riadah Alam Sekitar.
PAMERAN
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan
yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di
sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran
ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran,
kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah
dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan
pencemaran juga boleh ditayangkan.
Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar
masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
KEMPEN
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar
adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang
melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya.
Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap
peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar
trntang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan
supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.
Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna
untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung
juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti
menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya.
Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain
itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau
juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan
kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk
membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran
kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar
boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam
sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu
pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka
juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah
tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.
Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga
adalah abik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi
mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.
Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan
menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.
PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa
memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.
Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa
tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani
masalah pencemaran. Setakat ini, media massa
yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen
juga ada membuat pendedahan ini tetapi adalah berkurang.
PROJEK RIADAH ALAM SEKITAR
Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan
kesedaran tentang pencemaran ialah melalui Projek Riadah Alam Sekitar ( PRIAS
). Projek ini telah memberi kesan yang hebat kepada diri saya. Melalui projek
ini, saya telah membuat kajian yang mendalam tentang pencemaran udara, pencemaran
air, penipisan ozon, kesan rumah hijau, sisa toksik, sisa pepejal dan kitar
semula.
Saya juga menjadi lebih peka kepada isu-isu semasa dunia
terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran. Oleh itu, saya rasa projek ini
memang satu projek yang baik dan patut diteruskan.
CARA MENGATASI PENCEMARAN UDARA.
KITAR SEMULA.
Pencemaran jika tidak diambil tindakan secepat mungkin akan
membawa kesan buruk kepada kita contohnya seperti ozon kita yang semakin nipis
akibat penggunaan CFC dan pembebasan gas-gas merbahaya daripada kenderaan dan
kilang. Ozon penting bagi kita kerana ia menghalang sinar ultra ungu dari
matahri masuk ke atmosfera Bumi. Sinaran ultra ungu ini boleh menyebabakan
kanser kulit kepada orang yang selalu berada di bawah matahari.
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula
bahan buangan seperti kertas bekas kaca atau plastik, tin aluminium, kertas dan
cebisan kayu. Kitar semula juga bermaksud proses yang sangat selamat kepada
alam sekitar kerana ia dapat mengurangkan tahap pencemaran. Selain itu, kitar
semula juga dapat mengurangkan pembakaran sampah sarap.
Dengan itu, contoh-contoh yang telah atau boleh diambil
untuk mengatasi pencemaran udara adalah 1) mengitar semula 2) undang-undang (
kerajaan ) 3) pendidikan 4) teknologi dan sebagainya.Peranan Kerajaan Dan Badan
Swasta.
Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi
masalah pencemaran ini.
Langkah yang diambil:
i) Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Perlepasan Asap,
1977) -asap ekzos kenderaan mestilah tidak melebihi 50HSU (Haltridge Smoke
Unit) -semua kenderaan bermotor harus dipasang dengan alat-alat kawalan yang
boleh memerangkap gas-gas yang berbahaya.
ii) Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,
1978)-Peraturan ini menghadkan jarak antara industri yang mencemarkan dengan
kawasan kediaman mestilah melebihi 1000 meter.
iii) Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Kawalan Kepekatan
Plumbum Dalam Gasolin Motor, 1985)-peraturan ini mewajibkan para pengilang dan
pengimport/ pengeksport petrol menurunkan kandungan plumbum dalam petrol
daripada 0.84 g/l ke paras 0.4 g/l dan selanjutnya ke paras 0.15 g/l.
iv) Negara kita dan beberapa negara lain telah
menandatangani perjanjian Protokol Montreal. Melalui perjanjian ini,
negara-negara yang terlibat berjanji akan mengurangkan pengeluaran CFC
menjelang akhir kurun.
v) Adakan program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan
terutamanya hutan yang telah ditebang dengan menanam semula pokok-pokok.
vi)Adakan kempen untuk menggalakkan penggunaan barang yang
tidak mempunyai bahan CFC.
vii)Penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti kumpulan
percinta dan "GREENPEACE" dan "FRIENDS OF THE EARTH (FOE)"
-boleh beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya
pencemaran dan menggalakkan orang lain agar melindungi lapisan ozon.
viii)NGO di Malaysia ialah SAM (Sahabat Alam Malaysia), MNS
(Malayan Nature Society), dan EPSM (Environmental Protection Society Malaysia).
ix) Adakan forum mengenai masalah alam sekitar.
x) Mengawal keluaran asap dari kenderaan dengan mengharamkan
penggunaan petrol berplumbum dan adakan penilaian asap kenderaan ("smog
check station") untuk memastikan asap yang dikeluarkan tidak berlebihan
dan berbahaya.
xi) Haramkan CFC.
Daripada industri mengurangkan plumbum di dalam petrol
daripada 0.4 gram perliter kepada 0.15 gram perliter serentak dengan pengenalan
petrol tanpa plumbum pada 1990.
2. MEMPERKENALKAN PERATURAN-PERATURAN.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar telah menggubal beberapa
peraturan untuk meningkatkan kualiti udara seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974. Peraturan-peraturan itu ialah Peraturan Kualiti Alam Sekitar 1978 (Udara
Bersih), Peraturan Pelepasan Gas dan Bunyi, Kenderaan Bermotor serta Peraturan
Pencemaran Bunyi 1987.
Dengan penggubalan undang-undang ini adalah diharapkan semua
pihak memberi kerjasama supaya kualiti udara dapat ditingkatkan. Pihak terbabit
tidak perlu menunggu tindakan daripada pihak Jabatan Alam Sekitar untuk
bertindak.
3. PENGGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM.
Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang peratusan
pencemaran udara yang tinggi. Petrol berplumbum berupaya menghasilkan karbon
monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar plumbum yang
tinggi. Untuk mengatasi masalah ini penggunaan petrol tanpa plumbum
diperkenalkan.
Pengurangan kepekatan plumbum ekoran daripada industri
mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada 0.15
gram per liter serentak dengan pengenalan petrol tanpa plumbum pada 1990.
4. KAEDAH PELUPUSAN SAMPAH.
Kaedah pelupusan sampah oleh pihak-pihak tertentu hendaklah
dikaji semula supaya tidak berlaku pembakaran secara terbuka.
Sesetengah pihak berkuasa telah menggunakan sistem menimbus
sisa bandaran seperti menimbus kawasan bekas lombong. Cara ini mengelakkan
pembakaran.4. Alat telekesan Bumi.
Pencemaran udara yang dialami negara telah memaksa pihak
terbabit mendapatkan peralatan yang dikenali sebagai "Telekesan
Bumi". Alat ini berupaya mengesan bencana alam seperti kebakaran,
pencemaran alam sekitar dan gegasan udara dengan lebih awal.
Dari segi kos, alat ini jauh lebih murah daripada penggunaan
deria foto laser yang digunakan negara masa kini. Dengan adanya alat Telekesan
Bumi diharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil langkah
berjaga-jaga untuk menangani masalah ini.
5. TOPENG KHAS.
Pencemaran udara yang berlaku pada akhir tahun 1994 akibat
jerebu terutamanya di sekitar Lembah Klang menunjukkan tahap kualiti udara
negara bertambah serius. Pencemaran bukan sahaja akibat pelepasan asap tetapi
juga akibat daripada pembakaran hutan yang berleluasa. Akibatnya, pengguna
jalan raya khususnya penunggang motosikal kerap terdedah kepada pencemaran.
Topeng khas amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
Topeng yang diperbuat daripada kertas berupaya menangkis habuk dan asap yang terampai
di udara. Dengan cara ini, setiap pengguna jalan raya atau masyarakat umum
dapat mengatasi pencemaran udara dengan kos yang murah dan berkesan.
LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL DI SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN PENCEMARAN.
1. Gunakan kedua-dua belah kertas. Kurangkan nota yang tidak
perlu.
2. Gunakan sapu tangan dan bukan kertas tisu.
3. Kurangkan penggunaan stem. Cuba hantarkan dengan tangan.
4. Tulis satu memo sahaja dan letakkan di bilik guru bukan
kepada setiap guru. Letakan di papan kenyataan dalam bilik guru.
5. Kecilkan saiz surat supaya kertas dapat dijimatkan.
6. Biarkan matahari masuk ke dalam kelas dan jimatkan
elektrik. Pasang kipas jika hanya perlu.
7. Bersaing dengan kelas lain dalam mengumpulkan wang
melalui projek kitar semula.
8. Gunakan alat pengira yang menggunakan tenaga suria dan
bukan bateri.
9. Letak pasu bunga dalam kelas untuk menambahkan oksigen
dan jadikan tempat itu lebih menarik.
10. Sediakan sudut alam sekitar dalam kelas.
11. Laporan kebocoran paip dengan segera.
12. Jaga tumbuhan dalam kawasan sekolah.
13. Jangan buang sampah merata-rata.
PENDIDIKAN.
Melalui pendidikan, pelajar-pelajar dapat dididik mengenai
pencemaran sejak awal lagi supaya memperoleh masyarakat yang berguna dan yang
sayang kepada alam sekitar. Pendidikan mengenai alam sekitar biasanya dididik
melalui:
1. media massa contohnya radio, televisyen, majalah dan
suratkhabar.
mata pelajaran Sains, Biologi dan sebagainya - pencemaran
dan masalah alam sekitar dimasukkan ke dalam buku-buku teks dan dijadikan salah
satu daripada sudatan pelajaran pelajar-pelajar.
3. ceramah yang diberi oleh Kementerian Alam Sekitar atau
sesiapa sahaja kepada orang ramai.
Kewajipan Teknologi.
Dengan perjumpaan teknologi-teknologi yang terbaru, ini juga
boleh membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan:
1) menggunakan semula CFC dari peti sejuk lama dan gunakan
untuk peti sejuk baru.
2) gantikan penggunaan CFC dengan bahan lain yang tidak
merbahaya kepada alam sekitar.
3) mereka alat yang dapat menapis gas dan asap yang
dibebaskan oleh kilang-kilang dan kenderaan dan mencegah pembebasan plumbum dan
sebatian-sebatian lain yang merbahaya.
4) "Scrubber" - penapis asap kilang dengan
menyembur air dan "limestone"(batu kapur) pada asap. Ini bertindak
balas dangan sulfur dioksida dengan mengeluarkannya sebelum asap dibebaskan.
Proses ini dapat kurangan sulfur dioksida sampai 90%.
5) mencipta enjin baru yang kurang membebaskan bahan
pencemar. Pembakaran dalam "lean-burn" adalah lebih baik dan
berkesan. Pengubah mangkin dipasang pada ekzos kenderaan untuk menapis asap
dari kenderaan.
Sekian.
Thanks to Khairul Eruan