journey without destination

journey without destination

Friday, April 8, 2011

Konsep - Konsep Dalam " Masyarakat Maklumat "




Berikut Adalah 10 Konsep Dalam Masyarakat 
Maklumat


 1. Konsep Komunikasi






         Dalam mendefinisikan konsep komunikasi terdapat pelbagai definisi yang boleh menggambarkan maksud komunikasi antaranya adalah secara umumnya berdasarkan (sumber Wikipedia) komunikasi adalah  proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama dan merupakan salah satu disiplin akademik. Komunikasi juga merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Manusia biasanya berkongsi pengetahuan dan pengalaman melalui percakapan, bahasa isyarat, penulisan, sikap dan pengiklanan yang berbentuk interaktif, transitif, disengajakan atau tidak disengajakan serta boleh menjadi lisan atau tanpa lisan. Selain itu, berdasarkan penulisan ahli falsafah barat dalam nota kuliah Dr. Azlina Husin, SAU315 Masyarakat Maklumat. Shanon mendefinisikan komunikasi sebagai transmisi dan penerimaan maklumat manakala itu ahli falsafah A. Richards mendesinisikan komunikasi sebagai penghasilan makna. Selain itu, komunikasi juga melibatkan cara manusia bercakap sesama manusia iaitu melibatkan tanda iaitu merupakan benda atau perkara yang merujuk kepada sesuatu selain daripada dirinya dan kod pula merupakan sistem tanda yang disusun dan ia menentukan bagaimana tanda itu berkait antara satu sama lain (sumber Fiske (1990). Istilah komunikasi dari bahasa Inggris communication, dari bahasa latin communicatus yang mempunyai arti berbagi atau menjadi milik bersama, komunikasi diartikan sebagai proses sharing diantara pihak-pihak yang melakukan aktifitas komunikasi tersebut. Berdasarkan (sumber: http://meiliemma.wordpress.com/2006/10/17/definisi-komunikasi/) melalui ahli kamus bahasa iaitu Lexicographer menyatakan komunikasi adalah keupayaan yang pelbagai yang bertujuan untuk mencapai kebersamaan antara satu sama lain. Jika dua orang berkomunikasi maka pemahaman yang sama terhadap maklumat yang ditukarkan melalui proses itu adalah yang diinginkan oleh kedua-duanya. Dalam pada itu juga Webster’s New Collegiate Dictionary edisi tahun 1977 menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi diantara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.



Aplikasi Konsep Komunikasi

              Kepelbagaian aplikasi penggunaan komunikasi dalam kehidupan dapat dilihat dalam pelbagai bentuk antaranya adalah dalam satu penggurusan organisasi, media massa iaitu pembacaan berita dalam televisyen, surat khabar dan majalah, perhubungan awam, perbincangan antara pelajar dengan pensyarah, antara penjual dengan pembeli dan sebagainya. Contohnya dalam Aktiviti perhubungan awam iaitu melalui sistem penyebaran bahan berita kepada akhbar, media penyiaran dan penyunting penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan dan dapat disampaikan kepada pengguna. Maka, pengamal perhubungan awam perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit dan bahan yang menjadi minat penyunting. Disebabkan penyunting dan penyiar mempunyai jumlah ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa bersaing dengan pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu mendapatkan penyunting, penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak pengamal dan media

2        Konsep Kapitalisma Konsumer





                  Melalui (Sumber: Wikipedia, Bahasa Melayu) konsep kapitalisme merupakan satu sistem ekonomi dan sosial yang lebih cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Ia merupakan sistem ekonomi kapitalis yang  berdasarkan kuasa pasaran (free market) dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.  Melalui sistem kapitalisme, individu itu berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan orang lain dan juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations. Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk  mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal. Dalam hal ini, kapitalima konsumer  merujuk kepada nota kuliah Dr.Azrina Husin, SAU315 Masyarakat Maklumat, pengguna yang menyokong kapitalisma Konsumer iaitu satu cara hidup yang bersifat “private” yang mana semangat kejiranan, tanggungjawab dan keperihatinan sosial digantikan oleh keperluan sendiri yang dirasakan dapat dipunuhi dengan membeli barang-barang yang di tawarkan oleh pihak kapitalisma. Kapitalisma konsumer muncul dengan apabila berlakunya “revolusi maklumat” yang berlaku di eropah sekitar tahun 1990 seiring dengan kumunculan globalisasi. Ini bermakna cara hidup yang individualistic iaitu seseorang individu itu terpaksa membeli kehidupanya dengan membayar sejumlah wang untuk memenuhi kehidupanya yang dilihat merenggangkan dan menjauhkan lagi hubungan sesama manusia dan m asyarakat terutamanya.


Aplikasi Kosep Kapitalisma Konsumer

             Melalui amalan kapitalisma konsumer, perkembangan maklumat memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Pada zaman  globalisasi dan teknologi maklumat kini pengguna dilihat menggunakan produk dan perkhidmatan untuk keperluan hidup mereka ini kerana kemunculan sistem kapitalima yang mencorakanya. Contoh amalan dan penggunaan yang melibatkan produk kapitalisma antaranya pihak kapitalisma atau firma tempatan mahupun asing ini menggunakan media iaitu televisyen sebagai alat untuk menjual barang dan perkhimatan kepada pembeli dan juga mempromosikan kehidupan yang lebih individualistik. Ini kerana rancangan-rancangan yang ditayangkan di dalam telivisyen berkenaan dengan cara hidup masyarkat kapitalisma dan bagaimana kapitalisma ini mengubah minda masyarakat dan pengguna supaya menggunakan barangan dan perkhidmatan mereka. Begitu juga dengan kemunculan teknologi maklumat yang mana penggunaan komputer kini menjadi penting dalam kehidupan harian, malah penggunaanya kini dikatakan harus dimiliki oleh setiap orang dan individu kerana fungsinya yang pelbagai dalam memenuhi kehidupan harian manusia.


3. Konsep Teknologi Maklumat




Berdasarkan (sumber: wikipedia malaysia) teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu maksud. Maksud yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk penyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan “gadget” atau peralatan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, adalah teknologi maklumat yang semakin penting kepada kehidupan masyarakat pada masa kini yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan teknologi ini dalam pelbagai urusan. Melalui (sumber nota kuliah Dr.Azrina Husin:,Evan(1979) adalah percamtuman (convergence) telekomonukasi dan computer yang merupakan proses di mana maklumat dan penggumpulan teknologi computer yang membawa kepada pengagihan maklumat secara meluas. Melalui penggumpulan  teknologi computer itu, computer dapat dihubungkan antara satu sama lain dan menjadi asas kepada insfrastruktur yang menyokong masyarakat maklumat. Selain itu, teknologi maklumat dilihat bersifat masa hadapan (futuristic) dan akan sentiasa berrevolusi dari samasa ke semasa.


Aplikasi Teknologi Maklumat

          Jika dilihat, teknologi kini telah mengubah sektor pekerjaan tidak kiralah sama ada teknologi mesin mahupun teknologi maklumat yang berasaskan penggunaan komputer daripada berorientasi tenaga buruh kepada berorientasikan penggunaan teknologi dalam pengeluaran kerana ia menjimatkan kos, masa dan pengeluaran secara besar-besaran iaitu dikenali sebaagai “mass production”. Dunia hari ini mampu berkembang pesat kerana penghargaan manusia terhadap kepentingan sains dan teknologi. Manusia kini sudah boleh bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mendapatkan sesuatu hasil dengan lebih berkesan daripada tanaman dan ternakan, mengubati penyakit kritikal, menghantar maklumat dan menerokai angkasa lepas. Manusia melakukan berbagai aktiviti, peralatan serta cara-cara tertentu bagi memenuhi keperluan hidupnya. Kepelbagaian yang terdapat dalam teknologi maklumat menggambarkan perbezaan persekitaran, keperluan serta kemampuan manusia yang berkait rapat dengan soal budaya. Sebagai contoh, dalam bidang pengurusan pentadbiran dalam satu organisasi misalnya setiap pekerja haruslah tahu menggunakan teknologi komputer untuk melaksanakan pelbagai kerja-kerja birokrasi yang memerlukan banyak urusan dilalukan. Antaranya untuk memasukan data, mencari maklumat dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga harus mengaplikasikan teknologi maklumat dalam kehidupan harian mereka, contohnya penggunaan komputer untuk hiburan, pekerjaan, mencari maklumat dan kekurangan pengetahuan dalam teknologi maklumat boleh member kesan yang besar kepada seseorang individu mahupun masyarakat itu kerana kemajuan suatu masyarakat adalah didasari oleh kemajuan dalam sains dan ternologi.


   4. Konsep masyarakat pasca-industri






           Berdasarkan (sumber: wikipedia malaysia) masyarakat pasca-industri boleh didefinisikan sebagai masyarakat yang mana aktiviti ekonomi yang pada mulanya berasaskan perindustrian kepada masyarakat berasaskan ekonomi perkhidmatan yang mengubah sama sekali keadaan ekonomi pada masa itu di eropah. Ini adalah disebabkan oleh faktor liberalisasi. Begitu juga dengan pendangan yang di berikan oleh ahli falsafah England iaitu Daniel Bell yang menyatakan massyarakat pasca-industri sebagai masyarakat yang bergantung kepada industri servis dan bukan lagi pembuatan yang mana peguluaran pengetahuan dan teknologi maklumat dalam menjana kekayaan. Dalam hal ini, kebanyakan masyarakat tidak mengamalkan dan kurang pergantungan kepada pertanian dan pembuatan. Dalam tulisanya yang bertajuk “The Coming of Post-Industrial Society (1973)” menyatakan bahawa masyarakat pada masa itu berbeza dengan masarakat sebelumnya. Beliau juga mengaitkan masyarakat pasca-industri dengan masyarakat maklumat kerana kewujudan dan signifikasi maklumat dalam masyarakat di amalkan. Berdasarkan aspek kuantiti, masyarakat pada masa itu mengamalkan penggunaan maklumat secara servis.


Aplikasi Konsep Masyarakat Pasca-Industri

               Dalam hal ini, masyarakat paska-industri boleh dikatakan berubah dalam empat aspek kehidupan iaitu sosial, ekonomi, politik dan budaya. Perubahan ini telah mengubah sama sekali kehidupan masyarakat pada ketika itu. Jika dilihat dalam aspek pekerjaan, jika dahulunya masyarakat ini dikenali sebagai masyarakat industri dan mengalami perubahan kepada masyarakat  servis iaitu daripada perkerjaan di sektor buruh, petanian dan pembinaan kepada pekerjaan dalam sektor perkhidmatan contohnya sektor di perkhidmatan kerajaan, cikgu, pegawai bank, di sektor kewangan, perunding, pelabur dan sebagainya. Ini menunjukan bahawa masyrakat pasca-industri semakin kaya dan masyarakat pada masa itu bebas daripada kerja-kerja buruh kasar dan buruh paksa, ini adalah kesan kemunculan penggunaan teknologi maklumat.

5. Konsep Paradoks Moderniti




            Berdasarkan konsep umum paradox moderniti bermakna sesuatu yang bertentangan pendapat dan fikiran umum masyarakat dalam hal ini termasuklah isu berkenaan masyarakat, budaya, ekonomi, politik, dan sosial. Manakala itu, ahli falsafah Anthony Giddens, beliau menyatakan bahawa konsep paradox modernity ini bermaksud kehidupan pada zaman yang lebih tersusun dengan pergantungan terhadap institusi sosial untuk menggerakan masyarakat yang membawa kepada pandangan-pandangan negetif tentang kehidupan manusia pada zaman kini. Konsep paradoks moderniti ini muncul pada zaman modernisasi dan globalisasi kini kerana pelbagai pengaruh dari luar dan perbezaan yang terdapat dalam masyarakat yang mengamalkan pembahagiaan kelas dan taraf yang berbeza. Dalam hal ini, pendapat umum menyatakan kemunculan konsep adalah dari amalan traditional kepada amalan moden pada masa kini.

Aplikasi Konsep Paradoks Mordeniti

             Pelaksanaan amalan ini jelas di lihat dalam masyarakat pada masa kini terutamnya dalam amalan budaya dan urusan seharian masyarakat. Ia dilihat membawa pelbagai kesan kepada masyarakat keseluruhanya antaranya adalah pelaksanan dasar dan polisi yang di laksanakan oleh kerajaan iaitu dalam konteks Malaysia, Dasar Perindustrian yang menggalakkan ramai rakyat dan pekerja terutamanya berhijrah ke Bandar untuk memenuhi peluang pekerjaan di kawasan Bandar yang menawarkan peluang yang banyak dalam pelbagai sektor. Dalam hal ini, akan ramai penduduk tinggal di Bandar dan ini akan member kesan yang besar kepada jumlah penduduk di ke dua-dua kawasan itu. Ini akan menyebabkan berlakunya jurang perbezaan pendapatan dan kelas dalam masyarakat yang mana golongan yang bekerja ini mungkin tidak akan pulang ke kampong dan tinggal di Bandar dan mereka juga mungkin berbeza dari segi taraf kehidupan. Dalam hal ini, maka berlakulah apa yang di panggil perubahan masyrakat daripada masyarakat komuniti kepada masyarakat “association” yang mana golongan yang tinggal di Bandar dikenali sebagai masyarakat association yang menggunakan teknologi maklumat sebagai penghubung dengan individu lain dan hampir tidak mengenali jiran mereka kerana pergantungan dengan teknologi tetapi masyarakatnya yang sistematik dan tersusun dalam segala aspek kehidupan manakala masyarakat yang tinggal di kampong  masih dikenali sebagai masyarakat komuniti kerana hubungan dua hala secara bersemuka dalam percakapan dan ini membolehkan hubungan sosial menjadi rapat dalam masyarakat di luar bandar.



    6. Konsep Spera Publik







          Berdasarkan (sumber wikipedia malaysia) Spera Publik adalah tempat dimana masyarakat bersama-sama berbincang berkenaan untuk mengenalpasti masalah dalam masyarakat dan yang berkaitan dengan pengaruh politik berlaku kerana tempat inilah yang membolehkan masyarakat menbuat keputusan yang terbaik untuk kehidupan mereka. Sfera publik juga terdapat dalam masyarakat moden pada masa kini yang menbincangkan tentang penglibatan politik yang mana pendapat-pendapat masyatakat akan diterima. Dalam (sumber: nota rujukan Dr.Azlina Husina, Jurgen Herbermas) memperkaatakan tentang sfera public iaitu satu arena yang bebas daripada kerajaan walaupun jika ia mendapat bantuan kewangan daripada keraajan dan mempunyai otonomi daripada daya tarikan yang bersifat partisan. Dalam konsep ini, ia mengamalkan perdebatan rasional dan asasnya adalah perdebatan dan perbincangan tanpa ada kepentingan tertentu. Dalam hal ini, rakyat mempunyai akses untuk melibatkan diri dan ia terbuka kepada perhatian dan penglibatan rakyat. Dalam konteks ini, herbermas menyatakan bahawa sfera ini adalah ‘sfera public borgois’ iaitu merujuk kepada golongan borjois kapitalisma yang dominan dan berpengaruh dalam masyrakat pada abad ke -18 di eropah. Dalam konteks ini, sfera public juga boleh dinyatakan sebagai tempat dimana golongan yang memperjuangkan hak-hak untuk kebebasan juga boleh di kategorikan dalam sfera public kerana ia menerima pendapat golongan-golongan tertentu untuk memperjuangkan suatu isu dan masalah dalam masyrakat.

Aplikasi Konsep Sfera Publik

             Peranan  sfera publik sebagai satu arena untuk perdebatan suatu malalah dan isu amatlah penting kerana ia merupakan saluran untuk meluahkan dan menyelesaikan suatu isu yang membawa kepada masalah dalam masyarakat. Dalam hal ini, contohnya pada zaman feudal di eropah raja memainkan peranan yang penting dalam segala hal termasuklah ekonomi, politik dan sosial. Golongan borjois pula hanya menjadi pengikut kepada raja yang mana mereka hanya memiliki tanah yang diberikan oleh raja dan menjalankan perniagaan. Tetapi segala bentuk keuntungan yang diperolehi akan diberikan kepada raja. Hal ini, menyebabkan golongan borgois terasa terkong-kong dengan keadaan itu dan apabila perkembangan kapitalisma di eropah berkembang maka golongan borgois ini mula kurangkan pergantungan kepada raja kerana kapitalisma membolehkan mereka menjadi lebih kaya daripada raja. Dengan itu, mereka mula untuk membebaskan diri daripada raja yang mana gereja dan kerajaan yang mengawal mereka sebelum itu. Apabila mereka bebas daripada kuasa tradisional maka wujudlah golongan yang dikenali sebagai sfera publik. Dengan itu munculah banyak lagi golongan sfera public ini yang memperjuangkan hak serta suara mereka contohnya pihak-pihak yang menentang raja dan kerajaan serta rakya-rakyat yang tertindas.



7. Konsep Pengiklanan



             Dari segi konsepnya, berdasarkan (sumber: nota Dr.Azrina, SAU315 Masyarakam Matlumat) pengiklanan bermaksud menarik perhatian kepada suatu, memberitahu dan memaklumi seseorang tentang sesuatu. Pengiklanan boleh dilakukakan melalui cara mulut, tidak formal dan dalam satu kawasan terhad tanpa perlu kos yang besar. Tetapi pada dasarnya untuk memaklumkan lebih ramai orang tetang sesuatu kita perlu mengiklankan dengan menggunakan penggumuman awan (publik announcement). Selain itu, pengiklanan juga bersifat ringkas dengan member maklumat tertentu sahaja. Menurut  “Raymond Williams” pengiklanan merupakan ‘seni rasmi’ system kapitalisma yang mana kapitalisma menggunakan media pengiklanan untuk memperkenalkan dari mereka dan juga barangan yang mereka pasarkan dalam system pasaran bebas. Pengiklanan juga merupakan satu institusi yang melibatkan artis, penulis, penyanyi, pengarah, penulis dan merupakan sebahagian besar pengeluaran media massa. Selain itu, konsep pengiklanan amat penting dalam mempengaruhi dan mengetengahkan idea-idea serta nilai-nilai yang amat penting dalam suatu system ekonomi yang mengkehendaki kita sebagai pengguna membeli, menggunakan, membuang dan menggantikan barangan mereka dalam suatu kitaran penggunaan yang berterusan. Dalam hal ini juga konsep pengiklanan juga sebagai memperkenalkan pengguna kepada barangan yang pelbagai dan menyokong ekonomi pasaran.

Aplikasi Konsep Pengiklanan

               Penggunaan iklan adalah penting kepada pihak-pihak firma kapitalisma yang menjalankan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dalam penjualan barangan dan perkhidmatan mereka di pasaran. Pengiklanan bukan sahaja berfungsi sebagai mempromosikan barangan dan perkhimatan semata-mata tetapi sebagai memperkenalkan syarikat atau firma mereka kepada pelanggan. Contohnya syarikat Multinasional Company (MNC’S), antaranya INTEL, TOYOTA dan SAMSUNG yang menjalankan perniagaan diluar Negara dengan membina kilang-kilang dan menggunakan tenaga buruh tempaatan dan asing. Mereka menjalankan kaedah promosi secara pengiklanan di media massa sama ada media elektronik dan mahupun media cetak. Dalam hal ini, mereka juga menaja dengan menjadi penaja, contohnya penaja pasukan Bola Sepak, Lumba Kereta dan sebagainya. Syarikat inilah yang menjadi pelaku penting dalam sistem kapitalima yang memonopoli pasaran bebas.

    8. Konsep Budaya





            Secara umumnya konsep budaya merangkumi bahasa, kepercayaan, nilai, norma, tingkahlaku dan objek kebendaan yang kesemuanya yang membentuk satu kehidupan manusia yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnyan budaya menjadi garis paduan untuk berinteraksi, bersosialisasi dan juga untuk kehidupan seharian. Selain itu, secara tidak langsung budaya menjadi rujukan dalam proses pembelajaran interaksi dan sosiolisasi dalam pencarian ilmu pengetahuan dan maklumat. Berdasarkan (sumber: nota kuliah Dr.Azrina, masyarakat maklumat, Mark Poster, 1990)  memberikan konsep budaya sebagai satu set tanda yang dikomunikasikan tetapi tidak membawa apa-apa makna. Dalam hal ini, budaya seringkali berubah apabila pengaruh daripada luar meresap ke dalam sesuatu masyarakat. Ini disebabkan oleh pengaruh gobalisasi, modenisasi dan ledakan teknologi maklumat daripada Negara luar terutamanya dari Negara barat, kesannya tentulah kepada masyarakat yang terpengaruh budaya kebendaan, meterialistik dan individualistik. Melalui aspek budaya ini, saluran media memainkan peranan penting dalam mendefinisikan makna atau sesuatu symbol yang menggambarkan budaya sesuatu masyarakat.

Aplikasi Konsep Budaya

           Aspek budaya memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat kerana budaya yang membentuk sesuatu masyarakat dan menjadi panduan dalam menjalankan kegiatan harian. Dalam arus globalisasi dan modenisasi pada masa kini  budaya sering dipengaruhi oleh budaya asing daripada pengaruh luar yang menghakis amalan budaya dalam sesuatu masyarakat. Contoh sebelum pengaruh globalisasi melanda sesuatu Negara, dalam konteks masyarakat aktiviti luar pada masa lapang adalah beriadah dan berekriasi bersama kawan dan keluarga terutamanya yang menjadi amalan harian tetapi pada masa kini pengaruh globalisasi telah mengubah segala-galanya iaitu dengan kemunculan teknologi maklumat antaranya adalah penggunaa komputer dan permainan “games” ramai remaja dan kanak-kanak sudah tidak gemar untuk melakukan aktiviti luar yang memberikan banyak faedah kepada kesihatan disamping boleh berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru malah mereka rela duduk didalam rumah dan bermain permainan games dan komputer. Keadaan ini sudah menjadi budaya dalam masyarakat, begitu juga dengan perubahan nilai dalam masyarakat yang lebih kepada individualistic dalam kehidupan harian.


9. Konsep Panoptikon





         Antara ahli fasafah yang memperkatakan tentang konsep panoptikon adalah Michel Foucault (1979) yang memberikan konsep panoptikon sebagai struktur senibina penjara, hospital dan asylum yang membolehkan pengawal memerhati dan melihat keseluruhan aktiviti manusia dalam kawasan itu. Berdasarkan kenyataan beliau lagi aktiviti pengawasan yang berlaku pada zaman moden menjadikan kehidupan seperti panoptikon tanpa dinding. Dalam hal ini, agensi-agensi tertentu mungkin mempunyai akses kepada fail-fail yang mengadungi perbagai maklumat tentang seseorang atau individu.  Konsep ini juga menjelaskan tentang bahaya pengawasan oleh pihak-pihak tertentu. Selain itu, konsep panoptikon juga amat berguna dalam kehidupan harian teutamanya dalam menjaga keselamatan Negara daripada dicerobohi oleh pihak luar yang berniat untuk menghancurkan Negara.




10. Konsep Ketidaksamaan Kelas








                Konsep ketidaksamaan kelas wujud kerana teknologi dan maklumat yang dikawal oleh pasaran dimana golongan kapitalis yang berkuasa. Dalam konsep ini, teknologi dan maklumat dihasilkan dan boleh didapati oleh pihak yang mampu sahaja untuk memilikinya. Dalam konteks ini, ia tidak bermakna hanya boleh dimiliki oleh satu pihak sahaja malah ia merupakan satu pasaran yang terbuka yang boleh dimiliki oleh semua pihak akan tetapi penghasilan produk barangan kebanyakanya adalah untuk golongan kapitalis dan golongan miskin tidak mampu untuk memilikinya di sebabkan ketidaksamaan kelas dalam masyarakat. Namun begitu pasaran juga peka kepada cirri-ciri yang penting dalam masyarakat iaitu pembahagian yang tidak sama ratadalam pendapatan dan harta. Ini menunjukan ketidaksamaan kelas merupakan isu penting pada zaman teknologi dan maklumat pada masa kini.

Aplikasi Konsep Ketidaksamaan Kelas

           Dalam hal ini, keupayaan membayar adalah factor penting dalam pembahagian struktur kelas dalam masyarakat pada masa kini. Semakin tinggi seseorang itu dalam heiraki kelas maka semakin banyak dan berkualiti maklumat yang dapat dan di perolihi olehnya. Ini menunjukan kuasa yang lebih oleh golongan kapitalis. Selain daripada itu, perbezaan kaya maklumat adalah untuk golongan kapitalis dan miskin maklumat adalah untuk golongan miskin. Begitu juga dengan Negara maju yang dapat mengakses maklumat yang terkini dan maju berbanding dengan Negara miskin yang kurang akses maklumat yang berkualiti.


 Thanks to Dr. AZRINA


No comments:

Post a Comment