Kerjaya pilihan saya ialah menjadi Pegawai Pembangunan Masyarakat. Kerjaya yang saya minati ini adalah bersesuaian dengan latarbelakang akademik saya iaitu pengkhususan dalam bidang Sains Sosial dan major dalam Perancangan dan Pengurusan Pembangunan. Ia juga sesuai dengan minat saya untuk menceburi untuk berbakti kepada masyarakat melalui kerjaya pilihan saya ini.
ii) Bahagian Kedua: Aplikasi Psikologi Sosial
Pilihan kerjaya saya sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat memerlukan penglibatan saya untuk pembangunan masyarakat terutamanya dalam aspek pembangunan sosial, politik dan ekonomi masyarakat. Untuk tujuan ini, dalam aspek sosial masyarakat saya perlu memahami tentang psikologi sosial yang memberi fokus kepada tingkahlaku sosial individu. Ini penting kerana untuk membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam permasalahan masyarakat melalui tingkahlaku individu. Dengan ini, ia dapat membantu saya dalam membuat perancangan pembangunan masyarakat dengan lebih berkesan dan dapat mengetahui permasalahan masyarakat pada peringkat individu.
Pemahaman berkenaan tingkahlaku individu ini juga dapat membantu saya melancarkan lagi tugasan pekerjaan dan membolehkan pekerja bawahan saya memahami setiap permasalahan masyarakat melalui tinjauan dan penyelidikan yang dilakukan secara bertemu dan bersemuka dengan masyarakat. Ini membolehkan kami memahami kognisi (pemikiran) dan tingkahlaku sosial masyarakat.
Dalam merancang dan membangunkan taraf hidup masyarakat, saya dan pekerja bawahan saya melakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan sumber yang membolehkan saya mengetahui punca dan penyebab kepada masalah yang berlaku dalam aspek sosial dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang kami lakukan adalah melalui kaedah saintifik iaitu kami melakukan pemerhatian secara saintifik, kaedah penyelidikan ini memerlukan kami memerhati tingkahlaku masyarakat dan merekodkan secara sistematik.
Melalui kaedah ini, kami akan melakukan bancian dari rumah ke rumah untuk mendapatkan data yang detail dan benar dengan menemuduga dan memberikan soalan soalselidik kepada masyarakat. Dalam menghadapi dan menyelesaikan masalahan masyarakat, saya sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat mengaplikasikan kaedah korelasi iaitu kaedah penyelidikan di mana penyelidik memerhati 2 atau lebih variable dan melihat samada perubahan dalam satu variable diikuti perubahan dalam variable yang lain.
Selain itu, kerjaya ini memerlukan saya melihat keadaan sosial pada keseluruhanya termasuklah keadaan masyarakat secara dan bagaimana saya menginterprestasikan sesuatu kejadian yang berlaku. Dalam hal ini, saya harus memahami setiap individu dan masyarakat dalam persekitaran supaya sebarang masalah yang berlaku dapat diselesaikan secara berkesan. Antaranya adalah masalah penyalahguaaan dadah dalam kalangan remaja. Persepsi sosial adalah penting kerana ia merupakan proses di mana kita cuba untuk mengetahui dan memahami tentang orang lain dan ia memerlukan banyak masa untuk mendapatkan punca masalah tersebut dan memyelesaikanya secara bekesan.
Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan mengunakan pelbagai kaedah dan rangkaian komunikasi bukan verbal selain daripada komunikasi verbal. Ini dapat membantu saya mengetahui punca dan penyebab remaja ataupun seseorang individu terjebak ke dalam penyalahgunaan dadah. Dengan berkomunikasi dengan individu tersebut saya dapat mengetahui bagamana ekspresi wajah iaitu riak muka jika saya bertanyakan soalan yang mungkin benar tentang penyalahgunaan dadah oleh individu tersebut.
Begitu juga dengan pandangan matanya yang mungkin akan memandang kearah lain jika ia tidak mahu menjawab soalan yang saya tanyakan. Dalam hal ini, dengan menggunakan beberapa kaedah dalam aspek psikologi ia dapat membantu saya mengetahui punca sesuatu masalah yang berlaku dalam masyarakat yang berakar umbi dari individu dan melibatkan keseluruhan masyarakat jika malasah ini tidak dapat diselesaikan.
Sebagai seorang yang melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat pada keseluruhanya saya tidak dapat dari pelbagai masalah yang berlaku dalam masyarkat yang berbilang kaum di Malaysia. Setiap daripada individu, mempunyai persepsi sosial masing-masing dalam menginterprestasikan individu lain terutamanya antara kaum kumpulan. Setiap kaum dan kumpulan yang ada di Malaysia menginterprestasikan kaum dan kumpulan lain dengan persepsi sosial mereka sendiri.
Dalam hai ini adalah penting bagi saya untuk mencari punca wujudnya presepsi begini yang mana ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar jika ia tidak dapat diatasi dengan sebaik mungkin dan secara berkesan. Kepelbagaian kaum dan kumpulan yang terdapat di Malaysia juga haruslah dijadikan sebagai pengukur kepada aspek kepelbagaian, keharmonian, kemanan dan kesejahteraan antara kaum.
Apa yang menjadi masalah bagi saya dalam hal ini adalah bagaimana saya menyelesaikan masalah iaitu prejudis, streotaip dan diskriminasi antara individu, gender mahupun antara kaum dan kumpulan tertentu yang terdapat di Malaysia. Dalam aspek prejudis, ia merupakan tindakbalas yang negatif kepada ahli kumpulan tertentu atau pun tidak suka kepada seseorang kerana berlainan kaum, kumpulan atau gender. Begitu juga dengan masalah strotaip dan diskriminasi yang berlaku. Ia merupakan cabaran bagi saya sebagai pegawai pembangunan masyarakat dan bagaimana saya menyelesaikan masalah ini dengan cekap dan berkesan. Ia adalah penting kerana untuk kesejahteraan masyarakat keseluruhanya.
Apa yang boleh saya lakukan jika terdapat kumpulan ataupun individu dalam masyarakat yang mengamalkan sikap prejudis, diskriminasi dan sterotaip dalam masyarakat adalah mereka seharusnya ada rasa bersalah secara kolektif, belajar menolak sterotaip kerana pergantugan kepada sterotaip dapat dikurangkan jika kita menolak kebenaranya dan begitu juga dengan diskriminasi antara gender yang mana lelaki melihat perempuan sebagai pasif, tidak aktif dan lemah dalam segala perkara. Jika kita sendiri menginterpretasikan seseorang individu secara negatif maka masalah yang berlaku tidak akan dapat di selesaikan dengan sebaik mungkin.
Selain itu, pekerjaan saya memerlukan pengorbanan yang cukup penting kepada masyarakat yang mana saya harulah berdedikasi, ikhlas dan berbakti sepenuhnya kepada masyarakat kerana masyarakat merupakan aktor penting dalam persekitaran sosial. Dalam hal ini, saya sebolehnya tidak akan meminta apa-apa balasan atau ganjaran jika saya dan pekerja bawahan saya berjaya memajukan dan menyelesaikan masalah masyarakat, antaranya berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk trutamanya dalam aspek ekonomi, sosial mahupun pendidikan mereka.
Inilah yang di namakan tingkahlaku prososial yang mana ia merujuk kepada tindakan yang diambil oleh individu yang membantu orang lain tanpa faedah segera kepada pembantu. Dengan ini saya sendiri dapat merasai perasan, emosi dan pengalaman berinterraksi dan merasai serta melihat masalah dan kejayaan dari perspektif mereka .
Kerjasama dalam kumpulan merupakan salah satu aspek penting dalam kejayaan sesuatu projek alam pekerjaan yang dilakukan. Ini adalah kerana bekerja dalam kumpulan membolehkan kita berkongsi idea, mendapatkan idea baru yang bernas dan aspek yang paling penting adalah komunikasi yang mana komunikasi yang berkesan membolehkan persefahaman dalam kumpulan pekerja mahupun kumpulan sosial berjaya.
Dalam hal ini, pekerjaan sebagai pegawai pembangunan masyarakat memerlukan saya bekerjasama, berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan dengan pihak atasan, bawahan dan juga masyarakat secara keseluruhanya. Kerjasama boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku dalam kumpulan dimana ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, matlamat kerjaya saya adalah untuk pembangunan masyarakat dalam aspek ekonomi, sosial mahupun politik dan untuk kesejahteraan masyarakat secara keseluruhanya.
Selain itu, pelbagai konflik juga timbul apabila rasa ketidakpuasan daripada sesetengah individu yang hanya mementingkan kepentingan mereka sahaja. Antaranya, konflik dalam kerjaya saya iaitu dengan pekerja bawahan saya yang mana ada yang tidak sanggup untuk mengorbankan masa demi kepentingan masyarakat dan bekerja hanya untuk mendapatkan ganjaran dan bukan untuk membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Dalam hal ini, konflik merupakan proses dimana ahli kumpulan masyarakat ataupun pekerja melihat orang lain mengambil atau akan mengambil tindakan yang melindungi kepentingan peribadi mereka dan bukan kepentingan kumpulan. Konflik yang berlaku dalam persekitaran sosial masyarakat ini disebabkan oleh rasa ketidakpercayaan , ketidakpuasan dan kemarahan yang timbul dari pelbagai aspek individu itu sendiri.
Oleh itu, sebagai pegawai pembanguan masyarakat. Saya haruslah mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu dam menyelesaikan konflik dan masalah yang timbul dalam masyarakat yang mana ia melibatkan proses penyatuan dan integrasi maklumat untuk memilih satu tindakan yang proaktif dan berkesan supaya konflik dapat dikurangkan dan diselesaikan secara kolektif ataupun secara bersama.
Secara kesimpulanya, aspek dan teori dalam psikologi sosial ini dapat membantu saya dalam melancarkan dan memudahkan saya melakukan pekerjaan yang saya ceburi tidak kiralah dalam apa jua bidang dan mengamalkanya adalah cara terbaik untuk berjaya pada masa hadapan demi pembangunan bangsa, agama dan masyarakat secara keseluruhanya.
No comments:
Post a Comment