journey without destination

journey without destination

Saturday, August 20, 2011

Andaian Penyelidikan Ontologikal



BERIKUT MERUPAKAN PERBANDINGAN DI ANTARA ONTOLOGIKAL STRATEGI PENYELIDIKAN INDUKTIF DAN STRATEGI PENYELIDIKAN DEDUKTIF

Persamaan antara andaian Ontologikal Strategi Penyelidikan Induktif dengan Strategi Penyelidikan Deduktif

Persamaan di antara Strategi Penyelidikan Induktif dengan Strategi Penyelidikan Deduktif ialah :



1. Ketersusunan alam. 

Strategi penyelidikan induktif menunjukkan bahawa ketersusunan setiap perkara yang berlaku adalah mengikut hukum alam dan tidak berlaku secara rawak. Hal ini dapat dilihat melalui alam ini tersusun dan kejadian-kejadian yang terkandung mematuhi order-order tertentu. Sebagai contoh, matahari yang terbit dari timur. Manakala Strategi Penyelidikan Deduktif pula wujud persamaan dengan alam yang tersusun digambarkan dengan generalisasi tentang hubungan di antara konsep-konsep.



2. Keberasingan kejadian 

Strategi Penyelidikan Induktif yang mewujudkan keberasingan kejadian di mana data-data yang dikutip boleh diasingkan. Sebagai contoh ketinggian dan berat badan seseorang. Semasa kajian dilakukan, kita boleh diasingkan berdasarkan ketinggian dan berat badan. Strategi penyelidikan deduktif menceritakan bahawa alam terdiri daripada kejadian yang berbeza dan boleh diasingkan, seperti manusia yang terdapat pelbagai perbezaan dari aspek ketinggian, berat badan, jantina, warna kulit, bangsa dan lain-lain.




Perbezaan antara andaian Ontologikal Strategi Penyelidikan Induktif dan Strategi Penyelidikan Deduktif :

1. Perbezaan Strategi Penyelidikan Induktif dan Strategi Penyelidikan Deduktif dari ialah dalam Strategi Penyelidikan Induktif, generalisasi atau pernyataan-pernyata an universal yang menyimpulkan tentang hubungan di antara konsep, alam yang tersusun boleh diperihalkan dengan pernyataan-pernyata an universal. Sebagai contoh, penyelidik boleh membuat kesimpulan tentang apa yang berlaku daripada realiti sosial. Manakala Strategi Penyelidikan Deduktif pula menunjukkan bahawa hanya perkara-perkara yang boleh diperhatikan dianggap benar. 



2. Strategi Penyelidikan Induktif menunjukkan hubungan sebab-akibat setiap perkara mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan realiti sosial dianggap terdiri daripada kejadian-kejadian yang mempunyai hubungan sebab-akibat yang kompleks. Manakala Strategi Penyelidikan Deduktif menerangkan realiti sosial dianggap terdiri daripada hubungan-sebab yang kompleks di antara kejadian-kejadian.


3. Seterusnya perbezaan di antara andaian Ontologikal Strategi Penyelidikan Induktif dan Strategi Penyelidikan Deduktif ialah penggunaan deria ditolak dalam andaian Strategi Deduktif kerana dianggap tidak selamat untuk dijadikan asas teori-teori saintifik, walaupun ia bertujuan untuk menyokong atau menyangkal sesuatu jangkaan. Manakala, strategi induktif mementingkan primasi pemerhatian. Strategi ini menganggap bahawa hanya entiti-entiti, komponen-komponen ataupun kejadian-kejadian yang boleh diperhatikan dengan penggunaan deria boleh dianggap benar. 

Tujuan Strategi Penyelidikan Induktif ialah mewujudkan generalisasi universal yang boleh digunakan sebagai penjelasan bercorak.. Pemerhatian merupakan tunggak penting dalam Strategi Penyelidikan Induktif. Pemerhatian berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam realiti sosial. Terdapat enam andaian ontologikal dalam Strategi Penyelidikan Induktif. Andaian-andaian tersebut ialah :




1.) Ketersusunan - 

Konsep ini mengandaikan bahawa alam ini tersusun. Ini bermakna, elemen-elemen atau kejadian-kejadian terkandung dalam dunia ini juga mematuhi order-order tertentu.




2.) Keberasingan kejadian - 

Alam ini juga mengandungi kejadian-kejadian yang berasingan. Dalam konteks realiti sosial, suatu fenomena boleh diungkaikan ke tahap kelompok atau siri kejadian berasingan yang wujud secara bersendiri. Kejadian-kejadian yang berasingan ini juga boleh diperhatikan.




3.) Generalisasi atau pernyataan-pernyata an universal - 

Melalui generalisasi atau kesimpulan tentang hubungan di antara konsep, alam yang tersusun boleh diperihalkan dengan penyataan-pernyataa n universal.




4.) Primasi pemerhatian - 

Hanya entiti-entiti atau kejadian-kejadian yang boleh diperhatikan dengan penggunaan deria boleh dianggap benar. Pemerhatian merupakan suatu kriteria primasi atau asas yang tidak boleh diabaikan. Tunggak ini suatu andaian ontologikal yang penting. Justeru, hanya kejadian-kejadian yang boleh diperhatikan secara empirikal layak dijadikan penyelidikan sains.




5.) Hubungan Sebab-Akibat - 

Realiti sosial dianggap terdiri daripada kejadian-kejadian yang mempunyai hubungan sebab-akibat yang kompleks. Hubungan sebab-akibat ini digambarkan di dalam satu rangkaian hubungan antara konsep. Perkara ini berkaitrapat dengan andaian ketersusunan bahawa alam ini wujud secara teratur dan bukannya secara rawak atau tidak menentu.




6.) Eksternaliti - 

Dalam diskusi sains sosial, sebab-musabab bagi tingkah laku manusia atau realiti sosial dianggap wujud di luar individu. Hal inilah yang diistilahkan sebagai eksterniliti tingkah laku manusia. Dengan erti kata lain, sebab-sebab ini bersifat luaran. Justeru, ia boleh diperhatikan. Oleh sebab eksternaliti ini jugalah, sebab-sebab tersebut boleh dijadikan bahan kajian sains.

Strategi Penyelidikan Deduktif pula diperkenalkan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori yang selebihnya. Strategi Penyelidikan Deduktif juga digunakan bagi menyokong teori yang belum disangkal. Terdapat empat andaian ontologikal dalam Strategi Penyelidikan Deduktif.




 Andaian-andaian ontologikal tersebut ialah :

1.. Alam yang terdiri daripada kejadian atau peristiwa yang berasingan yang boleh diperhatikan.

2. Alam tersusun digambarkan dengan generalisasi tentang hubungan di antara konsep-konsep. 

3. Hanya perkara-perkara yang boleh diperhatikan dianggap benar.

4. Realiti sosial dianggap terdiri daripada hubungan- sebab yang kompleks di antara kejadian-kejadian.

Thanks to Dr.Revanee

No comments:

Post a Comment