“Aku” - Me
Menurut G.H Mead, ini merupakan bahagian dalam diri seseorang yang disosialisasikan, yang mengamalkan norma-norma serta nilai kebatinan dan sentiasa mengambil kisah akan pandangan orang lain.
“I”
Menurut G.H Mead, ia merupakan suatu bahagian sifat dalaman seseorang yang impulsif, kreatif, dan egesentrik.
Adat Resam – Folkways
Norma untuk interaksi yang kasual dan lazim dalam kehidupan manusia; norma yang bukanya bersifat suci tetapi manusia mematuhi dan mengikutinya dengan secara automatic kerana ia telah berakar umbi dalam masyarakat.
Afrosentrisme – Afrocentrism
Satu dominasi pola budaya masyarakat Affrika.
Agama – Religion
Satu institusi social yang melibatkan kepercayaan dan amalan yang bersandarkan kepada konsepsi kudus dan mulia; suatu set kepercayaan dan kelaziman berinstitusi dimana satu kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri kepada apa yang mereka anggap sebagai suci;kudus dan makna kehidupan.
Agama Awam – Civil Religion
Satu pencampuran agama dengan nationalism di mana agama telah memperkukuhkan ideology political dominan sesebuah Negara.
Ageism – Ageism
Prejudis dan diskriminasi terhadap orang tua.
Agen Sosial – Agent of Socialization
Seseorang individu, kumpulan, entity atau organisasi yang mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Agregat – Aggregate
Satu koleksi atau kumpulan manusia yang dengan kebetulanya berada pada tempat dan masa yang sama; seperti orang yang menunggu bas.
Aksi / Tndakan Afirmatif – Affirmative Action
Satu pendekatan untuk member pampas an kepada minority yang telah didiskriminasi oleh polisi terdahulu. Ia dilakukan dengan member mereka program atau peluang pendidikan dan pekerjaan.
Amakudari – Amakudari
Satu pengamalan biasa orang Jepun dari golongan biroratik yang besara dari perkhidmatan kerjaan lalu memegang jawatan yang tinggi di sector korporat.
Analisis Darmaturgikal – Dramaturgical Analysis
Istilah Erving Goffman untuk satu kajian tentang interaksi social yang menbuat perbadingan antara situasi kehidupan seharian dengan persembahan pentas.
Analisis Isi – Content Analysis
Suatu bentuk pemeriksaan yang sistematik terhadap artifak budaya atau kepelbagaian bentuk komunikasi data dan maklumat yang berguna tentang kehidupan social sesebuah masyarakat.
Analisis Lintasan – Path Analysis
Teknik statiskit yang digunakan untuk mendedahkan tabiat dan kekuatan sebab akibat dalam satu set pembolehubah.
Analisis Sekunder – Secondary Analysis
Satu kaedah penyelidikan dimana penyelidik menggunakan data orang lain yang siap terkumpul; kaedah penyelidikan yang digunakan oleh penyelidik dengan menggunakan dan membuat analisa data yang telah tersedia ada yang dikumpul oleh orang lain.
Analogi Organik – Organic Analogy
Perspektif fungsinalis terhadap masyarakat yang menyamakan masyarakat sebagai suatu organisasi hidup.
Andaian Teori - Theoretical Assumption
Idea yang belum diuji, seperti anggap tentang sifat kelakuan manusia atau system sosial.
Animisme – Animism
Kepercayaan bahawa tumbuh – tumbuhan, haiwan atau elemen – elemen asas dalam dunia ini dikurniakan dengan foh yang member kesan terhadap kejadian alam masyarakat.
Anomi – Anomie
Istilah yang digunakan oleh Durkheim untuk satu keadaan dimana masyarakat kurang atau tidak menyediakan bimbingan individu dalam masyrakat; suatu keadaan dimana norma – norma social hilang, menjadi samar atau lemah; satu kerosakan atau keputusan dalam garis panduan social berkenaan betul atau salah bagi tingkahlaku sosial.
Apartheid
Di Afrika Selatan; ia merupakan satu falsafah ulung orang putih yang tertanam dalam sejarah dna agama orang Afrika. Ia juga merupakan satu system yang bertindih dengan undang – undang, pengawalan, dan diwujudkan khusus untuk membezakan ras kulit putih dengan bumiputera.
Aseksualiti – Asexuality
Kecenderungan atau orintasi seks dimana individu tidak berkehendkan teman seks atau tidak merasakan keperluan naluri untuk mengadakan hubungan seks.
Aset sosial budaya – Cultural Capital
Istilah Pierre Bourdieu untuk aset sosial seseorang. Ini termasuklah nilai, kepercayaan, sikap, dan kelayakan dalam bahasa dan budaya.
Asimilasi – Assimilation
Satu proses dimana kumpulan minori akan menerima pola budaya kumpulan dominan secara beransur – ansur; satu keadaan satu proses perhubungan kumpulan dimana eknik dan ras minority diserap oleh budaya dominan manakala perbezaan akan dilupakan atau dihapuskan.
Askripsi – Ascription
Penempatan seseorang ke suatu kedudukan sosial atau kelas yang berasaskan ciri warisan seperti keturunan. Dalam perkataan lain, seseorang itu diletakkan dalam kedudukan system susun lapis disebabkan oleh kualiti yang bersada didalamnya. Contohnya; ras, gender, atau kedudukan kelas atau status ketika dilahirkan.
Thanks to Dr. Reevane &
Prof Madya P.Sundramoorthi
No comments:
Post a Comment