journey without destination

journey without destination

Sunday, February 6, 2011

Remaja, Masalah dan Strategi Pencapaian



1.0 PENGENALAN

Fokus penulisan ini hanya terhadap perkaitan antara remaja dengan strategi-strategi pencapaian, iaitu strategi-strategi untuk mencapai kejayaan dan juga permasalah-permasalahan yang dihadapi. Remaja adalah golongan manusia yang berusia antara 14 - 21 tahun. Remaja mempunyai zaman yang tersendiri, zaman remaja merupakan zaman yang paling mencabar untuk ditempuhi oleh golongan ini. Jika seseorang remaja tidak dapat menhadapi zaman remaja ini dengan baik bermakna dia akan kecundang. Golongan remaja sangat penting di dalam sesebuah negara. Remaja dianggap sebagai tunggak kejayaan sesebuah negara. Sesebuah negara yang bilangan remajanya adalah kurang dan tidak prodaktif berkemungkinan besar nagara tersebut akan menghadapi masalah khususnya dalam jangka masa yang panjang, kerana ada ilmuan pernah berkata jika ingin melihat kejayaan sesebuah negara pada sepuluh tahun akan datang, lihatlah keadaan remajanya pada hari ini. Jika remaja hari ini tidak prodaktif , bermakna mustahil untuk melahirkan negara yang maju di masa akan datang. Bagi negara yang mempunyai bilangan remaja yang lebih ramai, lebih menjamin kemajuan negara tersebut. Namun begitu, tiada gunanya jika remaja yang ramai itu tidak prodaktif  dan hanya akan membawa implikasi buruk pada nagara. Remaja yang ramai mastilah diiringi dengan kebijaksanaan dan kepandaian supaya boleh membawa sesebuah negera ke mercu kejayaan sejagat. Akan tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan remaja seperti yang dinyatakan. Terdapat berbagai masalah dan juga halangan dalam berbagai bentuk yang wajib dihadapi untuk mewujudkan remaja yang berjaya. Strategi-strategi untuk mencapai kejayaan perlu dikuasai oleh setiap remaja supaya sesebuah negara yang majujaya dapat dicapai. Selain itu, remaja juga harus punyai kekuatan untuk menepis segala permasalah yang timbul.






2.0 MASALAH-MASALAH

Setiap individu yang dilahirkan normal akan mempunyai masalah dalam kehidupan. Tidak terlepas juga golongan remaja. Dalam mengecapi kejayaan golongan remaja mesti berhadapan dengan berbagai-bagai masalah, termasuklah masalah dalaman dan juga masalah luaran. Seseorang remaja akan berasa bangga jika permasalahan yang dihadapi dapat diatasi dengan sempurna. Permasalahan remaja ini dapat dibahagikan kepada dua ketogeri iaitu yang pertama masalah dalaman dan yang kedua masalah luaran.

2.1. MASALAH DALAMAN

Masalah dalaman berkaitan dengan persoalan emosi, perasaan dan juga rohani seseorang remaja.

2.1.1 MASALAH EMOSI

Menurut Sigmund Freud pengaruh dalaman sememangnya banyak memberi kesan mendalam terhadap diri seseorang. Bagi anak yang sejak lagi menerima cara asuhan yang terlalu dikongkong oleh ibu bapa, anak ini akan membesar sebagai anak yang suka memberontak. Sebenarnya pemberontakan berlaku akibat dari emosi remaja yang suka dikawal. Mereka kadang-kadang sukar mengawal desakan naluri dalaman hingga kadang-kadang membawa padah pada diri sendiri. Menurut akhbar Harian Metro (17 oktober 2004) mendedahkan bahawa 1.7 juta remaja malaysia menghadapi masalah sakit jiwa. Keadaan ini menunjukkan kepada kita bahawa segelintir remaja sekarang berhadapan dengan keadaan emosi yang kurang stabil dan tidak sihat dari segi mental. Emosi yang tidak stabil menjadikan remaja lebih terdedah kepada pelbagai reaksi dan perlakuan negatif seterusnya usaha untuk mewujudkan remaja yang berjaya tidak berkesampaian.  Strategi untuk mencapai kejayaan tidak dapat dilaksanakan ekoran ketidakstabilan emosi yang dihadapi oleh remaja ini. Kestabilan emosi sangat diperlukan dalam melahirkan remaja yang cemerlang.

2.1.2 MASALAH ROHANI

Moden kini, nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, berkerjasama dan hormat-menghormati yang menjadi kebanggaan warga negara ini semakin terhakis disebabkan batasan kemodenan mengatasi batasan kerohanian. Dalam konteks ini banyak isu yang melibatkan. Misalnya, dalam kes-kes melanggar desiplin sekolah, mengabaikan ajaran agama, terlibat dengan budaya kuning dan sebagainya. Nilai-nilai murni yang dipupuk sejak kecil di sekolah dan di rumah hanya menjadi perhiasan diri. Tayangan filem barat yang tidak bermoral semakin hari semakin menghakis sifat kerohanian remaja kita. Mereka tidak lagi takut untuk melngggar perintah tuhan. Bagi mereka yang kurang berpengetahuaan dalam ilmu agama pula lebih mudah untuk mereka terdedah dengan perlakuan negatif. Mereka terlalu terpengaruh dan lalai sehingga terlupa matlamat utama mereka untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan boleh dibanggakan.pembelajaran sanggup diketepikan demi mengejar keseronokan yang bersifat sementara. Tiada gunanya strategi kejayaan dibuat jika tidak disokong oleh remaja-remaja itu sendiri. Sifat kerohanian ini sangat penting untuk dipupuk kerana dapat mewujudkan remaja yang berjaya. Jika sifat ini dapat dipegang dan diamalkan oleh setiap remaja, tidak menjadi masalah untuk melahirkan remmmaja yang berjaya. Oleh itu, peranan pihak-pihak tertentu sangat diperlukan bagi memupuk aspek kerohanian dalam diri remaja.

2.1.3 MASALAH PERASAAN

            Masalah perasaan merupakan salah satu masalah dalaman yang boleh mengugat kejayaan pelajar. Masalah perasaan melibat kasih sayang serta sokongan daripada pihak-pihak tertentu. Seseorang anak sangat memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada penjaganya iaitu ibu bapa mereka. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan serta selalu lewat pulang ke rumah akan menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang. Padahal seorang anak sangat memerlukan kasih sayang  daripada keluarganaya. Ibu bapa yang terlalu meterialistik dan berfahaman kebendaan akan membuat anak-anak mereka memberontak. Sebenarnya pemberontakan ini hanya untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Jika keadaaan ini berterusan keadaan anak akan menjadi bertambah serius, berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti ponteng sekolah dan melanggar disiplin sekolah dan yang paling penting keadaan pembelajarannya. Anak-anak tersebut akan berasa tidak dihargai dan tiada gunanya jika belajar bersungguh-bersungguh kerana tiada apa yang akan mereka perolehi. Kemudian berlakulah kejatuhan dalam pembelajaran. Sebenarnya ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam hal ni agar anak-anak mereka manghadapi kajayaan dalam pelajaran.

2.2. MASALAH LUARAN

Maslah luaran berkait rapat dengan aspek sosial dan fizikal atau jasmani remaja, masalah luaran ini hanya dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran sahaja.

2.2.1 MASALAH JASMANI ATAU FIZIKAL

Masalah ini tidaklah begitu serius dalam memujudkan remaja yang berjaya. Masalah jasmani atau fizikal merujuk kepada permasalahan luaran remaja. Misalnya perubahan bentuk badan dan nada suara. Perubahan nada suara kepada yang lebih garau menyebaabkan remaja menarik diri dari berinteraksi dengan rakan sebayanya. Keadaan ini menimbulkan kesan terhadap sosialisali dan corak pembelajaran seseprang remaja.  Begitu juga dengan masalah bau badan. Remaja-remaja lain akan cuba menjauhkan diri dari remaja tadi. Seterusnya wujudnya takanan dalam pembelajaran, khususnya pembelajaran berbentuk kumpulan.

2.2.2 MASALAH SOSIAL
Masalah sosial merupakan masalah sejagat yang telah lama melanda genarasi remaja. Masalah ini merupakan salah satu masalah yang paling serius dalam mengugat kajayaan seseorang pelajar. Masalah ini boleh membunuh semangat dan keinginan untuk menuntut ilmu para remaja. Dalam era globalisasi ini banyak sekali berlaku pengekploitasian terhadap ilmu pengetahuan seperti hal-hal yang bersifat pornografi yang boleh membahayakan mental generasi muda kita. Remaja mudah terpengaruh terhadap perkara baru dan trendy misalnya mewarna rambut, memakai anting-anting bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat serius iaitu pengambilan minuman keras, narkotik dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas yang giat dilakukan oleh remaja. Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi ini. Selain itu, teknologi yang semakin canggih ini, mudah mendedahkan golongan remaja kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa. Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.
Masalah sosial juga melibatkan gejala-gajala seperti vendalisma, dadah dan juga gansterisma. Gejala-gejala ini sangat membimbangkan masyarakat dan juga kerajaan. Berbagai usaha telah dilaksanakan untuk membendung masalah ini, namun semakin hari semakin membimbangkan. Remaja-remaja sepatutnya mengelakkan daripada terlibat dengan masalah ini kerana akan mendatangkan kesan yang buruk dalam jangka masa panjang. Keluarga serta pihak-pihak tertentu mestilah memainkan peranan yang sepatutnya. Hal yang demikian kerana keluargalah faktor yang paling mempengaruhi tingkah laku remaja disamping pihak-pihak tertentu. Jika berlaku sedikit pengabaian sudah mencukupi untuk menyebabkan terjerumusnya remaja ke dalam masalah ini. Seterusnya remaja tersebut hilang minat dan kemahuan untuk belajar malahan kejayaan dalam hidup dan pelajaran mustahil untuk dicapai.
Masalah sosial merujuk kepada keadan dan faktor-faktor sosial. Misalnya kemiskinan, kemiskinan merupakan satu masalah yang membelengui golangan remaja khususnya di kawasan desa dan luar bandar. Kemiskinan menyebebkan seseorang itu terpaksa berhenti daripada belajar kerana masalah kewangan. Umpamanya kesuntukan wang ringgit untuk membeli pakaian dan membeli barangan tambahan lain untuk belajar. Tambahan pula keluarga terpaksa menanggung bebanan keluarga yang ramai. Disebabkan faktor-faktor mustahil untuk mewujudkan remaja yang berjaya.

3.0 STRATEGI PENCAPAIAN

Strategi sangat diperlukan untuk mencipta pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan juga aspek kehidupan. Fokus di sini hanya diberi kepada strategi pencapaian dalam akademik (strategi belajar) pelajar atau remaja iaitu cara atau faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan remaja. Strategi sangat penting untuk mengapai kejayaan. Kejayaan akan mudah dicapai jika diiringi dengan strategi yang baik dan sistematik.
Terdapat banyak strategi belajar untuk membuahkan hasil yang baik. Strategi belajar antara seseorang pelajar dengan yang lain pada asasnya sama tetapi kejayaan setiap strategi yang digunakan tidak semestinya sama. Secara umumnya terdapat dua strategi yang sering digunakan pelajar semasa proses belajar dijalankan iaitu belajar secara berkumpulan dan belajar secara individu. Dalam hal ini, terdapat di kalangan pelajar yang menggunakan kedua-dua strategi ini dalam suatu masa. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya ruang untuk belajar secara berkumpulan ini sukar diperoleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan umpamanya kedudukan rumah yang berjauhan, sukar mencari rakan yang ingin menyertai kumpulan dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Bagi pelajar asrama masalah ini tidak begitu ketara kerana kesempatan tersebut boleh diperolehi dengan mudah.

3.1 PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU

Pembelajaran secara individu merupakan pilihan utama di kalangan pelajar yang tidak berpeluang melaksana pembelajaran secara secara berkumpulan. Strategi ini merupakan peluang bagi pelajar melaksana tanggungjawab secara bersendirian dan mengawal kelancaran pembelajaran masing-masing. Seseorang pelajar itu mesti merancang dengan baik bahan yang ingin dipelajari. Kualiti atau hasilan belajar secara individu amat bergantung rapat kepada bahan atau sumber yang digunakan.  Sumber atau bahan yang tidak mencukupi akan mengurangkan kefahaman atau penguasaan sesuatu konsep atau topik yang dipelajari. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah buku teks sebagai rujukan utama, nota yang disediakan guru, buku rujukan tambahan dan soalan-soalan yang boleh meningkatkan daya kefahaman masing-masing. Bahan atau sumber yang mencukupi membolehkan seseorang pelajar membuat nota ringkas yang sistematik dan membuat latihan-latihan yang bersesuaian tentang sesuatu tajuk yang dipelajari. Selain itu, seseorang pelajar itu mestilah memilih soalan yang seakan-akan sama dengan soalan peperiksaan sebenar. Sebagai panduannya, soalan-soalan latihan tersebut seakan-akan sama dengan soalan tahun-tahun lepas dari perspektif bentuk soalan, kata kunci soalan, gambarajah dan sebagainya seterusnya membolehkan seseorang pelajar itu bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar dan dapat mencapai target yang tinggi.
Konsep yang betul, umpamanya dari peringkat mudah ke peringkat susah atau dari konsep asas kepada konsep yang lebih kompleks.  Dalam konteks mata pelajaran yang lebih teknikal seperti mata pelajaran Sains, Prinsip Akaun, Geografi dan sebagainya penggunaan istilah dan konsep yang betul di samping laras bahasa mata pelajaran tersebut perlu dikuasai supaya makna yang diberikan dapat difahami dengan tepat. Seseorang pelajar tidak boleh memulakan unit yang baru selagi tidak menguasai unit yang awal. Hal ini kerana setiap unit yang dibaca ada kaitan di antara satu dengan unit yang lain.  Kesabaran dan ketekunan untuk menguasai setiap unit membolehkan seseorang itu dapat memahami dengan tepat apa yang dipelajari dan sekiranya terdapat masalah dalam unit yang dibaca seseorang pelajar itu perlu merujuk  kepada unit yang sebelumnya.

3.2 PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN

            Teknik pembelajaran berkumpulan lebih memberikan manfaat jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu, teknik pembelajaran ini melibatkan beberapa orang individu yang saling bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Nota-nota dapat dikongsi bersama. Contohnya, setiap individu menulis nota yang berlainan kemudian membahagikan nota-nota tersebut kepada rakan-rakan yang terlibat. Begitu juga dengan bahan rujukan, setiap individu di dalam kumpulan tersebut mempunyai bahan-bahan rujukan dan bacaan yang berlainan, lebih banyak bahan bacaan dan dari penulis yang berlainan bermakna lebih banyak idea yang diperolehi. Situasi ini akan dapat memaksimakan pengetahuaan pelajar di samping dapat menjimatkan masa. Masa yang selebihnya dapat digunakan untuk mempelajari subjad-subjad yang lain. Teknik pembelajaran secara berkumpulan memang sangat sesuai diperaktikkan ketika menghadapi peperiksaan. Hal yang demikian kerana, disaat-saat peperiksaan masa amat terhad dan kebarangkalian untuk mengulangkaji semua subjad secara berseorangan adalah rendah. Jika dilakukan secara berkumpulan, kemungkinan untuk mengulangkaji semua subjad adalah tinggi, apabila belajar secara berkumpulan pemindahan data berlaku dengan lebih besar dan cepat. Hal ini kerana kesemua yang terlibat akan mengemukakan idea-idea yang mereka fahami. Justeru itu, semua pelajar lain dapat memahami apa yang dikemukakan tadi. Jika lima orang pelajar mengemukakan idea-idea yang berlainan bermakna sudah banyak benda yang dipelajari dalam satu masa yang singkat.

3.3 KAEDAH-KAEDAH BELAJAR

Untuk mencapai kejayaan pelajaran sangatlah penting pada dunua sekarang. Namun pembelajaran mestilah diiringi dengan stratagi yang berkesan supaya apa yang dipelajri dapat difahami dan diingati.  Strategi-strategi pembelajaran perlu didedahkan kepada pelajar agar pelajar tersebut memperoleh kepuasan maksima terhadap apa yang dipelajari.
Salah satu strategi pembelajaran yang berkesan ialah mengambil nota. Kebanyakan sistem pembelajaran sekarang menggunakan kaedah syarahan. Oleh itu teknik pengambilan nota perlu diberi perhatian serius agar ianya bermanafaat dan memberi kesan yang sepenuhnya. Penggunaan buku nota yang sesuai sangatlah penting dalam hal ini, selain itu, duduk di bahagian hadapan dapat memaksimakan apa yang diajar. Penggunaan ringkasan perkataan merupakan perkara yang paling asas dan yang paling penting dalam pengambilan nota. Kerana untuk menulis 100% apa yang diajar adalah mustahil kerana pensyarah bercakap laju dan pelajar mungkin hilang tumpuan terhadap contoh-contoh penting yang diberi semasa kuliah.
Seterusnya penggunaan peta minda. Seseorang itu perlulah membuang tabiat menulis ayat-ayat yang kerana dalam penggunaan peta minda hanya konsep-konsep dan contoh-contoh ringkas yang diperlukan. Penggunaan kaedah ini lebih cepat dan mudah difahami berbanding kaedah penulisan nota. Namun begitu, setiap teknik ada kelebihan sendiri.

3.4 MOTIVASI
Motivasi merupakan sesuatu yang merangsang, menarik dan mengekalkan minat seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu sama ada matlamat itu untuk berjaya, mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya.  Motivasi juga merupakan suatu usaha yang mengerakkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan, peranan ibu bapa sangat penting dalam memotivasikan anak-anaknya. Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran.  Pelabagi bentuk ganjaran boleh diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh dan juga terhadap usaha yang diberikan.  Ganjaran yang dimaksudkan ialah seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas dan sebagainya.  Ganjaran yang berkesan mampu menjana motivasi anak atau pelajar.  Dengan ini, anak-anak akan merasa dirinya disayangi dan dihargai sekaligus dapat memotivasikan dirinya ke arah kecermalangan dari segi pembelajaran dan kehidupan. Selain itu nasihat juga sebahagian daripada motivasi. Nasihat secara berterusan akan dapat mewujudkan motivasi kendiri yang tebal dalam diri remaja.
Selain ibu bapa guru juga berperanan dalam memotivasi pelajarnya. Guru adalah orang  yang paling rapat dengan pelajar selepas ibu bapanya.  Dengan ini, guru mestilah memberi perhatian kepada minat dan keperluan setiap pelajar.  Aktiviti kaunseling juga haruslah diadakan bagi merancang minat dan keperluan pelajar serta menentukan matlamat dengan jelas supaya pelajar mengambil bahagian dengan aktif dan mengetahui tujuan pembelajaran yang sebenar. Sebagai orang yang paling rapat dengan pelajar guru haruslah membantu pelajar supaya mereka berjaya dan yakin dengan memberitahu tentang kemajuan pelajar dengan jelas serta memuji pelajar jika perlu.  Dengan cara ini ia akan dapat menaikkan semangat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.  Guru juga haruslah memberi latihan dan bahan daripada konteks dan kehidupan sebenar supaya pelajar dapat merasakan kerja mereka berfaedah dan memperoleh pencapaian yang sebenar.  Berdasarkan konsep ini juga guru dapat mengajar pelajar supaya mempunyai motivasi yang tinggi dan menjadi pendorong kepada pelajar. Sebagai seorang guru hendaklah sentiasa berinteraksi dengan pelajar iaitu dengan cara memahami dan merapatkan diri dengan pelajar.  Dengan ini, para pelajar merasakan diri mereka dihargai dan sekaligus dapat memotivasikan diri mereka
Selain ibu bapa dan guru, seseorang itu perlu memotivasikan diri mereka sendiri. Sebenarnya pelajar itu sendiri memainkan peranan yang paling penting dalam memotivasikan diri sendiri. Minat terhadap sesuatu akan membuatkan seseorang itu berusaha bersungguh untuk mendapatkannya. Keadaan ini akan memotivasikan diri pelajar itu sendiri supaya berusaha bersungguh untuk mendapatkannya. Selain itu, seorang pelajar perlu berani dan tidak takut pada kegagalan. Misalnya kegagalan dalam peperiksaan. Seseorang itu juga perlu menganggap kegagalan sebagai langkah untuk mengapai kejayaan. Seseorang yang pernah gagal akan belajar daripada kegagalan itu seterusnya memotivasikan dirinya sendiri untuk tidak gagal lagi seterusnya berjalan menghadapi kejayaan,. Selain itu, pakar-pakar psikologi perlu dirujuk jika berdepan dengan masalah yang tidak dapat dihadapi seorang diri. Perjumpaan dengan pakar psikologi akan dapat meningkat tahap motivasi dalam diri seseorang pelajar. Segala nasihat dan tunjuk ajar perlulah didengar dan dihayati oleh seorang pelajar agar sebarang masalah yang sama tidak berlaku lagi seta dapat meningkatkan kejayaan di dalam pelajaran.


4.0 PENUTUP

Remaja merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara. Oleh itu, usaha-usaha perlulah dilakukan bagi mewujudkan satu golongan masyarakat yang yang berjaya iaitu remaja yang berjaya. Hal ini tidak melibatkan satu pihak sahaja, malah semua peringkat masyarakat dan juga institusi kerajaan malah swasta juga turut terlibat dalam mencari penyelesaian masalah ini. Masalah ini mustahil untuk diselesaikan jika semua pihak yang terlibat tidak bersatu untuk menyelesaikan masalah ini. Jika berlaku kegagalan dalam menyelesaikan masalah ini, tidak siapa pun boleh menuding jari mencari kesalahan pihak lain. Malah kegagalan itu dijadikan iktibar dan pengajaran untuk menyelesaikan masalah ini pada masa hadapan. Jika semua bersatu padu untuk menyelesaikan masalah ini tidak mustahil suatu hari nanti masalah ini dapat diselesaikan. Seterusnya usaha untuk mewujudkan remaja yang berjaya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Strategi-strategi untuk mencapai kejayaan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta masalah-masalah dan halangan dapat diselesaikan seterusnya wujudlah golongan remaja yang berjaya dalam kehidupan dan juga akademik.


 Thanks to Mohd Fairul Anuar and Prof. Madya P. Sondramorthi

No comments:

Post a Comment