journey without destination

journey without destination

Sunday, February 6, 2011

Cara Menyusun Rujukan Esei atau Tesis Yang Betul


Berikut ialah beberapa cara menyusun rujukan.

Buku
Nama penulis, tahun, Tajuk buku, penerbit, tempat diterbitkan.
Contoh: Preston, P.W. (1996) Development Theory: An Introduction, Blackwell Publishers: Oxford

Bab dalam buku
Nama penulis, ‘Tajuk bab’, dlm. nama penyunting buku, (peny.), Tajuk buku, tempat diterbitkan, penerbit, tahun, halaman bab.
Contoh: Ranis, G. (1984) ‘Changes in Development Theory’, dlm. G. M. Meier (peny.), Leading Issues in Economic Development, edisi ke-4, Oxford University Press: New York, hal. 123 – 128

Artikel jurnal atau majalah
Nama penulis, tahun, ‘Tajuk artikel’, Tajuk jurnal/majalah, jilid, nombor, halaman artikel.
Contoh: Tipps, D. (1973) ‘Modernization theory and the comparative study of societies: a critical perspective’, Comparative Studies of Society and History, jld. 15, no. 2, hal. 199 – 226 
Artikel akhbar
Nama penulis, tahun, ‘Tajuk artikel’,  Nama akhbar, tarikh.
Contoh: Anis Ramis (1999) ‘Masalah Etnik di Pusat Pengajian Tinggi’, Utusan Malaysia, 23 Jun 1999. 
Artikel Internet
Nama penulis, tahun, ‘Tajuk artikel’, Nama dan/atau url punca, tarikh.
Contoh: Khoo Boo Teik (1999) ‘Not about Race, Religion or Riots’, http://www.malaysiakini.com, 29 November 1999 
Kertas persidangan
Nama penulis, tahun, ‘Tajuk kertas’, tema persidangan, penganjur, tempat, tarikh persidangan.
Contoh: Khoo Boo Teik (1998) ‘Economic Nationalism and its Discontents: Malaysian Political Economy After July 1997’, Paper presented at the Conference, From Miracle to Meltdown: The End of Asian Capitalism?, Asia Research Centre, Murdoch University, Fremantle, 20 – 22 August 1998

Mengulangi rujukan
Ulangan penulis/buku/artikel/halaman yang sama: gunakan ibid.
Ulangan penulis/buku/artikel yang sama tetapi halaman berlainan, gunakan ibid., hal.
Nota kaki
Setiap cara menyusun rujukan di atas boleh digunakan bersama-sama nota kaki. Tandakan nota kaki dengan nombor dan ‘superscript’ pada pertengahan atau hujung ayat, mengikut perkara yang dirujuk. (Program word processing kini biasanya menyusun nota-nota kaki secara automatik.)

Contoh: ‘The economists, by dint of their refusal to see that economic choices are practicable only if the political and social compromises that they imply are acceptable, are encouraging a utopian economism.’1

1 Samir Amin, ‘Replacing the International Monetary System’, Monthly Review, jld. 45, no. 5, 1993, hal. 1 – 12. 

Petikan

Petikan kurang daripada 40 perkataan: gunakan sebagai sebahagian teks, dan ditandakan dengan nota kaki yang memberi rujukan penuh.
Contoh: Hal ini terus berlaku kerana ‘there cannot be good capitalists, only more or less bad ones, since it is in the nature of the capitalist to appropriate surplus value extorted from the proletarian’.15

Petikan melebihi 40 perkataan: ceraikan petikan daripada teks, aturnya ditengah muka surat, dan, jika perlu atau elok, gunakan font lebih kecil.
Contoh: Langkah-langkah tersebut merupakan

the simplest and least costly measures to increase food production, to provide sanitation facilities and to increase their utilization, generally to supply pure water, and also as far as possible to improve health care, particularly for poor families, and to give their children somewhat more of better schooling.23

Petikan dalam bahasa asing
Terjemahkannya kepada Bahasa Malaysia. Jika perlu, supaya menjamin tafsiran maksud yang tepat, masukkan petikan asal sebagai nota kaki. 
Bibliografi
Bibliografi ialah senarai segala rujukan yang terkandung dalam esei. Masukkan bibliografi pada hujung esei. Senarai disusun secara abjad berasaskan nama keluarga atau nama utama pengarang, diikuti nama lain, dan rujukan penuh. Sebagai contoh:

Donaldson, P. (1986) Worlds Apart: the development gap and what it means, Penguin Books: Harmondsworth

Khoo Boo Teik (1998) ‘Economic Nationalism and its Discontents: Malaysian Political Economy After July 1997’, Paper presented at the Conference, From Miracle to Meltdown: The End of Asian Capitalism?, Asia Research Centre, Murdoch University, Fremantle, 20 – 22 August 1998

Meier, G. M (1995) Leading Issues in Economic Development, edisi ke-6, Oxford University Press: New York

Seers, D. (1973) 'The Meaning of Development' dlm. K.C. Wilber (peny.),  The Political Economy of Development and Underdevelopment, Random House: New York,  hal. 6 – 14

Tipps, D. (1973) ‘Modernization theory and the comparative study of societies: a critical perspective’, Comparative Studies of Society and History, jld. 15, no. 2,  hal. 199 – 226

5          Masalah utama esei

  1. Tiada pendahuluan atau rumusan – esei seolah-olah tergantung

  1. Tiada perbahasan – esei menyerupai laporan

  1. Tiada perbahasan sistematik – terkeliru atau kurang memikir

  1. Tiada perbahasan sendiri – esei menyerupai ringkasan karya lain

  1. Esei yang terlalu pendek – petunjuk kekurangan usaha

  1. Esei yang terlalu panjang – petunjuk kekurangan disiplin dan organisasi

  1. Menciplak, meniru atau memetik tanpa rujukan – dosa intelektual yang paling serius

  1. Rujukan tidak lengkap diberi tanpa disenaraikan dalam bibliografi

  1. Merujuk penulis yang dirujuk oleh penulis lain tanpa memberi rujukan yang jelas

  1. Tidak banyak merujuk atau hanya merujuk kepada nota kuliah – bukti tidak membaca dengan luas

  1. Merujuk sumber popular sehaja – bukti kekurangan penyelidikan.
Thanks to Dr. Salfarina

4 comments:

  1. thank for information sgt berguna utk saya..saya buat esei..saya buat esei tapi tidak complete tentang rujukan dan bibliografi

    ReplyDelete
  2. ok, moge berjaya menyiapkan esei....:D

    ReplyDelete
  3. Aslm.. Terima kasih. banyak membantu saya dlm penulisan rujukan bagi proposal research saya. Terima kasih!~

    ReplyDelete