journey without destination

journey without destination

Monday, May 16, 2011

Apa itu Local Agenda 21


Pengenalan
            Secara umumnya Local Agenda (LA 21)  atau Agenda 21 adalah merupakan satu dasar mikro kearah merealisasikan pembangunan mampan atau pembangunan lestari. Secara khususnya Local Agenda 21 atau Agenda Tempatan 21 adalah merupakan satu program yang dibuat untuk menubuhkan satu perkongsian antara pihak berkuasa tempatan iaitu yang terdiri daripada Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya, masyarakat dan syarikat perniagaan yang terdiri daripada sektor swasta untuk membincangkan, mendapat kata sepakat, merancang seterusnya bertindak terhadap isu- isu pembangunan mampan yang mempengaruhi kehidupan.

            Secara asasnya, Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di Rio de Janeiro yang diadakan pada bulan Jun 1992 oleh Persidangan Bangsa- bangsa Bersatu yang membincangkan atau  telah berkisar mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan atau lebih dinamakan juga sebagai United Nations Conference On Environmet and Development (UNCED) yang sebagai hasilnya telah mentuskan Agenda Tempatan 21, dimana angka 21 adalah merujuk kepada abad 21.

            Melalui persidangan Earth Summit pada tahun 1992 ini sebanyak lima dokumen penting telah dihasilkan. Dokumen ini telah menerangkan lima perkara iaitu yang pertama pengisytiharan rio mengenai ala sekitar dan pembangunan,  yang kedua ialah Agenda tempatan 21, ketiga persetujuan kepelbagaian Biologi, keempat rangkakerja persetujuan mengenai perubahan iklim dan yang kelima ialah prinsip- prinsip hutan.

            Melalui Agenda Tempatan 21, masyarakat tempatan dilibatkan dalam aktiviti- aktiviti pelaksanaan local Agenda 21 yang menjurus kearah pembangunan mampan. Hal ini termaksuklah mengenalpasti dan mengkaji pelbagai isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu – isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirangka secara bersama tersebut. Secara tepatnya Local Agenda 21 adalah merupakan satu pelan yang berkaitan pembangunan alam sekitar yang menekankan pembangunan lestari sebagai agendanya.

            Sebagai salah sebuah negara dari 178 negara yang telah menandatangani  Agenda tempatan 21 malaysia merupakan negara yang komited dalam melaksanakan dasar tersebut dengan menggunakan pendekatan “bottom- up” iaitu pendekatan yang menekankan peringkat akar umbi penduduk rakyat Malaysia. hal ini bermaksud rakyat turut terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut yang merupakan program tindakan pembangunan mampan ialah program seluruh negara.

Penyertaan  Agenda Tempatan 21 di Malaysia merupakan satu langkah yang positif kearah pembangunan mapan. Objektif yang terkandung dalam dasar mikro ini termasuklah yang pertamanya ialah mendedahkan masyarakat yang terdiri daripada orang awam, pengguna, Badan Bukan Kerajaan, persatuan penduduk, professional media massa dan wakil masyarakat lain kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.

Objektif Local Agenda adalah turut menjelaskan bahawa tanggungjawab melaksanakan pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama yang melibatkan rakan- rakan usahasama dalam Local Agenda 21 iaitu sektor swasta yang merangkumi Industri dan syarikat perniagaan, pihak berkuasa tempatan yang merangkumi Dewan atau Majlis perbandaran, Majlis Daerah dan jabatan-jabatan kerajaan lain yang berkenaaan serta masyarakat.

Seterusnya Agenda Tempatan 21 turut mempunyai objektif merumuskan strategi dan pelan tindakan. Pada masa yang sama objektif Agenda Tempatan 21 turut melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek- projek pembangunan mampan yang secara khususnya menekankan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Secara ringkasnya ciri- ciri agenda tempatan 21 ialah menangani keperluan ekoomi, sosial dan alam sekitar bersama.  Ciri – ciri lain agenda tempatan 21 turut merumuskan wawasan masa hadapan yang mampn berdasarkan kesepakatan(concensus), melibatkan masyarakat tempatan, mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak- pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini, merumuskan pelan tindakan dengan sasaran- sasarn tertentu, seterusnya mewujudkan rangkai kerja pemautan dan laporan pekembangan projek, merumuskan petunjuk- petunjuk dan yang keterakhirnya melaksanakan aktiviti- aktiviti dan program- program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telahdirumuskan.
Pembangunan Mampan
Melalui penerangan yang sebegini, dapat diringkaskan bahawa Local Agenda adalah merupakan dasar mikro yang menekankan mengenai pembangunan lestari atau kini lebih dikenali sebagai pembangunan mampan, dimana secara umumnya pembangunan mampan adalah merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan- keperluan sosial dan alam sekitar. Seperti mana yang kita tahu, konsep pembangunan mampan mula dicetuskan pada awal 1960an – 1970an dimana kredibiliti dan kerelevenan pembangunan lazimdipersoalkan. Manakala kesedaran sejagat bahawa pentingnya persoalan mengenai alam sekitar digambarkan oleh Persidangan Bangsa- Bangsa Bersatu(UNICED) di Rio de Janeiro pada Jun 1992.

 Secara umumnya pemuliharaan alam sekitar manejadi bahagian penting dalam pembangunan, pembangunan ekonomi yang tidak terkawal akan meninggalkan palbagai masalah keatas alam sekitar seperti kemusnahan dan kepupusan sumber asli. Pembangunan mampan atau mampu bertahan didefinasikan sebagai pembangunan yang memenuhi aspek- aspek sosial, ekonomi,dan budaya. Pada masa yang sama pembangunan mampan juga merupakan pembangunan  berterusan untuk menjamin keselesaan hidup masyarakat di bumi ini. Pembangunan yang dapat memenuhi keperluan ekonomi dan sosial semua dan pada masa yang sama melindungi dan memelihara alam sekitar.

Hasil daripada itu, laporan Bruntland telah mendefinisikan pembangunan mampan sebagai pembangunan yang memenuhi keprluan generasi kini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Pada masa yang sama World’s Comission On Environment ( WECD) telah mendefinasikan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi pada masa kini, tanpa mengabaikan kepentingan generasi akan datang dalam memenuhi keperluan mereka kelak.

Pembangunan mampan diadakan bagi meningkatkan kualiti dan kesedaran hidup semua lapisan masyarakat melalui kerjasama, menggalakkan penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbangkan idea secara muafakat, dan pembangunan mampan turut menekankan konsep perkongsian tanggungjawab menjaga kampung halaman, bak kata pepatah, “dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung”.

Persoalannya disini apakah tujuan konsep pembangunan mampan diperkenalkan.  Permbangunan mampan melalui Local Agenda 21 yang menjuruskan penglibatan dan penyertaan masyarakat( community participation) serta pendekatan “Bottom- up” adalah bertujuan meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup semua lapisan masyarakat melalui kerjasama dan menggalakkan penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbang idea secara muafakat dan menggalakkan perkongsian tanggungjawab.

Jadi, dalam hal ini masyarakat memainkan peranan menyertai aktiviti kemasyarakatan secara aktif. Pada masa yang sama masyarakat juga perlu saling tegur menegur secara membina supaya setiap tindakan yang dibuat dapat diperelok dan dioerkemas dari semasa ke  semasa. Dalam kontek ini kawasan persekitaran hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan sentiasa mengamalkan nilai- nilai hidup sihat. Hal ini turut menekankan kepekaan kepada isu- isu disekeliling masyarakat tersebut dan bertindak secara tepat dan bijak.


Agenda Tempatan Malaysia
            Local Agenda 21 mempunyai bahagian- bahagian tertentu yang kesemuanya adalah empat bahagian. Secara keseluruhannya bahagian pertama Agenda tempatan 21 mengandungi perkara yang berkait dengan dimensi sosial dan ekonomi. Dimensi dalam bahagian pertama ini menyenaraikan kerjasama antarabangsa untuk mempercepatkan pembangunan mapan di negara membangun dan dasar setempat, memerangi kemiskinan. Dimensi ekonomi juga turur menekankan perubahan corak keperluan selaras dengan pembangunan ekonomi mampan.

                 Seterusnya dimensi ini turut menekankan demografi iaitu kependudukan  dinamik selaras dengan penyasaran penduduk Malaysia seramai  70 juta, melindungi dan mempertingkatkan kesihatan manusia, meningkatkan pembangunan, penempatan manusia yang mampan, dan terakhir dalam dimensi ini ialah menyatupadukan alam sekitar dan pembangunan dalam membuat keputusan.
            Bahagian ke dua dalam Agenda Tempatan 21 ialah dimensi pemuliharaan dan pengurusan sumber untuk pembangunan. Dimensi ini menyenaraikan pendekatan bersepadu kepada perancangan dan pengurusan sumber tanah, memerangi penebangan hutan, mengurus ekosistem yang mudah terjejas dengan memerangi penggurunan dan kemarau, menggalakkan pertanian mampan dan pembangunan luar bandar, pemuliharaan kepelbagaian Biologi, perlindungan lautan yang merangkumi haiwan terlindung dan haiwan tak terlindung, dan kawasan pantai. Dimensi ini turut menekankan pemeliharaan kualiti dan bekalan sumber air tawar yang menekankan aplikasi kaedah bersepadu bagi pembangunan, pengurusan dan penggunaan sumber air serta pengurusan buangan berbahaya termasuklah pencegahan haram, pergerakan buangan berbahaya yang sesuai mengikut kehendak alam sekitar.

           Penekanan dimensi ini turut menjuruskan pengurusan buangan bahan berbahaya yang baik dari segi alam sekitar , pengurusan sisa pepejal dan isu berkaitan dengan kumbahan yang bersesuaian mengikut kehendak alam sekitar dan juga pengurusan buangan radioaktif yang selamat dan baik dari segi alam sekitar.
            Seterusnya   bahagian ketiga dalam dasar makro ini ialah memperkukuhkan peranan kumpulan utama. Dimensi ini menyerlahkan tindakan sedunia untuk wanita kanak- kanak dan belia kearah pembangunan setara dan mampan. Mengiktiraf dan memperkukuhkan peranan penduduk pribumi dan masyarakat lain, memperkukuhkan peranan pertubuhan bukan kerajaan, memperkasakan usaha pihak berkuasa tempatandalam menyokong agenda tempatan 2. Dimensi ini turut memperkukuhkan peranan pekerja dan kesatuan sekerja, memperkasakan peranan perniagaan dan industri, masyarakat saintifik dan teknologi dan memperkukuhkan peranan petani.
            Manakala pada bahagian ke empat,isi kandungan yang tekandung Local Agenda 21 telah memaparkan kaedah pelaksanaan agenda tempatan itu sendiri. Dimensi ini menekankan sumber kewangan dan mekanismenya, pemindahan teknologi sesuai mengikut alam sekitar, kerjasama dan pembinaan keupayaan. Dimensi ini turut menekankan sains untuk pembangunan mampan, mempertingkatkan pendidikan, kesedaran alam sekitar. Dimensi ini juga menekankan mekanisme antarabangsa.

Prinsip-prinsip Agenda Tempatan Malaysia 21

            Agenda tempatan 21 yang melibatkan peranan bersama dan menekankan penglibatan secara “bottom- up”iaitu akar umbi, Local Agenda 21 adalah berteraskan prinsip- prinsip penyertaan dan ketulusan iaitu melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa tempatan, dan jabatan –jabatan kerajaan lain dalam semua program agenda tempatan 21. Dalam hal ini maklumat tentang program Agenda tempatan 21 mestilah sentiasa terbuka kepada syarikat tempatan.

            Agenda tempatan 21 turut berteraskan kepada prinsip usahasama, dimana kearah mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak bekepentingan disemua peringkat program agenda Tempatan 21. Pada  masa yang sama agenda tempatan 21 turut berteraskan prinsip kebertanggungjawaban iaitu memastikan bahawa semua pihak berkepentingan disemua peringkat program agena tempatan.
            Prinsip Local agenda 21 turut berpaksikan kepada pendekatan menyeluruh iaitu menangani punca masalah- masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. Prinsip seterusnya ialah peka kepada keupayaan iaitu memastikan bahawa corak hidup pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar.
            Prinsip seterusnya ialah kesaksamaan iaitu  memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, dapat membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan , taraf sosio ekonomi, atau latarbelakang, diwakili dalam program agenda tempatan. Pada masa yang sama agenda tempatan 21 turut mementingkan masa hadapan iaitu memastikan bahawa kepentingan masa kini dan lebih- lebih lagi kepentingan masa hadapan diambil kira pada semua peringkat program agenda tempatan 21. Manakala prinsip agenda tempatan yang terakhir ialah prinsip hasil yang nyata dimana setiap usaha perlu membuahkan hasil  yang nyata supaya proram agenda tempatan dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.


Kaedah Pelaksanaan Agenda Tempatan 21
            Projek perintis agenda tempatan dimalaysia dimulakan pada tahun 2000 melalui projek perintis local agenda 21 Majlis Pelaksanaan Program Local Agenda 21 di Malaysia  yang melibatkan empat buah pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Petaling Jaya( MBPJ), Majlis Bandaraya Miri (MBM), dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Projek perintis ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan Kerjasama Unit Perancangan Ekonomi(EPU), Jabatan Perdana Menteri dan United Nations Development Programmes (UNDP).
            Hal ini bermaksud setiap negeri akan mempunyai program atau aktiviti Agenda tempatan tersendiri. Secara umumnya   kaedah pelaksanaan local agenda 21 merangkumi kaedah pertama iaitu wawasan masyarakat iaitu membentuk satu wawasan bersama masyarakat melalui bengkel atau seminar.
            Kaedah pelaksanaan yang seterusnya ialah usahama.  Usahasama merupakan satu kaedah dimana satu penubuhan jawatankuasa local agenda 21 dibina. Manakala kaedah yang seterusnya ialah mengkaji mengenai isu melibatkan masyarakat dimana proses mengenalpasti isu-isu tempatan berdasarkan wawasan masyarakat yang telah dibentuk bersama masyarakat belaku didalam kaedah ini.
        
                        Kaedah ke empat ialah merumus pelan tindakan. Dalam kaedah ini persetujuan ramai diperlukan dalam penetapan objektif, sasaran dan langkah- langkah yang diambil. Hasilnya, pada kaedah yang kelima iaitu pelaksanaan dan pemantauan akan dibuat. Dalam kaedah ini pelan tindakan melalui program- program dan projek yang dipersetujui akan dilaksanakan melalui usahasama yang kuat. Dalam kaedah ini juga aktiviti dan perkembangan akan dipantau dari semasa ke semasa. Kaedah yang terakhir iaitu yang keenam ialah penilaian dan maklum balas dimana petunjuk- petunjuk akan dinilai, dalam kaedah yang terakhir ini juga hasil pelan tindakan akan diumumkan.


Dalam kontek Majlis Daerah Kerian perak, beberapa cadangan aktiviti telah disenaraikan iaitu pelan tindakan kesedaran awam dan pendidikan iaitu program pembangunan mampam, pertandungan lanskap peringkat sekolah dengan bertemakan bahan- bahan terpakai, program gaya hidup sihat, dan juga ekplorasi ilmu. Program tindakan ini telah melibatkan jawatankuasa local agenda, jabatan perpaduan, tadika yang terpilih dan Jabatan kemajuan masyarakat( KEMAS), Jabatan Pendidikan Daerah, sekolah- sekolah daerah Kerian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Belian Dan Sukan dan kelab motosikal Kerian.

Pelan seterusnya ialah pelan  tindakan kebersihan dan pengindahan. Pelan ini menyenaraikan  aktiviti- aktiviti seperti program halaman sihat masyarakat sejahtera,  program pengurusan sisa pepejal dan program bumi hijau. Program- program ini telah melibatkan jawatankuasa  alam sekitar, hospital dan klinik Daerah Kerian, Prostar iaitu Program sihat Tanpa Aids Untuk remaja, Jabatan Alam sekitar indah water Consortium, orang awam, dan juga sekolah- sekolah Daerah Kerian.
Pelan pelaksanaan seterusnya ialah  Pelan tindakan Kerian Cares dan pelan tindakan semangat muhibah dan integrasi kaum yang merangkumi program masih ada yang sayang dan program pembasmian kemiskinan. Program- program ini telah melibatkan jawatankuasa kemiskinan dan perumahan agenda 21, Majlis Daerah Kerian, Ahli Parlimen Parit Buntar, jabatan Kerja Raya, dan hospital serta klinik daerah.



Faedah dan Kelemahan Pelaksaan Agenda Tempatan 21

Agenda tempatan 21 merupakan satu program tindakan kearah pembangunan mampan global dan menyumbangkan faedah kepada sama ada kepada individu, persatuan atau syarikat, dan juga wakil kerajaan. Penyertaan sebagai individu dalam pelaksanaan atau aktiviti agenda tempatan 21 meningkatkan kualiti hidup dengan pengambil kiraan pendapat dalam perancangan dan pelaksanaan program- program untuk meningkatkan kualiti hidup individu.
Pada masa yang sama pihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan- keperluan individu. Hal ini akan meningkatkan kualiti hidup yang lebih tinggi hasilnya daripada peningkatan kualiti alam sekitar. Secara tidak langsung satu perasaan bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar dapat dipupuk dan dibina dikalangan individu atau masyarakat.
Faedah seterusnya, sebagai persatuan atau syarikat,  imej pertubuhan sebagai sebuah badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan- keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain akan meningkat. Selain itu, penglibatan syarikat- syarikat akan melancarkan perjalanan program- program lain yang direncanakan. Pada masa yang sama peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar dikawasan tertentu juga akan wujud. Hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada syarikat- syarikat tempatan untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Sebagai pihak kerajaan, persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan akan terbentuk, sekaligus akan meningkatkan sokongan masyarakat kepada program- program akan membawa manfaat kepada semua. Pada masa yang imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik akan meningkat.
Walau bagaimanapun terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan agenda tempatan 21. Salah satunya keciciran penglibatan dari pihak –pihak tertentu iaitu seperti masyarakat atau syarikat- syarikat. Pada masa yang sama kurangnya kesedaran turut menjadi penyumbang kearah kegagalan program - program yang terkandung dalam local agenda. Local agenda yang menetapkan pembangunan mampan sebagai agenda utama adalah merupakan satu program yang perlu diberi komitmen yang padu, tetapi dalam hal ini apabila terdapat syarikat- syarikat tertentu termasuklah orang awam yang tidak dapat memberi kerjasama berganding bahu menjayakannnya maka program- program tersebut tidak akan Berjaya.
Sikap individualistik atau mementingkan diri juga turut boleh menyumbang kepada kegagalan dalam perancangan local agenda 21 yang menekankan pembangunan mampan. Dalam meneruskan dasar makro ini, sikap berkerjasama amat penting. Walau bagaimanapun apabila tiada samabutan dari kalangan individu yang terdiri dari[ada anggota masyarakat adalah satu perkara yang mustahil untuk kita mencapai setiap matlamat yang telah digariskan dalam dasar makro ini.
Pada masa yang sama masalah atau gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran negara samaada dalam peringkat pentadbiran yang tinggi mahupun rendah akan juga menjadi penyumbang kepada kegagalan program –progran yang terjandung dalam local agenda yang telah pun termaktub.
Selain itu, kurangnya pendedahan yang memberi maklumat- malumat berkenaan dengan program- program yang berkaitan dengan local agenda 21 serta kurangnya pendedahan kepada  maksud agenda tempatan itu sendiri akan menyebabkan masyarakat tidak tahu mengenai keadaan termasuklah keciciran dari menerima maklumat menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam penyertaan kearah pembangunan mampan seperti yang dimaktubkan dalam prinsip– prinsip lokal agenda. Hal ini akan menyebabkan program pelaksanaan menemui jalan gagal.


Agenda Tempatan 21 Di Negara Maju

Terdapat beberapa kaedah untuk perlaksanaan LA21 di Negara maju. LA21 merupakan bahagian penting dalam sesuatu modal tertentu yang sebenarnya dasar dunia (dasar global). Dasar ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dalam cabaran untuk mencapai matlamat dasar sejagat yang diterima oleh lebih 178 buah kerajaan di sidang kemuncak Earth Summit. Ini bermaksud  untuk melahirkan pengalaman di dalam dasar perlaksanaan.
Yang seterusnya ialah pusat perhubungan tempatan yang menekankan kepada 2 perkara iaitu peruntukan perlembagaan untuk pusat,wilayah dan tempatan dan yang kedua ialah kesan-kesan tidak langsung daripada program pembaharuan pentadbiran, pemodenan pengagihan pusat. Penekanan itu dibuat sebagai matlamat untuk memfokuskan kepada kemungkinan-kemungkinan yg mungkin timbul daripada inisiatif LA21. Seterusnya ialah penglibatan atas- bawah (bottom-up) iaitu kerajaan tempatan dan akar umbi iaitu penekanan yang melibatkan masyarakat tempatan yang saling mengukuhkan dialog baru yang berdasarkan kepada pembangunan mapan di kalangan masyarakat tempatan, pegawai perancangan dan pembuat dasar.

“Perlindungan persekitaran versus pambangunan mampan”. Aspek ini mempunyai dialog dalaman di dalam jaringan penyelidikan iaitu sejajar dengan keseluruhan kepercayaan  politik dan ideologi Earth Summit. Aspek ini perlu bagi membezakan antara suasana dan pembangunan.berbagai-bagai isu yang disampaikan dalam pelbagai focus. Terdapat 4 fokus, iaitu yang pertamanya adalah mengadakan aktiviti-aktiviti untuk mancapai siding integrasi didalam kedua-dua struktur kerajaan iaitu autoriti tempatan dan pemegang saham. Keduanya akenda 21 menfokuskan kepada dasar-dasar inovasi untuk pengeluaran dan penggunaan mapan bagi menghormati hubungan sejagat.

Fokus yang seterusnya ialah memberi kesedaran kepada pihak berkuasa tempatan yang mempunyai pergantungan diantara pembawaan yang menguntungkan yang menguntungkan untuk jangka pendek dan juga akibat-akibat dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan. Focus yang ke empat ialah membuat permohonan yang lebih luas didalam pentadbiran tempatan untuk sumber pengurusan guna tanah. (local agenda, core idea)


Agenda Tempatan 21 Negara Sweden

Dalam kontek ini, kami telah memilih salah satu negara maju iaitu Sweden. Sweden boleh dilabelkan sebagai Negara di Eropah yang pertama menerajui LA21 seperti yang dicadangkan oleh 12 buah Negara di serata Eropah. Sweeden muncul sebagai negara yang pertama memantau aktiviti LA21 dan juga penglibatan yang komited dari badan kerajaan.(Eckerberg, Coenen dan Larrerty, 1991) Salah satu kunci kejayaanya ialah dari kesungguhan pihak kerajaan menjayakan LA21, ianya dalam bentuk kempen, kewangan dan penyelarasan. Sejak 1997 insentif kewangan untuk sektor pembandaran telah bertambah dengan program pelaburan dari kerajaan untuk mengekalkan kestabilitinya. Ini adalah sebahagian dari Demokrasi Sosial kerajaan dalam program kestabilan pembangunan negara Sweeden.(local agenda).
Pembangunan pesat LA21 di bandar Sweeden adalah dari strategi penurunan dan peningkatan dari pihak kerajaan belandaskan konsep dari LA21. Pada masa yang sama kepentingan inisiatif dari akar umbi dan penglibatan yang ditekankan di Sweeden dalam akta Agenda 21.


Status Agenda Tempatan Di Sweden

Jabatan-jabatan kerajaan Sweeden adalah di bawah United Nation Assembly Session (UNGASS) pada Jun 1997 yang mana semua bandaran mengikut piawaian LA21. (Kementerian pembangunan, 1997). Secara menyeluruh Agenda 21 menjadi konsep bagi setiap penduduk di bandaraya Sweeden. Pada penghujung tahun 1998, 56% dewan bandaraya telah menerima pelan LA21, Kebanyakannya dibincangkan di dalam setiap perjumpaan. Majoriti telah menetapkan piawaian LA21 sebagai agenda dewan bandaraya.Respon daripada 298 dewan bandaraya menerima positif terhadap tugasan yang berkaitan dengan alam sekitar oleh LA21. 

Lebih daripada 70% pegawai tempatan telah memberi pekerjaan kepada unit-unit sepenuh masa atau separuh masa dari kakitangan LA21, yang mana peningkatan yang baik sejak 1995. Kebanyakan kakitangan LA21, yang diberi pekerjaan adalah dari unit alam sekitar. Ini menunjukkan kepentingan alam sekitar ditekankan di setiap bandaraya yang menjadi aspek utama LA21 sebagai bandaraya hijau berbanding aspek sosial dan ekonomi diperingkat kerajaan ataupun tempatan. LA21 merupakan pelan pembaharuan dan penyambungan bagi polisi alam sekitar.
Aktiviti yang melibatkan LA21 telah berkembang sejak beberapa tahun dan memberi fokus utama dalam kitar semula dan rawatan dari bahan buangan dan air, bahan api, bahan kimia, alam sekitar dan unit audit dan kestabilan setempat. Lebih kurang dari setengah pegawal tempatan telah memulakan peringkat awal, manakala kualiti kehidupan dan kebajikan juga berasaskan LA21. hampir kesemua bandaraya di Sweeden cuba melibatkan penduduk-penduduk menyertai program tersebut.
Lebih 80% bandaraya LA21 digerakkan oleh pegawai awam, tetapi ini tidak bermakna ahli politik dan penduduk setempat tidak aktif. Setengah dari bandaraya ahli politik tempatan berkongsi insentif dengan penduduk setempat. Pembangunan asal datang dari percaturan di antara penduduk asal  yang datang dari organisasi tempatan dan pengawal bandaraya yang menyokong ahli politik tempatan. Keseluruhannya ahli politik tempatan berminat dengan LA21 dan tidak menukar konsep itu dan terus menekankan prinsip tersebut.
Pendidikan dan informasi LA21 diperkembangkan di serata Sweeden, bukan sahaja mendapat perhatian oleh golongan muda di pusat pengajian, namun pegawai-pegawai tempatan juga menunjukkan minat yang sama, Ahli politik tempatan mencapai 55% manakala pengawai bandaraya 64% dan pengarah urusan syarikat 38% di setiap bandaraya. Sebanyak 64% unit penyelarasan LA21 mengakui mereka telah melatih semua pekerja-pekerja, manakala 35% dididik  oleh ahli politik, Secara tidak langsung angka-angka ini menunjukkan kebersanan plan LA21 di setiap bandaraya.
            Sudah tidak diragukan lagi bandaraya Sweeden telah mengunakan LA21 secara serius. Perlaksanaan dari plan asal dan kini penggunaannya lebih menyeluruh.Namun begitu dari penyelidikan yang dilakukan, didapati terdapat ruang permasalahan diantara pegawai asal bandaraya dalam bentuk kewangan yang disalurkan oleh UNGASS dalam pemerhatian selama lima tahun oleh Earth summit di New York 1997. Tiada gambaran yang jelas mengenai size, kedudukan geografi, sosioekonomi atau lain-lain.


Masalah dan Harapan Dalam Pelaksaan Agenda Tempatan 
Di Negara Maju

Perbezaan yang ketara peringkat kebangsaan dan setempat adalah pemahaman mengenai pembangunan. Dalam program pelaburan yang sepatutnya berasaskan LA21, pendekatan disokong oleh pihak lain. Tambahan lagi ia menyatukan dua pelan utama pemeliharaan alam sekitar dan kemajuan ekonomi dengan menawarkan peluang pekerjaan. Ini bermakna ia tidak menetapi ciri kritiria yang kita bagunkan berlandaskan LA21 iaitu berasaskan alam sekitar. Dalam perkataan lain program pelaburan ini dilancarkan untuk memelihara alam sekitar dan mempertingkatkan keaslian alam semula jadi yang mana menjuruskan penggunaan sains tulen dalam setiap sudut.
            Kritiria yang disokong dari program pelaburan tidak memerlukan pelaburan yang disokong semata-mata oleh politik dan tekanan ekonomi, hubungan dengan impak global,perpaduan dan keadilan, tanggungjawab alam sekitar atau rangkaian ekologi bagi tugasan yang terhad.Kritiria dari program pelaburan yang dinyatakan dalam LA21 adalah objektif meningkatkan pembabitan komuniti, walaubagaimanapun dengan program pelaburan ini, penyertaan dari industri tempatan dan NGO’S adalah perlu untuk memastikan kejayaannya hanya untuk pameran penyertaan demokrasi. Kejayaannya adalah kunci untuk kemajuan tersebut.
            Bagi membentuk penyatuan dalam program pelaburan, ianya adalah berkaitan dengan kecekapan.Dengan pembentukan dari institusi baru langkah untuk mencadangkan setiap projek akan menyertai pertandingan bagi 6.77 billion SEK, dalam kepakaran bagi berbagai agensi tidak diperlukan. Tambahan lagi stategi untuk mengukur pencapaian matlamat polisi masih belum kelihatan. Jika strategi ini tidak wujud, pastinya program ini tidak akan dapat dikaji, kebarangkalian ianya akan lesap seperti program ’recycling billion program’ yang tidak berjaya.
            Menurut teori oleh kumpulan tugas dan sosial negara, negara tersebut harus mencuba memainkan peranan sebagai ketua dari hanya menguasainya. Jika negara mengambil setiap langkah dari LA21 ia akan hanya menarik segelintir penduduk tempatan dan masyarakat mengambil bahagian. Malah mereka akan hanya menunggu tindakan pegawai-pegawai kerajaan bagi menyelesaikan masalah mereka. Juga timbul alasan untuk penduduk tempatan membina struktur pembangunan dan rangkaian penyertaan, kewujudan, keyakinan dan kawalan mekanisme dalaman. 

            Oleh itu kerajaan haruslah berhati-hati jangan mendesak dalam penyelesaian syarat perjanjian institusi tempatan dan tindak balas mereka. Penduduk tempatan haruslah dengan sendirinya berusaha membangunkan dengan undang-undang berlandaskan terma organisasi di dalam komuniti dalam menyelesaikan masalah tersebut.
            Natijahnya, program pelaburan ini adalah berdaya prodktif, ia menghasilkan rangka kerja dan bagaimana pelaburan menuju kepada kestabilan ekonomi yang sepatutnya dicapai dan diuruskan. Sejak ia melibatkan jumlah kewangan yang besar yang menampung pegawai yang dalam kesusahan yang mana berusaha menjadi ketua yang mengikut standard tersebut dan bukan untuk menjadi ketua dan imbuhan. Bila imbuhan dan kepentingan diutamakan program pelaburan akan berhasil bagaimana terdapat sebab untuk dipercayai terdapat banyak bandaraya ditukar kepentingannya untuk kehendak di setiap bandar tersebut. Asas utama LA21 adalah merupakan cabaran dalam situasi ini.
            Menurut kajian, program pelaburan terbahagi kepada tiga peranan berkaitan LA21, Pertama seperti kita dapat lihat disetiap bandaraya ia berjaya menyuburkan usaha LA21 dalam memberi sokongan, kestabiliti pembangunan. Dalam kes ini terdapat keyakinan di antara dua kumpulan ke arah penghasilan yang positif .
Kedua, terdapat tanda ia akan mengambil alih LA21 bagi mengerakkan usaha pembangunan dalam alam sekitar dan kemajuan kerja dari unit penyelarasan LA21 dan dari sekutu syarikat di setempat, menghasilkan lebih tenaga teknikal dari sektor industri. Dalam kes ini, kepentingan negara diubah untuk penyesuaian kehendak peringkat tempatan berteraskan LA21 dan fungsi penyelarasan mengikut piawaian kerajaan.
              Bagaimanapun terdapat pengurangan sumber di sesetengah bandaraya. Ianya telah menimbulkan kesukaran . Oleh itu untuk menyatakan pengabungan  LA21 dalam tugas harian . Ianya dapat dicapai tanpa campur tangan kerajaan mengikut syarat dan terma yang diberikan.
            Tidak dinafikan yang LA21 telah menyumbang kepentingan demokrasi ke arah hubungkait dengan alam sekitar dan polisi pembangunan. Kebanyakan tetapi tidak semua bandaraya telah memperkenalkan pendekatan baru bagi mendekatkan perancangan dalam kestabilan pembangunan, tetapi keseluruhannya bolehlah dikategorikan sebagai ke arah informasi dan pendidikan dari 2 arah perhubungan oleh kerjasama aktif syarikat lain. Tambahan lagi, beberapa bandaraya telah mencuba melibatkan penduduk setempat yang mendapati agak sukar mengadaptasi program ini.
            Kini telah jelas, jurang antara pencipta asal bandaraya telah bertambah. Pelaburan program ini menunjukkan pengalakkan insentif dari tenaga kerja tempatan mengikut piawai LA21 program, Sokongan yang besar di setiap bandaraya menjamin kerjaya pembangunan di Sweeden seperti kehendak keperluan disetiap bandaraya . Jurang perkembangan diantara  bandaraya Sweeden berhubung rapat dengan alam sekitar dan pembangunan merupakan cabaran dalam penubuh sosioekonomi dan menambah bajet ke arah kebajikan masyarakat. Perkatan lain kisah kejayaan adalah di kedua-dua pihak.
Dan yang terakhir adalah penyambungan usaha LA21 tanpa menghiraukan program pelaburan dalam beberapa bandaraya menurut kajian, perlaksanaan LA21 telah memasuki tingkat penyesuaian. Dalam situasi ini peringkat tempatan bolehlah meneruskan tingkat LA21 walaupun tidak diberi sokongan oleh pihak kerajaan.
Bagaimanapun terdapat pengurangan sumber di sesetengah bandaraya. Ianya telah menimbulkan kesukaran . Oleh itu untuk menyatakan pengabungan  LA21 dalam tugas harian . Ianya dapat dicapai tanpa campur tangan kerajaan mengikut syarat dan terma yang diberikan.
            Tidak dinafikan yang LA21 telah menyumbang kepentingan demokrasi ke arah hubungkait dengan alam sekitar dan polisi pembangunan. Kebanyakan tetapi tidak semua bandaraya telah memperkenalkan pendekatan baru bagi mendekatkan perancangan dalam kestabilan pembangunan, tetapi keseluruhannya bolehlah dikategorikan sebagai ke arah informasi dan pendidikan dari 2 arah perhubungan oleh kerjasama aktif syarikat lain. Tambahan lagi, beberapa bandaraya telah mencuba melibatkan penduduk setempat yang mendapati agak sukar mengadaptasi program ini.
            Kini telah jelas, jurang antara pencipta asal bandaraya telah bertambah. Pelaburan program ini menunjukkan pengalakkan insentif dari tenaga kerja tempatan mengikut piawai LA21 program, Sokongan yang besar di setiap bandaraya menjamin kerjaya pembangunan di Sweeden seperti kehendak keperluan disetiap bandaraya . Jurang perkembangan diantara  bandaraya Sweeden berhubung rapat dengan alam sekitar dan pembangunan merupakan cabaran dalam penubuh sosioekonomi dan menambah bajet ke arah kebajikan masyarakat. Perkatan lain kisah kejayaan adalah di kedua-dua pihak.

 Kesimpulan
Pelaksanaan program agenda tempatan 21 adalah merupakan satu cetusan idea kearah pembangunan mampan yang mampu memberikan satu impak positif yang memberangsangkan jika ianya mendapat sambutan dan penglibatan yang padu dari golongan- golongan sasarannya. Iaitu yang terdiri daripada masyarakat dan individu,  kerajaan dan pihak swasta. Pada masa yang sama dasar mikro ini adalah merupakan satu dasar yang dipersetujui secara bersama diperingkat global, jadi adalah penting semua negara yang telah menandatangani agenda tempatan 21  bersama- sama merangka pelan yang lebih strategik kearah memajukan pelan ini dan berusaha berganding bahu melaksanakannya secara bersama melalui penyelarasan program yang relevan untuk semua negara supaya hasrat yang terkandung dalam pembangunan mampan dapat dicapai dengan jayanya.

Thanks to my group-mate and Dr. Zahri Hamat


                                                                              

6 comments:

  1. tq maklumat sangat berguna...

    ReplyDelete
  2. same - same..semoga memanfaatkan maklumat yg diperolehi..:)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian diatas.. esok sy akan menjawab exam isu-isu pembangunan.. harap, maklumat yang saya baca dapat sy jwb semasa mjwb soalan nt..insya'Allah...terima kasih =)

    ReplyDelete
  4. maklumat yang sngat bagus...

    ReplyDelete
  5. thanks for this info, I really appreaciate it so much

    ReplyDelete