journey without destination

journey without destination

Sunday, September 4, 2011

Teknik Berfikir - Aplikasi Gaya Pemikiran dan Alat Berfikir dalam mengenalpasti masalah Sosial Remaja





 Pengenalan
             Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Antara masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja pada hari ini adalah pergaduhan, Mat Rempit, hubungan seks bawah umur salah guna dadah  dan banyak lagi. Menerusi perbincangan ini, saya menggunakan gaya pemikiran hitoris, proaktif dan konstraktif serta beberapa alat berfikir antaranya adalah APC (Alternatives, possibilities and choices) Alternative, Kemungkinan, Pilihan dan PMI (Plus, Minus, Interesting) Kebaikan, Keburukan, Menarik. 


      Penggunaan Gaya Berfikir Historis adalah untuk mengetahui punca dan sebab berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Gaya Berfikir Proaktif adalah untuk mengetahui kesan-kesan yang mungkin berlaku akibat daripada gejala sosial di kalangan remaja dan Gaya Berfikir Konstraktif adalah untuk mencari langkah-langkah untuk mengatasi gejala sosial di kalangan remaja. Pengunaan Alat Berfikir APC adalah untuk mencari idea baru untuk mengatasi masalah ini, manakala Alat Berfikir PMI adalah untuk menilai idea.




   Definisi Gaya Pemikiran Historis

Gaya Pemikiran Historis adalah sejenis pemikiran yang mengarah seseorang untuk menoleh ke belakang bagi melihat masa lampau. Gaya Pemikiran Historis mementingkan perkataan “sebab dan kerana”. Ia mengarah minda kita menoleh ke belakang. Gaya Pemikiran Historis penting untuk mengetahui punca dan sebab suatu perkara itu berlaku supaya perkara itu tidak diulangi lagi. Banyak penyelesaian masalah bergantung kepada puncanya sama ada boleh diselesaikan atau tidak.


   Aplikasi Gaya Pemikiran Historis

            Dengan menggunakan Gaya Pemikiran Historis kita dapat mengetahui punca dan sebab berlakunya masalah sosial di kalangan remaja Malaysia pada hari ini. Dalam hal ini, terdapat banyak punca dan sebab berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Pengaruh Rakan Sebaya boleh menyebabkan remaja mudah terjebak ke dalam  dengan gejala sosial. Ini adalah kerana golongan remaja biasanya  lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja.

            Ibu Bapa dan Keluarga juga merupakan punca berlakunya gejala sosial di kalangan remaja. Ibubapa yang terlalu mengejar kemewahan dengan mengabaikan pendidikan anak mereka. Sesetengah remaja yang terjebak  dalam gejala sosial berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.

Media Massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah budaya kuning boleh mempengaruhi remaja terjebak dalam gejala sosial.

Sikap Individualistik dan Materialistik masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan sesiapa.





   Definisi Gaya Pemikiran Proaktif

            Gaya Pemikiran Proaktif boleh di definisikan sebagai berfikir atau membuat ramalan tentang sesuatu sebelum sesuatu perkara itu berlaku, dan memikirkan apa yang perlu  dibuat sebelum sesuatu masalah terjadi. Mengikut Kamus Dewan (Edisike-3, 1998) Proaktif adalah mengenai sikap positif individu dan institusi dalam melakukan sesuatu tindakan. Melalui Gaya Pemikiran Proaktif kita boleh memikirkan sesuatu perkara sebelum orang lain memikirkan perkara itu terlebih dahulu. Selain itu, kita boleh memikirkan perkara yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan membolehkan kita membuat perancangan masa depan.

    Aplikasi Gaya Pemikiran Proaktif

Dengan menggunakan Gaya Pemikiran Proaktif kita mengetahui dan memikirkan kesan yang berlaku akibat daripada masalah sosial di kalangan remaja Malaysia pada hari ini. Ini adalah kerana Gaya Pemikiran Proaktif membolehkan kita berupaya memikirkan sesuatu sebelum perkara itu berlaku. Dalam hal ini, terdapat  pelbagai kesan masalah sosial di kalangan remaja. Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini semakin serius. Pelbagai masalah juvenil seperti samseng, memeras ugut, bergaduh, vendalisme, mencuri, merogol, berjudi dan mabuk. 


Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah manifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat.. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang.




   Definisi Gaya Pemikiran Konstruktif

Gaya Pemikiran Konstruktif  boleh di definisikan sebagai Gaya Pemikiran membina kerana ia membabitkan usaha-usaha untuk membangunkan sesuatu secara positif. Biasanya gaya pemikiran ini digunakan setelah kita berfikir secara kritikal dan negatif. Gaya pemikiran Konstruktif ini terhasil daripada rasa tidak puas hati terhadap apa yang ada dan sentiasa tercari-cari yang lebih baik. Apabila kita menggunakan gaya pemikiran ini kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada sesuatu idea.

   Aplikasi Gaya Berfikir Konstruktif

Dengan menggunakan Gaya Pemikiran Konstruktif  kita dapat menjana idea untuk mencari langkah untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja. Dalam hal ini, terdapat  pelbagai langkah bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar dan mendidik golongan remaja tentang keburukan gejala sosial. Ibu bapa juga perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan  untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

            Setiap anggota masyarakat dan pihak sekolah perlu bersikap prihatin dan  memberi perhatian kepada remaja agar tidak melakukan perbuatan yang salah. Masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala sosial yang berlaku di kawasan mereka. Pihak sekolah pula patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar yang terjebak ke dalam gejala sosial.

            Selain berfungsi  sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang keburukan gejala sosial.  



  Definisi Alat Berfikir APC (Alternatives, possibilities 
 and choices) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan.

Alat Berfikir APC boleh di definisikan sebagai alat berfikir untuk mencari penyelesaian baru, idea baru untuk melakukan sesuatu. Ia juga membolehkan kita mengenalpasti alternatif, kemungkinan dan pilihan sebelum sesuatu keputusan di buat. Ia juga membolehkan kita berfikir secara kereatif.

       Aplikasi Alat Berfikir APC (Alternatives, possibilities  
    and choices) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan

Dengan mengunakan Alat Berfikir APC idea dan penyelesaian yang baru dapat dijana dan dilaksanakan. Dalam hal ini, kita dapat mencari alternatif yang baru bagi menyelesaikan dan mencari langkah bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. 


Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

Melalui  pendekatan akademik kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini memberi tumpuan pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik ini dapat dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang baru dan teknik pengajaran luar kelas. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada perkembangan mereka.



    Defiisi Alat Berfikir PMI (Plus, Minus, Interesting) 
   Kebaikan, Keburukan, Menarik

      Alat Berfikir PMI boleh di deifnisikan sebagai alat berfikir untuk menilai sesuatu idea dari segi kebaikan, keburukan dan apa yang menarik tentang idea tersebut. Penggunaan PMI juga mengelak pemikir daripada terlalu cenderung terhadap pemikiran beremosi atau bersifat negatif. Dalam pada itu, dengan membuat senarai PMI, kita berupaya mengasingkan apa yang baik, apa yang buruk dan apa yang menarik dan seterusnya membuat perbandingan antara ketiga-tiga perkara ini dengan jelas dan teratur.

     Aplikasi Alat Berfikir PMI (Plus, Minus, Interesting) 
   Kebaikan, Keburukan, Menarik

Dengan menggunakan alat berfikir PMI, kita dapat menilai idea itu dari segi kebaikan, keburukan dan apa yang menarik berkenaan idea tersebut.  Dalam hal ini, Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakan masa depan remaja. Kebaikan peranan ibubapa adalah sebagai pihak yang paling rapat dengan remaja, ibubapa boleh memainkan peranannya dengan mendengar segala permasalahan anak-anak mereka dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikanya. 


Manakala keburukan pula adalah ada sesetengah ibubapa yang tidak tahu menjaga dan membesarkan anak-anak. Mereka terlalu mengongkong anak-anak mereka, sehingga ada remaja yang melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan kerana terlalu di kongkong.  Apa yang menarik adalah ibubapa yang berjaya mencorakan dan membesarkan anak-anak mereka sehingga berjaya akan merasai hidup mereka bahagia dan dihargai oleh anak mereka. 

Pihak sekolah dan masyarakat merupakan pihak luar yang mempunyai hubungan rapat dengan remaja selain daripada ibubapa. Kebaikanya adalah remaja boleh berinteraksi dengan masyarakat luar selain daripada ibubapa. Mereka harus pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat. Keburukanya adalah remaja harus pandai memilih kawan supaya tidak terjerumus dan terjebak dalam gejala sosial. Apa yang menarik adalah remaja yang dapat menyesuaikan diri di persekitaran luar, mempunyai risiko yang rendah untuk  terjerumus dalam gejala sosial.

Kebaikan media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik adalah  mengadakan kempen, iklan dan mencetak artikel-artikel berkenaan dengan keburukan  dan kesan gejala sosial kepada remaja dan juga masyarakat. Keburukanya pula adalah ada juga sebilangan remaja yang terpengaruh dengan media massa yang memaparkan pelbagai cerita dari barat yang berunsurkan budaya kuning. Apa yang menarik adalah media massa juga menjadi saluran untuk remaja meluahkan perasaan melalui pelbagai saluran media.



    Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala sosial ini sukar diatasi.

Thanks to Dr. Leow Ghin Yin

No comments:

Post a Comment