Pengenalan
Pekerjaan sering digambarkan suatu komponen yang membekalkan individu dengan perkara-perkara yang membawa kepada peningkatan kendiri dan bersifat membina individu kearah yang lebih positif. Namun begitu, pekerjaan juga boleh menjadikan individu berada dalam keadaan yang kurang sihat akibat daripada alienasi ditempat kerja. Tajuk pembentangan hari ini lebih kepada melihat bagaimana makna dan kepuasan kerja itu dapat ditentukan melalui faktor-faktor yang dikaji menjadi pengukur kepada kepuasan didalam kerja. Selanjutnya, dengan faktor-faktor tersebut kita dapat melihat bagaimana ia dapat menghasilkan tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh individu dalam mengekpresikan samaada mereka memaknakan dan berasa puas terhadap kerja mereka ataupun tidak.
Apa itu "Job Satisfaction" @ KEPUASAN kerja...????????????
Kepuasan kerja merupakan satu penilaian yang dibuat oleh individu terhadap pekerjaan mereka. Seseorang individu itu boleh berasa puas ataupun tidak dalam perkerjaan mereka. Bagi menentukan kepuasan atau pun tidak puasnya sesuatu pekerjaan itu ia disokong oleh dua teori yang berbeza iaitu alienasi dan penyempurnaan kendiri.
Alienasi – ia wujud apabila sesuatu kerja itu tidak dapat membekalkan nilai dan makna yang mencukupi terhadap keperluan individu itu.
Penyempurnaan kendiri – ia wujud apabila sesuatu pekerjaan itu dapat memenuhi kehendak individu
Teori alienasi oleh Karl Mark
Bermula pada zaman kapitalis lagi marks telah mengenalpasti bahawa para pekerja telah dialienasikan melalui 4 aspek dibawah system kapitalisme. Aspek-aspek tersebut adalah seperti :
i) Tersisih daripada produk yang dihasilkan
- Melalui system kapitalis, golongan kapitalis merupakan pemodal kepada barangan yang dihasilkan manakala golongan pekerja hanya bekerja untuk mendapatkan upah mereka. Hal milik barangan yang dihasilkan adalah milik mutlak kapitalis, maka setiap barangan yang dikeluarkan adalah mengikut keperluan kapitalis dan bukannya golongan pekerja. Jika dilihat pada zaman primitive, individu itu sendiri mengeluarkan barangan yang diinginkan saja tetapi dizaman kapitalis pekerja mengeluarkan barangan bukan untuk diri mereka tetapi untuk kapitalis. Maka mereka tersisih daripada produk yang mereka hasilkan itu.
ii) Tersisih daripada aktiviti
- Disebabkan terdapat pihak-pihak tertentu yang mengawal para pekerja maka pekerja tersisih disebabkan proses kerja mereka. Kapitalis telah mengatur segala bentuk perjalanan sesuatu pekerjaan itu sehingga pekerja terpaksa mengasingkan kehendak mereka dan menurut aturan yang dibuat terhadap mereka. Contohnya seperti waktu bekerja yang tetap, kawasan tempat kerja, dan jenis pekerjaan itu sendiri.
iii) Tersisih daripada sifat semulajadi
- Pekerja pada dilihat tidak dapat menunjukkan kebolehan dan sifat kreativiti mereka disebabkan proses kerja yang diwujudkan kapitalis. mereka terikat kepada pekerjaan yang diwujudkan sehingga tidak memberi ruang kepada mereka untuk memajukan diri.
iv) Tersisih daripada orang lain
- Dengan kerja, pekerja bukan saja tersisih daripada aktiviti-aktiviti lain tetapi mereka juga tersisih daripada individu-individu lain. Setiap pekerja mempunyai tugas masing-masing maka mereka lebih cenderung melakukan kerja mereka sendiri dan tidak punya masa untuk berinteraksi dengan individu lain.
Teori penyempurnaan kendiri – Hiaraki kehendak oleh Maslow’s
Pekerjaan yang tidak dapat memperuntukkan kesejahteraan dan keselamatan merupakan kerja yang akan mengakibatkan alienasi kepada pekerjanya. Sesuatu pekerjaan itu sepatutnya bukan saja dapat memberikan keperluan kebendaan seperti gaji dan tempat kerja yang baik tetapi ia sepatutnya membawa kepada pembangunan kendiri para pekerja agar dapat mengembangkan potensi mereka.
Penentuan Kepuasan dalam Pekerjaan
i) Jenis pekerjaan
ii) Teknologi
iii) Struktur organisasi
iv) Penglibatan
v) Perbezaan-perbezaan
vi) Ekspektasi
Jenis pekerjaan
Jenis pekerjaan memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana kepuasan individu itu terhadap kerjaanya. Di dalam pekerjaan itu sendiri kita boleh lihat sifat-sifat kerja itu sendiri seperti autonomi, komplek dan diversity. Kerja yang mempunyai tinggi tahap tiga sifat ini lebih membawa kepada penyempurnaan kendiri seorang pekerja itu dan akhirnya akan mewujudkan rasa kepuasan terhadap kerja yang dilakukan. Begitu juga sebaliknya, sekiranya jenis pekerjaan itu kurang menunjukkan 3 sifat ini maka alienasi lebih cenderung menguasai jenis pekerjaan ini dan akhirnya akan mewujudkan sebuah kerja yang kurang memberi kepuasan terhadap pekerjanya.
Teknologi
Kewujudan teknologi yang kian pelbagai dapat membantu dalam melakukan kerja dengan lebih cekap dan cepat. Maka ini memberi petunjuk kepada kepuasan kerja yang melibatan penggunaan teknologi. Namum begitu kewujudan teknologi juga tetap mewujudkan alienasi didalam kerja. Kewujudan teknologi menyebabkan kerja yang dilakukan oleh pekerja merupakan kerja yang berulang dan ini membuatkan potensi pekerja itu lebih tidak dapat di tonjolkan disebabkan kerja telah digantikan oleh teknologi. Kewujudan teknologi dilihat boleh memberikan kepuasan terhadap kerja tetapi dalam masa yang sama ia juga mendatangkan alienasi. kepuasan kerja yang diukur melalui penggunaan teknologi itu mungkin sesesuai di lihat pada sesetengan jenis pekerjaan sahaja.
Struktur organisasi
Struktur organisasi yang menyediakan peluang pekerjaan itu sangat mempengaruhi kadar kepuasan pekerjanya. Walau sebuah organisasi pekerjaan itu menyediakan gaji yang besar kepada pekerjanya tetapi ianya tidak berbaloi sekiranya organisasi itu menjadikan pekerjanya alienasi. Para pekerja lebih cenderung memilih organisasi yang hanya membayar gaji yang sederhana namun kerja yang dilakukan itu lebih mendatangkan makna dan rasa puas kepada mereka. Saiz organisasi juga memainkan peranan, yang mana pekerja lebih suka untuk bekerja di organisasi yang kecil kerana mereka akan mudah untuk menonjolkan prestasi mereka kepada majikan. Selain itu peluang naik pangkat juga sangat dititikberatkan oleh para pekerja. Organisasi yang kurang memberi peluang pekerjanya untuk naik pangkat akan membuatkan pekerja kurang berminat terhadap kerja mereka dan ini akan menyebabkan berasa tidak puas hati kepada pekerjaan mereka. Majikan yang menghargai serta menghormati para pekerjanya juga menjadi pengukur kepada kepuasan. Pekerja tidak mungkin berasa puas hati sekiranya sentiasa bekerja dengan majikan yang hanya mengherdik pekerjanya dalam menjalankan tugas.
Penglibatan
Penyempurnaan kendiri boleh dicapai sekiranya majikan memberi peluang kepada pekerjanya untuk turut serta dalam membuat keputusan. Dengan adanya peluang pekerja untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka, pekerja akan lebih rasa diri mereka sebahagian daripada organisasi itu sendiri. Maka dengan itu pekerja akan melakukan pekerjaan mereka dengan lebih baik. Begitu sebaliknya, sekiranya majikan hanya membenarkan pekerja diperintah dan tidak memberi ruang dalam penglibatan dalam membuat keputusan atau menyuarakan pandangan mereka, maka pekerja sudah pasti akan berasa stress dan ini membawa kepada rasa kurang berpuas hati terhadap pekerjaan mereka.
Perbezaan
Dalam dunia pekerjaan terdapat berbagai jenis perbezaan antara individu dan ia memberikan pengalaman-pengalaman yang berbeza-beza antara satu individu itu dengan individu lain. Perbezaan pengalaman ini lah yang menyumbang sama ada peningkatan kendiri seorang pekerja ataupun menyumbang kepada. Perbezaan seperti gender contohnya, antara pekerja wanita dan pekerja lelaki, di dapati pekerja wanita lebih cenderung mendapat gaji yang murah, sering terlibat dalam pekerjaan yang kurang menggunakan skill dan pelbagai lagi. Namum menurut kajian antara pekerja wanita dan pekerja lelaki, pekerja wanita didapati lebih berpuas hati terhadap kerja mereka. Hal ini berlaku kerana secara sosialisasinya golongan wanita lebih patuh kepada arahan dan golongan lelaki lebih suka kepada pekerjaan yang kurang konkongan seperti itu. Perbezaan dari segi bangsa ataupun kumpulan etnik tertentu juga mengalami pengalaman-pengalaman yang tertentu dalam menghadapi dunia pekerjaan. Kumpulan etnik minority biasanya ditindas dengan bayaran gaji yang murah dan tidak berpeluang melakukan kerja yang menggunakan skill yang tinggi maka mereka cenderung tersekat dalam kemiskinan. Perbezaan dari segi kumpulan etnik ini tidak seperti perbezaan gender. Hal ini kerana etnik minority sepatutnya tidak dibezakan dengan kumpulan dominant. Tiada petunjuk yang jelas kumpulan etnik minority itu hanya layak melakukan kerja-kerja yang mendapat bayaran yang murah.
Espektasi
Dalam proses sosialisasi masyarakat sering didedahkan kepadaa espektasi-espektasi tertentu terhadap sesuatu pekerjaan itu. Contohnya sebagai seorang pemegang ijazah, seseorang individu itu harus menjadi seorang pegawai. Maka dengan ini individu itu lebih cenderung memilih jawatan pegawai sebagai karearnya. Disebabkan ekspektasi ini maka individu itu adakalanya mengabaikan ataupun tidak sedar bahawa jawatan yang dipilih itu sebenarnya tidak sesuai dengan dirinya. Oleh yang demikian kerja yang bakal ditempohinya merupakan kerja-kerja yang tidak mendatangkan kepuasan kepadanya.
Tindak Balas
Kepuasan kerja adalah suatu yang abstrak. Hal ini kerana individu itu boleh samaada berasa puas atau tidak terhadap kerja mereka ia bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana mereka memberi makna kepada kepuasan kerja. Walaubagaimanapun kebanyakkan orang cuba melakukan yang terbaik dalam pekerjaan mereka.
Bagi menentukan kepuasan kerja unsur luaran dan dalaman sesuatu pekerjaan itu boleh menjadi pengukur
Unsur dalaman
- sesuatu pekerjaan itu memberi peluang kepada pekerja untuk menunjukkan kebolehanya
- Pekerja berhak menentukan sendiri cara mereka bekerja
- Mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan majikan
Unsur luaran
- Memperolehi gaji yang lumayan
- Kerja yang dilakukan memperolehi faedah-faedah sampingan
- Keselamatan dalam menjalankan tugas.
Komitmen
Selain daripada kepuasan dalam kerja, tidakbalas terhadap sesuatu pekerjaan itu dapat dilihat melalui komitmen yang diberikan oleh pekerja. Individu itu dilihat memberikan komitmen yang baik sekiranya matlamat yang ditentukan majikan itu selari dengan matlamat yang hendak dicapai oleh pekerja itu sendiri. Selain itu individu dilihat begitu komitmen dapat dilihat selama mana mereka bertahan diorganisasi itu. Majikan sudah pasti menyediakan faedah-faedah yang menarik bagi menghargai pekerja mereka yang setia terhadap majikan mereka.
Tingkahlaku Pekerja
Manusia akan bertingkalaku mengikut keadaan semulajadinya. Apabila suatu kerja dapat meningkatkan kendiri mereka kearah yang lebih positif maka ia akan menghasilkan tingkahlaku-tingkalaku yang positif juga dan begitu juga yang sebaliknya. Kerja yang kurang memberikan faedah kepada pekerjanya akan menghasilkan tingkahlaku yang kurang menyenangkan.
i) Bersemangat
i) Bersemangat
Apabila suatu kerja itu memberi kepuasan kepada pekerjanya, maka pekerja akan bersemangat terhadap kerja yang dilakukan. Mereka akan sanggup melakukan kerja tersebut walaupun terpaksa mengorbankan lebih masa mereka tanpa meminta bayaran tambahan sekalipun.
ii) Kehadiran
Kehadiran kerja juga merupakan pengukur bahawa sesuatu kerja itu memuaskan ataupun tidak. Menurut kajian pekerja didapati kerap ponteng kerja apabila terdapat alienasi di dalam pekerjaan tersebut, manakala kerja yang memberikan kepuasan didapati menunjukkan kurangnya pekerja yang ponteng ataupun datang lewat.
iii) Berhenti kerja
Suatu pekerjaan juga boleh menyebabkan seseorang itu sering betukar-tukar tempat kerja ataupun berhenti dari kerjanya. Hal ini kerana pekerjaan yang tidak memberikan kepuasan akan menyebabkan pekerja tidak bertahan lama dalam suatu pekerjaan tersebut.
iv) Penentangan/sabotaj
Pekerja yang menghadapi alienasi kerap menunjukkan sikap menentang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka. Mereka juga cenderung melakukan sabotaj ditempat kerja contohnya seperti merosakkan peralatan, menghilangankan maklumat dan sebagainya.
v) Mencuri
Mencuri ditempat kerja merupakan satu tingkahlaku yang dapat menunjukkan bahawa pekerja itu tidak berpuas hati kepada pekerjaan mereka. Tingkah laku ini dilakukan kerana mereka merasa bahawa kerja yang mereka lakukan sebelum ini tidak mendapat balasan yang sepatutnya daripada majikan. Maka dengan mencuri mereka berasa seolah-olah mereka mendapat semula hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka.
Secara Keseluruhanya :-
Untuk mengukur kepuasan suatu pekerjaan itu bergantung kepada individu itu sendiri. Pengalaman-pengalaman yang diperolehi hasil daripada proses sosialisasi dapat membantu individu itu menentukan sendiri hala tuju bagi mencapai kejayaan di dalam pekerjaan. Manusia secara semulajadinya mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Bagaimana cara untuk mencapainya juga bergantung pada diri individu itu sendiri
Thanks to Dr. Reevany
No comments:
Post a Comment