journey without destination

journey without destination

Tuesday, October 4, 2011

Pengunaan Gaya Pemikiran Kreatif dan Alat Berfikir dalam Menyelesaikan Masalah Kemalangan Jalan Raya



Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia, masalah ini semakin serius dari tahun ke tahun. Dengan menggunakan gaya pemikiran kreatif dan alat-alat berfikir yang sesuai untuk mencadangkan penyesuaian kepada masalah ini.

Abstrak

Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia amat tinggi. Laporan statistik menunjukkan bahawa jumlah kes kemalangan jalan raya meningkat dari tahun ke tahun. Lebih banyak jalan raya dibina, lebih cantik dan lebih efisen pembinaannya, lebih banyak kemalangan berlaku. Terdapat ramai pemandu yang cuai, tidak berdisiplin, mementingkan diri sendiri,menjadikan jalan tempat berlumba, tidak cekap, tidak mempunyai lesen memandu, tidak menpunyai cukai jalan, tidak mempunyai perlindungan insurans untuk pihak ketiga, gopoh semasa memandu, mabuk, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas, membawa muatan berlebihan, membawa muatan dengan cara yang tidak mematuhi kehendak keselamatan yang ditetapkan oleh undang-undang dan sebagainya. Daripada kesalaha-kesalahan yang sedemikianlah yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya dan ini menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan.

Oleh yang demikian pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya seperti kempen kesedaran, pendidikan, penylidikan dan sebagainya tentang kemalangan jalan raya dalam mengatasi dan mengurangkan kadar kemalangan ini yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Selain itu pihak bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan yang penting seperti turut serta dalam pergerakan yang dijalankan oleh kerajaan dan juga menjalankan tentang kempin kesedaran kepada pengguna jalan raya yang selaras dengan kempin “Kemalangan Sifar”.

Menerusi perbincangan ini, saya menggunakan gaya pemikiran kreatif dan beberapa alat berfikir untuk mencari punca berlakunya kemalangan jalan raya, kesan yang wujud daripada daripada kemalangan, kesan dan akibat dan juga mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah berlakunya kemalangan jalan raya. Alat berfikir yang digunakan ialah AGO (Aims, Goals and Objectives) Tujuan, Matlamat dan Objektif, C&S (Consequence & Sequel) Kesan dan Akibat Daripada Kesan, CAF (Consider All Factors) Pertimbangan Semua Faktor, FIP (First Important Priorities) Perkara-perkara Penting yang Menjadi Keutamaan, dan OPV (Other People’s Views) Pandangan Orang Lain. Penggunaan gaya pemikiran kreatif adalah untuk manyelesaikan masalah kepada kemalangan jalan raya manakala penggunaan beberapa alat berfikir seperti AGO (Aims, Goals and Objective) Tujuan, Matlamat dan Objektif adalah untuk mencari punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Selain itu penggunaan alat berfikir C&S (Consequence & Sequel) Kesan dan Akibat Daripada Kesan adalah untuk memudahkan mencari kesan yang akan timbul ekoran daripada fenomena kemalangan jalan raya. Penggunaan alat berfikir seperti CAF (Consider All Factors) iaitu Pertimbangan Semua Faktor, FIP (First Important Priorities) iaitu Perkara-perkara Penting yang Menjadi Keutamaan, dan OPV (Other People’s Views) iaitu Pandangan Orang Lain adalah untuk melihat dan mencari cadangan bagi mengatasi serta mencari langkah-langkah yang sesuai yang dapat mengatasi atau dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya boleh didefinisikan sebagai kecelakaan yang berlaku di jalan raya yang boleh menyebabkan berlaku kerosakan herta benda, kecederaan fizikal dan juga boleh menyebabkan berlakunya kehilangan nyawa seseorang. Saban tahun,  jumlah kematian jalanraya memang mengejutkan kita semua, sejumlah lebih kurang 6,000 kematian dan kemalangan dilaporkan setiap kali musim perayaan. Perkara ini akan berlaku setiap tahun, dan setiap tahun kematian paling besar dalam negara ini adalah berpunca dari kemalangan jalanraya. Satu statistik yang tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara  membangun yang lain. Hal ini menunjukkan satu jumlah yang tinggi yang disebabkab oleh kemalangan jalan raya. Kita ada pembunuh dalam diam, kita mungkin boleh melawan penjenayah, melawan dadah, melawan AIDS, tapi kita tidak mampu melawan tragedi kemalangan jalanraya. 


Sehingga kini sudah pelbagai ikhtiar dibuat oleh pelbagai pihak, Polis, Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ), dan pihak-pihak lain nampaknya agak kurang berhasil. Bermacam undang-undang diperkenalkan, tetapi kemalangan tetap tidak berkurang, malah semakin menjadi-jadi. Jika dilihat pada laporan yang diterima, kebanyakkan kemalangan berlaku bukan di lebuhraya, tetapi di jalan-jalan Persekutuan dan Negeri. Yang paling ramai jadi mangsa ialah penunggang motosikal, diikuti rapat oleh pejalan kaki dan pengguna kereta. Sesungguhnya, sebenarnya musuh utama negara sekarang bukan AIDS atau dadah. Musuh utama negara adalah kemalangan jalan raya. Pembunuh utama rakyat Malaysia ialah kemalangan jalanraya. Ini adalah perkara serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak

Dengan menggunakan alat berfikir AGO (Aims, Goals and Objective) atau Tujuan, Matlamat dan Objektif, kita dapat mengesan punca berlakunya fenomina kemalangan jalan raya yang saban tahun boleh dikatakan semakin meningkat. Dengan menggunakan alat berfikir AGO yang dapat meluaskan sudut pandangan, membuat fokus yang betul semasa memandu, mengingatkan tujuan asal memandu dan mengelak dari berfikir perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecuaian semasa memandu. Punca utama kemalangan jalan raya ialah kecuaian memandu. Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. 


Pekara ini merupakan satu salah laku jalan raya kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan. Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh kecuaian memandu dan ini secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu tekanan jiwa, memandu bersambil buat kerja lain dan kemabukan.

Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. 


Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa.

Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca Sistem Pesanan Ringkas (SMS), malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan pekara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu.

Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah.

Dalam perbincangan ini saya juga mengunakan alat berfikir C&S (Consequence & Sequel) atau Kesan dan Akibat daripada Kesan  untuk mengetahui kesan yang dialami iaitu dari segi kesan serta merta, kesan jangka pendek, jangka sederhana dan kesan jangka panjang. Dalam kemalangan jalan raya kesan yang timbul ialah kepada yang melakukan kesalahan mahu pun yang memjadi mangsa. Hal ini boleh memberi kesan jangka pendek, sederhana mahu pun kesan jangka panjang. Jika kemalangan itu berlaku, ia memberi kesan seperti kecederaan fizikal atau pun menyebabkan kematian. Selain itu juga mungkin menyebabkan trauma kepada mangsa atau pun keluarga mangsa. Untuk memulihkannya ia memerlukan satu jangka masa.

Menerusi perbincangan ini saya juga menggunakan gaya pemikiran kreatif. Gaya pemikiran kreatif ini digunakan untuk mencari jalan penyelesaian serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Disamping itu juga saya menggunakan alat berfikir dalam membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini iaitu alat berfikir CAF (Consider All Factor) atau Pertimbangan Semua Faktor, FIP (First Important Priorities) atau Perkara-perkara Penting yang Menjadi Keutamaan dan OPV (Other People’s Views) atau Pandangan Orang Lain. Gaya pemikiran dan alat berfikir ini digunakan sebagai alternatif dalam menyelesaikan kemalangan jalan raya. Dalam mencari jalan penyalesaian kepada fenomina ini, kita boleh menjalankan “3P” ” iaitu pendidikan, perundangan, dan penyelidikan.

Bagi pendidikan, ia memainkan peranan yang terpenting dengan membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah kemalangan dan salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. Pendidikan untuk mengurangkan kemalangan dan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. 


Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral, melalui sekolah memandu, melalui komunikasi awam seperti televisyen. Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan kemalangan dan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.

Selain itu perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah kemalangan dan salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya. Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu pembentukan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang. Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. 


Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Selain daripada itu penyelidikan juga digunakan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan salah lku jalan raya. Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah kemalangan dan salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah kemalangan dan salah laku jalan raya adalah seperti ilmu kaji kejenayahan (Criminology) dan pengurusan jalan raya. Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.Manakala pengurusan jalan raya boleh membantu mengurangkan kemalangan dan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.

Selain daripada itu juga perlu ada satu badan khas mengkaji dan memantau kesan kemalangan dan mencari jalan untuk mengatasi perkara ini. Sekarang ini semua beban diletakkan di bahu pasukan polis dan JPJ. Di peringkat pengguna tidak ada satu badan pun yang wujud untuk tujuan ini, mungkin perlu diwujudkan satu Yayasan Basmi Kemalangan dan program Kemalangan Sifar perlu dilancarkan untuk seluruh negara. Kita tidak perlu tunggu musim raya untuk menggerakkan program ini, ia seharusnya terus-menerus digerakkan, tidak kira musim raya atau tidak. Ia mesti ada matlamat, jangka pendek dan jangka panjang.

Konklusinya, kemalangan jalan raya merupakan pekara yang berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya. Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya yang buruk, penyusunan hirarki nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi yang memecahkan benteng moral pemandu. 


Bagi menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak mengambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan “ 3 P”, iaitu pendidikan, perundangan dan penyelidikan. Akhir sekali, pengguna jalan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya yang boleh mengundang  kepada kemalangan jalan raya. Dalam perbincangan ini, penggunaan alat berfikir AGO (Aims, Goals and Objective) Tujuan, Matlamat dan Objektif adalah untuk mencari punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya manakala pengggunaan alat berfikir C&S (Consequence & Sequel) iaitu Kesan dan Akibat Daripada Kesan adalah untuk mencari kesan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Penggunaan gaya pemikiran kreatif pula adalah untuk mencari jalan penyelesaian fenomina ini manakala alat-alat berfikir CAF, FIP dan OPV  adalah untuk membantu mencari cadangan, langkah-langkah serta idea-idea baru yang boleh digunakan untuk mencari jalan penyelesaian serta dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Thanks to Abd Wahab 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment