journey without destination

journey without destination

Monday, October 3, 2011

Teknologi dan Masyarakat - Impak Teknologi



Kemusnahan pada hari ini adalah akibat daripada perkembangan teknologi moden dan keadaan ini sama sekali telah mengubah hubungan manusia dengan alam sekitar.

Teknologi dan masyarakat merupakan satu sistem yang kompleks dan saling memerlukan antara satu sama lain. Kerana cara hidup masyarakat di tentukan oleh teknologi yang disesuaikan dalam persekitaran alam. Teknologi adalah sebahagian daripada sistem tindakan manusia untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang sentiasa tidak mencukupi. Dalam hal ini, “nilai wang” lebih penting daripada segala-galanya berbanding dengan alam semulajadi dan persekitaranya. Walaubagaimanapun, jika dilihat diantara hubung kait antara teknologi, masyarakat dan alam sekitar,  kesemuanya adalah saling bergantungan.  Contohnya; teknologi moden jika disalahgunakan boleh merosak dan membinasakan alam semulajadi. Manusia memerlukan teknologi moden untuk disesuaikan dengan zaman yang  semakin maju.

Pada masa sekarang, hubungan manusia dengan alam tidak seperti dahulu, masyarakat dahulu mengutamakan alam sekitar kerana sumber yang diberikan oleh alam. Pada zaman dahulu masyarakat sebelum wujudnya teknologi moden seperti masyarakat zaman paleolitik, dan mesolitik menjaga alam kerana alam adalah sumber sepatutnya diuatamakan pada masa tersebut. Semangat spiritual seperti roh-roh nenek moyang bersatu dengan alam apabila meninggal dunia atau mati begitu juga roh mereka akan bersama-sama alam adalah anggapan mereka pada masa itu. Masyarakat pada masa itu sanggup berkorban dengan melakukan upacara seperti mengorbankan binatang malah ada yang sanggup mengorbankan nyawa manusia untuk dipersembahkan kepada alam. Pemerintah zaman kuno, seperti Firaun dianggap anak tuhan Amon-Re iaitu tuhan matahari. Begitu juga dengan masyarakat Greek atau Yunani kuno yang menganggap ada tuhan yang menjaga lautan iaitu Poseidon.

            Masyarakat di Malaysia pula pada zaman sebelum wujudnya teknologi moden begitu menyayangi alam dan hubungan masyarakat dengan alam amat erat kerana berdasarkan kepercayaan dan adat. Sebagai contoh mereka memuja semangat padi untuk mendapatkan hasil tuaian yang memuaskan. Mereka menjangkakan kalau alam tidak dijaga maka kesan negetif akan menimpa mereka seperti hasil  tanaman tidak menjadi, diserang oleh semangat-semangat alam dan sebagainya. Begitu juga yang berlaku pada masyarakat pantai timur khususnya di Terengganu pada zaman itu yang melakukan upacara memuja pantai sebagai tanda pengikhtirafan mereka terhadap sumbangan alam. Pada masa itu tanggapan bahawa jika alam tidak dipuaskan masyarakat akan mendapat hasil tangkapan yang tidak memuaskan disamping bahaya semasa di laut. Maka alam dipuja dan hubungannya dengan manusia dijaga dengan serius.

            Untuk masyarakat asli di Sabah dan Sarawak mereka merayakan Hari Gawai untuk menunjukan penghargaan mereka terhadap alam kerana sumbangan alam amat besar. Masyarakat dahulu jika hendak menbuka tanah untuk kawasan pertanian atau kawasan kediaman terlebih dahulu akan melakukan upacara pecah tanah atau upacara buka tanah menggunakan khidmat pawing yang penuh dengan adat tradisi sebagai tanda menjaga hubungan manusia dengan alam. Pada zaman teknologi moden sekarang upacara buka tanah  dilakukan tetapi bukan dengan menjaga hubungan dengan alam seperti dilakukan dahulu yang penuh adat tetapi dengan menggunakan jentolak yang akan merakus setiap inci muka bumi yang dilaluiya.  Begitulah hubungan manusia dengan alam pada masa itu yang berbeza sama sekali dengan hubungan manusia dengan alam pada zaman teknologi moden sekarang.

            Masyarakat manusia zaman sekarang sudah tidak menghormati alam seperti pada zaman sebelum kemodenan berlaku.Mereka sanggup membuang sampah sarap, sisa-sisa toksik, hasil yang dikeluarkan oleh teknologi moden ini ke sungai-sungai dan lautan, walaupun mengetahui bahawa sungai dan laut memberi rezeki kepada mareka walaupun pada zaman dahulu pun sama cuma masyarakat pada masa itu tidak mencemarkan atau merosakan alam seteruk manusia zaman teknologi moden ini. Kemusnahan alam sekitar pada hari ini adalah akibat daripada perkembangan teknologi moden telah mengubah sama sekali hubungan manusia dengan alam sekitar adalah kerana pemikiran manusia pada zaman moden yang lebih mengutamakan keuntungan dan hal-hal material daripada hal-hal seperti non-material. Hal-hal seperti mengapa kita harus mengambil berat perkara seperti pencemaran alam dan kemusnahan alam,sering dipandang remeh. Hal-hal seperti etika, adat dan tradisi sudah lenyap atau hampir lenyap dari pemikiran dan perasaan manusia.

Perkembangan teknologi moden pada hari ini telah mengubah dan memberi pelbagai kesan negatif terhadap persekitaran masyarakat dan alam sekitar akibat daripada tangan manusia. Jika dilihat sepanjang tahun lalu, beberapa fenomena alam yang membawa  kepada kemusnahan jiwa manusia dan kerosakan fizikal. Bencana yang terjadi di Malaysia  ataupun di negara-negara lain, tidak mengenal sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira sama ada, negara maju atau sedang membangun, kedua-duanya telah bergelut untuk menangani kemusnahan dan kesan pemulihan kemusnahan alam yang diakibatkan oleh tangan manusia yang menyalahgunakan teknologi moden ini. Ada sesetangah pihak yang merasakan proses pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan fenomena ini berlaku. Sesetengah pihak merasakan proses globalisasi juga menyumbang kepada kemusnahan dan bencana alam. Tidak setakat itu sahaja, malah kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat berkembang juga dilihat berperanan mempertingkatkan kesan-kesan global kemusnahan alam.

            Manusia merosakan hubungannya dengan alam melalui banyak cara antaranya adalah melalui pencemaran. Pencemaran boleh dibahagikan kepada 3, iaitu udara, air, dan tanah. Pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tidak lansung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif di mana  alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan-buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yg berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan-hidupan liar, hidupan akuatik atau tumbuhan-tumbuhan.

            Pencemaran Udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan indusrti secara jelas kita dapat perhatikan pelepasan asap-asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan-bahan pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada hujan asidpemanasan bumi dan juga jerebu

Stesen

Indeks Pencemar Udara

8.00 pagi
11.00 pagi
Kuala Lumpur
167
164
Gombak
159
160
Petaling Jaya
143
140
Shah Alam
139
132
Klang
160
154
Kajang
128
125
Sungai Petani
187
191
Seberang Prai
341
371
Ipoh
165
164
Melaka
138
136
Nilai
144
144
Johor Bharu
64
67
Jerantut
116
104
Kuantan
59
51
Kota Bharu
103
102
Kemaman
105
90
Kuching
150
133
Kota Kinabalu
45
46

JADUAL 3.3.4 IPU Malaysia pada 27 September 1997 (Sumber: JAS 1997)

Pencemaran Air seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini.

Pencemaran Tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.  Antara punca-puncanya ialah:

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran tanah.  Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah dan juga pembalakan dan pengondolan tanah.


Menurut Westrum, melalui konsep Heuristic iaitu  manusia dan alam mempuyai kaitan antara satu sama lain. Dalam konteks ini manusia dan alam saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Hal ini kerana manusia mendapat rezeki dari alam semulajadi sumber makanan, perubatan tempat tinggal dll. Alam juga merupakan tempat untuk manusia mengamalkan adat dan kepercayaan dengan memuja alam dan sebagainya. Sebagai contoh, perayaan gawai, ponggal, memuja semangat padi dan lain-lain. 

            Tetapi apabila wujudnya teknologi moden dan konsep “ dunia tanpa sempadan” manusia boleh menerokai alam dengan sesuka hati mereka. Apatah lagi bila berlakunya “globalisasi” pengilang dan pengeluar berlumba-lumba dalam mengeluarkan produk dan barangan. Hal ini adalah untuk memenuhi permintaan manusia dan teknologi yang ada harus digunakan oleh manusia. Perkembangan teknologi inilah yang memberi rezeki kepada manusia pada masa kini. Antara contoh yang boleh digunakan adalah system pertanian pada masa kini sudah tidak memerlukan tanah sebagai sumber pengeluaran iaitu mengunakan system fertigasi. Dalam hal ini, manusia tidak pernah berpuas hati dengan kehendak dan keperluannya untuk mendapatkan sesuatu. Apatah lagi pada zaman ini negara semakin maju dan pesat membangun. Dimana mayarakat memandang material dan nilai wang untuk mencapai kehendaknya dan terus melupakan hal-hal yang bukan material. Dengan ini teknologi moden yang ada disalahgunakan untuk mendapatkan material-material yang sama sekali memberi kesan negetif kepada alam dan persekitaran secara tidak langsung kemusnahan kepada alam sekitar hanya mendapat keuntungan kepada golongan tertentu sahaja.

            Hal ini juga jelas menunjukan hubungan manusia dengan alam pada zaman ini semakin renggang dan berbeza sekali jika dibandingkan pada zaman dahulu. Manusia kini telah tidak menghargai alam semulajadi yang telah memberi rezeki dan pelbagai faedah kepada mereka. Apabila berlakunya perbagai bencana alam barulah mereka sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan tapi pada hakikatnya dengan perkembangan teknologi yang semakin moden manusia tidak pernah insaf malah semakin rakus melakukan kemusnahan alam. 

Inilah cabaran utama semua negara dan pemerintah untuk mencari formula mencapai pembangunan, kemajuan ekonomi dan sosial tanpa menghakis modal semula jadi iaitu alam semulajadi  dan sistem yang merangkuminyaUlasan ini berhasrat  dapat memanjang senarai individu yang menyedari bahawa hanya dengan pendekatan pembangunan kemanusiaan yang mapan, persekitaran dan  pembangunan dapat diseimbangkan .

Pemikiran, pembangunan fizikal dan  spritual yang dilaksanakan dalam persekitaran  yang saling menghormati hak asasi individu dan hak asasi persekitaran  mampu memastikan  kemapanan kehidupan   dan persekitaran yang berlanjutan. Tindakan ini wajar semata-mata untuk memantapkan usaha memulih dan memelihara persekitaran alam semulajadi dan membangun kembali tamadun manusia.  Dalam ertikata lain kita bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dan pertanggungjawaban ini adalah mutlak keatas setiap  individu manusia dan manusia perlu merasakan dan melaksanakan  tanggungjawab ini.  Inilah pemikiran dan paradigma  yang perlu disantuni dan disambungkan kepada generasi seterusnya

            Namun ada sesetangah pihak merasakan proses globalisasi sebagai proses ’semulajadi’ yang telah membuat manusia lebih sedar dan prihatin terhadap kejadian yang berlaku. Ironisnya, peningkatan tahap sosioekonomi dan perkembangan teknologi telah menyumbang kepada peningkatan kesan bencana-bencana. Secara logikanya, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangi kesan kemusnahan yang telah berlaku. Persoalannya bagaimana kita bertindakbalas dengan permasalahan ini dan adakah kita telah bertindabalas sewajarnya.  Bencana yang berlaku  di sepanjang tahun  ini, kita telah menjadi saksi kepada kemusnahan daripada perbuatan manusia yang mengunakan teknologi ini dan juga kekuasaan alam. Kita telah melihat kejadian dan malapetaka sedemikian yang tidak mengenal sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira sama ada, negara maju atau sedang maju, kedua-duanya telah bergelut untuk menangani kemusnahan dan kesan pemulihan kemusnahan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasilah yang telah membawa gambaran kemusnahan ini.

            Peningkatan tahap sosioekonomi dan perkembangan teknologi  juga telah menyumbang kepada peningkatan kesan bencana. Sebagai contoh, kemajuan dalam kejuruteraan dan teknologi membawa keburukan serta kebaikan, contohnya bangunan-bangunan sekarang boleh menampung sebuah masyarakatnya yang tersendiri tetapi dalam masa yang sama boleh juga menambah kesan kemusnahan akibat dari bencana apabila ianya tidak direka untuk menampung kekuatan bencana alam. Contohnya runtuhan Kondominium Highland towers di Genting Highland, Pahang. Semakin penduduk bertambah, terutamanya di kawasan bandar dan yang berdekatan bandar, lebih banyak orang akan terkena bencana daripada sebelumnya. Pencemaran industri di peringkat tinggi akan membawa kepada faktor alam sekitar seperti kenaikan suhu dunia secara menyeluruh, yang mana menyebabkan perubahan cuaca yang memainkan peranan utama dalam perubahan corak cuaca dan membawa kepada banjir, kenaikan paras laut serta kemusnahan teruk kepada masyarakat yang tinggal di kawasan berdekatan laut. Kemusnahan hutan dan pembalakan yang tidak terkawal telah menghilangkan pendinding semula jadi kepada tanah susur dan mengakibatkan banjir, tanah runtuh yang dahsyat dan lebih-lebih lagi kehilangan nyawa dan harta benda.

            Bencana-bencana alam seperti ini boleh menyerang pada bila-bila masa. Malapetaka ini boleh menyebabkan kemusnahan jiwa dan harta benda yang besar. Secara umumnya, perkembangan teknologi moden inilah yang menyebabkan bencana alam. Yang menarik dan penting untuk difahami, tiada seorangpun manusia yang mampu memerangi atau menghalang bencana ini. Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air. Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar.  Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia ).

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya. Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan (Sumber: Persatuan Pencinta AlamTumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan MalaysiaDewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55). Selain itu, akibat daripada pencemaran alam sekitar juga, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

 Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata yang mengancam tumbuhan dan binatang. Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .

Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati . Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur (Sumber: Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996).

Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006  dan pada 12 Januari 2007, akibat hujan lebat yang mencurah-curah.  Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia pada abad ini. Banjir ini turut dirasai di negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera dan Indonesia. Jadual menunjukkan angka penduduk yang terlibat akibat banjir untuk beberapa kawasan terpilih.




Jadual 1:  Penduduk  terlibat akibat banjir
Kawasan banjir
Jumlah penduduk
Jakarta
220,000
Melaka
 3,193
Johor
109,831
                         

Bagi negara Malaysia , Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Daerah-daerah Batu PahatJohor BahruKluangKota TinggiMersingMuarPontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 telah berjalan seperti biasa dan Kerajaan Malaysia telah mendermakan uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan akibat bermain air banjir meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut.

Setelah keadaan mula surut, banjir kedua berlaku pada 12 Januari 2007, ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angin darurat telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain.  Di Pahang, sejumlah 2,638 orang telah berpindah ke pusat bantuan. Sekali lagi, Johor menjadi negeri yang paling teruk terjejas. Kejadian banjir yang melanda di Negeri Johor adalah disebabkan curahan hujan yang berebihan dan luar biasa yang berlaku pada keseluruhan tempat di Negeri Johor. Puncanya adalah dipercayai akibat daripada limpahan sungai yang tidak mampu menampung lebihan air berikut hujan yang berterusan. Di samping itu paras air mengambil masa yang lama untuk surut disebabkan keadaan topografi yang rendah dan landai serta pelepasan air daripada Empangan Sembrong dan Empangan Bekok.

Lanjutan daripada bencana tersebut, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion bagi tujuan pemulihan infrastruktur yang untuk dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan persekitaran kawasan yang terlibat akan dapat dipulihkan dan kembali seperti sediakala. Ini adalah satu junlah yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan, selain daripada Dana Ehsan ( Tabung Kecemasan)  dan  bantuan dari  pihak  swasta, NGO dan individu lain. Selain daripada peristiwa di atas, banyak lagi peristiwa lain yang telah dan sedang berlaku yang mencemaskan kebanyakan penduduk di kedua-dua negara dan negara-negara lain.  Keadaan cuaca panas sering dialami oleh rakyat Malaysia dan Indonesia, diikuti oleh masalah jerebu dan pernafasan.  Peningkatan suhu sekitar 5 darjah celcius juga dialami  secara global.  Penggondolan hutan mengurangkan kadar oksigen dan menghilangkan kemampuan untuk menyerap karbon dioksida. Berbagai lagi masalah  kemorosotan persekitaran yang memberi impak terus keatas  kualiti hidup manusia  dan masyarakat amnya (Sumber : Bahagian Majlis Keselamatan Negara).

Kemusnahan besar-besaran ini berlaku untuk diwaris kepada yang tinggal di atas mukabumi  ini. Ada yang berpandangan menerima hakikat  proses ini sebagai proses  keseimbangan semulajadiproses pembersihan alam - natural cleansing, yang merupakan perlindungan yang penting di bumi dan  semua makhluk hidupan termasuk manusia. Ini adalah proses yang berlaku secara alamiyyah kerana dunia semakin tua. Kebarangkalian terjadinya bencana alam yang memusnahkan ini terselindung dan tidak dihalangi oleh perlindungan ini. Idea ‘carrying capacity’ mendasari perbincangan  pemikiran ini.  Apabila  keupayaan sesebuah kawasan itu tidak mampu lagi ditanggung olehnya,  secara semulajadi ia akan menyebabkan ketidakseimbangan sistem ekologi atau persekitaran kehidupan manusia..

Ada juga yang berpandangan bahawa ia berlaku  dari sebab dan diakibatkan oleh  perbuatan tangan manusia yang menyalahgunakan teknologi moden.  Dunia harus mengambil peluang ini untuk melihat dengan teliti apa yang telah mereka buat untuk melindungi alam sekitar kerana tsunami dan kesan selepas peristiwa itu menunjukkan bahawa bukan sahaja luar biasanya kekuasaan alam tetapi juga rapuhnya sistem kewujudan manusia.. Kejadian bencana ini adalah sebagai peringatan kepada manusia sejagat bahawa sebenarnya manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa mentadbir alam ini. Tambahan lagi, setiap bencana ini adalah sebagai maksud untuk memaklumkan mengenai kelemahan semulajadi manusia, beberapa amaran untuk orang yang tidak mahu merenung pengertian di sebalik semua kejadian ini dan mengambil pengajaran dari musibah orang lain.

            Apakah  pengajaran yang harus diambil oleh manusia dari benana sebegini. Bumi diciptakan khusus untuk manusia. Persekitaran hidup adalah ruang yang didiami oleh manusia bersama semua jenis makhluk lain, haiwan dan  tumbuhan, dan tentunya setiap elemen ini tidak dapat berdiri sendiri dalam proses kehidupan, saling bergantungan dan memerlukan diantara satu sama lain. Proses simbiosis berlaku dengan interaksi dan pergantungan secara teratur didalam ekosistemnya: ia menunjukkan elemen yang hidup sebagai satu kesatuan yang tidak boleh dilihat dan dibincang secara partial.  Persekitaran hidup harus dipandang secara holistik dan mempunyai sistem yang teratur yang setiap satu elemen memainkan peranan yang setara. Pengajaran penting  diambil dari peristiwa ini ialah bahawa manusia yang menganggap dirinya hebat di muka bumi ini perlu menyedari bahawa ia sangat lemah dan sebenarnya tidak mempunyai kekuatan untuk mengendalikan semua ini, yang terjadi dalam sekelip mata. Maka tercetuslah daripada pengajaran ini beberapa pemerhatian lain untuk difikirkan bersama iaitu Pemerhatian  kearah persekitaran dan  pembangunan masyarakat  mapan. Dalam hal ini, manusia tidak dapat menahan bencana tetapi manusia boleh mengurangkan kesan bencana alam melalui ilmu pengetahuan, pengurusan bencana dan persediaan yang sesuai sebelum, semasa menghadapi bencana dan dan selepas bencana.

            Akibat dari fenomena alam ini, kita perlu bertindak secara reaktif  iaitu pembangunan yang mensasar kepada keperluan melindungi sumber yang masih ada kita melaksanakan proses pemulihan dan peredaan berhasrat untuk memelihara persekitaran dan sumber yang ada  dan melakukan pembaikan untuk meredakan masalah bencana sekiranya berulang.  Perkara yang lebih penting ialah menyedari dan  memahami bahawa proses bencana alam ini bukan isu local  walaupun terjadi dalam satu lokaliti yang mempunyai sistem atau  imuniti yang rendah terhadap gejala alam yang berlaku.  Proses ini berlaku pada peringkat global apabila faktor seperti perubahan cuaca, perubahan suhu  berlaku dalam di negara- negara lain yang membawa akibat kepada wilayah lain .Oleh kerana itu pentingnya  persoalan keadilan persejagatan difahami dan dihayati bersama  dalam dimensi antarabangsa tadbir urus biodiversiti menerusi prinsip kesamarataan dan perkongsian untung (ABS) daripada sumber biologi yang amat terhad. Pendekatan ini akan dapat direalisasikan melalui kesedaran berkaitan  hak asasi manusia untuk hidup dengan selamat  seperti yang telah dipersetujui dan dipersepakati dalam banyak  konvensyen, deklarasi  dan perjanjian pada peringkat antrabangsa dan negara. Banyak negara telah menandatangani berbagai konvensyen, deklarasi dan perjanjian yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia untuk terus hidup selamat dan selesa, antara contohnya  seperti dibawah: The Universal Declaration of Human Rights 1948  (UHDR), The Rio Declaration on Environment and Development (1992), International Convention on Economic, Social and Cultural Rights, United Nations Framework Convention on Climate Change (1992) dan United Nations Convention on Biological Diversity (1994).

            Perbincangan dan deklrasi yang berkaitan dengan persekitaran dan pembangunan mapan juga telah dibentuk secara khusus untuk memastikan bahwa semua negara memelihara persekitaran meraka  dan pada masa yang sama mencapai pembangunan yang mereka ingini secara saksama dan adil.  Antara  perjanjian atau dokumen penting yang mendasari prinsip pembangunan mapan ialah: The Brundtland Commisison (1987), Agenda 21 Local Agenda 21, Johannnesburg Declaration on Sustainable Development (2003) dan Kyoto Protocol (2005) . Pada peringkat ASEAN juga telah banyak perjanjian dibuat untuk memastikan persekitaran kehidupan dan pembangunan antara negara dikawal dan diselia dengan sewajarnya. Antara perjanjian yang telah dimeterai: Jakarta Declaration on Environment and Development (1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and Development, ( 1994) Singapore Resolution on Environment and Development (1992), The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development (1990) dan Persidangan Protokol Kyoto di Indonesia 2007.

            Namun realitinya, persekitaran kehidupan kini masih terus-menerus memperlihatkan kemorosotan akibat persekitaran dan sumber alam terus menerus  dieksploitasi. Peristiwa bencana yang telah berlaku sepanjang dua tahun lepas dan sedang berlaku sekarang cukup membuktikan bahawa penjagaan persekitaran masih belum dilaksanakan secara maksimum dan keprihatinan serta sensitiviti ini masih belum dirasai secara optimal. Apa yang ingin diketengah dalam perbincangan ini ialah hakikat ketidakupayaan kita  melihat sistem kehidupan kita, proses modernisasi dan pembangunan,  sebagai suatu subjek yang perlu diterjemahkan dengan begitu teliti kerana subjek persekitaran, sumber alam dan kehidupan berkualiti adalah satu sistem yang amat kompleks,  Perspektif biasa sering melihat sumber alam dan persekitaran sebagai objek yang terangkum didalamnya  elemen komoditi yang boleh diniagakan dan dieksploitasi untuk tujuan pembangunan. Kita perlu berbalik kepada hakikat bahawa sumber alam dan persekitaran adalah sebuah sistem kecil dalam sistem dan hukum alam yang lebih besar yang telah ditakdirkan.

Penerusan sistem ini akan hanya berlaku jika kualiti komponen setiap sistem berjalan dengan stabil. Penegasan yang ingin dibuat disini ialah  usaha pemulihan bukan struktur (pemulihan sistem manusia) perlu diberi perhatian. Persoalan ini juga perlu dilihat secara global kerana usaha memulih dan memelihara persekitaran peringkat lokal tidak akan dapat pergi jauh. Seiring dengan itu, tindakan polisi, ukuran perundangan, pembiayaan dan perbelanjaan dan pengurusan sumber alam perlu dilihat dengan lebih mendalam dari perspektif sosial yang lebih luas dan perlu ditanggani secara kolektif.  Walaupun kita memberi penekanan yang amat tinggi kepada aspek ekonomi  untuk pembangunan sesebuah negara, kita perlu sedar bahawa bencana alam yang telah dialami telah menjadi masalah sosial yang kesan dan akibatnya membantutkan pembangunan dan ekonomi  negara.

            Konvensyen atau deklarasi antrabangsa, wilayah atau lokal perlu dihayati dan dilaksanakan oleh semua negara  sejajar dengan sumbangan dan keupayaan mereka dalam hal tersebut.. Kesemua ini bermula dengan keprihatinan bahawa manusia perlu  menjadi agen perubahan yang mapan melalui  minda dan kepercayaan. Dalam persekitaran yang begitu pragmatik tentunya penyelesaian ini menjadi tidak realistik.  Tetapi berbalik kepada premis perbincangan  apakah manusia tidak mahu memperbaiki keadaan kehidupan mereka dan mereka tidak boleh membiarkan keadaan berlalu begitu sahaja. Kesemuanya adalah akibat daripada tangan manusia yang menggunakan teknologi moden untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kesan dan tindakbalas alam sekitar. Boleh dikatakan masyarakat pada zaman ini yang menggunakan teknologi moden dan melakukan kemusnahan alam. Telah terputus hubunganya dengan alam sekitar dan persekitaran antaranya yang berlaku di Malaysia adalah kes penyu karah yang mendarat di persisiran pantai Kedah. Spesies penyu jenis itu lazimnya hanya boleh didapati di Indonesia, Filipina dan Australia. Peristiwa ini menggemparkan penduduk setempat sehingga mencetuskan tanda tanya berkaitan punca kehadirannya di Malaysia. Spesies ini dikatakan sampai ke negara ini akibat perubahan dasar laut selepas bencana tsunami pada 26 Disember 2004. Saintis turut percaya bahawa peristiwa ini disebabkan oleh pergerakan arus dasar laut. Perubahan alam secara drastik ini menyebabkan penyu karah tersesat sehingga ke pantai barat Semenanjung. Lebih menyedihkan apabila kumpulan penyu itu cedera. Penyu karah tercedera bukan kerana perubahan alam secara semula jadi, tetapi disebabkan terdampar di kawasan pantai yang dipenuhi sampah-sarap dan kayu-kayan. Sikap tidak prihatin manusia terhadap kebersihan alam sekitar menyebabkan penyu karah menjadi mangsa. (Sumber: Berita Harian Disember 2004).

Di Malaysia apabila kita menyusuri kawasan bakau di bahagian utara Semenanjung, kita disajikan dengan plastik dan sampah-sarap yang tersangkut di celah akar pokok bakau. Keadaan ini sememangnya mencacatkan pemandangan indah di hutan bakau. Mengapa kita mengambil jalan mudah sehingga sanggup menjadikan sungai sebagai tong sampah? Adakah sistem pembuangan sampah di Malaysia sudah kritikal sehingga kita sanggup membuang sampah di kawasan hutan bakau? Jawapannya adalah kerana pemikiran dan sikap kita Individu yang membuang sampah di kawasan ini tidak pernah memikirkan kesan yang bakal berlaku. Sampah-sarap yang dibuang bukan saja mencacatkan pemandangan malah boleh mengganggu ekosistem hutan bakau. Populasi ikan dan udang akan menurun jika tempat pembiakan mereka dicemari. Jika bahan buangan yang bahaya dibuang, hidupan akuatik pasti tidak mampu menerima perubahan itu. Pencemaran sistem akuatik telah menyebabkan masalah kepupusan ikan. Dianggarkan 30 spesies ikan di perairan negara hampir pupus atau telah pupus. Antaranya, kurau, bagok, terubok, kekek, yu, parang dan beberapa jenis pari. Penurunan jumlah ikan telah menjejaskan pendapatan nelayan. Hasil pendapatan mereka menurun 50 hingga 70 peratus berbanding tangkapan pada 1970-an. Selain daripada penurunan jumlah ikan, masalah pencemaran turut mengancam ciri fizikal haiwan akuatik. Di Barat, saintis mendapati banyak berlaku perubahan fizikal pada spesies katak di sana. Ekosistem air telah dicemari bahan kimia seperti fosforus. Ia telah menyebabkan kerosakan pada telur katak. Akibatnya, katak mengalami kecacatan iaitu berkaki enam. Sikap manusia yang suka membuang sisa kimia telah menyebabkan haiwan terpaksa menanggung derita.

Merujuk kepada situasi di Malaysia, masyarakat kita juga memang gemar membuang sisa yang boleh mengancam persekitaran. Sisa-sisa kilang dibuang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka langsung tidak memikirkan kesan yang bakal berlaku akibat pembuangan sisa itu. Sisa dan bahan buangan boleh mengancam sistem air dan alam sekitar. Manusia juga tidak terkecuali daripada menerima kesan pembuangan sisa kimia secara langsung mahupun tidak langsung mereka juga telah menerima kesan daripada tempias itu.
Berdasarkan laporan pihak kerajaan, dianggarkan 417,000 tan sisa toksik dihasilkan pihak industri setiap tahun. Jumlah ini akan meningkat kepada lapan hingga sembilan peratus setahun. Masalah pembuangan sisa berbahaya semakin menjadi-jadi apabila kilang haram bertambah dan turut serta dalam pembuangan sisa kilang secara haram.
Tegasnya, kita harus sedar bahawa sikap kita yang suka mengambil jalan mudah boleh mendatangkan masalah kepada alam dan diri sendiri. Perubahan alam yang sedang berlaku ini adalah angkara sikap manusia sendiri. Keadaan ini sewajarnya mencetuskan kebimbangan. Kita harus sedar bahawa alam tidak mampu menerima perubahan yang kita lakukan. Antara peristiwa lain yang berlaku di Malaysia adalah seperti pembalakan di Tasik Kenyir. Tasik Kenyir menjadi tempat menampung bekalan air yang penting dinegara ini namun oleh sebab politik dan ketamakan manusia ia menjadi mangsa kepada kemusnahan alam yang berlaku dilaukan oleh masyarakat moden yang menggelar diri mereka bertamadun.erti tanah runtuh di Taman Hillview dan juga Kondominium Highlands Tower dan kejadian yang berlaku di Bukit Cerakah serta isu pencerobohan alam sekitar seperti di Taman Pertanian Bukit Cahaya, Selangor adalah antara sebab yang dilakukan oleh manusia rakus sehingga hubungan manusia denaga alam tidak seakrab dahulu. Manusia mengetahui tentang keupayaan alam dan struktur muka bumi di kawasan Highland Tower tetapi tetap meneruskan pembinaan kediaman di situ sehinggakan berlakunya kejadia yang meragut nyawa manusia yang tidak bersalah. Semuanya adalah kerana factor materialistik. Pembinaan kediaman menggunakan teknologi moden di tempat bekas laluan air sungai  dan berbukit adalah suatu projek yang sepatutnya tidak diluluskan kerajaan, tetapi mengapa hal ini berlaku sehinggakan kemusnahan alam berlaku dan juga nyawa melayang adalah kerana pemikiran manusia itu sendiri yang telah banyak mementingkan hal material sehinggakan aspek etika diabaikan. Ini membuktikan bahawa teknologi moden telah mengubah hubungan manusia dengan alam dengan meracuni pemikiran manusia. Pembangunan tanah di Malaysia termasuklah pembangunan kawasan baru untuk pertanian, perlombongan dan perhutanan serta penukaran tanah untuk pertumbuhan industri dan perbandaran. Kepelbagaian penggunaan tanah meningkatkan konflik berhubung alam dengan matlamat pembangunan. Pembangunan yang pesat telah menjadikan tanah satu persaingan di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan amalan penggunaan tanah yang buruk dalam keadaan tertentu. Amalan penggunaan tanah yang buruk boleh membawa kepada masalah yang serius dan berdepan dengan halangan untuk pembangunan dalam jangka panjang. Masalah yang boleh timbul termasuklah kemusnahan yang kekal atas kemampuan tanah untuk menyediakan faedah alam sekitar dan ekonomi, ketidakcekapan penggunaan sumber semula jadi yang diperolehi serta pengumpulan kesan negatif. Dari segi kawasan, pertanian akan menjadi salah satu bentuk pembangunan tanah yang paling meluas di Malaysia. Teknik dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan jentera moden telah menjadikan pertanian lebih produktif di Malaysia tetapi memberikan kesan kepada alam sekitar. Penukaran tanah daripada hutan kepada pertanian telah mengakibatkan meluasnya penebangan hutan, mengurangkan jumlah hutan dan kepelbagaian bilogi hutan serta hidupan liar.
           Tidak cukup dengan itu pada 11 april 2006 Utusan Malaysia melaporkan tentang  Lembah Belum-Temenggor. Lembah Belum - Temenggor yang merupakan antara hutan hujan tertua didunia berusia 130 juta tahun kini menghadapi kemusnahan ekologi akibat
kegiatan pembalakan tidak terkawal.Hutan dara seluas 300,000 hektar yang merangkumi Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor sudah 40 peratus gondol kerana perbuatan rakus pembalak-pembalak balak yang tidak bertanggungjawab.Apa yang menyedihkan, Taman Negeri Royal Belum yang sepatutnya diwartakan tiga tahun lalu sehingga kini belum lagi rasmi diberikan status tersebut, manakala Hutan Simpan Temenggor yang diklasifikasikansebagai hutan simpan didapati tidak dilindungi sepenuhnyaPehak wartawan yang berkesempatan melawat Lembah Belum-Temenggor
bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) terkejut melihat kemusnahan di hutan itu akibat aktiviti pembalakan tidak terkawal.Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Pemuliharaan MNS, Anthony Sebastian berkata, usaha pemuliharaan wajar dijalankan segera untuk menyelamatkan Lembah Belum-Temenggor daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal.Sekiranya isu itu dipandang remeh oleh kerajaan negeri Perak, maka tidak mustahil Hutan Simpan Belum dan Taman Negeri Royal Belum yang menyimpan khazanah kepelbagaian bio akan tinggal nama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.Sekiranya dibiarkan, tidak mustahil pada masa depan anak cucu kita tidak mengenali tumbuhan dan binatang liar kerana kesemua flora serta fauna ini sudah pupus akibat kemusnahan hutan. Tinjauan yang telah dilakukan menyusuri beberapa sungai dan meredah hutanmendapati berlaku tanah runtuh di bukit dan tebing sungai menyebabkan
air menjadi cetek serta tercemar. Hal ini kerana sikap manusia yang telah mengeruhkan lagi hubungan manusia denagn alam, dengan bersikap sambil lewa.
Selain itu, pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galian semakin berkurangan di kawasan ini.  sebahagian besar tanah telah dikurangkan untuk pembangunan pertanian, kebanyakan tanah yang subur tidak digunakan untuk pengeluaran makanan, sebalinya digunakan untuk tujuan lain seperti perumahan, rekreasi dan kawasan perindustrian. Oleh kerana jumlah penduduk semakin meningkat di kawasan bandar, pembangunan infrastruktur semakin meningkat ke kawasan yang bermasalah dan kurang sesuai. Kawasan ini sering terdedah kepada kejadian banjir, hakisan sungai, tanah runtuh dan pemendapan, melainkan langkah pengawalan yang sempurna diambil. Dalam kes tertentu, langkah pengawalan tidak dapat diambil dan cara terbaik untuk keselamatan penduduk ialah kawasan ini tidak dimajukan untuk perumahan tetapi digunakan untuk tujuan lain seperti taman, rezab semula jadi dan kawasan rekreasi.
Pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di Lembah Klang sahaja. Ini menunjukkan betapa perlunya diperkuatkan pengurusan perbandaran bersepadu untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan terjamin.disamping hal-hal alam sekitar dititik beratkan untuk menastikan hubungan manusia dengan alam lebih erat di zaman teknologi ini. (Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996).


Kesimpulan
Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih. Secara globalnya masalah kemusnahan alam, pencemaran dan aktiviti manusia ini merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh Negara dan Negara lain.     Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan, namun ia tetap Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian kemusnahan alam dan pencemaran yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi kerajaan dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir negatif daripada tindakan manusia ini amatlah dialu-alukan. Masalah ini tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara. Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya.
Secara rumusannya, kemusnahan alam sekitar pada hari ini adalah akibat daripada perkembangan teknologi moden yang telah mengubah sama sekali hubungan manusia dengan alam  kerana pemikiran manusia pada masa dahulu iaitu sebelum wujudnya teknologi moden lebih menjurus kepada hal-hal bukan material seperti hal-hal budaya, adat resam, tradisi dan lain-lain berbanding zaman moden ini yang lebih mengutamakan keuntungan dan materialistic.Hubungan antara  teknologi moden ciptaan manusia dan alam semakin keruh kerana isu-isu etika tidak dititik beratkan oleh manusia sendiri.




 Thanks to my Group-mate and Prof. Tiun Lin Ta

No comments:

Post a Comment