Tujuan Sorotan Karya, Jenis & Ciri dalam Sesebuah Penulisan Penyelidikan
Pengenalan
Sorotan literature berasaskan pada andaian bahawa pengetahuan adalah dikumpulkan dan manusia belajar serta memilihnya berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Sorotan literature juga adalah kajian semula dalam mengumpulkan pengetahuaan tentang sesuatu persoalan di mana ianya merupakan langkah asas pertama dalam proses penyelidikan.
Tujuan sorotan literature
1.Tujuan pertama
v Menunjukan bahawa kita kenal tentang sesuatu bidang pengetahuan dan menjadikan pembaca yakin tentang pengetahuan dan kebolehan kita.
v Contohnya: Penyelidikan Max Weber mengenai kewujudan konsep autoriti.
v Mengkaji mengenai bagaimana kewujudan konsep autoriti.
v Autoriti merupakan suatu kuasa sah dan diterima umum serta mempunyai kemampuan atau kebolehan seseorang untuk menyuruh orang lain melakukan sesuatu.
v Misalnya Max Weber, pernah membincangkan asal-usul negara dan autoriti, beliau menyatakan memang menjadi kebiasaan golongan lebih muda menghormati golongan yang lebih berpengalaman.
v Selain itu,berdasarkan kajian Weber, kita dapat mengketogorikan jenis sorotan yang digunakan adalah sorotan teoritikal.
v Sorotan teoritikal adalah sorotan yang membawa penulis atau penyelidik menjurus kepada mengemukakan beberapa teori atau konsep yang berfokus pada topic yang sama dan membandingkannya.
v Berdasarkan kepada andaian, ketepatan logical dan penjelasan kepada skop, jenis sorotan teoritikal jelas menunjukan dalam kajian Weber mengenai kewujudan konsep autoriti. Jelaslah bahawa konsep autoriti muncul adalah disebabkan sesuatu kuasa yang ada pada seseorang boleh digunakan tanpa paksaan kerana seseorang itu sudah mempunyai kesahan atau kuasa sah yang diterima umum.
2.Tujuan sorotan literature yang ke-2
Ø Adalah untuk menunjukan penyelidikan dahulu dan bagaimana ia dikaitkan dengan projek yang akan dijalankan kini. Sorotan ini menggariskan arah penyelidikan melalui pengkajian semula dan perkembangan ilmu pengetahuan,
Ø Contohnya: Penindasan di tempat kerja.
Ø Seorang pengkaji ingin mengkaji keadaan penindasan di tempat kerja dengan merujuk kajian Karl Marx yang menunjukan penindasan ke atas perkerja kilang.
Ø Pengkaji tersebut juga menggunakan teori-teori Karl Marx sebagai sorotan teoritikal dan sorotan konteks. Penyelidik membuat sorotan literature supaya adalah penting supaya hasil penyelidikan dahulu dapat dirujuk agar membolehkan pengkaji membuat perkaitan disamping penyelidikan lebih terarah pada kajian yang ingin dikaji.
3.Tujuan literature yang ke-3
ü Mengintegrasi dan merumus hasil penyelidikan yang diketahui dalam sesuatu bidang, sesuatu sorotan yang mencantumkan dan member hasil tesis keputusan yang berlainan.
ü Contoh1:Encel, Mackenzie dan Tabbut telah menyatakan bahawa kuasa ekonomi dan social adalah factor penting yang menyebabkan bertambahnya bilangan wanita dalam tenaga kerja:
ü Antara faktornya.
ü Berkurangnya anggapan konvensional yang menghalang perkerjaan untuk wanita. Perkembangan dalam bidang perkerjaan yang memerlukan tenaga kerja wanita. Peningkatan penggunaan alat-alat yang menjimatkan masa membuat kerja di rumah
4. Tujuan yang ke-4
Adalah untuk belajar daripada hasil penyelidikan idea-idea baru. Sorotan ini memberitahu kita apa yang orang lain hasilkan supaya seseorang penyelidik boleh mengambil manfaat hasil usaha orang lain.
Contoh: Penyertaan wanita dalam ekonomi di Malaysia sebelum merdeka.
Wanita di Malysia memang telah lama memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia .
Kajian oleh Abdullah Munshi, menurutnya pasar di Kelantan dipenuhi oleh wanita yang menjaja dan menjual hasil tanaman dan makanan. Pandangan yang sama juga dikeluarkan oleh Rosemary Firth, 1966 yang menyebut wanita pantai timur membantu suami mereka yang menjadi nelayan dengan menyiang ikan dan menyirat jala.
Dikebanyakan negeri di semenanjung wanita terlibat dengan pengeluaran dan hasil kemahiran tangan seperti anyaman, sulaman, dan tenunan. Ini menurut Gullick dalam Marderson 1981:35.
Manakala Swift pula menyatakan wanita terlibat dalam penternakan ayam. Manakala Wilson 1967 pula menyatakan mereka terlibat dengan kerja-kerja penanaman getah. Ini membuktikan bahawa kadar penyertaan wanita dalam perkerjaan bagi tahun-tahun sebelum merdeka agak rendah.
1.Sorotan Konteks
Sorotan Konteks adalah satu jenis sorotan umum di mana pengarang menghubungkaitkan satu kajian khusus kepada suatu pengetahuan ilmu yang lebih besar.
Ia biasanya ditulis di awal laporan penyelidikan dan memperkenalkan kajian itu dengan meletakkannya di dalam rangka yang lebih luas dan menunjukan bagaimana ia berterusan membina suatu pemikiran atau kajian yang berkembang.
2.Sorotan Historikal
§ Satu sorotan khusus di mana pengarang menjejakki sesuatu isu dalam jangka masa yang tertentu.
§ Sorotan ini boleh digabungkan dengan satu sorotan teoritikal atau sorotan metodologikal untuk menunjukan bagaimana konsep teori, atau kaedah penyelidikan berkembang dari masa ke semasa.
3. Sorotan Integratif
v Sorotan ini merupakan satu sorotan umum. Pengarang mempersembahkan dan meringkaskan tahap semasa pengetahuan tentang sesuatu topic.
v Ia member penekanan terhadap persetujuan dan pertentangan yang terdapat di dalamnya.
v Terdapat penggabungan dengan sorotan konteks atau mungkin diterbitkan dalam satu artikel bebas yang menjadi satu perkhidmatan kepada penyelidik-penyelidik lain
4. Sorotan Metodologikal
Ø Sorotan ini merupakan satu jenis sorotan integrative yang khusus. Pengarang membanding dan menilai kekuatan relative metodologikal pelbagai kajian dan menunjukan bagaimanakah metodologi-metodologi
Ø Contoh: rangka penyelidikan, kayu mengukur, sampel) yang berbeza mengambilkira keputusan-keputusan yang berbeza.
5.Sorotan Kajian Kendiri
o Sorotan ini memperlihatkan kefahaman diri pengarang di dalam bidang yang diselidiki.
o Sorotan ini lazimnya menjadi sebahagian daripada keperluan programpendidikan atau sesuatu khusus.
6. Sorotan Teoritikal
ü Satu sorotan khusus di mana pengarang mempersembahkan beberapa teori atau konsep yang memfokuskan kepada topic yang sama
ü Membuat perbandingan berdasarkan andaian-andaian, logic yang konsisten,dan skop penerangan.
Ciri-ciri Sorotan Karya yang Baik
Sorotan literature yang hendak dihasilkan haruslah teratur dan sistematik
Sesuatu penulisan ulasan memerlukan sesuatu perancangan, penulisan yang jelas dengan memastikan tujuan penulisan diutarakan dengan jelas dan efektif sewaktu penulisan.
Menunjukan data yang terdahulu mempunyai kaitan dan hubungan projek @ tajuk penyelidikan semasa yang sedang dijalankan
Mempunyai suatu tajuk dan persoalan yang spesifik, khusus dan focus kepada suatu isu tertentu.
Seseorang penulis mestilah pandai berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan ulasannya.
Mengunakan kaedah yang betul untuk penulisan ulasan iaitu penyusunan yang betul.
Kesimpulan
Sorotan literature adalah penting di baca terlebih dahulu oleh penyelidik sebelum memulakan suatu kajian lapangan. Dalam menjalankan kajian lapangan, penumpuan harus diberikan kepada kaedah kualitatif berbanding kaedah kuantitatif kerana menerusi kaedah kualitatif lebih bersifat terbuka kerana penyelidik dapat menerima idea-idea dan menjana teori-teori baru.
Thanks to my Group-mate and Mr. Tauran
No comments:
Post a Comment