Pengenalan Konsep Pembangunan
Matlamat perpaduan dan keharmonian hidup antara kaum adalah penting bagi menjamin kestabilan dan pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Prasyarat kepada perpaduan kaum dan pembangunan ini ialah keadilan sosial dan ekonomi. Pembangunan ekonomi adalah hasil jalinan pelbagai unsure ekonomi dan bukan ekonomi seperti sosial, politik, budaya, sejarah, teknologi dan isntitusi. Hal ini lebih nyata lagi bagi negara seperti Malaysia yang melibatkan masyarakt majmuk dengan keunikan budaya, bahasa, agama, tradisi, cara dan taraf hidupnya. Justeru itu, campur tangan kerajaan secara "diskriminasi positif" adalah penting untuk membetulkan kelemahan yang wujud pada pasaran kerana pasaran akan memainkan peranannya untuk pertumbuhan dan pembangunan. Agihan pendapatan perlu diberi perhatian di samping pertumbuhgan. Malaysia memerlukan pertumbuhan yang stabil dan kekal dalam jangka panjang, tetapi pertumbuhan sebegini hanya akan lebih terjamin jika terdapat agihan pendapatan dan kekayaan yang menyeluruh dan adil. Masalah kemiskinan mutlak dan relatif masih memerlukan perhatian yang serius. Unsur-unsur tersebut perlulah diambil kira untuk mewujudkan satu dasar ekonomi dan pembangunan yang konsisten dan berkesan dalam konetks jangka panjang supaya Malaysia berjaya memamsuki abad ke 21 sebagai sebuah negara baru perindustrian yang progresif. Keadilan sosial dan ekonomi perlu dicapai dengan mewujudkan pembangunan soisal yang dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu, bekerjasama, bertolak ansur, bersih, cekap, amanah, bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Satu unsur yang penting dalam pembangunan sosial ialah pembangunan ekonomi. Bertolak atas dasar keadilan ekonomi, pembangunan ekonomi perlulah mempunyai komitmen terhadap matlamat agihan, penyusunan semula masayarakat, pertumbuhan dan kestabilan.
Pembangunan Ekonomi
Konsep pembangunan dari segi pendekatan ekonomi dalam konteks Malaysia terdapat pelbagai rancangan, pelan dan strategi telah dilakukan oleh kerajaan untuk pembangunan Negara. Konsep pembangunan di Malaysia jelas di lihat melalui Rancangan Malaysia Kesembilan yang di laksanakan oleh kerajaan ia adalah antara Rancangan Malaysia yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah Wawasan 2020. Pertumbuhan negara yang begitu pesat pada tahun 1990-an terjejas akibat krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998. Situasi negara beransur pulih menjelang 2000, tetapi peristiwa 11 September 2001 memberikan cabaran baru. Di samping itu, pelbagai peristiwa lain turut melanda negara dan rantau ini, antaranya wabak SARS dan selesema burung, gempa bumi dan tsunami. Negara berjaya mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus setahun antara 1991 dengan 2005. Pertumbuhan ini dapat dilihat dalam peningkatan lebih sekali ganda pendapatan isi rumah daripada RM1,169 sebulan dalam 1990 ke RM3,249 sebulan dalam 2004. Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor ekonomi baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah eksport negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991-2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia.
Rancangan Malaysia Ke-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020. Kerajaan akan memastikan bahawa kedudukan makro ekonomi negara kekal stabil supaya usaha pembangunan berjalan lancar lagi berkesan dan tekanan inflasi sentiasa terkawal serta memastikan dasar fiskal terus menyokong pertumbuhan negara, sementara defisit Kerajaan Persekutuan dikurangkan secara beransur daripada 3.8 peratus pada 2005 kepada 3.4 peratus pada 2010. Kerajaan akan menguruskan akaun awam secara berhemat dan mengambil langkah tegas untuk memastikan keberkesanan kos perbelanjaan. Dijangkakan bahawa permintaan dalam negeri berserta pelaburan swasta akan memacu pertumbuhan. Pelaburan swasta dijangka berkembang pada kadar purata 11.2 peratus setahun dan dijangka mengatasi jumlah pelaburan sektor awam buat pertama kalinya sejak krisis kewangan Asia . Pada masa sama, sumbangan produktiviti faktor keseluruhan dijangka meningkat daripada 29 peratus kepada 35.8 peratus selaras dengan peralihan kepada ekonomi yang berpaksikan pengetahuan dan mengutamakan kecekapan. Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka menggalakkan dengan eksport kasar berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah dagangan dijangka melepasi RM1 trilion buat pertama kalinya. Matlamat pertumbuhan KDNK sebenar adalah pada kadar purata 6.0 peratus setahun dalam rancangan ini. Berdasarkan kadar pertumbuhan ini, Keluaran Negara Kasar (KNK) perkapita dijangka meningkat pada kadar purata 5.9 peratus setahun mencecah RM23,573 pada 2010. KNK perkapita dari segi kuasa beli pula dijangka meningkat kepada AS$13,878 pada 2010. [1]
Melalui Misi Nasional pada tahun 2006-2020, satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi tempoh 15 tahun akan datang. Bidang utama meliputi keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global, pembangunan modal insan, integrasi nasional, hubungan antara kaum, pengagihan pendapatan dan kekayaan serta mutu pembangunan hidup rakyat. Dengan itu, kita dapat memperoleh hasil lebih baik dan impak pembangunan lebih ketara. Melihat langkah yang terdapat dalam Misi Nasional antaranya adalah meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi Negara, jika di lihat Globalisasi telah meningkatkan persaingan dalam pasaran antarabangsa. Bukan saja struktur dan persekitaran ekonomi makro domestik yang perlu diperkukuhkan, malah elemen ekonomi mikro seperti prestasi sektor ekonomi dan syarikat tempatan juga perlu dimantapkan. Untuk meningkatkan daya saing jangka panjang negara, kerajaan terus menggalakkan peralihan kepada aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dalam tiga sektor utama ekonomi iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Meningkatkan Nilai Ditambah Dalam sector Pembuatan, Perkhidmatan dan Pertanian dijangka berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun dan akan terus beralih kepada aktiviti berteknologi tinggi dan berintensif pengetahuan, dengan nilai ditambah yang tinggi merangkumi pelbagai industri, terutamanya elektrik dan elektronik, petrokimia, bioteknologi, jentera dan peralatan, aeroangkasa dan maritim. Kerajaan akan menyediakan insentif khusus untuk menarik pelaburan. Di samping itu, kita akan menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai keupayaan inovasi tinggi untuk menyertai rantaian pembekal dunia. Antara projek utama yang akan dilaksanakan bagi mempertingkat sektor pembuatan, termasuk peluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim, penubuhan Taman Teknologi Sarawak dan Taman Teknologi Perak, pembangunan 20 taman industri dan PKS di seluruh negara serta penaiktarafan prasarana di kawasan industri sedia ada. Kerajaan juga akan membangunkan beberapa kelompok industri, iaitu kelompok industri elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang dan Taman Teknologi Tinggi Kulim dan kelompok industri petrokimia di Pahang dan Terengganu.
Sektor pertanian adalah sumber kegiatan utama ekonomi masyarakat luar bandar. Sejumlah 37 peratus pendudukMalaysia berada di luar bandar. Tujuh daripada 13 negeri di Malaysia mempunyai kawasan luar bandar yang luas lagi ketara. Bumiputera adalah golongan tertinggi dalam tahap kemiskinan pada kadar 8.3 peratus. Mereka adalah majoriti penduduk luar bandar. Sebanyak 11.9 peratus kemiskinan wujud di luar bandar, lebih dua kali ganda kadar kemiskinan nasional. Dengan itu, pembangunan sektor pertanian bukan hanya dapat menjana sumber pertumbuhan baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosio ekonomi di dalam negara, sekali gus memenuhi agenda membasmi kemiskinan. Dengan itu, kerajaan akan membangunkan program 'Pertanian Baru' dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan nilai rantaian serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi; perladangan komersial berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi. Inisiatif akan diambil untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan serta peluang menjana pendapatan dan kekayaan, penggunaan kaedah pertanian moden dan teknologi secara meluas, peningkatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi, penambahbaikan akreditasi perladangan dan piawai dan kualiti produk serta penambahbaikan keupayaan pemasaran dan infrastruktur. Kerajaan akan menggalakkan peningkatan penyertaan sektor swasta termasuklah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), PKS, siswazah, usahawan tani dan tenaga kerja mahir bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam sektor ini. Negara berhasrat untuk menjadi negara pengeksport bersih bagi makanan menjelang 2010.
Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, sebanyak RM11.4 bilion atau 5.7 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan diperuntukkan kepada sektor pertanian, peningkatan 70 peratus berbanding peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Sebahagian besar daripadanya akan diperuntukkan bagi pembangunan prasarana berkaitan pengairan dan saliran, R&D, peningkatan kemudahan kredit dan pelaksanaan program pembangunan usahawan. Program penyatuan dan pemulihan tanah seluas lebih 100,000 hektar akan dilaksanakan manakala lebih daripada 380,000 hektar tanah akan ditanam semula dengan getah dan kelapa sawit. Projek utama lain termasuklah mewujudkan 28 Taman Kekal Pengeluaran Makanan dengan kawasan seluas hampir 2,400 hektar, Agropolis di Serdang dan Terminal Makanan Negara (TEMAN) di Ipoh dan Kota Bharu. Kita juga akan menambah kawasan pembangunan kelompok industri minyak sawit, lembah ternakan, lembah buah-buahan, taman akuakultur dan taman makanan halal.
Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan meliputi industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah bernilai RM16.9 bilion pada 2005 dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini tiada batasannya jika diusahakan dengan teliti. Sektor pertanian perlu dilihat dengan kanta baru, dengan keyakinan baru; dibangunkan dengan azam baru - semangat baru - agenda baru. Menjelang 2020, sektor pertanian perlu berada di tahap kejayaan yang membantu membina imej sebuah negara maju. Menjana Sumber Kekayaan Baru Melalui ICT dan Bioteknologi Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memastikanMalaysia kekal sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkaitan ICT. Malaysia akan memanfaatkan potensinya dengan terus menggalakkan pertumbuhan industri perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar. Syarikat tempatan akan digalakkan menerokai perkhidmatan penyumberan luar dan aktiviti berkaitan bernilai tinggi. Kerajaan akan membangunkan bidang baru seperti industri kandungan digital tempatan dan bio-informatik. Perhatian khusus akan diberi bagi menggalakkan penggunaan e-dagang secara lebih luas. Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) pula akan ditumpukan kepada pembangunan rangkaian koridor, merangkumi tiga bandar siber sedia ada dan empat pusat siber yang akan dibangunkan, di samping meningkatkan kemudahan di Cyberjaya. Bagi memudahkan akses kepada sumber kewangan, pelbagai tabung dan program akan ditubuhkan sementara dana sedia ada akan diperkukuhkan. Bioteknologi adalah satu industri penting, berpotensi menjana sumber kekayaan baru. Usaha akan dipergiat bagi membangunkan industri bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihatan, aktiviti perindustrian dan bio-informatik. Bagi menyokong pembangunan industri ini, kita akan menambah baik rangka kawal selia pelaburan bioteknologi, membangunkan infrastruktur berkaitan, memudahkan akses kepada pembiayaan, mempertingkat kadar pengkomersialan penemuan R&D, menambah bilangan tenaga kerja mahir bioteknologi dan penyelidik, serta menarik rakan kongsi asing bagi R&D.
Sektor pertanian adalah sumber kegiatan utama ekonomi masyarakat luar bandar. Sejumlah 37 peratus penduduk
Bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan, sebanyak RM11.4 bilion atau 5.7 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan diperuntukkan kepada sektor pertanian, peningkatan 70 peratus berbanding peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Sebahagian besar daripadanya akan diperuntukkan bagi pembangunan prasarana berkaitan pengairan dan saliran, R&D, peningkatan kemudahan kredit dan pelaksanaan program pembangunan usahawan. Program penyatuan dan pemulihan tanah seluas lebih 100,000 hektar akan dilaksanakan manakala lebih daripada 380,000 hektar tanah akan ditanam semula dengan getah dan kelapa sawit. Projek utama lain termasuklah mewujudkan 28 Taman Kekal Pengeluaran Makanan dengan kawasan seluas hampir 2,400 hektar, Agropolis di Serdang dan Terminal Makanan Negara (TEMAN) di Ipoh dan Kota Bharu. Kita juga akan menambah kawasan pembangunan kelompok industri minyak sawit, lembah ternakan, lembah buah-buahan, taman akuakultur dan taman makanan halal.
Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan meliputi industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah bernilai RM16.9 bilion pada 2005 dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini tiada batasannya jika diusahakan dengan teliti. Sektor pertanian perlu dilihat dengan kanta baru, dengan keyakinan baru; dibangunkan dengan azam baru - semangat baru - agenda baru. Menjelang 2020, sektor pertanian perlu berada di tahap kejayaan yang membantu membina imej sebuah negara maju. Menjana Sumber Kekayaan Baru Melalui ICT dan Bioteknologi Kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memastikan
Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi menggalakkan pembangunan industri bioteknologi sebagai melengkapi pembiayaan sektor swasta. Meningkatkan Pewujudan Pekerjaan Sejumlah 1.6 juta pekerjaan telah diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan. Untuk meneruskan pertumbuhan ekonomi, kita turut meletakkan kepentingan tinggi kepada pekerjaan baru bagi memastikan kadar pengangguran kekal rendah dan memastikan siswazah dan tenaga kerja mahir memperoleh pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Rakyat perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang memenuhi keperluan majikan. Bagi tujuan ini, latihan berfungsi akan disediakan bagi membekalkan kemahiran spesifik kepada tenaga kerja supaya mereka kekal relevan dengan keperluan industri. Setiap tahun, diunjurkan seramai 220,000 orang akan memasuki pasaran tenaga kerja. Seramai 44,000 daripada mereka memiliki kelulusan tertiari yang meletakkan cabaran besar kepada negara untuk menyediakan peluang kerja bagi kumpulan itu. Keadaan ini memaksa negara bergantung kepada sumber tenaga kerja asing. Ketika ini, ada 1.8 juta tenaga kerja asing yang berdaftar. Keadaan ini telah meletakkan negara menghadapi satu masalah sosial yang baru. Kerajaan sedang menyusun program yang akan merangkumi bina semangat dan jasmani serta penerapan nilai murni yang dapat membina jati diri bagi mengubah paradigma minda dan sikap remaja Malaysia terhadap pekerjaan. Menjadikan Sektor Swasta Peneraju Pembangunan Ekonomi Penyertaan PKS dalam aktiviti ekonomi perlu ditingkatkan. Walaupun melebihi 90 peratus daripada bilangan syarikat komersial, PKS hanya menyumbang 46 peratus daripada keluaran negara. Dengan sokongan sewajarnya, PKS berupaya meningkatkan pembabitan ekonominya secara lebih berkesan. Inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan termasuk menambah baik akses kepada pembiayaan melalui Bank SME serta penyediaan pembiayaan modal teroka bagi PKS baru. Program khusus akan diperkenal bagi mengukuhkan lagi jalinan dan kerjasama antara PKS dengan syarikat besar domestik dan multinasional (MNC). Usaha akan turut dilaksanakan bagi meningkatkan keusahawanan dan keupayaan teknikal PKS.
Dari segi sosial, negara terus memperlihatkan kemajuan. Kadar kemiskinan menguncup daripada 22.8 peratus pada 1990 kepada 5.7 peratus pada 2005. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan pembangunan prasarana dan utiliti. Meskipun kita telah berjaya melalui 15 tahun yang lalu dengan baik, kita harus mengubah cara pemikiran bagi fasa 15 tahun yang seterusnya. Saya melihat fasa kedua sebagai tempoh yang lebih mencabar. Keadaan dunia sekarang dan akan datang jauh berbeza. Persekitaran kita telah menjadi semakin mencabar. Peningkatan harga minyak dunia membawa kesan mendalam kepada kehidupan setiap insan. Persaingan bagi pelaburan dan peluang pekerjaan menjadi lebih sengit. Di samping menghadapi saingan hebat dari negaraChina dan India , negara membangun lain di rantau Asia semakin gigih membangunkan ekonomi masing-masing. Sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia tidak terlindung daripada persekitaran yang semakin kompetitif, lebih-lebih lagi dengan bermulanya era ICT. Menangani Masalah Ketidaksamaan Sosio Ekonomi Secara Membina dan Produktif Serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dilahirkan setelah mengambil pengajaran daripada peristiwa 13 Mei. Kemajuan kelihatan dicapai dari segi pengurangan kadar kemiskinan, peningkatan kualiti hidup rakyat, peningkatan jumlah profesional Bumiputera serta perkembangan kelas menengah Bumiputera dan bukan Bumiputera. Walau bagaimanapun kemajuan yang dicapai dari segi pengagihan tidak meningkat sejak awal 1990-an dengan bermulanya proses liberalisasi dan mula merosot apabila negara dilanda krisis kewangan 1998. Ketidakseimbangan dari segi pendapatan, terutama antara kaum, antara yang kaya dengan yang miskin serta antara kawasan bandar dengan luar bandar kembali ketara. Bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan dengan lebih berkesan, kita harus tahu secara tepat dan terperinci siapa dan di mana sasaran kemiskinan di negara ini. Untuk menambahbaik proses penyasaran, kerajaan telah mengkaji semula ukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Banyak perubahan telah berlaku dari segi struktur harga, corak perbelanjaan dan taraf hidup rakyat sejak 1977 apabila PGK diperkenalkan buat pertama kalinya. Di samping membolehkan maklumat mengenai kemiskinan yang lebih tepat diperoleh, PGK yang baru akan membantu meringankan beban golongan yang nyata miskin tetapi tidak dikategorikan miskin di bawah PGK lama, contohnya golongan miskin di bandar.
Berdasarkan PGK baru, kadar kemiskinan dalam negara berada di tahap 5.7 peratus dan miskin tegar di tahap 1.2 peratus pada 2004. Kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8 peratus dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010. Program membasmi kemiskinan akan memberi tumpuan kepada usaha bina upaya di kalangan golongan miskin dengan menambah baik akses kepada pendidikan dan kemahiran, memupuk nilai positif serta membina keyakinan dan motivasi diri. Ini bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah secara aktif dalam aktiviti ekonomi. Bagi menyokong penyertaan golongan miskin di dalam arus ekonomi perdana, akses kepada kemudahan pembiayaan akan dipertingkat dan prasarana lebih baik akan disediakan. Program khusus akan dilaksanakan bagi menangani kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar, di kalangan Bumiputera di Sabah danSarawak serta masyarakat Orang Asli. Jurang pendapatan antara Bumiputera dengan etnik Cina dikurangkan daripada nisbah 1:1.64 pada 2004 kepada nisbah 1:1.50 pada 2010 dan antara Bumiputera dengan etnik India daripada nisbah 1:1.27 pada 2004 kepada nisbah 1:1.15 pada 2010. Nisbah pendapatan antara luar bandar dengan bandar akan dikurangkan daripada 1:2.11 pada 2004 kepada 1:2 pada 2010. Kerajaan juga menetapkan sasaran untuk meningkatkan peratusan pendapatan isi rumah kumpulan penduduk 40 peratus terendah. Dengan memacu Pembangunan Wilayah bagi mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dengan bandar dan antara wilayah yang kurang membangun dengan wilayah yang membangun, kerajaan akan menambah peruntukan pembangunan luar bandar serta pembangunan wilayah kurang membangun. Bagi tujuan ini, Koridor Utara Semenanjung yang merangkumi kawasan di negeri Perlis, Kedah, Perak Utara dan Seberang Perai; Koridor Timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang Timur serta Sabah dan Sarawak akan dibangunkan. Selain itu, pusat pertumbuhan baru akan dikenal pasti bagi menjana pembangunan negara seterusnya. Wilayah Ekonomi Johor Selatan akan dibangunkan secara komprehensif dan sistematik. Di samping itu, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi satu kemudahan bagi rakyat dan merangsang pertumbuhan di kawasan berdekatan, merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perak Utara serta memangkinkan kegiatan ekonomi.
Dari segi sosial, negara terus memperlihatkan kemajuan. Kadar kemiskinan menguncup daripada 22.8 peratus pada 1990 kepada 5.7 peratus pada 2005. Keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga dengan pembangunan prasarana dan utiliti. Meskipun kita telah berjaya melalui 15 tahun yang lalu dengan baik, kita harus mengubah cara pemikiran bagi fasa 15 tahun yang seterusnya. Saya melihat fasa kedua sebagai tempoh yang lebih mencabar. Keadaan dunia sekarang dan akan datang jauh berbeza. Persekitaran kita telah menjadi semakin mencabar. Peningkatan harga minyak dunia membawa kesan mendalam kepada kehidupan setiap insan. Persaingan bagi pelaburan dan peluang pekerjaan menjadi lebih sengit. Di samping menghadapi saingan hebat dari negara
Berdasarkan PGK baru, kadar kemiskinan dalam negara berada di tahap 5.7 peratus dan miskin tegar di tahap 1.2 peratus pada 2004. Kerajaan menetapkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8 peratus dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010. Program membasmi kemiskinan akan memberi tumpuan kepada usaha bina upaya di kalangan golongan miskin dengan menambah baik akses kepada pendidikan dan kemahiran, memupuk nilai positif serta membina keyakinan dan motivasi diri. Ini bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah secara aktif dalam aktiviti ekonomi. Bagi menyokong penyertaan golongan miskin di dalam arus ekonomi perdana, akses kepada kemudahan pembiayaan akan dipertingkat dan prasarana lebih baik akan disediakan. Program khusus akan dilaksanakan bagi menangani kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar, di kalangan Bumiputera di Sabah dan
Pembangunan Fizikal
Konsep pembangunan dari segi pendekatan Fizikal adalah melalui Pembangunan fizikal dengan Peningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup rakyat, melalui kemajuan sesebuah negara turut dinilai berdasarkan kualiti hidup warga, prasarana, bangunan, sistem perhubungan dan sebagainya. Kerajaan akan terus memastikan seluruh warga mendapat manfaat daripada program pembangunan dan hasil kemakmuran negara. Pembangunan akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita berjaya melakukan agihan kemakmuran secara saksama hingga dapat meningkatkan kualiti hidup warga. Dalam memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran. Melalui Rancangan Malaysia Ke-9, bilangan rumah yang dibina mengatasi sasaran. Kualiti rumah kos rendah turut bertambah baik. Dalam hal ini, kerajaan harus memastikan penyediaan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu untuk dimiliki atau disewa oleh warga Malaysia terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan akan membina kira-kira 43,800 unit rumah kos rendah melalui Program Perumahan Rakyat. Usaha ini akan diperlengkapkan dengan pembinaan kira-kira 29,000 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Pihak swasta hendaklah bersama membantu usaha kerajaan dengan turut membekalkan rumah kos rendah melalui projek pembangunan bercampur. Usaha terus dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan perbandaran dengan menyusun semula pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan berperanan penting memantau keadaan persekitaran yang bersih dan mesra alam supaya kondusif kepada kehidupan dan kegiatan ekonomi warga. Keadaan persekitaran yang kondusif, bersih dan mesra alam di kawasan kediaman dan perniagaan akan secara langsung membantu pembentukan minda kelas pertama di kalangan warga. Pihak berkuasa tempatan berperanan penting membantu menjayakan agenda nasional negara dari segi menyediakan premis dan ruang niaga Bumiputera secara teratur dan menarik. Penggunaan sistem ICT akan diperluas untuk meningkatkan kecekapan pengendalian. Kerajaan juga akan pelaksanakan Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan. Dasar Pembandaran Nasional akan digubal untuk membantu perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan perbandaran.
Melalui RancanganMalaysia ke-9 juga perancangan penambahbaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam usaha penambahbaikan status kesihatan penduduk akan diutamakan untuk melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas. Kemudahan sedia ada akan dinaikkan taraf, manakala kemudahan baru akan dibina bagi menyediakan pakej perkhidmatan yang komprehensif termasuk membina lapan hospital baru, menggantikan 14 hospital usang dan membina beberapa pusat pakar. Bilangan klinik bergerak akan ditambah terutamanya untuk mempertingkat penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar. Perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiari akan digabung melalui satu sistem rujukan yang cekap dan berkesan, bagi menyediakan sistem yang bersepadu. Menyedari terdapat kekurangan meruncing pelbagai kategori anggota perubatan dan kesihatan, satu pelan tindakan sumber manusia akan dirangka dan sebanyak RM1 bilion diperuntukkan kepada pembangunan sumber manusia dalam penjagaan kesihatan. Menambah Baik Kemudahan dan Prasarana Pengangkutan Sistem pengangkutan awam berkualiti yang dapat memenuhi keperluan warga adalah salah satu ciri negara maju. Kesesakan jalan raya disebabkan kapasiti jalan yang terhad dan kejadian kemalangan jalan raya yang tinggi amatlah tidak produktif kepada negara. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga bahan bakar petroleum dan keadaan harga yang tidak menentu. Kerajaan memiliki kesungguhan politik untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam secara berkesan. Penubuhan 'Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam' adalah antara langkah awal yang telah dirintis. Sistem komuter, LRT dan monorel yang diperkenalkan adalah satu pelaburan yang terbukti berkesan. Namun ia perlu diperlengkap dengan pelaksanaan secara bersepadu, komprehensif dan jaringan lebih meluas supaya menjadi sistem pengangkutan pilihan utama. Perkhidmatan ini perlu diperkemas dengan sistem 'feeder' yang lengkap, menepati waktu perjalanan, meningkatkan kekerapan dan mengurangkan waktu menunggu. Perancangan pengangkutan perlu diselaraskan dengan pertumbuhan kawasan penempatan baru, pusat dan kompleks komersial yang baru, pembinaan prasarana awam yang baru serta pertumbuhan dan kepadatan penduduk. Sebuah suruhanjaya nasional akan ditubuhkan untuk mengawal selia sistem pengangkutan awam, sementara sebuah suruhanjaya khusus akan ditubuhkan bagi kawasan Lembah Klang. Terminal pengangkutan bersepadu di Gombak dan Bandar Tasik Selatan akan dibina sebagai hab transit ke Kuala Lumpur . Kerajaan juga akan melaksanakan beberapa projek utama di seluruh negara, termasuk Monorel Pulau Pinang dan Lebuh raya Hubungan Penyuraian Timur di Johor.
Melalui Rancangan
Kerajaan juga akan meneruskan pembinaan jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada untuk meningkatkan akses kepada kawasan kurang membangun, terutamanya bagi menghubungkan pusat pertumbuhan wilayah dengan kawasan yang mempunyai potensi untuk pelancongan. Menjamin Bekalan Tenaga yang Mapan Bekalan tenaga bermutu dan mencukupi adalah satu keperluan pembangunan negara. Rakyat harus sedar betapa berharga dan sukar didapati sumber tenaga. Budaya menggunakan tenaga secara cermat perlu dipupuk. Reka bentuk bangunan harus mengambil kira kadar penggunaan tenaga secara minimum tetapi berupaya memenuhi keperluan optimum. Dengan itu, kerajaan akan mengambil langkah bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di seluruh negara bagi mengurangkan pembaziran, sekali gus mempertingkat lagi pembekalan tenaga mencukupi. Kerajaan juga berazam untuk mengurangkan pergantungan kepada keluaran petroleum melalui peningkatan penggunaan bahan api alternatif, termasuk biofuel dan biodiesel serta sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Mempertingkat Sistem Pembekalan Air dan Menangani Banjir Air adalah sumber kehidupan yang amat penting. Apa yang sedang berlaku kepada sumber air di negara ini amatlah menyentuh hati saya - ia sangat menyediakan. Pencemaran yang berlaku telah membunuh kehidupan di air. Sungai pada satu ketika dulu kaya dengan kehidupan seperti ikan, udang dan tuntong yang menjadi sumber bekalan protein memenuhi keperluan manusia. Segala-galanya telah pupus. Kejernihan air sungai menjadi keruh dan kini berbau busuk. Segala bala ini adalah balasan bumi kepada perbuatan zalim manusia yang diperlihatkan oleh Ilahi. Tabiat buruk manusialah yang menjadi pencetus kepada bala yang mungkin terpaksa kita hadapi. Aktiviti membalak yang berlebihan, pencerobohan ke kawasan tadahan air, kerakusan manusia yang tamak kebendaan, perbuatan membuang sampah sarap ke sungai dan longkang, adalah antara puncanya.
Dengan itu, kerajaan akan memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti, liputan serta jaminan bekalan air. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengawal selia mutu bekalan air di seluruh negara bagi menjaga kepentingan pengguna. Prasarana bekalan air akan dibina dan dinaikkan taraf. Antara projek utama yang akan dilaksanakan termasuk Projek Penyaluran Air Mentah antara Negeri dari Pahang ke Selangor, Skim Bekalan Air Triang dan Batu Hampar di Negeri Sembilan, Sandakan Fasa 2 di Sabah dan Loji Rawatan Air Langat Fasa 2 di Selangor. Kerajaan akan turut memperuntukkan RM1.48 bilion bagi pemulihan rangkaian pengagihan bagi mengurangkan kadar air tidak terhasil daripada 38 peratus pada 2005 kepada 30 peratus menjelang 2010. Usaha berterusan akan turut diambil bagi mengurangkan ancaman banjir di seluruh negara. Pembangunan di Koridor Timur dan wilayah lain tidak mungkin berhasil tanpa usaha menangani masalah banjir. Kerajaan akan membelanjakan hampir RM4 bilion bagi projek tebatan banjir, berbanding RM1.79 bilion dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Selain itu, langkah mencegah banjir akan juga dilaksanakan menerusi kawalan penggunaan tanah serta sistem bersepadu jangkaan, amaran dan respons yang cekap. Memastikan Pemuliharaan Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Secara Mapan Alam semula jadi di negara kita adalah satu lagi rahmat anugerah Ilahi. Ia adalah sumber kekayaan yang dapat memenuhi keperluan manusia dan keperluan makhluk ciptaan Ilahi. Ia dapat memenuhi keperluan pemakanan dan perubatan. Keindahan pantai dan laut, bukit dan sungai, hutan tropika dengan flora dan fauna adalah khazanah negara yang mempunyai nilai tinggi dari segi eko-pelancongan. Amatlah mendukacitakan, keindahan alam semula jadi dimusnahkan oleh perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab, daripada kalangan mereka yang rakus meraih kekayaan diri untuk jangka pendek. Berlakulah kerosakan, pemusnahan dan pencemaran. Maka pupuslah khazanah negara, hilanglah anugerah kurniaan Ilahi. Segala yang telah berlaku perlu dijadikan pengajaran untuk digariskan sempadan. Untuk itu kerajaan bertanggungjawab memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar, dengan meningkatkan penguatkuasaan serta langkah pencegahan dan rawatan. Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah membersih, memulihara dan mengindahkan sungai dengan peruntukan RM510 juta, pengurusan pantai sebanyak RM350 juta, penanaman semula hutan sebanyak RM200 juta dan pengurusan hidupan liar dan kawasan dilindungi sebanyak RM70 juta.
Pembangunan Sosio-budaya
Melalui Pembangunan Sosio-budaya, masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2003 ialah 25.04 juta dan sehingga tahun 2007 penduduk Malaysia di anggarkan berjumlah 27 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 61 %, kaum Cina 30%, kaum India 8% dan yang lain-lain 1 %. Terdapat juga orang Asli, Eropah dan Serani. Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan.. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting. Dalam konteks agama, Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia , sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Bahasa rasmi yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) namun, bahasa-bahasa berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan seperti bahasa Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian. Kerajaan juga telah menggalakkan pekerja hotel dan ahli-ahli perniagaan yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan perhotelan supaya mempelajari lain-lain bahasa antarabangsa. Dalam pada itu, masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni. Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di pada hari perayaan. Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan. Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi suasana, terutama kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut. Bagi penganut agama Hindu, Oeepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan. Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan januari sebagai penghormatan kepada Oewa Muruga. Pada perayaan tersebut, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut.
Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Oi perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan. Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakatMalaysia . Pada bulan Mei setiap tahun di Sabah , orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan tradisional diadakan. perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri tersebut. Selain perayaan-perayaan kaum yang dilangsungkan, cuti am juga diisytiharkan bagi beberapa acara penting di negara ini. Di antaranya ialah Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan yang disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun, Perayaan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Sabtu minggu pertama bulan jun, Hari Keputeraan Raja/Sultan di peringkat negeri bagi negeri-negeri yang berkenaan sahaja. Hari Pekerja pada 1 Mei, Maal Hijrah (Awal Muharram) dan perayaan-perayaan lain seperti "Good Friday" dan Nuzul Quran yang diraikan di beberapa buah negeri yang tertentu sahaja.
Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Oi perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan. Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat
Melalui pendekatan pembangunan sosio-budaya Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini haruslah bersatu padu dalam menjayakan pembangunan Negara supaya pembangunan sosio- budaya dapat berkembang dan di perkukuhkan. Tiga etnik terbesar di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Ini bererti bahawa masyarakat Malaysia mengandungi lebih daripada satu kategori bangsa yang mempunyai sifat-sifat tersendiri samaada dari segi kebudayaan, nilai dan norma kehidupan masing-masing. Jadi, di samping sifat berbilang kebudayaan, masyarakat Malaysia juga mengandungi dan memiliki sifat berbilang bangsa dan kaumnya. Masyarakat Malaysia juga mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Budaya merupakan perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis, merupakan suatu reaksi manusia terhadap peyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya secara umum mempunyai unsur-unsur ekspresif dan instrumental. Unsur ekspresif meliputi aspek memahami alam sekeliling, kepercayaan manusia terhadap sesuatu dan kesan reaksi terhadapnya. Manakala unsur instrumental merujuk kepada bagaimana manusia menggunakan budaya untuk mengawal alam sekeliling. Pembentukan identiti budaya warga Malaysia yang dimaksudkan dalam ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat
Malaysia dan untuk melihat pembangunan sosio-budaya berkembang, iaitu satu masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, kebudayaan dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, mempunyai cintakan negara, timbang rasa dan toleran. Identiti budaya warga Malaysia yang patuh kepada cara hidup yang dipersetujui bersama dalam negara yang demokrasi. Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai sukubangsa dan agama. Dari segi suku bangsa, kita terdiri daripada Melayu, Cina, India, Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau, Kadazan, Muru (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Dari segi agama, masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusious dan Taois. Masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum itu telah mewarisi dan kebudayaan yang tersendiri seperti adat resam, cara hidup, corak pemikiran dan kepercayaan. Jelas sekali masing-masing budaya itu mempunyai nilai, sistem epercayaan, sistem institusi, struktur sosial dan hubungan sosial yang berbeza. Oleh itu, wujud pengekalan kesetiaan kepada kesukuan dan timbulkan antara kaum.
Kerenggangan antara kaum akan semakin meluas jika suatu kecenderungan yang sama tidak dipupuk. Jika hal ini dibiarkan berterusan, sukar untuk perkembangan pembangunan sosio- budaya di Malaysia . Masing-masing suku kaum akan terus berbangga dengan kemegahan sejarah dan tradisi negara asal dan seringkali pula akan memandang ke arah negara luar sebagai sumber ilham mereka. Oleh itu amat penting dibentuk satu identiti budaya warga Malaysia yang boleh dikongsi bersama oleh semua kaum. Setiap kaum tersebut telah mewarisi dan mempunyai kebudayaan yang tersendiri seperti adat resam, bahasa, kepercayaan, corak hidup dan pemikiran. Oleh itu wujud pengekalan kesetiaan kepada kesukuan dan menimbulkan konflik antara kaum. Walaupun telah 41 tahun hidup dalam sebuah negara yang merdeka, namun masih wujud pelbagai konflik dan masalah perpaduan antara kaum. Setiap kaum masih membangga-banggakan kaum, bahasa, kebudayaan, agama, adat resam dan kepercayaan masing-masing dan tidak menunjukkan persefahaman yang menyeluruh antara kaum. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum masih tidak mempunyai satu titik rujukan yang menjadi ciri penentu yang membezakannya dari bangsa-bangsa lain di dunia. Sememangnya identiti budaya warga Malaysia telah pun wujud pada masa kini tetapi masih ramai yang tidak menyedarinya atau tidak mahu mengambil tahu mengenainya. Nilai-nilai yang ingin dimasukkan ke dalam pembentukan identiti budaya warga Malaysia sudah tentulah seperti nilai-nilai yang terdapat pada masa kini seperti perpaduan dan tolak ansur.
Kepentingan Pembangunan Sosio-budaya
Kepentingan sosio-budaya amat diutamakan di Malaysia . Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia , proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Pembentukan bangsa Malaysia tidak akan tercapai tanpa keadilan sosial dan ekonomi yang dapat menggalakkan keterlibatan dan kerjasama antara berbagai kaum di negara ini. Pembangunan Sosio-budaya adalah penting kerana pengalaman di Negara luar menunjukkan bahawa perlaksanaan rancang-rancangan pembangunan sosio-budaya tanpa kerjasama antara kaum dan penglibatan rakyat keseluruhannya dalam negara bermasyarakat majmuk akan membawa kos yang tinggi dan kesukaran dalam pembentukan pembangunan. Penglibatan semua pihak secara bersefahaman dan bekerjasama adalah penting dalam membuat sesuatu keputusan dasar Negara bagi kerjasama dan kesafahaman antara berbagi kaum adalah amat perlu untuk menjamin kestabilan sosial dan politik. Cara ini lebih berkesan untuk mencapai kejayaan bagi negara keseluruhannya daripada setiap kumpulan mementingkan kumpulanya sahaja. Tetapi ia berkehendakkan tolak ansur, kejujuran, semangat patriotik, pengorbanan dan kesungguhan oleh semua pihak dengan berteraskan nasionalsime tulen dan pemahaman kesinambungan sejarah. Kerjasama ini juga membawa kepada pembangunan tenaga manusia denga cara saling mempelajarai antara satu sama lain. Prinsip kerjasama ini harus juga berada disemua peringkat, dari sekolah ke tempat kerja dan dalam kehidupan sosial sehari-hari. Pergaulan di sekolah-sekolah ke tempat kerja dan dalam kehidupan sosial sehari-hari. Pergaulan di sekolah-sekolah melalui satu sistem dan satu kurikulum untuk semua rakyat Malaysia amat diperlukan untuk memupuk kesefahaman antara satu sama lain. Penglibatan semua pekerja dan kerjasama di antara majikan dengan pekerja boleh melahirkan motivasi bekerja, inisiatif, sikap bantu membantu dan rasa setia kepada pekerjaan, firma dan negara. Kehidupan rakyat Malaysia hendaklah melambangkan identiti kerjasama antara berbagai kaum di negara ini. Perkara ini bukan sahaja mesti terlihat pada perangkaan tetapi lebih penting lagi, ia hendaklah terlihat pada cara hidup rakyat sehari-hari. Kecenderungan untuk melaksanakan secara gigih sebarang dasar Kerajaan yang diskriminatif sifatnya, walaupun untuk kebaikan negara akan sering menghadapi kesukaran dan dengan itu juga akan mencabar usaha mencapai perpaduan kaum. [6]
Kesukaran ini timbul kerana isu perpaduan kaum dipengaruhi oleh berbagai unsur, bukan semata-mata unsur ekonomi,,tetapi juga unsur-unsur seperti kepentingan diri sendiri, kepentingan politik, hipokrasi dan tidak kurang juga chaunivism perkauman. Keadaan ini dijangka akan menyulitkan usaha memupuk semangat nasionalisme yang tulen, bekerjasama dan semangat mencapai perpaduan. Sebagai contohnya, sebilangan besar rakyatMalaysia menerima Dasar Ekonomi Baru. Tetapi golongan yang menerima ini juga yang melemparkan kritikan-kritikan dengan alasan bahawa perlaksanaan DEB terlalu menyebelahi golongan Bumiputera. Bukankah DEB terang-terang menyatakan tujuannya untuk membantu golongan Bumiputera yang tertinggal ke belakang dalam bidang ekonomi? Kalau ini diterima, tidak seharusnya timbul lagi isu berat sebelah. Tetapi, perlaksanaan DEB telah mendapat tentangan oleh golongan bukan Bumiputera. Tentangan-tentangan ini dimanifestasikan dengan berbagai cara.
Kesukaran ini timbul kerana isu perpaduan kaum dipengaruhi oleh berbagai unsur, bukan semata-mata unsur ekonomi,,tetapi juga unsur-unsur seperti kepentingan diri sendiri, kepentingan politik, hipokrasi dan tidak kurang juga chaunivism perkauman. Keadaan ini dijangka akan menyulitkan usaha memupuk semangat nasionalisme yang tulen, bekerjasama dan semangat mencapai perpaduan. Sebagai contohnya, sebilangan besar rakyat
Antaranya, kemasukan Bumiputera dalam bidang perniagaan, yang selama ini dimonopoli oleh bukan Bumiputera, termasuk pelabur-pelabur asing, telah dianggap oleh golongan bukan Bumiputera sebagai pencerobohan. Tentangan bukan Bumiputera juga dapat dilihat dalam bentuk protesnya terhadap Akta Penyelarasan industri 1975, penubuhan syarikat serbaguna Multi-Purpose Holdings Berhad (MPHB) untuk melawan perusahaan-perusahaan awam yang cenderung membantu Bumiputera, permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, penubuhan Kolej Tunku Abdul Rahman sebagai pesaing kepada ITM dan akhir-akhir ini dalam bentuk isu tawaran Hume Industries Malaysia Berhad (HUME) untuk mengambil alih MPHB yang juga dikaitkan sebagai isu perkauman. Dalam suasana persaingan antara kaum, tidak hairan jugalah terdapatnya segolongan Bumiputera yang sedia memberi reaksi kepada tindakan sememikian demi mempertahankan kedudukan kaumnya. Kadang-kadang tindakbalas oleh golongan Bumiputera ini mudah kelihatan agak keterlaluan. Reaksi-reaksi yang sedemikian amat sukar dihapuskan sama sekali walaupun dalam jangka panjang, apatah lagi dalam jangka pendek. Ia memerlukan perubahan pemikiran dan budaya yang boleh mengikis rasa tidak percaya antara satu sama lain. Sehingga kini, yang jelas ialah tidak wujudnya kesefahaman dan keikhlasan golongan bukan Bumiputera dalam bekerjasama dan membantu golongan Bumiputera untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan mengeratkan sosio-budaya yang semakin renggang.
Rumusan
Masa depan negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi pasaran global. Ia juga bergantung kepada system pentadbiran dan pengurusan negara dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campurtangan politik yang tidak wajar dan berkepentingan . Sistem dan budaya yang bebas dari amalan korupsi, kronisme dan nepotisme di samping penyalahgunaan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti
tertentu. Pembangunan dan pengukuhan ekonomi kita tidak boleh terlepas dari usaha meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran; mewujudkan kontrak sosial baru; memupuk perpaduan nasional; membina demokrasi tulen; dan memulihkan imej dan kedudukan Malaysia di pentas dunia, di samping membangun warga Malaysia yang memenuhi kualiti insan berbudaya tinggi dari segi jasmani, mental dan rohani.
Iaitu rakyat yang matang dari segi ekonomi dan politik; bersifat penyayang; kreatif; mempunyai nilai dan orientasi hidup yang seimbang, berupaya menyumbang kepada kebangkitan semula maruah negara dalam ertikata yang menyeluruh, bukan hanya ekonomi dan teknologi semata-mata. Suatu sistem pendidikan ekonomi yang maju perlu dirumus dan dikembangkan dalam sukatan pelajaran negara demi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap persepktif pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan besepadu untuk mencapat darjat negara maju yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Iaitu rakyat yang matang dari segi ekonomi dan politik; bersifat penyayang; kreatif; mempunyai nilai dan orientasi hidup yang seimbang, berupaya menyumbang kepada kebangkitan semula maruah negara dalam ertikata yang menyeluruh, bukan hanya ekonomi dan teknologi semata-mata. Suatu sistem pendidikan ekonomi yang maju perlu dirumus dan dikembangkan dalam sukatan pelajaran negara demi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap persepktif pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan besepadu untuk mencapat darjat negara maju yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Thanks to Dr. Salfarina
No comments:
Post a Comment