Festival Langkawi 2007 merupakan satu festival yang dibuat bertempat di Pekan Kuah di mana ia mempamerkan pelbagai aktiviti-aktiviti antaranya ekspo, persembahan kebudayaan dan sebagainya yang mampu menarik perhatian ramai orang untuk datang ke pulau itu.Dengan status Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau yang terkenal dengan keindahan semulajadinya yang tersendiri dan lagenda masa silam yang menonjolkan sebagai salah satu destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia.
Kertas projek ini akan menunjukkan bagaimana festival ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memastikan sama ada festival ini dapat mencapai objektif dan faedah mahupun impak yang akan diperolehi oleh kesan perlaksanaan projek ini.Kertas projek ini menunjukkan proses untuk melaksanakan dan menjayakan perlaksanaan projek Festival Langkawi 2007.Pelbagai aspek yang ditekan melalui kertas projek ini antaranya aspek penglibatan semua pihak,struktur pembahagian kerja (WBS), anggaran bajet dan kos projek dan sebagainya.Boleh dikatakan kertas projek ini adalah merupakan kertas cadangan yang menunjukkan secara luaran bagi perlaksanaan projek tersebut. Ia juga sebagai menyahut hasrat kerajaan untuk mendapatkan sumber pendapatan daripada industri pelancongan iaitu seramai 26 juta pelancong samada dari luar dan dalam negara dengan target pendapatan RM 56 bilion.
Cadangan Tahun Melawat Malaysia 2007 ini perlu disokong oleh pelbagai pihak, dan dengan ini dicadangkan supaya menganjurkan projek Festival Langkawi 2007 ini. Taraf penganjuran projek ini adalah diperingkat negeri Kedah atau Langkawi dengan sasaran 2.4 juta pelancong asing melalui semua pintu masuk utama negara seperti Kuala Lumpur iaitu KLIA ke Langkawi, Bangkok, Vietnam, Negara-negara Arab dan Teluk.
OBJEKTIF PROJEK
Ferstival Langkawi 2007 ditumpukan agar mencapai motif yang utama iaitu mensasarkan pengunjung yang datang seramai 100 ribu orang di samping RM1 juta yang dijangka diraih hasil daripada perlaksanaan projek tersebut apatah lagi dengan kemeriahan sambutan festival tersebut walaupun ia dilakukan dalam masa yanga agak singkat.Selain itu beberapa objektif lain yang dapat dilihat antaranya;
a) Menggalakkan ramai pelancong untuk datang ke Malaysia.
Ramai pelancong akan datang ke Malaysia untuk memeriahkan lagi sambutan festival tersebut terutamanya dari kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.Malah kesan yang dapat diperolehi di mana pelancong bukan sahaja akan datang memeriahkan festival dalam masa sesingkat itu tetapi akan meluangkan lebih banyak masa untuk melancong di Malaysia lagi.
b) Memperkenalkan Pulau Langkawi di mata dunia sekaligus memasyhurkan Malaysia sebagai salah satu destinasi perlancongan yang terbaik di dunia.
Pulau Langkawi yang dikenali sebagai salah satu tempat atau destinasi yang menarik di Malaysia. Dengan perlaksanaan projek ini, pulau yang kaya dengan alam semulajadi dan sejarah lagenda yang tersendiri akan dikenali di mata dunia dan lebih meluas.
c) Memperkenalkan kepada orang luar tentang kebudayaan yang terdapat di Malaysia.
Dengan perlaksanaan projek itu,pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan kepada tontonan ramai. Ramai pelancong tempatan dan pelancong asing akan dapat mengenali tentang kebudayaan hidup masyarakat Malaysia dengan lebih lanjut.
PIHAK YANG TERLIBAT
Antara yang terlibat dengan projek ini ialah;
a) Penduduk setempat sekitar Pulau Langkawi,
b) Pelancong tempatan dan pelancong yang datang dari luar negara,
c) Pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan seperti ingin mengautkan
keuntungan melalui perniagaan,promosi dan sebagainya.
d) Pekerja-pekerja yang terdiri daripada buruh dan anggota yang membuat
persembahan kebudayaan,
e) Agensi-agensi swasta seperti penaja-penaja yang turut melabur modal untuk
menjayakan festival ini seperti Air Asia,Digi,Dell dan lain-lain.
f) Agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Perlancongan, dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
g) Ahli kumpulan kami sendiri yang mewakili penganjur projek Festival Langkawi 2007 merangkap NGO PELANCONGAN
FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Antara faedah yang diperolehi daripada projek yang akan kami jalankan ini ialah;
a) Penduduk tempatan dan warga luar negara (pelancong) dapat mengenali Pulau Langkawi dengan secara terperinci serta dapat meluangkan lebih banyak masa untuk berseronok dan sebagainya.
b) Mendapat keuntungan atau pulangan daripada perniagaan yang dibuat dalam
festival itu secara berlipat ganda.
c) Dapat memperkenalkan budaya yang ada di Malaysia dengan lebih global dengan adanya festival sebegitu.
d) Dapat menjadi pendapatan sampingan kepada ekonomi negara.
LOKASI DAN SAIZ PROJEK
Pada tahun ini kami telah memilih Langkawi sebagai tapak projek kami. Langkawi adalah satu kawasan pulau yang begitu menarik dan mempunyai pemandangan yang unik, tambahan pula terdapat tempat-tempat bersejarah yang mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Oleh itu, Langkawi adalah satu kawasan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam mahupun dari luar negara untuk menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan yang terdapat di Langkawi.
Contohnya Pekan Kuah yang menjadi salah satu tempat tumpuan para pelancong apabila berkunjung ke Langkawi, Pekan Kuah adalah terkenal sebagai pusat membeli belah terutamanya penjualan cederamata dan alat-alat perhiasan yang menjadi kegilaan para pelancong, menjadi tempat bersantai yang cukup indah dan memukau para pelancong terutamanya di Pantai Pasir Hitam serta tempat-tempat bersejarah seperti Makam Mahsuri yang mempunyai sejarah yang tersendiri , manakala di Pekan Kuah ini juga tersedia kemudahan-kemudahan penginapan untuk kemudahan para pelancong seperti hotel dan chalet.
Selain itu, projek kami ini adalah boleh dianggap bersaiz kecil kerana waktu pelancaran hanya memakan masa selama sebulan dan bajet yang diperuntukkan juga adalah sekadar menampung kesemua kos yang terlibat sepanjang projek ini berlangsung contohnya aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian serta penyediaan tapak-tapak gerai untuk penjualan.
JENIS PROJEK
Projek Festival Langkawi 2007 ini adalah berbentuk sementara iaitu projek ini akan dilancarkan selama sebulan. Dalam perancangan kami projek ini cukup untuk jangka waktu tersebut diadakan di sesuatu kawasan atau negeri. Kami sebagai pihak penganjur telah merancang terlebih dahulu bahawa tempat yang kami pilih ini adalah bersesuaian dan memiliki keunikan yang tersendiri bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang kami adakan sepanjang festival ini seperti persembahan kebudayaan, permainan tradisional serta penjualan hasil kraf tangan. Seperti yang telah diketahui ramai Langkawi adalah satu kawasan yang unik dan menarik yang mampu menarik lebih ramai pelancong yang mampu menjayakan projek kami ini.
JANGKA HAYAT PROJEK
Jangka hayat projek kami ini adalah akan berlangsung selama sebulan, projek ini akan mula akan diadakan pada pertengahan bulan februari dan akan berakhir pada pertengahan bulan mac. Sepanjang projek ini dilancarkan kami telah ,merancang pelbagai aktiviti yamg boleh menarik kedatangan para pelancong, yang mana projek ini di penuhi dengan pelbagai aktiviti seperti kebudayaan,kesenian serta penjualan kraf tangan yang lebih mengutamakan manfaat terhadap negara yang merupakan objektif utama projek kami.
Walaupun projek-projek yang telah kami jalankan sebelum ini menampakkan kejayaan, namun pihak kami masih mengharapkan kejayaan yang lebih baik terhadap projek Festival Langkawi 2007 ini. Berdasarkan anggaran jangka hayat projek kami ini yang dijalankan selama sebulan mampu membawa pulangan yang baik terutamanya dari segi bajet serta manfaat terhadap Negara dengan kedatangan para pelancong dari luar negara.
STRUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA – WORK BREAKDOWN STRUCTURE (WBS)
Struktur pembahagian kerja merupakan proses membahagikan projek kepada bahagian yang lebih kecil supaya mudah untuk dikendalikan. WBS boleh dibuat sehingga beberapa tahap. Ini bergantung kepada sejauhmana tanggungjawab individu atau organisasi boleh diberi tanggungjawab dan menentukan tahap kawalan bajet atau kos. Tidak ada formula untuk menentukan WBS.
Berdasarkan projek Festival Langkawi 2007 ini, kami menggunakan WBS yang berbentuk organisasi. Setiap tugas yang perlu dilaksanakan dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil supaya lebih mudah dikendalikan.
WBS tersebut adalah seperti berikut:
1) Penganjur yang terdiri daripada ahli kumpulan kami sendiri dengan di wakili sebagai NGO PELANCONGAN.
2) Penaung yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUKN), Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN).
3) Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan.
4) Urusetia yang terdiri daripada wakil Ketua Jabatan, SUKN, MTPN, dan NGO PELANCONGAN
KITARAN HAYAT PROJEK (PROJECT LIFE CYCLE)
Kitaran hayat projek yang perlu ada dalam setiap perjalanan sesetu projek mestilah melalui empat fasa iaitu;
1) Fasa pertama iaitu mengenal pasti keperluan
Apabila terdapat permintaan daripada pelanggan, pelanggan mempelawa cadangan atau Request For Proposal (RFP). Kertas pelawaan ini akan meminta kontraktor mencadangkan bagaimana projek yang hendak dilaksanakan oleh kontraktor, kos atau bajet serta jadual kerja. Dalam tahap ini kemungkinan memerlukan banyak perbincangan di antara kontraktor dengan pelanggan secara tidak formal.
Dalam fasa pertama ini, kami akan mengenal pasti keperluan untuk menjalankan projek ini. Ini melibatkan pelbagai proses termasuk mencari pihak penaja, menyediakan bajet atau kos untuk persiapan projek, dan menyediakan jadual kerja.
2) Fasa kedua iaitu mengemukakan cadangan kepada pelanggan
Dalam fasa ini, persediaan cadangan oleh kontraktor mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan RFP kerana ia akan bergantung kepada saiz, jenis, dan kerumitan projek. Pelanggan akan mengkaji setiap cadangan yang dikemukakan sebelum membuat keputusan. Kontraktor yang berjaya akan dikehendaki menandatangani kontrak dengan pelanggan.
Setelah proses dalam fasa pertama disediakan, persediaan akan dibuat dalam kalangan organisasi yang telah dipertanggungjawabkan. Organisasi tersebut ialah pihak penganjur, pihak penaung, ahli jawatankuasa dan pihak urusetia.
3) Fasa ketiga iaitu melaksanakan projek.
Dalam fasa ini, proses yang terlibat adalah proses menyiapkan projek oleh kontraktor. Dalam tahap ini juga memerlukan perancangan rapi oleh kontraktor dengan pelbagai sumber akan diperlukan malahan lebih banyak sumber akan diperlukan dari semasa ke semasa sehingga selesai tugas. Selepas itu, keperluan sumber akan berkurangan kerana skop kerja sudah menjadi lebih kecil.
Setelah tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada setiap organsasi, projek akan mula dijalankan dan segala keperluan dan sumber yang diperlukan akan disediakan. Seterusnya sumber tenaga kerja yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan menyediakan peralatan dan persiapan di tapak festival akan mula melaksanakan tugas masing-masing. Pada tahap ini juga projek akan berlangsung dan dijalankan berdasarkan perancangan yang telah di buat.
4) Fasa keempat atau fasa terakhir iaitu menamatkan projek.
Fasa penamatan projek ini merupakan urusan berkaitan penamatan projek termasuk menyelesaikan proses pembayaran. Pada tahap ini memerlukan maklumbalas daripada pelanggan. Maklumbalas ini mungkin daripada pasukan projek itu sendiri.Perkara yang boleh dipelajari pada tahap ini adalah penambah baikan urusan persiapan projek sekiranya terdapat lagi peluang di masa hadapan.
Pada tahap ini, projek yang dijalankan hampir dengan proses penamatan dan pengakhiran.
CARTA ORGANISASI
Carta organisasi di bawah menunjukkan organisasi-organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek ini dengan lancar.
Organisasi yang terlibat ini secara langsung adalah terdiri daripada badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan. Ini sebagai langkah mempromosikan Malaysia ke mata dunia dan memerlukan sokongan pelbagai pihak supaya matlamat untuk memperkenalkan Malaysia tercapai.
Pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan projek ini termasuklah pihak penganjur yang di wakili oleh ahli kumpulan kami sendiri dan bertindak sebagai NGO PELANCONGAN, pihak penaung pula terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUKN) dan Majlis Tindakan Negeri (MTPN) yang merupakan organisasi yang terpenting dalam menjayakan projek ini, ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, dan pihak urusetia terdiri daripada wakil ketua-ketua jabatan, SUKN, MTPN dan NGO PELANCONGAN.
JADUAL
Jadual yang kami buat adalah berdasarkan carta Gantt dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Carta Gantt ini sering digunakan dalam proses merancang sesuatu projek yang akan di jalankan. Tempoh masa yang kami tentukan mengikut tempoh masa berlangsungnya projek ini iaitu selama sebulan dan dipecahkan kepada empat minggu. Aktiviti yang akan berlangsung dalam tempoh empat minggu ini adalah seperti dalam carta di bawah.
AKTIVITI/TEMPOH | MINGGU 1 | MINGGU 2 | MINGGU 3 | MINGGU 4 |
1) Perasmian | ***** | |||
2) Persembahan kebudayaan | ***** | ***** | ***** | ***** |
3) Aktiviti pameran dan lain-lain | ***** | ***** | ***** | ****** |
4) Penutup | ****** |
Projek yang kami akan jalankan ini adalah berbentuk terbuka sepertimana konsep yang sama seperti JOM HEBOH. Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan sepanjang projek ini diadakan antaranya seperti aktiviti kebudayaan samada diadakan pada siang atau malam. Aktiviti kebudayaan yang melibatkan persembahan tarian pelbagai kaum, permainan tradisional, dan lain-lain.
Dalam tempoh satu bulan projek ini dijalankan aktiviti kebudayaan sentiasa dititikberatkan.Dalam tempoh satu bulan prejek ini dijalankan kami membahagikan tempoh empat minggu ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah majlis perasmian, aktiviti pameran dan jualan yang dijalankan secara berterusan, persembahan kebudayaan, dan majlis penutup.Pada minggu pertama sambutan dan ketibaan pelancong akan diadakan samada pelancong asing mahupun pelancong atau pengunjung tempatan. Pada minggu pertama, acara yang berlangsung seperti majlis perasmian, aktiviti persembahan kebudayaan samada dijalankan pada waktu siang atau malam, dan aktiviti pameran, jualan, bazar, dan sebagainya.
Semasa majlis perasmian pula, pelbagai aktiviti akan dijalankan sepertiperarakan di Padang Mat Sirat, Langkawi, perarakan kereta berhias, pancaragam dari pasukan beruniform, dan NGO. Selain itu, program anak angkat juga turut di adakan yang melibatkan golongan belia dan pelajar. Ia dinamakan sebagai “projek HOME STAY”. Lawatan ke tampat-tempat menarik juga turut diadakan di samping aktiviti-aktiviti riadah. Aktiviti pameran, jualan dan bazar adalah berterusan sepanjang projek ini dijalankan.
KEPERLUAN SUMBER
Projek Festival Langkawi 2007 yang di jalankan ini melibatkan beberapa keperluan sumber termasuklah:
1) Sumber manusia atau tenaga buruh
Ia terdiri daripada ahli kumpulan kami sendiri, pihak penganjur, penaung projek iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUKN), AJK daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, Negeri, dan Persekutuan, dan pihak urusetia seperti agensi pelancongan, MTPN, Jabatan Pelancongan Negeri, serta jabatan kerajaan lain.
Jabatan yang terlibat seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Jabatan Perbendaharaan Negeri, Jabatan Perpaduan, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran , Pejabat Daerah dan lain-lain, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri seperti RELA, dan polis, dan Jabatan Kesihatan.
Kementerian yang terlibat pula seperti Kementerian Penyiaran, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
2) Sumber kewangan dan modal
Sumber ini diperoleh daripada pihak penajaan, pihak penganjur, pinjaman daripada pihak bank, serta bantuan daripada pelbagai pihak termasuklah peniaga, usahawan, dan para pelancong yang datang melancong. Sumbangan berbentuk material juga membantu melancarkan projek ini.
3) Sumber peralatan
Perlatan yang digunakan dalam projek ini adalah seperti:
a) Komputer, peralatan komunikasi yang lengkap
b) Jentera atau mesin permainan
c) Peralatan kebudayaan seperti pakaian untuk tarian yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan budaya
d) Peralatan permainan tradisional seperti congkak, gasing wau, layang-layang, guli, dan lain-lain
e) Hadiah dan cenderahati yang akan diberikan kepada peserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti sukan dan riadah
4) Sumber kemahiran
a) Pekerja atau buruh yang memasang mesin dan jentera permainan festival
pihak-pihak terlibat termasuklah jabatan-jabatan dan kementerian
yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Jabatan Perbendaharaan Negeri, Jabatan Perpaduan, Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran , Pejabat Daerah dan lain-lain, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri seperti RELA, dan polis, dan Jabatan Kesihatan. Kementerian yang terlibat pula seperti Kementerian Penyiaran, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.ang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
SISTEM PENGAWALAN
Sistem pengawalan yang akan bertanggungjawab semasa projek ini dijalankan adalah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang terdiri daripada RELA, polis dan tentera.
ANGGARAN BELANJAWAN DAN KOS PROJEK
Anggaran belanjawan yang telah kami anggarkan dalam projek festival Langkawi ini termasuklah belanjawan untuk mengurus yang melibatkan urusetia,surat-menyurat dan protokol, belanjawan untuk aktiviti yang melibatkan pameran, pengangkutan, persembahan kebudayaan, acara pembukaan, ‘pocket shows-karnival’, lawatan ke tempat utama pelancongan, ‘Home stay’, taman-taman hidupan liar dan taman negara. Perbelanjaan untuk pengangkutan melibatkan acara rasmi, protokol, dan peserta.
Belanjawan untuk menyediakan makan dan minum termasuklah semasa jamuan perasmian dan penutup. Belanjawan penginapan untuk jemputan khas, dan belanjawan untuk menyediakan hadiah dan cenderahati semasa aktiviti riadah dan sukan seperti sukan rakyat, permainan tradisional, merentas desa terbuka, peraduan melukis, marathon antarabangsa, kuda lasak antarabangsa dan perahu layar.
Belanjawan untuk menyediakan makan dan minum termasuklah semasa jamuan perasmian dan penutup. Belanjawan penginapan untuk jemputan khas, dan belanjawan untuk menyediakan hadiah dan cenderahati semasa aktiviti riadah dan sukan seperti sukan rakyat, permainan tradisional, merentas desa terbuka, peraduan melukis, marathon antarabangsa, kuda lasak antarabangsa dan perahu layar.
PECAHAN PERBELANJAAN SEBENAR
Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah perbelanjaan sebenar dalam melaksanakan projek ini. Perbeanjaan yang di anggarkan ini melibatkan perbelanjaan mengurus yang melibatkan pihak urusetia, perbelanjaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah di cadangkan semasa projek ini dijalankan, perbelanjaan dan kos pengangkutan yang akan di gunakan samada untuk acara rasmi, protokol dan juga untuk para peserta, perbelanjaan makan dan minum samada untuk jamuan dan majlis perasmian dan majlis penutup, perbenlajaan untuk penginapan jemputan khas yang melibatkan hotel-hotel yang terpilih sekitar kawasan festival, dan perbelanjaan untuk menyediakan hadiah dan cenderahati kepada tetamu yang di undang khas samada untuk majlis perasmian dan majlis penutup.
Hadiah-hadiah akan di berikan kepada peserta atau pemenang yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan riadah seperti sukan rakyat, permainan tradisional, merentas desa terbuka, peraduan melukis, marathon antarabangsa, kuda lasak antarabangsa, perahu layar.
Jadual Perbelanjaan atau Angggaran Belanjawan atau Kos Projek
PERBELANJAAN | RM |
Belanja mengurus-urusetia | RM 200 000.00 |
Belanja aktiviti | RM 800 000.00 |
Belanja pengangkutan | RM 300 000.00 |
Belanja makan-minum | RM 300 000.00 |
Belanja penginapan | RM 200 000.00 |
Belanja hadiah | RM 200 000.00 |
JUMLAH | RM 2 000 000.00 |
Jadual 1
Oleh yang demikian, rebet perbelanjaan adalah terdapat pada perbelanjaan untuk pengangkutan iaitu untuk tajaan bas persiaran, bas pelancongan, dan kenderaan jabatan atau kerajaan, perbelanjaan untuk penginapan seperti hotel dan perbelanjaan untuk menyediakan makan dan minum untuk melaksanakan projek ini.
Jadi anggaran kasar perbelanjan sebenar ialah untuk :
1) Perbelanjaan mengurus RM 200 000.00
2) Perbelanjaan untuk aktiviti RM 800 000.00
3) Perbelanjaan untuk menyediakan hadiah dan cenderahati RM 200 000.00
Oleh itu, jumlah perbelanjaan sebenar ialah RM 1 200 000.00 dan yang lain adalah melalui tajaan daripada pihak penajaan.
JANGKAAN PULANGAN / FAEDAH
Sebagai rumusan hasil daripada projek yang akan kami jalankan ini, faedah dan jangkaan pulangan yang akan diterima adalah :
1) Melalui kedatangan pelancong asing akan dapat menghasilkan nilai tukaran mata wang asing.
Kemasukan pelancong asing membawa banyak faedah dan kebaikan terutama dari segi tukaran wang asing yang mengalir masuk dengan kehadiran para pelancong yang datang dari segenap pelosok dunia dengan pelbagai nilai mata wang. Hasil tukaran ini termasuklah melalui aktiviti pembelian barangan dalam negara oleh para pelancong, tukaran yang di buat melalui sistem kewangan dan perbankan dan juga melalui pelaburan yang di laburkan ke atas sesuatu pelaburan.
2) Melalui penajaan dan iklan dijangka membawa nilaian jutaan ringgit.
Pelbagai agensi yang berminat dengan projek ini akan menawarkan penajaan dari pelbagai aspek terutama dalam proses menawarkan iklan yang menarik supaya barangan mereka bukan sahaja akan diperkenalkan di peringkat tempatan malah pelancong asing turut mengenali barangan. Ini sekaligus membantu pihak penajaan mempromosikan dan mengembangkan lagi hasil usaha mereka. Tambahan pula pihak penaja bukan sahaja memperolehi keuntungan yang lumayan malah dijangka akan membawa nilaian yang mencecah jutaan ringgit.
3) Siaran atau liputan secara langsung atau rakaman akan membantu mempromosi sektor pelancongan negara kepada dunia luar.
Kebiasannya projek sebegini mampu mempromosikan negara kepada dunia luar melalui siaran atau liputan dari media massa. Tambahan pula projek ini adalah perintis daripada projek Tahun Melawat Malaysia 2007. Ini membolehkan pihak media massa membuat liputan luas sebagai langkah mempromosikan sektor pelancongan dan juga memperkenalkan Malaysia secara global dan meluas.
Thanks to group yg terlibat
Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
ReplyDeleteAdakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut
{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita