journey without destination

journey without destination

Friday, January 13, 2012

Rapid Penang





1.0 : PENGENALAN


1.1: Masalah Pengangkutan Awam Pulau Pinang


Harapan penduduk Pulau Pinang untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti, masih belum kesampaian walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri sejak berpuluh tahun dahulu. Pekhidmatan bas masih di takuk lama. Keadaan itu timbul apabila syarikat pengangkutan sedia ada masih mengekalkan budaya kerja lama termasuk memajak bas mereka demi mengaut keuntungan yang tinggi. Begitu juga dengan perkhidmatan teksi, pengguna masih berhadapan dengan sikap pemandu yang suka mengambil kesempatan mengenakan tambang mahal berikutan tiada undang-undang mewajibkan memasang meter (sebelum 1 Ogos 2007). Selain itu pengguna juga merungut kerana teksi memilih penumpang, mengenakan cas tambahan ke tempat yang kurang penumpang dan masalah kekurangan teksi. Masalah itu yang berlarutan sejak sekian lama dan menimbulkan masalah kepada orang ramai.

Bagaimanapun, bagi golongan yang kurang berkemampuan, mereka masih bergantung harap kepada perkhidmatan bas untuk berulang-alik walaupun keberatan untuk menaikinya. Walaupun bas buruk dan sering datang lambat, mereka tetap menaiki bas untuk ke tempat kerja dan pulang ke rumah. Sementara itu, ada juga pengguna yang memilih untuk menaiki kenderaan sendiri daripada terpaksa menunggu lama dan bersesak-sesak sewaktu menaiki kenderaan awam di Pulau Pinang. Disebabkan itulah maka masalah kesesakan lalu-lintas di kawasan Pulau semakin menjadi-jadi.




1.2 : Penubuhan Rapid Penang

Justeru itu, bagi mengatasi masalah pengangkutan ini, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil alih perkhidmatan bas berhenti-henti di Pulau Pinang melalui penubuhan Syarikat RapidPenang Sdn Bhd iaitu anak syarikat Rangkai Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang. Buat masa ini, syarikat tersebut sedang membangunkan sistem pengangkutan awam yang baru di Pulau Pinang. Tujuan penubuhan RapidPenang yang sebenarnya adalah untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas awam dalam negeri dan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem tersebut bagi mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya.

Mengikut perangkaan rasmi, walaupun populasi penduduk dalam negeri Pulau Pinang hanya sejumlah 1.44 juta orang, namun kenderaan bermotor yang berdaftar adalah sejumlah 1.47 juta. Dalam erti kata yang lain, terdapat lebihan kenderaan bermotor sebanyak 30,000 jika dibanding populasi dalam negeri. Ini bermakna sistem kenderaan awam yang berkesan, menepati jadual perjalanan, mesra penumpang serta mengenakan tambang yang sesuai dengan kemampuan seseorang adalah mustahak dalam menarik minat lebih ramai orang menggunakan sistem ini.

Sebanyak 150 buah bas RapidPenang telah beroperasi di 33 laluan meliputi 26 laluan di bahagian pulau manakala bakinya beroperasi di Seberang Perai. Rapid Penang juga akan menyediakan 10 buah bas untuk mengangkut penumpang dari Butterworth ke pulau melalui jambatan Pulau Pinang. Bas-bas yang akan digunakan adalah bersaiz panjang 7 meter, 10 meter, dan 12 meter. Bagi bas yang panjang 10 meter dan 12 meter adalah bas yang berlantai rendah untuk kemudaha orang kurang upaya. Di kawasan pulau, penambahan bas akan dapat mengurangkan tempoh menunggu daripada 25 minit kepada 10 minit sahaja. Hujung tahun 2008, RapidPenang akan menyediakan pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) dari Jeti. Selain itu, hampir semua kawasan pinggir bandar akan turut mendapat kemudahan dari pengangkutan Rapid Penang.

Hari ini RapidPenang Sdn Bhd (RapidPenang) telah pun genap setahun beroperasi di Pulau Pinang sejak ia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Julai 2007. Walaupun pada awal penubuhan RapidPenang pelbagai komen negatif dikeluarkan dan ada juga pihak yang meragui kemampuan RapidPenang untuk mengubah pola pengangkutan awam di negeri Pulau Pinang, namun hasil kerjasama dan sikap tidak berputus asa kakitangannya, RapidPenang berjaya membuka mata rakyat mengenai kesungguhan syarikat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna bas di negeri ini. Purata pengguna RapidPenang telahpun meningkat daripada 1 juta kepada 1.4 juta penumpang sekarang.

Dalam erti kata yang sebenar, RapidPenang telah pun beroperasi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih mantap kepada orang-orang Tanjung (bahagian pulau) dan orang-orang sebarang ( bahagian tanah besar).
  
1.3: Organisasi Rapid Penang




                                          AZHAR AHMAD – CEO RapidPenang Sdn Bhd




2.0: OBJEKTIF PENUBUHAN RAPID PENANG






2.1 : Objektif Sosial
Dalam objektif terhadap sosial, kewujudan Rapid Penang boleh memberikan satu sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selesa dan selamat kepada pengguna.Selain itu, para pengguna dapat menikmati kepuasan yang lebih tinggi jika menggunakan Rapid Penang berbanding perkhidmatan pengangkutan awam lain kerana perkhidmatan yang ditawarkan adalah lebih baik berbanding syarikat-syarikat lain seperti KGN-Hin Co. Sdn. Bhd., Siang Cemerlang Sdn. Bhd., Transit Link Sdn. Bhd., Milan Travel Sdn. Bhd. dan Inter Runner Sdn. Bhd. 

Hal ini kerana, kebanyakkan  bas yang ada di Pulau Pinang ini dianggarkan berusia hampir 20 tahun. Ini menyebabkan keadaan fizikal bas ini kelihatan amat daif dan mungkin tidak diperlukan lagi di tempat lain berdasarkan nombor pendaftaran yang kebanyakan dari Kuala Lumpur dan Johor serta kurangnya jaminan keselamatan. Oleh yang demikian, kewujudan Rapid Penang dapat memberikan satu pembaharuan yang lebih baik terhadap sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang dan para pengguna harus membuat pilihan untuk memilih bas Rapid Penang kerana ia menawarkan jadual perjalanan tetap dan menjanjikan kepuasan, kenderaan yang bersih, pemandu yang berdisiplin serta tidak banyak karenah.

Dengan kemasukan Rapid Penang, mungkin masalah perkhidmatan bas awam akan dapat dikurangkan walaupun tidak berjaya 100 peratus mengatasi kesesakan, namun keberkesanan operasi Rapid KL di Kuala Lumpur, boleh dicontohi dan diperkembangkan ke Pulau Pinang, serta bandar raya utama lain di negara ini yang berdepan dengan masalah pengangkutan awam. Berikutan masalah berkaitan dengan pengangkutan bas awam dan teksi yang tidak dapat diatasi telah menyebabkan penduduk tempatan hilang kepercayaan dan memilih pengangkutan sendiri untuk memudahkan pergerakan mereka. Maka keadaan ini menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Pulau Pinang ini tidak dapat diatasi dan menjadi semakin kritikal apabila bilangan kenderaan adalah lebih tinggi berbanding jumlah penduduknya sekitar 1.3 juta orang. Justeru dengan kewujudan Rapid Penang ini dapat mengurangkan masalah kesesakan.

Rapid Penang juga merupakan pengangkutan alternatif yang boleh dipilih oleh para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan awam. Hal ini berikutan dengan masalah perkhidmatan awam yang lain seperti bas dan teksi. Antara masalah tersebut termasuk tambang lebih mahal, kekurangan bas, keadaan bas yang uzur, tidak mengikut jadual dan laluan serta pemandu yang kurang sopan. Keadaan ini timbul akibat apabila syarikat pengangkutan sedia ada masih mengekalkan budaya kerja yang lama.Begitu juga dengan perkhidmatan teksi, pengguna masih berhadapan dengan sikap pemandu yang suka mengambil kesempatan mengenakan tambang mahal berikutan tiada undang-undang yang mewajibkan memasang meter. 

Selain itu, pengguna juga menghadapi masalah berkaitan  pemandu teksi yang suka memilih penumpang, mengenakan caj tambahan ke tempat yang kurang penumpang dan masalah kekurangan teksi. Maka perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rapid Penang dapat menjadi salah satu alternatif atau penyelesai masalah kepada para pengguna dalam mengatasi masalah tersebut.






2.2 : Objektif Ekonomi

Penubuhan Rapid Penang di Pulau Pinang adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sistem pengangkutan awam. Walaupun satu pembaharuan telah dilakukan pada 1 April 2006 iaitu satu sistem baru bas awam namun usaha ini gagal untuk mengatasi masalah ini. Maka kerajaan negeri telah meminta syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd yang sebelum ini berjaya mengubah mutu perkhidmatan awam di ibu negara menerusi Rapid KL. Oleh yang demikian, kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk digunakan bagi membeli 150 bas baru untuk Rapid Penang.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rapid Penang dalam sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang bukan untuk mendapatkan keuntungan berbanding syarikat-syarikat bas awam yang lain yang kebanyakkan menggunakan sistem pajakan bagi mengaut keuntungan. Matlamat utama Rapid Penang adalah untuk memberikan satu perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik dan mengutamakan kepuasan pelanggan. Maka bagi Rapid Penang keuntungan adalah tidak diperlukan dalam pengurusan Rapid Penang.

Justeru, Rapid Penang hanya mengenakan tambang sebanyak  RM1 bagi perjalanan untuk jarak tujuh kilometer pertama, RM1.50 (8-15 km), RM2 (16-22 km), RM2.50 (23-28 km), RM3 (29-36 km) dan RM3.50 (37-43 km), tambang yang dikenakan ini  dilihat berpatutan kepada penumpang dan masih dalam lingkungan kadar yang dibenarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).




2.3: Matlamat Rapid Penang

Ø  Visi Rapid Penang

*      Menjadi Perkhidmatan Pengangkutan awam yang utama di Pulau Pinang.
Ø  Misi Rapid Penang

*      Untuk memberikan satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan mengutamakan kepuasan pelanggan.
*      Untuk menyediakan satu perkhidmatan pengangkutan awam yang selesa, mampu dan boleh dipercayai di Pulau Pinang.
*      Untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam Pulau Pinang.
*       Untuk menekankan keselamatan, kebolehpercayaan, amanah dan profesionalisme pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.
*      Untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam masyarakat di Pulau Pinang
  
Ø  Logo Rapid




*      Warna-warna seperti merah, putih dan biru menandakan warna-warna yang terdapat dalam bendera rakyat Malaysia. Merah menandakan keberanian untuk menewaskan halangan-halangan dan cabaran-cabaran; warna putih menandakan kesucian dan biru adalah satu simbol keamanan yang dimiliki rakyat Malaysia yang  pelbagai kumpulan etnik.



3.0: PENYATAAN MASALAH


 PERSAINGAN YANG TIDAK SIHAT

            Seperti yang diketahui Rapid Penang merupakan salah sebuah syarikat pengangkutan awam yang baru di Pulau Pinang , di mana syarikat ini telah mewujudkan pelbagai mekanisme-mekanisme yang baru dalam menambahbaikan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang, kerana sebelum ini kita boleh lihat bahawa syarikat-syarikat pengangkutan awam yang lain yang sudah lama wujud di Pulau Pinang masih tidak melakukan apa-apa penambahbaikan dari segi perkhidmatan mahupun dari segi keselesaan dan keselamatan penumpang. Hal ini amatlah membimbangkan para pengguna pengangkutan awam yang hanya bergantung kepada pengangkutan awam semata-mata sekiranya mereka ingin kemana-mana. Justeru itu sebelum kewujudan Rapid Penang mereka tiada pilihan lain untuk memilih pengangkutan awam yang benar-benar selesa dan selamat.

            Dengan itu, selepas wujudnya syarikat Rapid Penang ramai pengguna telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang telah ditawarkan oleh syarikat Rapid Penang, di mana perkhidmatan yang disediakan mempunyai lebih banyak kebaikan dan kemudahan berbanding dengan syarikat pengangkutan yang lain. Setelah melakukan kajian dapatlah dilihat bahawa ramai pengguna yang berpuas hati dengan segala kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat Rapid Penang.

            Hal ini telah mewujudkan rasa kurang senang syarikat-syarikat pengangkutan bas awam yang lain terhadap syarikat Rapid Penang, kerana bagi mereka setelah kewujudan syarikat Rapid Penang syarikat mereka telah kehilangan ramai pelanggan dan mereka merasakan syarikat Rapid Penang merupakan punca kepada masalah dan kerugiaan yang mereka hadapi. Justeru itu, timbullah perasaan marah dan dengki sehingga mereka mengambil langkah yang bahaya dengan mencederakan pemandu bas Rapid Penang, yang baru-baru ini berita tentang pemandu bas rapid penang telah dicederakan disiarkan di dada-dada akhbar.

            Masalah seperti ini telah menjadi beban kepada syarikat Rapid Penang untuk menyelesaikannya kerana, persaingan yang tidak sihat ini telah wujud akibat daripada rasa ketidakpuasan hati yang melanda syarikat pengangkutan awam yang lain.






PEKERJA YANG TIDAK BERDISPLIN

            Syarikat Rapid Penang juga menghadapi banyak masalah dengan displin para pekerja mereka. Hal ini kerana ada segelintir pekerja mereka yang tidak berdisplin terutamanya bagi pemandu-pemandu bas Rapid Penang. Di mana ada segelintir pemandu bas rapid penang yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga menyebabkan mereka di tahan dan di saman oleh pihak berkuasa. Selain itu sikap pemandu yang tidak mematuhi jalan raya ini juga telah menyebabkan ada pengguna yang membuat aduan tentang sikap pemandu bas rapid penang yang memandu dalam keadaan yang merbahaya.   

             Displin pekerja yang tidak baik ini juga bukan sahaja dari segi pemanduan sahaja, ia juga merangkumi masalah pekerja yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik, contohnya mereka tidak mesra dengan pengguna apabila mereka bersikap kurang sopan dan bersikap tidak mesra pelanggan, serta sikap pekerja yang selalu ponteng kerja atau melakukan kesalahan-kesalahan tatatertib yang menyalahi etika-etika sebagai salah seorang pekerja. Hal-hal seperti ini akan menyebabkan imej bagi syarikat Rapid Penang terjejas disebabkan oleh pandangan masyarakat tentang displin pekerja-pekerja syarikat Rapid Penang.

            Justeru itu syarikat Rapid Penang terpaksa melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan para pekerja mereka menjadi pekerja-pekerja yang lebih berdisplin dan lebih berhemah.






MASALAH MODAL ATAU DANA

            Matlamat syariakat Rapid Penang adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik bagi pengguna mereka. Di mana mereka ingin menyediakan pelabagai perkhimatan, antaranya seperti menambahbaikan kemudahan-kmudahan yang terdapat di dalam bas, contohnya seperti menambahbaikan tempat duduk, penghawa dingin serta ciri-ciri keselamatan penumpang selain itu mereka juga ingin menyediakan perkhidmatan sampingan di dalam bas antaranya seperti menyediakan kemudahan untuk para penumpang mengisi semula kredit telefon bimbit mereka, serta menyediakan  kemudahan untuk orang kurang upaya.

            Usaha untuk menambahbaikan mutu perkhidmatan bukan sekadar dari segi keselesaan sahaja, pihak syarikat Rapid Penang juga ingin memperbaiki sistem pegerakkan bas-bas rapid penang agar menjadi lebih cepat, di mana ramai penumpang ingin syarikat Rapid Penang berusaha untuk menambah bilangan bas rapid, agar mereka boleh mengambil penumpang dalam kadar waktu yang lebih cepat. Dengan itu, penumpang tidak perlu tunggu dengan lebih lama. Justeru itu, syarikat Rapid Penang telah merangka kewangan, untuk menambah lagi bilangan bas rapid penang.

            Dengan itu, syarikat Rapid Penang perlu menyediakan jumlah kewangan yang amat besar untuk memastikan rancangan penambahbaikan mutu perkhidmatan mereka dapat dijalankan dengan segera. Justeru itu, mereka terpaksa melakukan pelabagai usaha contohnya seperti dengan melakukan pinjaman wang daripada bank-bank tertentu serta memohon bantuan daripada pihak kerajaan untuk memperolehi modal atau dana.

            Setelah dilihat daripada jumlah pinjaman yang perlu disediakan oleh pihak syarikat Rapid Penang bagi menambahbaikan mutu perkhidmatan mereka, mereka terpaksa melakukan pelbagai cara untuk memperolehi modal atau dana yang mencukupi bagi mencapai matlamat mereka.




4.0: FAEDAH RAPID PENANG



         Pengangkutan awam  merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definisi yang luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri,teksi dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengangkutan awam ialah mana-mana sistem yang mengangkut orang awam dan dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi.

         Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan.  Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli belah atau pusat pendidikan.


         Perkhidmatan pengangkutan awam secara amnya telah bertambah baik sejak Rapid Penang Sdn Bhd (RapidPenang) memulakan operasinya pada 1 Ogos tahun lalu di negeri ini. Syarikat Bus RapidPenang yang telah diperkenalkan di Pulau Pinang telah membawa faedah yang banyak kepada penduduk di Pulau Pinang.

         Produk yang ditawarkan oleh RapidPenang ialah pengangkutan bas awam yang berorintesikan “pelanggan” bukan “keuntungan”. Ia juga berorientasikan untuk memberi servis pengangkutan awam di Pulau Pinang.

         Melalui perkhidmatan pengangkutan awam RapidPenang ia membawa pelbagai faedah sama ada secara langsung atau tidak langsung bukan sahaja kepada masyarakat bahkan kepada kerajaan.

.
  
4.1: FAEDAH SECARA LANGSUNG

Ø  Masyarakat

-       Bas RapidPenang merupakan sebuah bas yang menyediakan pengangkutan awam yang efisyen dan bersih serta mesra pengguna.
-       Kemudahan yang diberikan seperti tempat duduk khusus untuk Orang Kurang Upaya(OKU), warga tua dan keadaan dalam bas yang berhawa dingin serta selesa.
-       Menyediakan perkhidmatan seperti kad warga emas, OKU dan kad pelajar.
-       Memberikan faedah kepada penduduk setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.


Ø  Kerajaan

-       Melalui perkhidmtan RapidPenang ia dapat menampung keperluan
perkhdimatan bas yang tidak mencukupi di negeri Pulau Pinang terutama untuk perjalanan antara jabatan kerajaan dengan kawasan taman perumahan.

Ø  Sektor Perlancongan

-       Perkhidmatan pengangkutan awam yang baik di Pulau Pinang turut
menggalakkan sektor perlancongan di negeri ini.
-       Pelancong-pelancong akan lebih selesa menggunakan
pengangkutan awam untuk ke destinasi perlancongan.
-       Tambahan pula, RapidPenang melalui laluan perlancongan dan
memudahkan pelancong untuk ke tempat tersebut seperti :



                                                  

                                                                 Rumah P. Ramlee
                                                                 Bas No ; U206



                                                             Masjid Kapitan Keling
                                                             Bas No; T10/U301/U302




                                                              Taman Burung Penang
                                                              Bas No; T703
   








                                                                                                 
4.2: FAEDAH SECARA TIDAK LANGSUNG


Ø  Mengurangkan kesesakan lalu lintas

             -       Faedah pengenalan RapidPenang sebagai salah satu pengangkutan awam telah                    
                   mengurangkan kesesakan lalu lintas secara tidak langsung.

-       Keadaan jalan raya di Pulau Pinang yang sering mengalami kesesakan pada waktu-waktu kemuncak dapat dikurangkan sekiranya penduduk Pulau Pinang menggunakan pengangkutan ini.

-       Kadar pertumbuhan kenderaan setahun di Pulau Pinang adalah tinggi iaitu 6.5% setahun untuk 10 tahun kebelakangan ini. Pendaftaran kenderaan di Pulau Pinang adalah keempat tertinggi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor.

-       Mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang adalah motif jangka panjang penubuhan RapidPenang.

Ø  Mewujudkan persaingan di antara pengusaha perkhidmatan awam

-       Selain itu faedah secara tidak langsung ialah ia melahirkan persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha perkhidmatan awam di Pulau Pinang.
   
Ø  Mutu perkhidmatan meningkat

-       Sejajar dengan itu, RapidPenang akan menambah bas dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini.

-       Masa menunggu bas yang singkat iaitu 20 sehingga 30 minit.

-       Pengangkutan awam RapidPenang bukan sahaja beroperasi di pulau malahan di seberang pulau juga.

-       Oleh itu, penduduk Pulau Pinang dapat menikmati faedah ini secara adil dan saksama.
        
Ø  Meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan awam

-       Pengenalan RapidPenang juga telah meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan awam di Pulau Mutiara ini.

-       Jumlah pengguna bas RapidPenang Sdn Bhd (RapidPenang) meningkat kepada 48, 000 pengguna berbanding 43, 000 setiap hari sejak isu kenaikan harga minyak.

-       Dengan menggunakan perkhidmatan awam ia dapat menyedarkan orang ramai tentang langkah berjimat-cermat.



5.0: KOS YANG DITANGGUNG

         RapidPenang telah mula beroperasi di Pulau Pinang pada 31 Julai 2007 selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Haji Abdullah Bin Ahmad Badawi. Pada waktu itu, sebanyak 150 buah bas disediakan untuk kawasan Pulau, Minden dan Seberang yang melalui 33 laluan. Pada masa akan datang, bilangan bas RapidPenang akan ditambah sebanyak 200 buah.

         RapidPenang merupakan sebuah syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan perkhidmatan bas di Pulau Pinang. RapidPenang merupakan syarikat pengendali perkhidmatan awam kedua yang didirikan oleh kerajaan Malaysia setelah pelancaran RapidKL pada 2004 untuk mengambil alih segala pengendalian LRT dan sebahagian besar rangkaian bas di Lembah Klang. RapidPenang merupakan anak syarikat RapidKL dan aset-aset yang dikendalikan oleh RapidPenang  adalah milik Syarikat Prasarana Negara Berhad.

         Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset kebanyakan perkhidmatan awam di Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di negara ini.
`
         Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan pada hari  kedua Tahun Baru Cina bahawa RapidPenang akan menjalankan operasinya di Pulau Pinang bagi mengatasi masalah pengangkutan awam di negeri tersebut.

         Projek ini melibatkan peruntukan sebanyak 50 juta daripada Kerajaan Persekutuan seperti membina perhentian bas RapidPenang, Papan Tanda Jadual Perjalanan dan sebagainya.


      

6.0: Rumusan

Secara amnya apa yang boleh kita lihat hari ini adalah sebagai syarikat pengangkutan awam yang mendapat sokongan kewangan sepenuhnya dari kerajaan RapidPenang telah berjaya menjadi contoh kepada pesaing-pesaingnya di dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di Pulau Pinang dengan menyediakan perkhidmatan yang bermutu, cekap dan cemerlang. 

Dengan perkhidmatan yang cekap, selesa dan mengikut jadual maka tidak hairanlah jika ramai pengguna lebih gemar menaiki RapidPenang daripada menggunakan perkhimatan bas lain. Dengan adanya perkhidmatan bas yang lebih efisyen, maka lebih ramai pengguna akan memilih untuk menaiki kenderaan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri, sekaligus keadaan tersebut dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Disamping itu, imej pengangkutan awam negara akan segera dicapai.

            Sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan demi meningkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang  kerajaan seharusnya menambah bilangan pengangkutan awam yang sedia ada dan membuat penambah baikkan dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. 

           Kerajaan boleh mengambil langkah yang lebih berkesan terhadap operasi perkhidmatan bas swasta dengan menguatkuasakan kadar tambang yang sama dengan kadar tambang Rapid Penang, termasuklah memantau jadual perjalanan bas swasta yang sebelum ini tidak menentu. Selain itu, kerajaan dan pihak berkuasa perlu memandang serius terhadap pengusaha teksi yang enggan memasang meter perjalanan supaya berbuat demikian untuk kemudahan penumpang.

            Selain penggunaan RapidPenang, bas-bas milik swasta, feri dan juga teksi, Kerajaan Pulau Pinang seharusnya memikirkan alternatif lain untuk mengurangkan kesesakan sekaligus menambah baik sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang. Hal ini amat penting untuk memberi keselesaan kepada penduduk di Pulau Pinang. Antara alternatif yang boleh diambil adalah dengan membina perkhidmatan pengangkutan awam seperti Monorel ataupun keretapi bawah tanah. Pembinaan Perkhidmatan Monorel pernah dicadangkan di Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Namun, disebabkan beberapa masalah maka cadangan pembinaan Monorel terpaksa di batalkan. 

                   Walau apa jua masalah yang timbul, pihak kerajaan Pulau Pinang seharusnya memikirkan masalah yang di hadapi oleh rakyat dalam berhadapan dengan masalah pengangkutan awam. Dengan adanya pengangkutan Monorel di Pulau Pinang sekurang-kurangnya masalah kesesakan dan pencemaran dapat dikurangkan. Jika dilihat kepada pembinaan Monorel di Kuala Lumpur, ia turut menghadapi masalah ketika awal pembinaannya. Namun, kini Monorel merupakan salah satu sistem pengangkutan awam yang terpenting selepas bas dan teksi.

            Mengenai cadangan pembinaan keretapi bawah tanah pula, ia juga merupakan salah satu alternatif yang baik dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas dan masalah pengangkutan awam dikalangan penduduk Pulau Pinang. Pembinaan Keretapi bawah tanah boleh  di bina dengan menghubungkan Tanah Besar dan Pulau. Dengan ini, masalah kesesakan di Jambatan dapat diatasi terutamanya di waktu-waktu puncak ketika pengguna jalan raya pergi dan pulang dari tempat kerja.

Buat masa ini alternatif lain yang boleh di ambil untuk mengelakkan kesesakan di jambatan adalah dengan menggunakan perkhidmatan feri. Walau bagaimanapun, jumlah feri yang tidak mencukupi membuatkan penumpang kenderaan dan perseorangan terpaksa menunggu lama untuk menunggu feri yang berikutnya. Justeru itu, pihak kerajaan perlu memikirkan kewajaran untuk menambah bilangan feri dan menaik taraf perkhidmatan feri yang sedia ada supaya penumpang yang berulang alik dari tanah besar ke pulau dan dari pulau ke tanah besar mendapat keselesaan, serta keselamatan mereka semasa di tengah-tengah lautan terjamin. Dengan penambah baikkan yang dilakukan, maka ia akan dapat memberikan perkhimatan yang lebih baik terutamanya memendekkan masa menunggu bagi kenderaan.



Thanks to group yg terlibat


1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, anda perlu meminjam wang untuk pengkomersilan organisasi anda meningkatkan? Atau anda berada dalam kredit bank atau institusi kewangan ditolak untuk satu atau lebih alasan, atau tidak? Anda mendapatkan keperluan pinjaman atau gadai janji berkongsi beban? Anda mempunyai lokasi yang tepat untuk hutang anda di sini! Pinjaman syarikat Hollings Oz dipinjam untuk orang-orang terkenal - dan prestij.
    Keuntungan yang tinggi dan boleh diterima dari 2% tanpa cagaran.
    Sila hubungi kami melalui E-mail kami hari ini jika anda perlu memperuntukkan email mendesak: Hollingsozloanfirm@gmail.com.

    ReplyDelete