journey without destination

journey without destination

Friday, September 16, 2011

Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) - Dalam Bidang Pendidikan



TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
1.0 PENGENALAN
            Hubungan korporat yang baik adalah merupakan tanggungjawab sosial yang baik. Tanggungjawab sosial korporat(CSR) bukanlah satu perkara yang baru di negara luar, tetapi situasi ini masih baru dalam kontek Negara Malaysia dan masih perlu dipupuk dikalangan organisasi atau badan- badan korporat. Secara umumnya, apabila sesebuah organisasi ditubuhkan, organisasi tersebut bukan sahaja mengekploitasi faktor pengeluaran disekelilingnya seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan, tetapi juga perlu berperanan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya.
Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar, dan pembangunan ekonomi dan masyarakat. Walau bagaimanapun skop perbincangan tanggungjawab sosial korporat disini lebih berfokuskan kepada bidang pendidikan yang pada hakikatnya merupakan salah satu proses sosiolisasi masyarakat yang mejurus kepada pembelajaran mengenai norma-norma dan peranan-peranan serta kemahiran kearah mempersiapkan individu untuk meneruskan survivalnya.
1.1 DEFINISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Secara umumnya,tanggungjawab sosial korporat membawa maksud sebarang komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan peniagaan dan sumbangan dari sumber korporat dalam komuniti atau masyarakatyang   bertujuan kearah meningkatkan kesejahteraan masyarakat disekitar perniagaan atau perusahaan.

1.2 DEFINISI PENDIDIKAN
Manakala pendidikan atau “education” yang berasal dari “educere” dalam bahasa latin adalah membawa maksud proses melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang merangkumi keperluan asas dalam hidup.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN                                       
2.1 Menjawab persoalan mengenai tanggungjawab sosial korporat.
            Dalam subjek SAU 316 iaitu Organisasi Kerja, Tanggungjawab Sosial korporat dan Kedermaan, terdapat satu persoalan yang perlu dijawab iaitu apakah yang dilakukan oleh badan- badan korporat sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial mereka.
2.2 Mengenal pasti golongan sasaran.
            Pada masa yang sama, lapangan kajian yang menjurus kearah tanggungjawab sosial korporat ini turut menekankan kepada persoalan siapakah yang menjadi golongan sasaran syarikat- syarikat korporat ini dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat sekitar organisasi tersebut. Hal ini merangkumi tahap- tahap umur, jantina dan kelas sosial masyarakat yang disasarkan.
2.3 Bentuk pelaksanaan.
Objektif seterusnya turut merangkumi bentuk pelaksanaan yang dipraktikkan oleh badan- badan korporat dan jenis sumbangan mereka mengikut kesesuaian dan  keperluan masyarakat disekitarnya kearah melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan.
2.4 Penglibatan organisasi
            Projek ini turut mendedahkan pelajar kearah mengetahui mengenai sejauhmanakah penglibatan organisasi dan sejauhmanakah ahli yang berada dalam organisasi melibatkan diri dalam aktiviti sosial sesebuah syarikat tersebut.
2.5 keberkesanan.
            Dalam pendedahan kearah mengetahui mengenai tanggungjawab sosial badan- badan korporat, pengkajian turut dibuat untuk mendedahkan tentang sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab sosial ini memberikan kesan samaada kepada badan korporat mahupun kepada masyarakat terutama sekali dalam bidang pendidikan.
2.6 Faedah.
            Dalam projek ini, kumpulan kami turut mempunyai objektif untuk mengkaji mengenai faedah- faedah yang diperolehi oleh badan- badan korporat dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat. Pada masa yang sama pengkajian turut di juruskan kearah memberi pendedahan untuk mengetahui apakah faedah – faedah yang diperolehi oleh masyarakat disekitar organisasi yang menjadi golongan sasaran badan korporat.
3.0 HASIL DAPATAN
Bagi memenuhi keperluan kursus dan menjawab persoalan- persoalan yang ditimbulkan dalam objektif kajian tadi, kumpulan kami telah menjadikan beberapa buah syarikat atau badan korporat sebagai renponden yang antaranya ialah Seagate technology, Advanced micro Device(AMD), Kobe Precision Technology SDN. BHD (KP Tec), Avago Technologies Malaysia Sdn. Bhd  dan CP- TAG


3.1 SEAGATE TECHNOLOGY.
3.1.1 latar belakang Seagate Technology.
Seagate adalah merupakan peneraju utama dunia dalam pengeluaran, reka bentuk, pembuatan dan pemasaran “Hard Disc Drives ” kepada syarikat- syarikat perusahaan dan pengguna- pengguna barangan elektronik. Berikutan permintaan yang menggalakkan dalam bidang penyimpanan maklumat, kompeni ini komited dalam pemasaran produk hasil daripada sokongan dan kebolehpercayaan pengguna.
3.1.2 Sumbangan syarikat dalam bidang pendidikan kepada masyarakat disekitar organisasi.
            Sebagai sebuah syarikat pengeluar hard disc terbesar dunia, Seagate telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat yang berada disekitar organisasi terutamanya kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah dari kawasan luar bandar.
Antara program yang dijalankan oleh Seagate Technology ialah  Program Newspaper In Education. Setakat ini Seagate menumpukan kepada dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah yang berada di luar bandar dengan membekalkan lima puluh naskah setiap minggu dengan misi “ satu artikel satu minngu” dengan harapan kemahiran bahasa inggeris dikalangan pelajar luar bandar dapat ditingkatkan. Fasa setiap program berlangsung dalam jangka masa enam bulan di setiap sekolah.
            Seagate menggalakkan penglibatan pekerjanya dengan memperuntukkan masa sekurang- kurangnya dua jam bersama pelajar iaitu setiap hari Sabtu untuk mendapatkan tindakbalas positif daripada pelajar-pelajar hasil daripada pembacaan suratkhabar “New Strait Times” yang mereka bekalkan.
            Syarikat juga menganjurkan program “kesedaran Alam Sekitar”  yang mensasarkan golongan pelajar sekolah. Aktiviti menarik ini berlangsung selama tiga hari dua malam di Hutan Rimba Rekreasi di Taman Negara Pulau Pinang. Dalam program ini pelajar dididik untuk menjaga alam sekitar dan mengelakkan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar baik pencemaran udara, mahupun pencemaran air dan darat.
            Selain itu, Seagate turut menganjurkan satu program pendidikan kesihatan, dimana pelajar didedahkan dengan teknik- teknik penjagaan kesihatan berkaitan dengan pemakanan sihat kearah mengelakkan masalah obesiti yang sering berlaku dikalangan kanak- kanak yang sememangnya terdiri daripada pelajar sekolah.


3.2 ADVANCED MICRO DEVICE (AMD)
3.2.1 Latar belakang syarikat
Syarikat Advance Micro Devices Export pada awalnya diasaskan di Sunnyvale, California. Kemudian syarikat ini membuka cawangannya di Bayan Lepas, Penang, Malaysia pada bulan Januari tahun 1972. Penubuhannya di Penang merupakan usaha pertama syarikat itu untuk mengembangkan lagi empayarnya di luar negara. Hal ini berikutan dengan perkembangan Penang sebagai sebuah kawasan perindustrian bebas yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada lapan buah syarikat yang membekalkan barangan berasaskan elektrik dan elektronik di Penang. Kebanyakan syarikat-syarikat tertumpu di kawasan perindustrian bebas yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
            Pada awalnya bilangan pekerja yang bekerja di syarikat ini hanya seramai 78 orang sahaja. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak  syarikat, dan hal ini membolehkan syarikat ini menambah bilangan pekerjanya. Ia kemudiannya menambah bilangan pekerja seramai 1500 orang untuk menampung pengeluaran dan permintaan yang semakin meningkat di pasaran. Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut pengkhususan tertentu untuk mengeluarkan produk-produk yang berlainan. Hal ini penting untuk menjamin dan meningkatkan produktivitinya. Akibat perkembangan yang pesat ini juga, syarikat ini semakin berkembang menjadi salah satu daripada industri pembuatan elektronik yang terbesar dan bertaraf dunia. Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah barangan elektronik komputer, kad memori, dan sebagainya.
3.2.2 Sumbangan AMD dalam bidang pendidikan kepada masyarakat sekitar organisasi.
            Syarikat ini amat komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka. Hal ini bertetapan dengan visi syarikat iaitu untuk mengubah kepada kehidupan yang lebih baik. Keadaan ini amat bersesuaian dengan objektif syarikat iaitu untuk membekalkan masyarakat dengan kehidupan yang produktif. Fokus utama syarikat dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat ini adalah untuk mengukuhkan masyarakat dan juga pendidikan. Sumbangan syarikat ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka merangkumi pelbagai bidang, termasuklah bidang pendidikan. Hal ini adalah kerana syarikat percaya dan rasa bertanggungjawab untuk membangunkan generasi pelapis untuk mengembangkan potensi mereka. Segala aktiviti yang berteraskan tanggungjawab sosial korporat ini dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan setiap lapisan pekerja di syarikat.
            Antara sumbangan sosial korporat yang mereka jalankan khususnya dalam bidang pendidikan ialah membekalkan akhbar News Strait Times Press (NSTP) percuma kepada sekolah-sekolah yang terpilih. Hal ini disebabkan oleh kepekaan pihak syarikat sendiri mengenai kepentingan penggunaan bahasa Inggeris yang kian meluas pada masa kini. Tujuan pembekalan suratkhabar ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini disebabkan syarikat peka dengan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar sekolah. Hasil daripada tajaan suratkhabar berbahasa Inggeris ini oleh pihak syarikat, ia telah meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pihak syarikat juga turut menggalakkan lawatan para pelajar sekolah ke kilang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat dan sebagainya. Pihak syarikat juga turut menganjurkan pertandingan sains dan teknologi. Memandangkan sains dan teknologi amat penting pada zaman sekarang, syarikat AMD turut telah mengambil inisiatif dalam melahirkan minat dalam kalangan pelajar sekolah. Dalam pertandingan ini, para pelajar berpeluang untuk mempamerkan kreativiti mereka.
            Pihak syarikat juga turut peka dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang terdapat di negara ini. Kerjasama ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mendedahkan diri mereka dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, pihak syarikat juga turut terlibat dalam menaja Konvensyen Astronomi USM buat beberapa tahun berturut-turut. Hal ini menunjukkan syarikat amat menyokong pendidikan tinggi di negara kita bagi menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti. Selain itu, pihak syarikat juga turut menganjurkan program Smart Kids di syarikat. Kanak-kanak akan dijemput datang ke syarikat dan mereka berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai kemudahan dan produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

          
           
3.3 AVAGO TECHNOLOGIES MALAYSIA SDN.BHD.
3.3.1 latar belakang syarikat.
            Avago technologies merupakan pengedar semikonduktor terbesar di dunia yang mana ia bertempat di Zon Perdagangan Bebas Pulau Pinang. Syarikat ini adalah peneraju pembekal diperingkat global bagi pasaran utama untuk analog dan semikonduktor            ‘ mixed-singnel’ serta komponen-komponen elektronik yang lain, termasuk modul-modul dan subsistem. Syarikat ini menjana pendapatan RM1.8 billion pada tahun 2005, dan syarikat ini juga merupakan pengeluar  ‘fubless semiconductor’ yang ketujuh di dunia, menurut sumber Fabless Semiconductor Association ( FSA ), syarikat Avago mempunyai legasi dalam inovasi selama 40 tahun menurut Helweltt- Packard heritage dan juga telah membangunkan pelbagai harta intelek, termasuk kira-kira 2000 paten dan lain-lain.
3.3.2 Sumbangan Avago technologies  dalam bidang pendidikan kepada masyarakat dalam disekitar organisasi.
            Syarikat ini juga turut serta menjalankan tanggungjawab sosial korporat sepertimana syarikat-syarikat besar yang lain. Diantara salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu memberikan perhatian terhadap bidang pendidikan iaitu memberikan kebajikan dan sokongan terhadap sekolah dan universiti tempatan. Hal ini jelas bahawa syarikat banyak memberikan bantuan dan sumbangan kepada sekolah-sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang. Bantuan dan sumbangan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk kewangan sahaja, malah telah menyumbangkan keperluan kepada sekolah seperti makmal komputer terutamanya kepada sekolah yang tidak mempunyai keperluan yang mencukupi. Dalam pada itu juga, syarikat juga telah menyumbangkan pakaian dan beg sekolah kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Hal ini dapat dilihat yang mana syarikat telah menyumbangkan pakaian, beg dan kasut sekolah kepada 200 pelajar disekitar Pulau Pinang. Di samping itu, syarikat juga menyalurkan sumbangan surat khabar kepada sekolah samada untuk kegunaan pelajar mahupun pihak sekolah itu sendiri. Contohnya syarikat telah menyumbangkan 8333 naskah surat khabar The Star yang bernilai hampir RM5000 kepada lima buah sekolah di sekitar Georgetown antaranya SJK(T) Ramakrishna, SMK Haji Zainal Abidin, SMK Raja Tun Uda, SK Sri Permai dan SMK Georgetown.


3.3.3 Faedah yang diperolehi
            Dengan adanya inisiatif seperti ini ia sebenarnya akan membantu para pelajar dan juga pihak sekolah dari banyak sudut termasuklah meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar berkaitan dengan isu semasa, mewujudkan tabiat membaca dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Manakala bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan syarikat terhadap universiti-universiti tempatan pula iaitu bekerjasama dengan pihak universiti dalam menyumbangkan bantuan dari segi menerima pelajar yang akan membuat latihan industri di syarikat mereka. Di mana kebiasaanya syarikat lebih memberi tumpuan terhadap pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan dan perakaunan. Mereka dengan mudah akan memberikan kerjasama dengan menyumbangkan juga perkhidmatan mereka dalam membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka.


  
3.4 KOBE PRECISION TECHNOLOGY SDN.BHD ( KP TEC).
3.4.1 Latar belakang syarikat.
            KOBE Precision Technology Sdn Bhd (KPtec) ditubuhkan pada Februari 1992, beroperasi di Plot 39, Phase IV, Bayan Lepas Industrial Estate, Pulau Pinang dan merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Kobe Steel Ltd yang berpusat di Jepun. Syarikat ini mengeluarkan barangan yang berasaskan aluminium dalam pembuatan thin- film disk yang merupakan komponen utama di dalam Hard Disk Drives (HDD)  dan merupakan salah satu pembekal terbesar barangan tersebut di dunia. KPTEC mempunyai  pekerja seramai hampir 3000 orang, yang mana kebanyakan pekerja merupakan pekerja tempatan terdapat pelbagai aktiviti CSR termasuk bidang pendidikan yang dijalankan oleh syarikat ini untuk memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin disamping pembangunan syarikat tersebut.
3.4.2 Sumbangan Kobe Presicion SDN.BHD dalam bidang pendidikan kepada masyarakat dalam yang berada di sekitar organisasi .
syarikat ini sedar mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Dari segi pendidikan, syarikat Kobe telah membuka peluang bagi sekolah-sekolah yang beraliran sains membuat lawatan ke syarikat ini. Lima buah sekolah beraliran sains yang terbaik di  Pulau pinang  akan dipilih bagi program ini. Setakat ini sekolah yang terlibat termasuklah Penang Free School, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau, dan sekolah menengah Sains Prai telah mengadakan lawatan serta didedahkan dengan pelbagai maklumat serta peluang kepada pelajar untuk pelajar bekerja di syarikat ini.

 Lawatan sekolah ini adalah untuk jangkamasa panjang kerana pendedahan awal serta maklumat mengenai pekerjaan  amat perlu bagi mereka supaya mereka akan dapat membuat pilihan serta mengetahui subjek-subjek atau aliran yang diperlukan di syarikat ini sebelum pelajar-pelajar ini menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.
Selain itu, syarikat ini juga telah mengadakan program “Industri Training” bagi memberi peluang kepada pelajar yang berminat untuk bekerja di syarikat ini apabila tamat pengajian nanti. Pensyarah akan datang bersama pelajar dan akan mempelajari skill serta menjalankan tugas mereka dengan sempurna dalam semua sektor  termasuk sektor IT, pemprosesan, operasi dan sebagainya.
Di samping itu juga, syarikat ini juga terlibat dalam program “Career Fair” dan telah melibatkan universiti-universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti teknologi Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa. Program ini dilakukan bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai kewujudan syarikat ini serta barangan keluaran mereka.
 Para pelajar juga didedahkan dengan pengambilan subjek kejuruteraan yang diperlukan sebagai syarat jika pelajar berminat untuk bekerja di syarikat ini. Begitu juga penetapan subjek di politeknik, bahagian Human Resource syarikat Kobe bertanggungjawab dalam menetapkan sukatan pelajaran yang diperlukan bagi syarat para pelajar yang berminat untuk bekerja di syarikat ini dalam bidang yang mereka pilih. Program yang telah dilakukan oleh syarikat ini membolehkan graduan tempatan yang berminat untuk meceburkan diri dalam pekerjaan di syarikat ini.

Program yang dijalankan dalam sektor pendidikan ini membolehkan graduan mempunyai pengalaman mengenai cara bekerja serta praktikal dalam syarikat ini dalam bidang pengkhususan yang mereka ceburi. Dengan ini, akan melahirkan lebih pekerja tempatan yang berdaya saing serta mempunyai pengalaman dan kemahiran tentang selok-belok bidang pekerjaan dalam syarikat ini. Program-program yang diadakan di syarikat ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal dan mewujudkan semangat ingin belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki SPM.
3.4.3 Penglibatan anggota dalam organisasi.
            Program yang dijalankan dalam sektor pendidikan ini membolehkan graduan mempunyai pengalaman mengenai cara bekerja serta praktikal dalam syarikat ini dalam bidang pengkhususan yang mereka ceburi. Dengan ini, akan melahirkan lebih pekerja tempatan yang berdaya saing serta mempunyai pengalaman dan kemahiran tentang selok-belok bidang pekerjaan dalam syarikat ini. Program-program yang diadakan di syarikat ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal dan mewujudkan semangat ingin belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki SPM.
Para pekerja yang mempunyai potensi untuk melanjutkan pelajaran diberi peluang untuk melakukannya. Maka dengan ini para pekerja dapat menyumbangkan ilmu yang telah dipelajari untuk kemajuan syarikat. Oleh kerana kebajikan yang sangat dititikberatkan maka kajian melalui borang kaji selidik yang telah diedarkan telah menunjukkan bahawa para pekerja sangat berpuas hati dengan layanan dan kebajikan yang disediakan oleh pihak majikan.
3.4.4 faedah yang diperolehi.
            Hasil daripada tindakan serta tanggungjawab kepada masyarakat yang telah dilakukan oleh syarikat ini, lebih ramai graduan yang berpeluang dalam mendapatkan pengetahuan tentang syarikat ini. Dengan pengalaman yang mereka perolehi ini, mereka akan mudah diterima masuk untuk bekerja dalam syarikat ini dan masalah pengangguran dalam kalangan graduan akan berkurangan. Syarikat ini akan mempunyai pelapis dalam menguruskan syarikat pada masa akan datang dan akan mendapat tenaga kerja yang mahir serta mempunyai skill semasa program praktikal yang telah dilakukan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,sebagai sebuah badan korporat atau organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi yang mempunyai orentasi ekonomi yang pelbagai, kesedaran pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa walaupun keuntungan yang bakal diperolehi atau faedah yang bakal dikecapi tidak datang dalam jangka masa yang pendek namun hal ini adalah penting bagi memastikan keuntungan itu tidak dibolot oleh satu- satu pihak sahaja. Tambahan lagi menyedari aktiviti pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini mendatangkan faedah yang bukan sedikit dan bukan dinikmati oleh satu- satu pihak sahaja, maka adalah lebih bijak jika syarikat atau badan korporat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini.  Walau bagaimanapun usaha – usaha sosial ini tidak mungkin akan berjalan lancar tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak. Jadi wajarlah jika semua pihak termasuklah kerajaan, masyarakat, individu dan sebagainya melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Hal ini adalah untuk kebaikan bersama yang akan menentukan masa depan atau kesinambungan bidang pendidikan dan sesebuah syarikat itu sendiri

 Thanks to my Class-mate and Dr. Reevany Bustami

Thursday, September 15, 2011

Aplikasi Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif







Sinopsis dan Aplikasi Penyelidikan Gunaan dalam Film "Cars The Movie"


1.0  SINOPSIS
       CAR’S THE MOVIE

            Cerita ini adalah berkenaan dengan perlumbaan kereta lumba yang dilakonkan oleh Lighting Mcqueen  sebagai sebuah kereta lumba. Cerita ini berkisarkan tentang kehidupan dan perjalanan yang tiada penghujungnya. Dalam cerita ini hanya terdapat kenderaan sahaja. Lighting Mcqueen yang merupakan sebuah kereta dan sentiasa memenangi setiap perlumbaan yang disertainya. Lighting Mcqueen, pada awalnya boleh dikatakan sebagai sebuah kereta yang individualistic kerana hanya mementingkan kemenangan, kemasyuran dan nasib memang menyebelahinya.

Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat perlumbaan terakhirnya Lighting Mcqueen telah tersesat dan memasuki satu Pekan yang kecil dan dia tidak mengetahui kewujudan tempat itu. Pecan itu dikenali sebagai Radiator Spring, jalan 66 di Southwest, USA. Keadaan tempat ituseperti tahun 50-an hingga 60-an dan hanya terdapat bangunan dan kenderaan lama serta keadaan tempat itu yang tidak maju dan mundur.

Setelah beberapa hari tinggal di situ, Lighting Mcqueen telah berlajar tentang makna sebenar kehidupan dan persahabatanyang dia telah lama hilang iaitu kawan-kawan dan keluarganya. Lighting Mcqueen juga telah berlajar dan mendapat pengajaran tentang kehidupan kenderaan atau masyarakat di Pekan itu.

Selain Lighting Mcqueen, antara watak utama dalam ‘Car’s The Movie’ adalah Sally sebagai pemilik motel, Maydy sebagai kenderaan tunda dan Hudson sebagai hakim yang mempunyai banyak pengalaman dan kehidupanya yang penuh misteri. Watak-watak inilah yang memberi kesan yang besar kepada Lighting Mcqueen dalam perjalanan kehidupanya.  Selepas kedatangan Lighting Mcqueen ke tempat itu, banyak perubahan berlaku keatas masyarakat dan pekan itu. Perubahan yang ketara adalah selepas perlumbaan terakhirnya, pekan itu menjadi semakin maju dan terkenal. Begitu juga dengan perubahan dan sikap masyarakatnya.

Akhirnya. Lighting Mcqueen telah berlajar tentang suatu perjalanan kehidupan yang tiada penghujungnya dan suatu yang dilakukanya pasti mempunyi kesan di sebaliknya.

2.0  KAITAN DENGAN PENYELIDIKAN GUNAAN

2.1.  Penyelidikan Gunaan
Adalah bertujuan untuk menangani isu atau masalah, tidak cuba unuk memberi pemahaman yang umum, mencari penyelesaian yang boleh digunakan dalam masa terdekat dan dibuat untuk membuat keputusan.

2.2  Jenis-jenis Penyelidikan Gunaan
Antaranya adalah A)Penyelidikan Penilaian B)Penyelidikan Tindakan dan C)Penyelidikan Penilaian Impak Sosial.

A) Penyelidikan Penilaian

Penyelidikan ini digunakan untuk menilai program, polisi dan suatu strategi. Dalam hal ini, Lighting Mcqueen merupakan sebuah kereta lumba dan dia mempunyai strateginya yang tersendiri iaitu untuk memenangi setiap perlumbaan ini kerana dia telah mempuyai bakat dan kemahiran dalam perlumbaan itu. Begitu juga dengan Sheriff yang merupakan Polis yang telah penjarakan Lighting Mcqueen kerana merosakan harta benda awam di Pekan Radiator Spring. Begitu juga dengan Hudson yang merupakan seorang hakim yang melaksanakan polisi undang-undang serta Sally yang menjadi Peguam kepada Lighing Mcqueen dan telah menjatuhkan hukuman kepada Lighing Mcqueen iaitu di beri hukuman membaiki semula jalan yang telah dirosakkan olehnya dan akhirnya jalan itu siap sepenuhnya.

B) Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan ini melibatkan tindakan sosial dan cuba membawa perubahan sosial. Ia mengunakan pengetahuan dan penemuan untuk memperbaiki kehidupan orang yang dikaji. Dalam hal ini, Mcqueen telah tersesat ke tempat yang di tidak pernah pergi dan dia melihat satu perbezaan dan perubahan yang ketara daripada tempat asalnya iaitu tempat itu begitu mundur berbanding tempatnya yang maju dan moden. Di tempat itu juga dia cuba untuk berlumba dengan kereta tempatan dan dia adalah yang paling pantas tetapi pada hakikatnya Radiator Spring merupakan Pekan yang mundur dan sukar untuk membuat satu perubahan yang drastik.

            Di Pekan itu juga masyarakatnya juga telah sebati dengan cara hidup tempatan dan sukar menerima orang luar terutamanya Mcqueen yang telah merosakan harta benda awam. Pada hakikatnya pengetahuan yang di perolehi oleh Mcqueen iaitu pengalaman dan kehidupannya yang lepas iaitu dia telah kehilangan dan merindui kawan dan keluarga akibat daripada mengejar kemasyuran. Selain itu, perubahan sosial yang berlaku adalah selepas perlumbaan terakhirnya Mcqueen telah berjaya membawa perubahan kepada dirinya dan juga masyarakat di Radiator Spring yang mana sebelum itu, masyarakatnya mundur dan perniagaan tidak berjalan dengan lancar tetapi selepas Mcqueen tiba dan melaksanakan misi perlumbaan terakhirnya dan dia telah berjaya dan terkenal. Akhirnya, Pekan itu semakin maju dan perniagaan semakin lancer serta masyarakatnya yang menerima ramai pelanggan dari luar datang ke Peka itu.

C) Penyelidikan Penilaian Impak Sosial

Penyelidikan ini mengkaji tentang kesan daripada perubahan yang dirancang dan untuk memilih polisi dan membuat perancangan. Dalam hal ini, kesan yang dilihat adalah daripada pekan yang maju kepada pekan yang mundur dan berbalik semula kepada pekan yang maju. Ini berdasarkan perancangan yang dilakukan oleh pemeritah atau kerajaan dalam cerita ini iaitu ketika dahulunya Radiator Spring merupakan sebuah pekan yang maju dengan pelbagai aktiviti perniagaan tetapi selepas pembinaan lebuhraya yang merupakan jalan pintas yang terdekat ke pusat Bandar, pekan Radiator Spring menjadi semakin mundur kerana banyak kenderaan mengikut lebuhraya dan tidak lagi melalui jalan pekan itu, inilah yang menyebabkan perubahan yan berlaku.

        Tetapi apabila Lighting Mcqueen tersesat di pekan itu dan tinggal beberapa hari di tempat itu dan Mcqueen juga telah dibaiki oleh Mekanik-mekanik di pekan itu untuk perlumbaannya yang terakhir. Walaupun kalah kerana ingin memolong rakanya untuk menamatkan perlumbaan, Mcqueen telah dianggap sebagai pemenang dan Mcqueen dan rakan-rakanya telah kembali ke Radiator Spring dan pekan itu kini menjadi muju kembali dengan perniagaan baiki kereta, station minyak dan motel semakin maju.

           Selain itu, pada awalnya juga berlaku juga perubahan kepada masyarakat tempatanakibat darapada kedatangan Mcqueen iaitu pada awalnya berlaku kekacauan dan juga jalinan persahabatan antara mereka. Mcqueen juga telah menyedari bagaimana pengaruh dan kesan sosial membentuk  dan mempengaruhi di satu tempat dengan tempat yag lain serta satu kajian dan pengalaman boleh mengubah keadaan seseorang atau sesuatu jika mereka menerimanya.

 Thanks to Dr. Premalatha Karupiah

Monday, September 5, 2011

Memaknakan Kerja dan "Job Satisfaction" @ KEPUASAN dalam Pekerjaan





Pengenalan

Pekerjaan sering digambarkan suatu komponen yang membekalkan individu dengan perkara-perkara yang membawa kepada peningkatan kendiri dan bersifat membina individu kearah yang lebih positif. Namun begitu, pekerjaan juga boleh menjadikan individu  berada dalam keadaan yang kurang sihat akibat daripada alienasi ditempat kerja. Tajuk pembentangan hari ini lebih kepada melihat bagaimana makna dan kepuasan kerja itu dapat ditentukan melalui faktor-faktor yang dikaji menjadi pengukur kepada kepuasan didalam kerja. Selanjutnya, dengan faktor-faktor tersebut kita dapat melihat bagaimana ia dapat menghasilkan tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh individu dalam mengekpresikan samaada mereka memaknakan dan berasa puas terhadap kerja mereka ataupun tidak.



Apa itu "Job Satisfaction" @ KEPUASAN kerja...????????????

Kepuasan kerja merupakan satu penilaian yang dibuat oleh individu  terhadap pekerjaan mereka. Seseorang individu itu boleh berasa puas ataupun tidak dalam perkerjaan mereka. Bagi menentukan kepuasan atau pun tidak puasnya sesuatu pekerjaan itu ia disokong oleh dua teori yang berbeza iaitu alienasi dan penyempurnaan kendiri.

Alienasi – ia wujud apabila sesuatu kerja itu tidak dapat membekalkan nilai dan makna yang mencukupi terhadap keperluan individu itu.

Penyempurnaan kendiri – ia wujud apabila sesuatu pekerjaan itu dapat memenuhi kehendak individu




Teori alienasi oleh Karl Mark

Bermula pada zaman kapitalis lagi marks telah mengenalpasti bahawa para pekerja telah dialienasikan melalui 4 aspek dibawah system kapitalisme. Aspek-aspek tersebut adalah seperti :

i)                    Tersisih daripada produk yang dihasilkan           
-          Melalui system kapitalis, golongan kapitalis merupakan pemodal kepada barangan yang dihasilkan manakala golongan pekerja hanya bekerja untuk mendapatkan upah mereka. Hal milik barangan yang dihasilkan adalah milik mutlak kapitalis, maka setiap barangan yang dikeluarkan adalah mengikut keperluan kapitalis dan bukannya golongan pekerja. Jika dilihat pada zaman primitive, individu itu sendiri mengeluarkan barangan yang diinginkan saja tetapi dizaman kapitalis pekerja mengeluarkan barangan bukan untuk diri mereka tetapi untuk kapitalis. Maka mereka tersisih daripada produk yang mereka hasilkan itu.


ii)                  Tersisih daripada aktiviti
-          Disebabkan terdapat pihak-pihak tertentu yang mengawal para pekerja maka pekerja tersisih disebabkan proses kerja mereka. Kapitalis telah mengatur segala bentuk perjalanan sesuatu pekerjaan itu sehingga pekerja terpaksa mengasingkan kehendak mereka dan menurut aturan yang dibuat terhadap mereka. Contohnya seperti waktu bekerja yang tetap, kawasan tempat kerja, dan jenis pekerjaan itu sendiri.

iii)                Tersisih daripada sifat semulajadi
-          Pekerja pada dilihat tidak dapat menunjukkan kebolehan dan sifat kreativiti mereka disebabkan proses kerja yang diwujudkan kapitalis. mereka terikat kepada pekerjaan yang diwujudkan sehingga tidak memberi ruang kepada mereka untuk memajukan diri.

iv)                Tersisih daripada orang lain

-          Dengan kerja, pekerja bukan saja tersisih daripada aktiviti-aktiviti lain tetapi mereka juga tersisih daripada individu-individu lain. Setiap pekerja mempunyai tugas masing-masing maka mereka lebih cenderung melakukan kerja mereka sendiri dan tidak punya masa untuk berinteraksi dengan individu lain.




Teori penyempurnaan kendiri – Hiaraki kehendak oleh Maslow’s

Pekerjaan yang tidak dapat memperuntukkan kesejahteraan dan keselamatan merupakan kerja yang akan mengakibatkan alienasi kepada pekerjanya. Sesuatu pekerjaan itu sepatutnya bukan saja dapat memberikan keperluan kebendaan seperti gaji dan tempat kerja yang baik tetapi ia sepatutnya membawa kepada pembangunan kendiri para pekerja agar dapat mengembangkan potensi mereka.




Penentuan Kepuasan dalam Pekerjaan

 Bagi menentukan sejauh mana kepuasan individu itu terhadap pekerjaanya maka pendekatan-pendekatan dibawah boleh digunakan sebagai pengukur tahap kepuasan;

i)                    Jenis pekerjaan
ii)                  Teknologi
iii)                Struktur organisasi
iv)                Penglibatan
v)                  Perbezaan-perbezaan
vi)                Ekspektasi



Jenis pekerjaan

Jenis pekerjaan memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana kepuasan individu itu terhadap kerjaanya. Di dalam pekerjaan itu sendiri kita boleh lihat sifat-sifat kerja itu sendiri seperti autonomi, komplek dan diversity. Kerja yang mempunyai tinggi tahap tiga sifat ini lebih membawa kepada penyempurnaan kendiri seorang pekerja itu dan akhirnya akan mewujudkan rasa kepuasan terhadap kerja yang dilakukan. Begitu juga sebaliknya, sekiranya jenis pekerjaan itu kurang menunjukkan 3 sifat ini maka alienasi lebih cenderung menguasai jenis pekerjaan ini dan akhirnya akan mewujudkan sebuah kerja yang kurang memberi kepuasan terhadap pekerjanya.



Teknologi

Kewujudan teknologi yang kian pelbagai dapat membantu dalam melakukan kerja dengan lebih cekap dan cepat. Maka ini memberi petunjuk kepada kepuasan kerja yang melibatan penggunaan teknologi. Namum begitu kewujudan teknologi juga tetap mewujudkan alienasi didalam kerja. Kewujudan teknologi menyebabkan kerja yang dilakukan oleh pekerja merupakan kerja yang berulang dan ini membuatkan potensi pekerja itu lebih  tidak dapat di tonjolkan disebabkan kerja telah digantikan oleh teknologi. Kewujudan teknologi dilihat boleh memberikan kepuasan terhadap kerja tetapi dalam masa yang sama ia juga mendatangkan alienasi. kepuasan kerja yang diukur melalui penggunaan teknologi itu mungkin sesesuai di lihat pada sesetengan jenis pekerjaan sahaja.




Struktur organisasi

Struktur organisasi yang menyediakan peluang pekerjaan itu sangat mempengaruhi kadar kepuasan pekerjanya. Walau sebuah organisasi pekerjaan itu menyediakan gaji yang besar kepada pekerjanya tetapi ianya tidak berbaloi sekiranya organisasi itu menjadikan pekerjanya alienasi. Para pekerja lebih cenderung memilih organisasi yang hanya membayar gaji yang sederhana namun kerja yang dilakukan itu lebih mendatangkan makna dan rasa puas kepada mereka. Saiz organisasi juga memainkan peranan, yang mana pekerja lebih suka untuk bekerja di organisasi yang kecil kerana mereka akan mudah untuk menonjolkan prestasi mereka kepada majikan. Selain itu peluang naik pangkat juga sangat dititikberatkan oleh para pekerja. Organisasi yang kurang memberi peluang pekerjanya untuk naik pangkat akan membuatkan pekerja kurang berminat terhadap kerja mereka dan ini akan menyebabkan berasa tidak puas hati kepada pekerjaan mereka. Majikan yang menghargai serta menghormati para pekerjanya juga menjadi pengukur kepada kepuasan. Pekerja tidak mungkin berasa puas hati sekiranya sentiasa bekerja dengan majikan yang hanya mengherdik pekerjanya dalam menjalankan tugas.




Penglibatan

Penyempurnaan kendiri boleh dicapai sekiranya majikan memberi peluang kepada pekerjanya untuk turut serta dalam membuat keputusan. Dengan adanya peluang pekerja untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka, pekerja akan lebih rasa diri mereka sebahagian daripada organisasi itu sendiri. Maka dengan itu pekerja akan melakukan pekerjaan mereka dengan lebih baik. Begitu sebaliknya, sekiranya majikan hanya membenarkan pekerja diperintah dan tidak memberi ruang dalam penglibatan dalam membuat keputusan atau menyuarakan pandangan mereka, maka pekerja sudah pasti akan berasa stress dan ini membawa kepada rasa kurang berpuas hati terhadap pekerjaan mereka.


Perbezaan

Dalam dunia pekerjaan terdapat berbagai jenis perbezaan antara individu dan ia memberikan pengalaman-pengalaman yang berbeza-beza antara satu individu itu dengan individu lain. Perbezaan pengalaman ini lah yang menyumbang sama ada peningkatan kendiri seorang pekerja ataupun menyumbang kepada. Perbezaan seperti gender contohnya, antara pekerja wanita dan pekerja lelaki, di dapati pekerja wanita lebih cenderung mendapat gaji yang murah, sering terlibat dalam pekerjaan yang kurang menggunakan skill dan pelbagai lagi. Namum menurut kajian antara pekerja wanita dan pekerja lelaki, pekerja wanita didapati lebih berpuas hati terhadap kerja mereka. Hal ini berlaku kerana secara sosialisasinya golongan wanita lebih patuh kepada arahan dan golongan lelaki lebih suka kepada pekerjaan yang kurang konkongan seperti itu. Perbezaan dari segi bangsa ataupun kumpulan etnik tertentu juga mengalami pengalaman-pengalaman yang tertentu dalam menghadapi dunia pekerjaan. Kumpulan etnik minority biasanya ditindas dengan bayaran gaji yang murah dan tidak berpeluang melakukan kerja yang menggunakan skill yang tinggi maka mereka cenderung tersekat dalam kemiskinan. Perbezaan dari segi kumpulan etnik ini tidak seperti perbezaan gender. Hal ini kerana etnik minority sepatutnya tidak dibezakan dengan kumpulan dominant. Tiada petunjuk yang jelas  kumpulan etnik minority itu hanya layak melakukan kerja-kerja yang mendapat bayaran yang murah.




Espektasi

Dalam proses sosialisasi masyarakat sering didedahkan kepadaa espektasi-espektasi tertentu  terhadap sesuatu pekerjaan itu. Contohnya sebagai seorang pemegang ijazah, seseorang individu itu harus menjadi seorang pegawai. Maka dengan ini individu itu lebih cenderung memilih jawatan pegawai sebagai karearnya. Disebabkan ekspektasi ini maka individu itu adakalanya mengabaikan ataupun tidak sedar bahawa jawatan yang dipilih itu sebenarnya tidak sesuai dengan dirinya. Oleh yang demikian kerja yang bakal ditempohinya merupakan kerja-kerja yang tidak mendatangkan kepuasan kepadanya.



Tindak Balas

Kepuasan kerja adalah suatu yang abstrak. Hal ini kerana individu itu boleh samaada berasa puas atau tidak terhadap kerja mereka  ia bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana mereka memberi makna kepada kepuasan kerja. Walaubagaimanapun  kebanyakkan orang cuba melakukan yang terbaik dalam pekerjaan mereka.

Bagi menentukan kepuasan kerja unsur luaran dan dalaman sesuatu pekerjaan itu boleh menjadi pengukur

Unsur dalaman
-          sesuatu pekerjaan itu memberi peluang kepada pekerja untuk menunjukkan kebolehanya
-          Pekerja berhak menentukan sendiri cara mereka bekerja
-          Mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan majikan
Unsur luaran
-          Memperolehi gaji yang lumayan
-          Kerja yang dilakukan memperolehi faedah-faedah sampingan
-          Keselamatan dalam menjalankan tugas.



Komitmen

Selain daripada kepuasan dalam kerja, tidakbalas terhadap sesuatu pekerjaan itu dapat dilihat melalui komitmen yang diberikan oleh pekerja. Individu itu dilihat memberikan komitmen yang baik sekiranya matlamat yang ditentukan majikan itu selari dengan matlamat yang hendak dicapai oleh pekerja itu sendiri. Selain itu individu dilihat begitu komitmen dapat dilihat selama mana mereka bertahan diorganisasi itu. Majikan sudah pasti menyediakan faedah-faedah yang menarik bagi menghargai pekerja mereka yang setia terhadap majikan mereka.



Tingkahlaku Pekerja

Manusia akan bertingkalaku mengikut keadaan semulajadinya. Apabila suatu kerja dapat meningkatkan kendiri mereka kearah yang lebih positif maka ia akan menghasilkan tingkahlaku-tingkalaku yang positif juga dan begitu juga yang sebaliknya. Kerja yang kurang memberikan faedah kepada pekerjanya akan menghasilkan tingkahlaku yang kurang menyenangkan.

i) Bersemangat

Apabila suatu kerja itu memberi kepuasan kepada pekerjanya, maka pekerja akan bersemangat terhadap kerja yang dilakukan. Mereka akan sanggup melakukan kerja tersebut walaupun terpaksa mengorbankan lebih masa mereka tanpa meminta bayaran tambahan sekalipun.


ii) Kehadiran

Kehadiran kerja juga merupakan pengukur bahawa sesuatu kerja itu memuaskan ataupun tidak. Menurut kajian pekerja didapati kerap ponteng kerja apabila terdapat alienasi di dalam pekerjaan tersebut, manakala kerja yang memberikan kepuasan didapati menunjukkan kurangnya pekerja yang ponteng ataupun datang lewat.


iii) Berhenti kerja

Suatu pekerjaan juga boleh menyebabkan seseorang itu sering betukar-tukar tempat kerja ataupun berhenti dari kerjanya. Hal ini kerana pekerjaan yang tidak memberikan kepuasan akan menyebabkan pekerja tidak bertahan lama dalam suatu pekerjaan tersebut.



iv) Penentangan/sabotaj

Pekerja yang menghadapi alienasi kerap menunjukkan sikap menentang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka. Mereka juga cenderung melakukan sabotaj ditempat kerja contohnya seperti merosakkan peralatan, menghilangankan maklumat dan sebagainya.



v) Mencuri

Mencuri ditempat kerja merupakan satu tingkahlaku yang dapat menunjukkan bahawa pekerja itu tidak berpuas hati kepada pekerjaan mereka. Tingkah laku ini dilakukan kerana mereka merasa bahawa kerja yang mereka lakukan sebelum ini tidak mendapat balasan yang sepatutnya daripada majikan. Maka dengan mencuri mereka berasa seolah-olah mereka mendapat semula hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka.


Secara Keseluruhanya :-

Untuk mengukur kepuasan suatu pekerjaan itu bergantung kepada individu itu sendiri. Pengalaman-pengalaman yang diperolehi hasil daripada proses sosialisasi dapat membantu individu itu menentukan sendiri hala tuju bagi mencapai kejayaan di dalam pekerjaan. Manusia secara semulajadinya mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Bagaimana cara untuk mencapainya juga bergantung pada diri individu itu sendiri

Thanks to Dr. Reevany

Sunday, September 4, 2011

Teknik Berfikir - Aplikasi Gaya Pemikiran dan Alat Berfikir dalam mengenalpasti masalah Sosial Remaja





 Pengenalan
             Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Antara masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja pada hari ini adalah pergaduhan, Mat Rempit, hubungan seks bawah umur salah guna dadah  dan banyak lagi. Menerusi perbincangan ini, saya menggunakan gaya pemikiran hitoris, proaktif dan konstraktif serta beberapa alat berfikir antaranya adalah APC (Alternatives, possibilities and choices) Alternative, Kemungkinan, Pilihan dan PMI (Plus, Minus, Interesting) Kebaikan, Keburukan, Menarik. 


      Penggunaan Gaya Berfikir Historis adalah untuk mengetahui punca dan sebab berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Gaya Berfikir Proaktif adalah untuk mengetahui kesan-kesan yang mungkin berlaku akibat daripada gejala sosial di kalangan remaja dan Gaya Berfikir Konstraktif adalah untuk mencari langkah-langkah untuk mengatasi gejala sosial di kalangan remaja. Pengunaan Alat Berfikir APC adalah untuk mencari idea baru untuk mengatasi masalah ini, manakala Alat Berfikir PMI adalah untuk menilai idea.




   Definisi Gaya Pemikiran Historis

Gaya Pemikiran Historis adalah sejenis pemikiran yang mengarah seseorang untuk menoleh ke belakang bagi melihat masa lampau. Gaya Pemikiran Historis mementingkan perkataan “sebab dan kerana”. Ia mengarah minda kita menoleh ke belakang. Gaya Pemikiran Historis penting untuk mengetahui punca dan sebab suatu perkara itu berlaku supaya perkara itu tidak diulangi lagi. Banyak penyelesaian masalah bergantung kepada puncanya sama ada boleh diselesaikan atau tidak.


   Aplikasi Gaya Pemikiran Historis

            Dengan menggunakan Gaya Pemikiran Historis kita dapat mengetahui punca dan sebab berlakunya masalah sosial di kalangan remaja Malaysia pada hari ini. Dalam hal ini, terdapat banyak punca dan sebab berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Pengaruh Rakan Sebaya boleh menyebabkan remaja mudah terjebak ke dalam  dengan gejala sosial. Ini adalah kerana golongan remaja biasanya  lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja.

            Ibu Bapa dan Keluarga juga merupakan punca berlakunya gejala sosial di kalangan remaja. Ibubapa yang terlalu mengejar kemewahan dengan mengabaikan pendidikan anak mereka. Sesetengah remaja yang terjebak  dalam gejala sosial berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.

Media Massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah budaya kuning boleh mempengaruhi remaja terjebak dalam gejala sosial.

Sikap Individualistik dan Materialistik masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan sesiapa.





   Definisi Gaya Pemikiran Proaktif

            Gaya Pemikiran Proaktif boleh di definisikan sebagai berfikir atau membuat ramalan tentang sesuatu sebelum sesuatu perkara itu berlaku, dan memikirkan apa yang perlu  dibuat sebelum sesuatu masalah terjadi. Mengikut Kamus Dewan (Edisike-3, 1998) Proaktif adalah mengenai sikap positif individu dan institusi dalam melakukan sesuatu tindakan. Melalui Gaya Pemikiran Proaktif kita boleh memikirkan sesuatu perkara sebelum orang lain memikirkan perkara itu terlebih dahulu. Selain itu, kita boleh memikirkan perkara yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan membolehkan kita membuat perancangan masa depan.

    Aplikasi Gaya Pemikiran Proaktif

Dengan menggunakan Gaya Pemikiran Proaktif kita mengetahui dan memikirkan kesan yang berlaku akibat daripada masalah sosial di kalangan remaja Malaysia pada hari ini. Ini adalah kerana Gaya Pemikiran Proaktif membolehkan kita berupaya memikirkan sesuatu sebelum perkara itu berlaku. Dalam hal ini, terdapat  pelbagai kesan masalah sosial di kalangan remaja. Keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada hari ini semakin serius. Pelbagai masalah juvenil seperti samseng, memeras ugut, bergaduh, vendalisme, mencuri, merogol, berjudi dan mabuk. 


Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah manifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat.. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan negara. Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang.




   Definisi Gaya Pemikiran Konstruktif

Gaya Pemikiran Konstruktif  boleh di definisikan sebagai Gaya Pemikiran membina kerana ia membabitkan usaha-usaha untuk membangunkan sesuatu secara positif. Biasanya gaya pemikiran ini digunakan setelah kita berfikir secara kritikal dan negatif. Gaya pemikiran Konstruktif ini terhasil daripada rasa tidak puas hati terhadap apa yang ada dan sentiasa tercari-cari yang lebih baik. Apabila kita menggunakan gaya pemikiran ini kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada sesuatu idea.

   Aplikasi Gaya Berfikir Konstruktif

Dengan menggunakan Gaya Pemikiran Konstruktif  kita dapat menjana idea untuk mencari langkah untuk mengatasi masalah sosial di kalangan remaja. Dalam hal ini, terdapat  pelbagai langkah bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar dan mendidik golongan remaja tentang keburukan gejala sosial. Ibu bapa juga perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan  untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

            Setiap anggota masyarakat dan pihak sekolah perlu bersikap prihatin dan  memberi perhatian kepada remaja agar tidak melakukan perbuatan yang salah. Masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala sosial yang berlaku di kawasan mereka. Pihak sekolah pula patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar yang terjebak ke dalam gejala sosial.

            Selain berfungsi  sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang keburukan gejala sosial.  



  Definisi Alat Berfikir APC (Alternatives, possibilities 
 and choices) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan.

Alat Berfikir APC boleh di definisikan sebagai alat berfikir untuk mencari penyelesaian baru, idea baru untuk melakukan sesuatu. Ia juga membolehkan kita mengenalpasti alternatif, kemungkinan dan pilihan sebelum sesuatu keputusan di buat. Ia juga membolehkan kita berfikir secara kereatif.

       Aplikasi Alat Berfikir APC (Alternatives, possibilities  
    and choices) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan

Dengan mengunakan Alat Berfikir APC idea dan penyelesaian yang baru dapat dijana dan dilaksanakan. Dalam hal ini, kita dapat mencari alternatif yang baru bagi menyelesaikan dan mencari langkah bagi mengatasi masalah sosial di kalangan remaja di Malaysia. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. 


Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.

Melalui  pendekatan akademik kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini memberi tumpuan pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik ini dapat dilakukan dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar yang baru dan teknik pengajaran luar kelas. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan lebih banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada perkembangan mereka.



    Defiisi Alat Berfikir PMI (Plus, Minus, Interesting) 
   Kebaikan, Keburukan, Menarik

      Alat Berfikir PMI boleh di deifnisikan sebagai alat berfikir untuk menilai sesuatu idea dari segi kebaikan, keburukan dan apa yang menarik tentang idea tersebut. Penggunaan PMI juga mengelak pemikir daripada terlalu cenderung terhadap pemikiran beremosi atau bersifat negatif. Dalam pada itu, dengan membuat senarai PMI, kita berupaya mengasingkan apa yang baik, apa yang buruk dan apa yang menarik dan seterusnya membuat perbandingan antara ketiga-tiga perkara ini dengan jelas dan teratur.

     Aplikasi Alat Berfikir PMI (Plus, Minus, Interesting) 
   Kebaikan, Keburukan, Menarik

Dengan menggunakan alat berfikir PMI, kita dapat menilai idea itu dari segi kebaikan, keburukan dan apa yang menarik berkenaan idea tersebut.  Dalam hal ini, Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakan masa depan remaja. Kebaikan peranan ibubapa adalah sebagai pihak yang paling rapat dengan remaja, ibubapa boleh memainkan peranannya dengan mendengar segala permasalahan anak-anak mereka dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikanya. 


Manakala keburukan pula adalah ada sesetengah ibubapa yang tidak tahu menjaga dan membesarkan anak-anak. Mereka terlalu mengongkong anak-anak mereka, sehingga ada remaja yang melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan kerana terlalu di kongkong.  Apa yang menarik adalah ibubapa yang berjaya mencorakan dan membesarkan anak-anak mereka sehingga berjaya akan merasai hidup mereka bahagia dan dihargai oleh anak mereka. 

Pihak sekolah dan masyarakat merupakan pihak luar yang mempunyai hubungan rapat dengan remaja selain daripada ibubapa. Kebaikanya adalah remaja boleh berinteraksi dengan masyarakat luar selain daripada ibubapa. Mereka harus pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat. Keburukanya adalah remaja harus pandai memilih kawan supaya tidak terjerumus dan terjebak dalam gejala sosial. Apa yang menarik adalah remaja yang dapat menyesuaikan diri di persekitaran luar, mempunyai risiko yang rendah untuk  terjerumus dalam gejala sosial.

Kebaikan media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik adalah  mengadakan kempen, iklan dan mencetak artikel-artikel berkenaan dengan keburukan  dan kesan gejala sosial kepada remaja dan juga masyarakat. Keburukanya pula adalah ada juga sebilangan remaja yang terpengaruh dengan media massa yang memaparkan pelbagai cerita dari barat yang berunsurkan budaya kuning. Apa yang menarik adalah media massa juga menjadi saluran untuk remaja meluahkan perasaan melalui pelbagai saluran media.



    Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala sosial ini sukar diatasi.

Thanks to Dr. Leow Ghin Yin