journey without destination

journey without destination

Tuesday, May 17, 2011

Sinopsis : Dasar-Dasar Ekonomi dan Pembangunan Di Malaysia: Economic Policy and Employment Growth in Malaysia




Tajuk Artikel : Dasar-Dasar Ekonomi dan Pembangunan Di Malaysia: Economic
                          Policy and Employment Growth in Malaysia                                                  
 Penulis          : Rajah and Zulkifly Osman
 Sumber         : Simpanan Khas; Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM

Sinopsis

Malaysia telah mengalami kestabilan pertumbuhan ekonomi sejak tahun 1987, dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 8% setiap tahun dari tahun 1988 hingga tahun 1995. sebagai negara yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi, peluang pekerjaan semakin banyak sejak tahun 1970 tetapi pada tahun 1980 negara menghadapi masalah pengangguran yang serius kerana jumlah kemasukan tenaga buruh asing yang semakin tinggi dalam pelbagai sektor. Menjelang tahun 1990 negara telah memesuki fasa negara perindustrian dengan menggunakan kaedah intensif buruh, intensif modal dan penggunaan teknologi moden dalam industri. Pada tahun 1971, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pada awal 1980, pelaksanaan Dasar Penswastaan, Perindustrian, Pelan Rancangan Jangka Panjang membolehkan perkembangan industri berasaskan Penbuatan dan peluang-peluang pekerjaan kepada buruh tempatan. Perkembangan ekonomi di  Malaysia juga dapat menarik pelabur dari Amerika dan Kesatuan Eropah dalam bidang Pembuatan. Institusi-intitusi juga banyak di tubuhkan dalam pembagunan teknologi berat  antaranya adalah   Microelectronics systems (MIMOS) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Melalui peluang pekerjaan pula, sektor industri pertanian dilihat mengalami penurunan tenaga buruh pada awal 1980 kerana kejatuhan harga barang pertanian dan awal tahun 1990 malaysia mengamalkan industri berasaskan eksport,sektor pembuatan dan perkhidmatan yang menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan kepada tenaga buruh.  Secara keseluruhanya, dasar ekonomi yang di laksanakan adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada tenaga buruh tempatan supaya pertumbuhan ekonomi semakin meningkat dan mencapai matlamat dan objektif negara.

No comments:

Post a Comment