journey without destination

journey without destination

Tuesday, May 17, 2011

Sinopsis : Siri Pembangunan Negara ; Dasar Penswastaan Sebagai Aset Negara






Tajuk Buku  : Siri Pembangunan Negara:Dasar Penswastaan Sebagai Aset 
                        Negara
 Penulis         : Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat
 Penerbit       : Goodmark Enterprise
 Tahun          : 2000
 Sumber        : Perpustakaan Hamzah Sendut 2, USM               

Sinopsis

Dasar Penswastaan yang telah diumumkan pada tahun 1986 ini adalah langkah Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada kerajaan dalam usaha membaik pulih ekonomi  Negara dan seterunya menjadi Negara maju pada masa akan datang. Kerajaan telah meminda beberapa akta yang membolehkan penswastaan dilakukan dengan lebih terancang terutama mengenai pelaksanaa desar kerajaan, pelan tindakan dan pelaksanaan jentera kerajaan. Pada akhir tahun 1991, kerajaan menerbitkan Pelan Induk Pensyarikatan yang menyeluruh mengenai Penswastaan. Sebab utama kewujudan dasar ini adalah ketidakcekapan guna tenaga untuk melahirkan perkhidmatan yang berkualiti oleh perusahaan awam pada lewat 1970-an dan awal 1980-an. Melalui rancangan Malaysia ke-7 pelbagai sektor antaranya perindustrian, pertanian, perkhidmatan, pelancongan, perlombongan, kesihatan dan pendidikan telah diswastakan. Dalam dasar ini terdapat juga kesan negatif daripada pelaksanaan ini dan kesanya kepada masyarakat khususnya. Walaubagaimanapun dasar penswastaan telah berjaya menaikan ekonomi Negara terutamanya dalam sektor perindustrian kerana dalam Rancangan Malaysia Pertama (1965-1970) dan Rancangan Malaysia ke-2 (1971-1975), kerajaan telah memperuntukan lebih separuh belanjawan negara untuk prasarana di seluruh negara. Pelbagai strategi pembangunan industri termasuk mengurangkan industri gentian import dengan cara membekalkan bahan-bahan untuk dieksport, dengan ini dapat kurangkan aliran wang keluar negara. Kesanya, sektor perindutrian terus meningkat. Rancangan Malaysia ke-2 (1971-1975) menunjukan kadar pertumbuhan sekror perindustrian  melebihi 10% dan sumbanganya dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat menjadi 13% pada tahun 1970. Berdasarkan prestasi sektor perindustrian, untuk memantapkan dan meningkatkn ekonomi negara, Dasar Penswastaan merupakan medium utama bagi meningkatkan ekonomi negara dalam pelbagai sektor. Selain itu, Dasar Penswastaan dapat mengurangkan beban kerajaan, galakan persaingan antara sektor, dan menambah peluang pekerjaan kepada masyarakat secara kesuluruhanya.

No comments:

Post a Comment