journey without destination

journey without destination

Tuesday, May 17, 2011

Sinopsis : Sektor Pertanian Ke Arah Pembentukan Negara Perindustrian ; Satu Sorotan





Tajuk Artikel Bahan   : Sektor Pertanian Ke Arah Pembentukan Negara 
 Internet                          Perindustrian: Satu  Sorotan                                                      
 Penulis                         : Surtahman Kastin Hasan, Zulkifli Senteri Dan
                                         Zaimah Darawi
 Tahun                           : 2006
  Sumber                        :  http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/review/p
                                          Siri Kajian Ekonomi Dewan Sektor Pertanian Ke  
                                           Arah Pembentukan Negara   Perindustrian.pdf

Sinopsis

            Pertanian di Malaysia pada era sebelum era penjajahan tertumpu kepada keluaran secara tradisional. Selepas daripada era kemerdekaan ekonomi negara berkembang pesat terutamanya dalam sektor pertanian dan perindustrian. Sektor pertanian menyumbangkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), eksport dan guna tenaga. Oleh kerana sektor pertanian bergerak selari dengan sektor perindustrian dan menampakan kesan positif terhadap ekonomi negara, Dasar Pertanian Negara (DPN, 1984) telah dikaji semula dan pada tahun 1992 DPN yang baru telah dilaksanakan (1992-2010) menjadikan pemodenan dan perdagangan sebagai matlamat asas. Begitu juga melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2 (RRJPD) pada tahun (1991-2010) memberi penekanan kepada aspek peningkatan daya pengeluran,kecekapan, dan daya saing. Dalam hal ini juga melalui penswastaan perusahaan awam, beban kerajaan dalam agensi perdagangan  dapat dikurangkan dan  aspek kecakapan dan daya maju dapat di tingkatkan. Dalam aspek perdagangan antarabangsa, komoditi utama pertanian menghadapi beban cukai yang tinggi. Kementerian Perdagangan Antarabangsa perlu lebih sistematik dan professional dan tumpuan juga perlu diberikan oleh kegiatan hiliran disamping kegiatan huluan sedia ada. Antaranya dalam sektor pertanian iaitu pengeluaran beras dan minyak kelapa sawit. DPN juga menitikberatkan aspek strategi pemasaran kerana pembangunan pemasaran dapat membaiki saluran pemasaran, galakan kepada petani, pembaikan infristruktur dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan kos penyimpanan barangan dan risiko kerugian dalam industri. Kepelbagaian komoditi produk dalam sektor pertanian yang selari dengan sektor perindustrian membolehkan negara mempelbagaikan pengeluaran dan eksport perdagangan negara  ke luar negara. Dengan ini pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi dapat di tingkatkan dan memberi faedah kepada sumber tenaga buruh tempatan dan rakyat keseluruhanya.

No comments:

Post a Comment