journey without destination

journey without destination

Tuesday, May 17, 2011

Sinopsis : Pembangunan Keseimbangan dengan Dasar Ekonomi Baru di Malaysia


Tajuk Artikel 
Bahan Internet : Pembangunan Keseimbangan dengan Dasar
                                 Ekonomi Baru di Malaysia
Penulis               : Dr. Mahani Zainal Abidin, Ketua Pengarah
                                 Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
                                 Malaysia Kuala Lumpur
Tahun                 : Sabtu / 22 Mac 2008
Sumber               : http://bangsaku-melayu.blogspot.com/2008/03/
                                pembangunan- keseimbangan-dengan-dasar.html 

Sinopsis

          Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1970.Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat.Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera, penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan ini.Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005.Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan penagguran tidak ketara (under employment) hampir hilang. Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian.Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah.Pegangan ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970 kepada 19% pada tahun 2000. Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Peranaan kerajaan amat diperlukan untuk mencapai sasaran dan matlamat DEB.

No comments:

Post a Comment